11
ADAM
mundar-mandir. Kepalanya kusut memikirkan segala hal yang berlaku. Arlisa pengsan
tak semena-mena. Sofea yang tak ada angin tak ada ribut tupun ikut pengsan
juga. Ada yang tak kena ke dengan masakan malam ini? Ataupun memang ada sesuatu
yang buruk bakal menimpa mereka sekeluarga? Adam tidak tahu! Walaubagaimanapun
Adam yakin yang TUHAN sedang mengujinya. Semua ini adalah kifarah di atas dosa
yang telah dia lakukan terhadap Arlisa.
Setelah setengah jam menunggu, Dr.
Zufri keluar dari wad kecemasan. Fida yang juga ikut menemani Adam terdahulu
mendekati Dr. Zufri. Dia juga seperti Adam risau akan keadaan Arlisa.
“Zuf, macam mana keadaan mereka
berdua? Lisa okay tak?” soal Fida. Adam yang berada di belakang Fida hanya
memaparkan wajah duka.
“Hmm…” Dr. Zufri menghela nafas
berat. Dia tidak tahu hendak mula dari mana. Dia juga bimbang bicaranya bakal
mengguris hati Adam. “I tak tahu nak cakap macam mana. Tapi apa kata kalau kita
tengok Lisa dulu ya?”
Adam sekadar mengangguk. Lidahnya
sudah kelu dari sebarang kata. Buat masa ini, dia hanya mampu menurut.
Dr. Zufri membawa Adam masuk ke
dalam wad eksklusif yang menempatkan Arlisa. Pintu bilik wad itu ditolak buka dan
kelihatan Arlisa sedang bersandar tenang di kepala katil.
“Lisa!” Adam bergegas mendapatkan
isterinya. Dahi Arlisa dikucup lama. Tangan isterinya pula didekatkan ke dada.
Air mata Adam mula berlinangan.
“Adam… Kenapa you nangis ni? I
okaylah…” kata Arlisa. Walaupun wajahnya sedikit pucat dan badannya terasa
lemah, Arlisa yakin yang dia tidak apa-apa. Dr. Zufri mungkin ada penjelasan
yang lebih baik tentang keadaan dirinya.
“I takut kehilangan you. I takut
you… Takutlah apa-apa jadi kat you!” kata Adam dengan wajah cemberutnya. Mukanya
tiba-tiba memerah akibat menahan malu menangis di hadapan Dr, Zufri dan Fida.
Fida tersengih manja. Matanya
menjeling ke arah Dr Zufri. “Tengok tu Adam dengan Lisa, dah macam pasangan
baru bercinta pulak. Anyway Zuf, kenapa
Lisa pengsan tadi?”
Dr. Zufri sempat ketawa sebelum dia
menjawab soalan isterinya. Kelakar pula tengok sikap abang iparnya ini!
“Sebenarnya Lisa… tak cukup rehat!
Dia ni stresssangat sejak
akhir-akhir ni kan. Lepas tu, tak cukup tidur sebab berjaga malam tengokkan
Anissa. So…tekanan darah dia rendah.
Sebab tu lah dia pengsan. I suggest
supaya Lisa berehat aje lepas ni. And
Adam… you kena jaga Anissa pula ya!” usik Dr Zufri.
Adam sekadar mengangguk-angguk. Hmm…
yalah! Semuanya salah dia. Kalau bukan dia yang beri semua stress itu kepada Arlisa, tak mungkin isterinya jatuh sakit kan?
“Okay, I mengaku salah. I
penyebabnya semua ni kan… Tak apa, I janji yang I akan jaga Anissa lepas ni.
You jangan buat apa-apa. You rehat je tau, sayang?” kata Adam. Hidung Arlisa
dikuis manja. Mereka sama-sama menghamburkan tawa.
“By
the way, bercakap tentang soal hidup dan mati ni… kita ada lagi seorang teman
yang sedang bertarung nyawa,” celah Dr. Zufri tiba-tiba. Nada bicaranya
bertukar serius.
Fida mengerutkan dahi. “Sofea?
Antara hidup dengan mati?” tanyanya aneh.
Arlisa yang mendengar kata-kata Fida
itu jadi bingung seketika. “Kenapa dengan Sofea? Dia pun kat sini jugak ke?”
“Yes
Lisa, dia kat sini juga. Naik satu ambulans dengan you. Tapi keadaannya
teruk. Melalui pemeriksaan I tadi, dia telan racun tikus!” jawab Dr Zufri.
Fida, Adam dan Arlisa terpempan
seketika apabila mendengar penjelasan Dr. Zufri. Bagaikan tidak percaya, Sofea
yang bijaksana itu melakukan hal sebodoh ini.
“So
sekarang ni macam mana keadaannya?” Arlisa dihambat rasa bersalah. Adakah
kerana dia Sofea berperilaku begitu? TUHAN, ampunilah dosanya!
“Agak kritikal sebenarnya… dia asyik
sebut nama you je, Lisa. I think you
should see her,” cadang Dr. Zufri.
