RAMADAN 27
“Eh budak ni,kita nak balik kampung dia, tapi dia bantai tidur tak ingat dunia.Nasib baik ada GPS,kalau tak jangan kata Kampung Tualang Tengah, pokok tualang pun belum tentu aku jumpa,” Aliff membebel bersendirian.
Saat Honda CR-V milik Aliff membelok masuk ke Kampung Tualang Tengah, dia disapa dengan pemandangan saujana mata memandang sawah padi dilatari Gunung Keriang iaitu salah satu gunung batu kapur yang terkenal di negeri Kedah. Pokok padi yang baru membunting meliang-liuk ditiup angin. Tidak rugi dia bersetuju mengikut Zarif beraya di Kedah.
Sepatutnya tahun ini Aliff beraya di tanah suci bersama Aunty Susan sekeluarga. Aunty Susan merupakan satu-satunya ahli keluarga Aliff yang memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu. Namun dek kerana masalah visa di saat akhir, tinggal lah dia beraya di Kuala Lumpur bersendirian. Ingin pulang ke rumah orang tuanya di Melaka,ibu,ayah dan neneknya kini berada di Taiwan kerana melawat kakak sulungnya yang kini menetap di sana bersama suami dan anak-anak. Mujur dia terserempak dengan Zarif semasa solat Jumaat di masjid tadi. Walaupun sudah hampir empat tahun terputus hubungan namun ukhwah yang terjalin tidak berubah. Zarif dengan senang hati mempelawa Aliff beraya bersama dia dan keluarganya di Kedah setelah mengatahui Aliff sudah memeluk Islam tiga tahun yang lalu.
“Zarif...ooo Zarif bangun la, dah sampai kampung ni. Mana satu rumah Tok Abah kau?,” digoyangkan sedikit bahu pemuda di sebelahnya tapi langsung tak terkutik.
“Haila budak ni...tidur mati pulak dia. Melampau betul...Zarifffffff bangunnn dah sampaiii",dia menjerit ditelinga pemuda itu.
“Ooo dah sampai, sampai mana?,”tenang sahaja Zarif menjawab, matanya masih terpejam. Sungguh tak makan saman.
“Sampai Perlis, kan tahun ni kita raya kat Kangar,” Aliff menjawab selamba.
“Hahhhh...kita balik Kedah la, dah terlajak ni...!” terbeliak mata Zarif, haru nak patah balik ke Alor Setar mau makan masa. Hilang sisa-sisa mengantuk, matanya meliar ke kiri ke kanan.
“Tau takut...tidur tak ingat dunia. Dah sampai kampung kau ni, girlfriend aku tak tahu rumah Tok Abah Zarif kat mana,” selamba Aliff menjawab sambil menunjuk ke arah GPS di hadapan mereka.
“Hehehe sory la Bro semalam berjaga siapkan kerja sebab nak cuti awal punya pasal. Terkejut cek tau, hang melawak kasaq betui. Tu la GPS dibuat girlfriend, lain kali cari manusia di alam nyata,mesti tau,’’ Zarif tersenyum sumbing. Zariff merupakan jurutera mekanikal yang kini berkhidmat dengan Proton. Masuk jer kawasan kampung automatik loghat Utara keluar.
“Banyak la manusia di alam nyata.Ni nak pergi mana ni, wahai manusia yang baru kembali ke alam nyata?,” tanya Aliff lagi.
“Bro, kau jalan terus dekat simpang empat tu belok kanan, rumah first yang kau jumpa belah kiri, tu la rumah Tok Abah aku,” walaupun Zarif membahasakan diri kau aku dengan Aliff,tetapi dia tetap tidak memanggil Aliff hanya dengan nama sahaja. Aliff adalah seniornya, malah tua setahun dari Kak Long. Nak dipanggil Abang macam kelakar pula, jadi nak dengar macam bergaya sikit dia panggil la Bro.
