Home Cerpen Seram/Misteri Dari Mimpi Ke Nyata
Dari Mimpi Ke Nyata
Ni Story Aku Wei
11/11/2016 11:50:21
3,170
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Tanusha berjalan ke arah biliknya dengan perlahan. Matanya tertutup kerana dia malas hendak membuka matanya. Tombol pintu lantas dibuka dan dia berjalan dan terus merebahkan dirinya ke atas katil.

“Ish… Letihnya,” keluh Tanusha lalu teridur.

Dia bermimpi.

Tanusha berada di dalam bilik sewa bersama Ikram teman sebilinya. Bilik kecil itu hanya memuatkan dua buah katil ‘single’, dua buah meja belajar yang kecil dan satu almari. Pada malam itu, Ikram membawa teman untuk berborak di biliknya. Jarak di antara katil Tanusha dan Ikram tidak sampai 1 meter.

Walaupun sudah 3 hari Tanusha berpindah ke situ, namun dia tidak mempercayai bahawa Ikram ialah seorang manusia.

Tanusha tidur. Tanusha tertidur di dalam mimpinya. Di dalam mimpinya, dia bermimpi Ikram berada di hadapan mukanya dan menjerit. Muka Ikram penuh dengan darah. Matanya terbeliak.

Tanusha menjerit. Dia terjaga dari mimpinya yang pertama. Dia juga terjaga dari mimpi yang kedua.

“ Arghhhh,” Tanusha menjerit.

Dia terjaga. Dia melihat Ikram berada dihadapnnya dan semakin lama semakin hilang dalam kegelapan biliknya itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.