Zara seperti mana rata-rata warga bandar lain yang pulang ke desa untuk menyambut hari Raya. Sudah menjadi kelaziman satu-satunya destinasi dituju bagi menyambut lebaran tentunya rumah Tok Abah di Kedah.Meriah dan kecoh bak iklan raya, itulah lebaran Zara.
Aliff seorang mualaf yang baru tiga kali menyambut lebaran. Hari Raya disambut biasa-biasa sahaja, paling-paling dia pulang kerumah ibu saudaranya yang juga mualaf. Tapi itupun di Kuala Lumpur. Namun tahun ini takdir membawanya ke rumah Tok Abah.
Dan ini adalah sebuah kisah Zara, Aliff dan keluarga besar mereka beraya di rumah Tok Abah.