Home Novelet Islamik Ustaz Razif
Ustaz Razif
Nik Zah
21/1/2018 16:44:32
16,710
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 4

Muka Razif merah menahan marah. Dia tidak menyangka bahawa dia perlu bersekolah di sini dan perlu tinggal di asrama. Bosan! Jerit Razif di dalam hati. Beberapa orang pelajar di dalam dorm memandang hairan kepada Razif yang berjalan lurus dengan langkah yang sengaja dihentak-hentak ke lantai. Ada juga yang mula berbisik- bisik sesama sendiri. Razif tidak menghiraukan itu semua. Biarlah mereka mahu memandangnya dengan pelik, ada dia kisah?

Razif menghempaskan beg yang dipikulnya di atas katil yang disediakan untuknya. Ini semua salah abah! Salah mama! Salah Ammar! Jerit Razif lagi di dalam hati. Dia terus memberontak di dalam hati sehingga dia tidak sedar ada seseorang menegurnya.

            “Razif!”

            Razif tersentak mendengar namanya dipanggil kuat dengan jarak yang sangat dekat. Makin menyirap darah Razif apabila dipanggil seperti itu. Sudah hilang akalkah menjerit seperti itu dekat dengan telinganya?

            “Sorry Razif, buat kau terkejut.”

            Eh, macamana dia tahu nama aku? Razif mengerut dahi. Pernah kenalkah? Razif mengamati lelaki berkaca mata dengan wajah hitam manis berdiri di sebelahnya.

            “Kau kenal aku?”

            “La, kau tak perasan ke aku dalam kelas tadi masa kau kena perkenalkan diri tu?” kata lelaki itu sambil tersenyum. Tangan dihulur untuk bersalam tetapi Razif agak lambat-lambat menyambut huluran tangan tersebut.

            Razif cuba mengingat semula detik ketika dia perlu memperkenalkan diri di hadapan kelas sebagai pelajar baru. Bosan! Razif sekadar memperkenalkan nama dan tempat tinggal sahaja dan kemudian dia malas untuk terus berdiri di situ. Sempat juga dia memandang rakan-rakan di hadapan kelas, kesemuanya memandang kepadanya untuk menunggu bait-bait ayat yang akan keluar dari mulutnya.

            “Itu sahaja?”soal Cikgu Nur Jannah apabila melihatkan Razif yang bercakap seperti acuh tak acuh.Razif sekadar mengangguk.

            Beberapa saat kemudian kelas bertepuk tangan ala-ala seperti selepas selesai membuat persembahan pula.  Razif pula terus melangkah seperti biasa apabila ditunjukkan tempat duduk kepadanya. Langkahnya sengaja dilambat-lambatkan dengan ada gaya yang tersendiri.

            “Ops,sorry.”

            Razif berhenti melangkah apabila beberapa buah buku telah terjatuh mengenai kasutnya apabila berjalan berdekatan dengan meja seseorang. Segera sepasang tangan milik buku tersebut mengutip buku tersebut dan Razif tetap berdiri seperti biasa menunggu buku itu selesai dikutip. Egonya!

            “Maaf ye.” Tutur gadis itu dengan lembut dan pada ketika itu mata mereka bertentangan.


p/s: maaf lambat update..macamana dengan cerita ni? menarik tak?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.