Sampai di hadapan rumah Aliff membelok kereta masuk ke halaman rumah yang dimaksudkan Zarif. Kaget sebentar dia, besar sungguh rumah keluarga Zarif. Rumah hadapan terdiri daripada rumah kayu dengan reka bentuk Melayu Kedah dengan kolong yang cukup tinggi yang kini diubah suai menjadi ruang santai keluarga. Rumah belakang pula rumah batu yang agak moden namun masih mengekalkan suntikan senibina Melayu tradisional. Besar sungguh rumah keluarga Zarif ini,sekali pandang macam resort pun ada.Yang menjadikan dia teragak-agak untuk turun ialah melihat deretan kereta lebih 10 biji tersusun di hadapan rumah,dari klasik Volkswagen Beetle, ke kereta buatan Malaysia seperti Proton Saga dan Perodua sehingga kereta mewah BMW.
“Weh Zarif ni rumah keluarga ke resort, besar betul. Penuh kereta. Ada kenduri ke atau ada orang meninggal?”Aliff menyiku Zarif yang sedang mengeluarkan barang-barang mereka dari dalam bonet kereta. Dia mendengar suara orang mengaji dari atas rumah.
“Choiii...Bro mulut kau,mana ada orang meninggal. Suara Tok Abah tu, tadarus dengan cucu-cucu dia,kalau bulan puasa ni lepas Asar memang Tok Abah akan buat aktiviti bermanafaat untuk budak-budak tu. Tok Abah cakap kalau yang kecik-kecik ni lepas asar takda aktiviti, memang sakan la diorang meloncat. Nanti nak tunggu berbuka semua lembik macam jeli,” sungguh Zarif rindu suasana ini, sibuk sungguh dia tahun ni sehingga tak sempat balik berbuka di Kedah.Nasib baik minggu lepas sempat dia lari balik Kuala Pilah iaitu kampung belah Papa, sempat juga dia tidur dua malam rumah Mak Long Timah. Rumah pusaka keluarga Papa kini dijaga oleh Mak Long Timah dan Pak Long Kadir selepas kedua datuk dan neneknya meninggal hampir tujuh tahun lepas.
“Jom Bro naik...diorang tak sedar la kita dah sampai. Kan aku dah cakap family aku besar, tu kereta yang berderet tu tak semua lagi tu, ada yang tak ada dekat rumah.Assalamualaikum...ade orang dak kat dalam, kami kat luaq ni,’’Zarif melaung sambil menaiki tangga, Aliff membontot sahaja Zarif. Seram sejuk pula dia hendak bertemu keluarga besar Zarif,keluarganya sendiri bukan besar mana, dia cuma dua beradik. Kalau balik kerumah Poponya di Beaufort pun tidak la seramai ini kerana bapanya cuma tiga beradik. Kalau pulang ke rumah Ama di Melaka lagi la tak ada orang kerana ibunya adalah anak tunggal.
“Waalaikumsalammmm...”ramai yang menjawab salam Zarif.
“Tok Abah, Tok Mak...Ngah Zar sampai dah,”seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang tujuh atau lapan tahun muncul di muka pintu seraya bersuara memberitahu orang di dalam.
“Tok Abah,Tok Mak...Ngah Jar ayik ngan abang encem,” seorang kanak-kanak perempuan mungkin berusia tidak lebih tiga tahun pula bersuara dengan pelat yang sangat comel. Aliff hanya tersengih bangga.
“Alhamdulillah...sampai juga.Jenoh dok tunggu, tak sampai-sampai. Kak Long hang telefon pasai pa tak angkat?Cemuih dah kawan tu dok tekan telefon,”seorang wanita muncul di muka pintu.
“Mak Andak...apa habaq?Telepon mampuih,bateri kong nak jawab lagu mana. Zar kreja setengah hari, lepas Jumaat baru bertolak. Ni Mak Andak kenai kan Aliff, senior Zar masa ngaji kat US dulu,”Zar bersalam dengan wanita yang dipanggil Mak Andak.
“Assalamualaikum Mak Andak, apa khabar?,” Aliff turut menyapa.