Arlisa bingkas bangun dari katilnya
sambil dipapah Adam berjalan ke wad yang menempatkan Sofea. Dr. Zufri
membukakan pintu wad buat mereka berempat. Sebaik saja Sofea yang terbaring
lemah di katil terlihat batang tubuh Arlisa memasuki wadnya, dia cuba
membangunkan diri. Perlakuan Sofea seakan-akan dia mahu mendekati Arlisa dan
memeluk wanita itu erat.
Namun tindakannya pantas ditegah Dr.
Zufri dan jururawat yang bertugas. Dr. Zufri membaringkan Sofea semula dan
jururawat yang bertugas diarahkannya untuk meninggalkan mereka berempat sendirian
melawat Sofea.
Arlisa duduk dihujung katil Sofea.
Wajah Sofea yang pucat lesi itu ditatapnya sayu. Wanita itu kelihatan begitu
terseksa. Menggeliat dan memejam-mejamkan matanya kerana tidak tahan menahan
bisa racun yang sedang menjalar ke seluruh urat badannya. Bibir Sofea juga
pecah-pecah seperti berpuluh hari tidak menjamah air langsung. Kemungkinan ini
semua kesan dari racun yang ditelannya.
“Sofea… kenapa sampai jadi macam
ni?” Arlisa menggenggan erat jari jemari kanan Sofea.
“Lis… Lisa…” ujar Sofea
tergagap-gagap. Nafasnya diambil perlahan-lahan. “Maafkan… Sof… Sofea…”
“Maafkan Sofea? Untuk apa Sofea?
Sepatutnya Lisa yang minta maaf. Sebab Lisa kan Sofea telan racun tu?” kata
Arlisa lembut.
Adam yang berdiri sambil memaut bahu
Arlisa itu tidak setuju dengan kata-kata isterinya. Bila masa pula Arlisa
bersalah dalam soal ini? Kalau dia yang nak telan racun, dia sendirilah yang
bengap. Bukannya salah isterinya!
“Bu… bukan!” jawab Sofea tegas.
“Lisa… Sofea sebenarnya nak meracun Lisa. Tapi Sofea yang tertelan racun tu.”
Degup jantung Arlisa bagaikan
terhenti buat beberapa saat apabila mendengar pengakuan Sofea. Astaghfirullah!
Sofea nak meracun dirinya? Perlahan-lahan genggaman tangan Lisa pada tangan
Sofea dilepaskan dan tangannya ditarik ke dada.
“Sofea… Ya ALLAH,” ucap Arlisa tidak
percaya. Kepalanya berkalih ke arah Adam yang sudah bermasam wajah. Serta merta
muka Adam disimbah darah merah. Manakala Fida dan Dr Zufri pula sudah tergeleng-geleng
mendengar kata Sofea.
“Tergamak Sofea… sampai hati Sofea
buat Lisa macam ni. Sofea… macam mana Sofea boleh terfikir sampai ke tahap ni…”
Arlisa masih berkata-kata dalam nada yang tenang. Dia tidak mahu
mengharu-birukan keadaan. Tidak apalah. Yang sudah itu sudahlah. Apa yang dia
boleh lakukan lagi? Sesungguhnya ALLAH itu Maha Melindungi. Nasiblah tiada apa
yang terjadi kepadanya.
“Ma… maafkan Sof.. Sofea! Sofea
letakkan racun tu dalam air sirap… Lisa. Tapi tak tahu macam mana… Sofea yang
terminumnya. Sofea ingat Lisa pengsan sebab terminum racun tu… Lisa… maaf…
maafkan Sofea,” ucap Sofea tersekat-sekat. Air matanya mengalir laju. Sungguh
Sofea insaf! Segala perilaku buruknya telah dibalas ALLAH setimpal!
Arlisa juga tidak dapat menahan air
matanya dari turun mencurah-curah. Sekali lagi dia berkalih ke wajah Adam.
Lelaki itu sudah sedia dengan kepal tumbukannya! Arlisa pantas menahan tangan
Adam dari bertindak gila.
“Kalau ikutkan hati akulahkan Sofea,
dah lama dah aku tumbuk muka kau tahu!” tengking Adam kasar.
Arlisa bangun dari katil Sofea.
Badan Adam ditolak ke belakang. Jauh dari mendekati Sofea. Dr. Zufri juga
datang membantu. Menahan Adam dari terus bertindak di luar kewarasannya.
“Adam, sudah Adam. Istighfar
banyak-banyak…” Arlisa memberi peringatan. Dia kenal benar dengan amarah Adam
yang mudah tercetus itu. Bara di hati Adam mudah terbakar.
“Sofea… Lisa maafkan Sofea. Yang
sudah tu sudahlah,” kata Arlisa yang kini berpaling pada Sofea pula.
“Tolong Sofea… Lisa… Tolong jangan
laporkan kepada polis. Sofea mo… mohon!” rintih Sofea.
Arlisa memejamkan mata sambil
tangannya masih memegang erat lengan Adam yang kini ternaik-naik ke atas. Berat
sungguh dugaan hati ini. TUHAN ingin dia belajar untuk redha dan memaafkan. Ya,
redhalah dan memaafkan segala kesalahannya, Arlisa.
