Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
118,497
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 24

Kehidupan Encik Yusof sekeluarga kembali normal. Kini Diana sudah pun melanjutkan pelajarannya di Universiti Swasta di Kuala Lumpur. 

Kerjaya Encik Yusof dan Puan Kalsum juga kembali seperti biasa. 

Apa yang berubah adalah rutin mereka iaitu mereka lebih mendekatkan dirinya dengan Allah sejak kejadian itu. mereka sekeluarga perlaha-lahan mengikuti perlajaran mengenai agama yang telah lama mereka berdua tidak terapkan. Diana juga sudah mula berhijab dan sama-sama ibu bapanya dalam mendekatkan diri dengan Tuhan. 

Mereka rasakan kehidupan mereka kini lebih bermakna dan lengkap dengan adanya pegangan agama yang semakin teguh. Encik Yusof dan Puan Kalsum juga kini lebih memanfaatkan masa mereka untuk anak tunggal mereka. Masa lapang mereka juga dipenuhi dengan menghadiri kelas-kelas agama. 

Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sama ada kiata manusia mahu mengambilnya sebagai perkara positif atau negative itu terpulang kepada manusia itu sendiri. 


Hubungan Diana dan Gina juga sudah pulih sepenuhnya. Gina amat bersimpati atas apa yang terjadi ke atas kawan baiknya itu. dia tidak menyangka kawannya itu menanggung beban yang sangat berat. Dia merasa bersalah kerana tidak ada di samping kawan baiknya itu di saat Diana memerlukannya. 

Setelah Diana menceritakan semuanya kepada Gina, barulah Gina tahu mengapa rakannya itu bersikap seperti itu. Hubungan mereka telah pun baik seperti biasa malah lebih akrab berbanding dulu.  Gina berjanji tidak akan meninggalkan kawannya itu walaupun Diana menolakkan beribu kali pun. 

Itu lah erti sahabat sejati yang sanggup ada  di samping rakannya yang lain ketika mereka dalam kesulitan. 


Nota Penulis:

Assalamualaikum, saya bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dapat menghabiskan karya ini walaupun mengambil masa yang agak lama. Masa saya banyak dihabiskan dengan kelas dan pelajaran saya. Maka dengan itu karya ini mengambil masa lebih 3 bulan untuk disiapkan. Duibuqi.. kerana buat para pembaca tertunggu-tunggu.

Untuk pengetahuan para pembaca, karya ini saya coretkan adalah berdasarkan kisah benar tetapi telah diolah dan ditambah perisa bagi menyedapkan lagi cerita. Jadi setiap kali saya menulis karya ini pastinya saya “diganggu” sehingga saya sukar untuk meneruskan penulisan. Tetapi atas dorongan keluarga yang sangat membantu terutama ayah saya , akhirnya saya telah pun menyiapkan karya ini. 

Walaupun karya ini adalah biasa-biasa sahaja. Tidaklah seram mana pun, ia lebih kepada misteri. Dan buat pengetahuan  para pembaca, “SAKA” itu Sekarang tidak mempunyai tuan, maka hati-hati jika terjumpa botol-botol di laut-laut. Jangan sesekali buka botol yang sebarangan takut-takut “SAKA” keluarga Encik Yusof datang menghantui anda pulak. Hehehe.

Komenlah apa sahaja di ruangan komen. Saya sedia membaca komen positif atau negatif supaya saya dapat membaiki kelemahan saya dalam penulisan. Jika ingin berkongsi cerita seram dengan saya juga boleh komen. Sangat dialu-alukan. Mana tahu komen anda boleh saya jadikan idea dalam karya saya yang seterusnya. 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA. 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.