“Waalaikumsalam,Alhamdulillah sehat walafiat. Ingatkan Zar bawak balik marka, rupanya bawak balik abang encem bak kata Auni. Mai mai kita naik, dok tercegat tang tu pasai apa?Jom Aliff. Depa semua duk kat ruang tamu nun,” ramah Mak Andak mengajak.
“Tok Makk...I love you,"Zarif mencium pipi neneknya yang sedang khusyuk memasukkan penyangkut langsir ke dalam lubang yang disediakan.
“Oh mak hang...i lap you lap lap lap,” Tok Mak sudah mula melatah sambil memukul belakang Zarif berkali-kali.
“Padan muka hang...kacau Tok Mak.Tok Mak hang melatah memang tak sedaq kain baju,” seorang lelaki yang sedang memasang langsir terkekeh,seisi rumah juga turut tergelak sama.
“Sakit Tok Mak...berbedan badan Zar. Ala Pak Lang, Zar saja ja nak usik-usik manja Tok Mak,” Zarif cuba menggosok belakangnya yang dirasakan pedih.
“Bertuah sungguh cucu sorang ni,kahaq (nakal) tak surut-surut...terkejut beruk Tok Mak, sakit dak,”Tok Mak mengusap belakang Zarif dengan penuh kasih sayang.
“Sikit ja, anak jantan kena lagu ni tak rasa eh...ni Tok Mak, Tok Abah, semua nak kenaikan ni abang senior Zar,Aliff Iman Tang. Zar ajak dia beraya dengan kita, boleh dak Tok Abah?,” hampeh sungguh si Zarif ni, sudah sampai ke Kedah baru dia minta kebenaran keluarganya. Kalau mereka tak suka bagaimana, satu hal Aliff perlu patah balik ke Kuala Lumpur.
“Pasai pa pulak tak buleh,boleh la sangat. Alhamdulillah dapat Tok Abah cucu sorang lagi ghaya ni, tak dapat cucu menantu, cucu angkat pon buleh la dari habuk pon tak dak,”syukur Tok Abah bagi lampu hijau, Tok Mak juga menggangguk sambil tersenyum.
“Terima kasih Tok Abah,sanggup terima saya,” sungguh Aliff lega kerana kehadirannya diterima.
“Ok kalau macam tu Zar kenalkan kat semua ya kat Aliff. K bro, ni kenalkan Mak Andak, Tok Mak dengan Tok Abah.Kenalkan tengah pasang penyangkut langsir dengan Tok Mak ni Mak Lang.Abang-abang sado yang pasang langsir tu Pak Lang dengan Pak Andak. Merpati dua sejoli yang tengah dating kat ruang tamu sebelah sana tu Mak Long dengan Pak Long. Ok yang kecik-kecik ni mula dari kiri Auni, Akib, Maream, Hakim, dan yang hujung tu Edrus,” Aliff menggaru kepala, ramai sungguh macam mana agaknya dia nak mengingat. Pelajar-pelajarnya di universiti pun kadang-kadang dia lupa nama.
“Jangan duk berkerut sampai lagu tu la Aliff oii,hang tak payah sakit pala pikiaq macam mana nak hapai semua. Sian Mak Long tengok muka hang. Kami ni kalo bercakap bahasa kan diri nama , esok mesti hang kenai semua,”lega dia mendengar saranan Mak Long. Zarif di sebelah hanya mengekek ketawa.Memang la budak sorang ni, langsung tak membantu.
“Hangpa dah Asaq ka? kalau belom solat dulu. Hangpa guna bilik Mak Teh. Tok Mak nak pi dapoq dah ni, Aliff dengan Zar nak makan apa, sat lagi Tok Mak masak?,” Tok Mak dan mak cik-mak cik Zarif yang lain kelihatan sudah bangun untuk ke dapur.
“Kalau Zar guna bilik tu, Mak Teh dengan Pak Teh nak tidoq mana? Zar nak kuih talam buleh dak Tok Mak?”Zarif tersengih, Tok Mak dah tanya jadi baik dia gunakan peluang ni nak mengada-ngada.