“Baiklah Sofea. Sofea jangan
bimbang. Lisa takkan laporkan ke polis. Cukuplah setakat ini sahaja. Lisa tak
nak lagi kita bersengketa. Lisa tak nak lagi kita saling bermasam muka sebab
berebutkan Adam. Cuma satu saja Lisa nak minta pada Sofea…” Arlisa melepaskan
tangannya dari Adam. Dia berjalan mendekati katil Sofea dan menunduk ke wajah
wanita yang di dalam keseksaan itu.
“Jangan lagi ganggu keluarga, Lisa.
Lisa percaya yang Sofea boleh cari lelaki yang lebih baik dari Adam. Mohonlah
pada ALLAH… dia akan berikan yang terbaik,” tambah Arlisa lagi.
Sofea terangguk-angguk dan seraya
menarik tangan kanan Arlisa untuk dikucupnya. Arlisa merelakannya walaupun Adam
dari jauh mengecam tindakan Arlisa itu sebagai suatu yang keterlaluan. Orang
dah buat jahat dengan kita! Kenapa kita perlu berlembut lagi?
Adam merungkai pegangan Dr. Zufri
dan Fida ke atasnya. Tanpa banyak kata, Arlisa ditariknya ke belakang menjauhi
Sofea. Kemudian perlahan-lahan Arlisa menarik Adam keluar dari wad tersebut
yang diikuti oleh Dr. Zufri dan Fida.
Di luar wad, mereka berempat diam
tak terkata apa-apa. Setelah kebungkaman mencapai minit yang kesepuluh,
akhirnya Arlisa memecahkan kebuntuan mereka semua.
“Lisa dah putuskan yang kita tak
perlu beritahu mama atau sesiapapun mengenai hal Sofea. Cukup kita berempat aje
yang tahu!” putus Arlisa.
Adam mengangkat kepalanya. Dia
menggeleng-geleng tanda tidak setuju.
Namun Fida dan Dr Zufri pula berbeza
pendapatnya. Mereka berdua saling mengangguk setuju. Mama tidak boleh diberi
tekanan berlebihan. Lagipun esok nak raya.
“Adam… redha ajelah ya. Kita tutup
buku lama, kita buka buku baru. Lupakanlah semuanya… lagipun dia dah mengaku
kesalahannya. Apa lagi yang kita buat padanya? Kita bukan TUHAN yang ada hak
untuk menghukum,” pujuk Arlisa.
Adam terdiam. Kata hatinya
seakan-akan kurang setuju dengan keputusan Arlisa. Namun apa yang dia boleh
buat. Arlisa telah memutuskannya. Dia tidak mahu bersengketa lagi dengan si
isteri. Walauapapun, Arlisa seorang yang berhati mulia. Mana ada lagi manusia
yang sanggup memaafkan manusia lain yang ingin membunuhnya?
“Baiklah. Kita tutup kes.” Akhirnya
Adam Farhan mengalah.
“So,
Lisa boleh discharged malam ni
jugakkan Zufri?” tanya Arlisa ceria.
“Ya Lisa, sekarang pun boleh.”
Adam yang diam sebentar tadi
tiba-tiba tersenyum kecil. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Fida. “You nak
balik sekarang ke, Fida?”
“Yes…
kenapa?” Aik! Tiba-tiba tersengih semacam pulak Adam ni dah kenapa?
“You dan Zufri don’t mind ke kalau I nak pinjam kereta you guys kejap?” soal Adam lagi.
Arlisa menyentuh bahu Adam.
Keningnya diangkat-angkat. Ada apa pula ni?
“Well…
you nak buat apa dengan kereta I, Adam?” Fida tergaru-garu kepalanya. Dah buat
hal pulak si Adam ni. Jangan cakap dia nak ke balai polis sudah!
“Alah, kejap aje. I nak spend time dengan Arlisa. Kalau balik
rumah ni nanti… ada mama, ada Mak Cik Sue… ada anak-anak lagi! Memang tak ada chancelah kami nak berdua. You guys datinglah kat café bawah tu
kejap ya?” kata Adam selamba. Tangannya seraya menggenggam tangan Arlisa yang
sudah sejuk membeku itu. Mesti Arlisa dah fikir yang bukan-bukan akan
perlakuannya tadi.
“Oh…” Dr. Zufri tersengih. Cheh!
Ingat apa tadi. Dia dan isterinya saling ketawa. Manakala Arlisa pula sudah
merah wajahnya menahan malu.
Fida dengan pantas menyerahkan kunci
kereta Gen-2 miliknya kepada Adam. “Ingat… balik sebelum pukul 12. Pick us up kat hospital balik ya!” pesan
Fida lagak ibu-ibu.
Adam terangguk-angguk manakala
Arlisa pula sudah menutup separa wajahnya dengan tangan kanannya. Adam dah
pandai buat perangai ya sekarang!
“Jom sayang!” ajak Adam yang
seterusnya menarik lengan Arlisa erat dan berjalan keluar dari koridor hospital
tersebut.
TAMAT