“Mak Teh balik raya kampung Pak Teh kat Kelantan tahun ni. Hang guna la bilik tu, bilik lain semua dah kena cop. Kak Long hang dah buat dah Zar, tahu sangat kuih favorite hang. Aliff nak makan apa? Cakap ja jangan segan, makanan Sabah Serawak pun Mak Lang boleh masak. Mak Lang lahir dekat Tawau, membesaq dekat Kuching sebab ayah Mak Lang askar,” ramah Mak Lang bercerita.
“Ya ke Mak Lang, kecik betul Malaysia ni. Daddy saya pun asal Tawau. Saya ni OK jer Mak Lang, semua saya makan.Tolak batu dengan kayu jer, tupun kalau bagi air batu dengan ubi kayu saya tak tolak,” takkan la Aliff nak minta di masak macam-macam sedangkan dia hanya tetamu, segan pulak dia.
“Tak pe Mak Lang nanti Zar risik-risik dia nak makan apa, segan lagini.Jom la Bro masuk bilik, solat dulu ke, sambung tidur ke,” Zarif mengajak, tak cukup lagi tidur dari KL sampai ke Kedah.
Saat melalui ruang tamu kedua,mereka terserempak dengan seorang lelaki dan seorang wanita bersama seorang bayi comel. Mereka sedang memakaikanpakaian si kecil, mungkin baru lepasmandi.
“Wooooo...Acik Jo, tokoh bapa mithali ni. Pandai ka hang pakaikan pampers anak? Jangan terbalik sudah. Ni kenalkan kawan Zar, Aliff. Bro kenalkan ni sepupu aku Acik Jo.Ni isteri Acik Jo, Kak Chah, si debab ni Rayyan namanya,”mengekek si kecil diagah Zar. Aliff pula bersalam dengan lelaki itu dan sekadar senyum kepada sang isteri.
“Si kecik ni baru dapat kaki, nak pakai pampers dia tobat lahom payah sungguh.Hang pasai pa lewat sampai, sikit lagi Kak Long hang nak transform jadi godzilla. Jangan lupa whatapps dia bagitau hang dah sampai...dia pi kebun tadi dengan depa semua,” patut la sepupu-sepupu Zarif semua kecil-kecil, rupanya yang dewasa semua tak ada.
“Hehehe...kecoh la Kak Long tu,tak dak nya orang nak culik aku, badan besaq guni. Acik Jo, hang kena tolong aku cari kan suami cepat sikit ke Kak Long, sindrom hyper protective sister teruk sangat dah tu. Dia punya beletiaq tuh luruh telinga weh,” Zarif berharap benar kakaknya cepat bertemu jodoh. Sudah cukup banyak pengorbanan yang dilakukan Kak Long demi membantu Babah membesarkan Zarif dan adik-adik mereka.
“Nun orang sebelah hang ada, sebat la. Hensem...lawa-lawa anak menakan kita nanti, mix tuh,”serentak semua mata tertumpu pada Aliff.
“Hahaha...Bro nanti isi borang eh, online application pun boleh. Sila sertakan resume berserta penyata keewangan 12 bulan terakhir dan senarai harta persendirian,”Zarif mengenyitkan mata ke arah Aliff.
“Woi kau ingat isi borang taksiran cukai ke. Kak Long kau dengar habis aku. Elok-elok dapat raya sini,kang kena halau dah jadi musafir di Aidilfitri nanti,” suka hati je Zarif ni nak kenenkan dia dengan kakaknya, entah-entah si dia sudah berteman.
“Hehehe... ingat Kak Long aku tu kejam sangat ke. Baik tau dia macam adik juga.Jom la Bro, aku tunjuk bilik. Nak kena mesej bakal zaujah kau a.k.a Kak Long tercinta sebelum dia mengaum,” Aliff mengekori Zarif ke arah sebuah bilik. Tak habis-habis nak merepek.
“Weh Zarif besar sungguh rumah Tok Abah, dah macam resort dah ni. Ada berapa bilik ni?,”selesai solat Aliff berbaring di atas katil meregangkan urat-urat yang tegang dek kerana memandu dari KL ke Kedah manakala Zarif sedang mengecas telefonnya di suatu sudut.
“Dah keluarga besar, rumah pun kena la besar juga. Ada 12 bilik. Tok Abah je ada enam anak, arwah Mama anak nombor dua. Dulu rumah atas tu je, tapi bila anak cucu ramai berkumpul memang tak muat, jadi kami kumpul duit besarkan rumah bawah, tambah lagi enam bilik dekat bawah, tambah ruang TV dengan besarkan dapur. Anak Pak Long dua dah kahwin jadi mestila kena ada bilik sendiri, lepas tolak bilik Tok Mak dengan Tok Abah ada lebih tiga bilik lagi. Itu sapa cepat dia la dapat. Tapi diorang tu semua suka tidur lambak,bilik buat port parking beg je. Tengok la malam nanti, ruang TV tu memang macam pusat pemindahan banjir,”Zarif lupa nak bagi pengenalan pada Aliff. Kesian Aliff,terkejut sekejap dengan saiz keluarganya Zarif yang besar.
“Oh ni keluarga arwah ibu kau,aku ingat keluarga ayah kau. So ayah kau pun balik raya sini ke?,”dulu di USada Zarif bercerita serba sedikit mengenai keluarganya. Ibunya sudah lamameninggal sejak Zarif berumur 17 tahun lagi. Dia kini tinggal bersama ayahnya,kakak dan dua orang adik kembar. Semenjak ibunya meninggal,kakaknya yang sulungyang menjadi pengganti ibu. Dari sampai tadi pun nama Kak Long asyik disebut,hebat sungguh kakak Zarif itu.
“Raya sini la. Atuk dengan nenekNegeri Sembilan pon dah lama meninggal, balik Kedah la tiap-tiap tahun. LagipunTok Abah dengan Tok Mak sayang Babah macam anak sendiri kot,walaupun Mama dahtak ada sikit pun tak berbeza layanan diorang pada kami sekeluarga. Aku dengarsuara kecoh-kecoh kat luar, mesti team kebun dah balik.Kau nak tidur ke nakjoin aku keluar?”terdengar suara-suara kecoh sepupu-sepupunya yang lain.
“Tak da maknanya nak tidur lepasAsar. Keluarlah, aku bukan anak dara nak terperap dalam bilik,” bagus juga diadapat berkenal dengan sepupu-sepupu Zarif yang sebaya, boleh buat kawan baru.
“Tu dia...banyak betoi derian.Long Nuar buah langsat tak dak ka?,”Zariff menegur saat sebakul buah duriandiangkat diletakkan di anjung luar rumah bawah.
“Hah sampai encik engineer,pandai hang no petang baru sampai. Langsat ada, tapi tak leh nak ambik sebablupa bawak galah, hang la lambat ingat nak kerah hang ghaghaih (panjat) pokoklangsat. Eh sapa ni, kecoh budak-budak ni cerita Angah Zar bawak balik abangbaru,”lelaki yang Zarif panggil Long Nuar tadi bersalam dengan Zarif dan jugaAliff.
“Ni kenalkan kawan Zar, Aliff.Bro kenalkan ni Along Nuar, yang glowing with pregnancy tu Kak Maya, tu yangmuda remaja tu Amalin, Ainan, Kamil dengan Hafiz. Eh Zakir dengan Zaira manatak ikut pergi kebun ka? Kereta Babah pun tak da, ingat Babah pun ke kebun,”taknampak batang hidung Babah seta dua adik kembarnya itu.
“Ha...baru hang ingat Babahdengan adik-adik. Dari tadi call tak reti angkat,”serentak dengan itu Zarifmenjerit kecil apabila telinga ditarik oleh seorang perempuan yang tiba-tibamuncul dari dapur.