Home Novel Thriller/Aksi EMPAT MUSIBAT
EMPAT MUSIBAT
Aaliya Adni
4/9/2021 10:30:41
5,478
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
PROLOG

Dalam kesepian malam kedengaran hanya derapan laju tapak kakinya. Dia lari tidak pasti arah yang mahu dituju. Sakit di pipi kiri dan kepalanya berdenyut-denyut. Mungkin sebentar tadi berpuluh kali dia ditendang dan disepak oleh lembaga itu. Kini dia dilepaskan untuk lari? Dia tidak sangka dia akan dapat lepas lari.

Nafasnya termengah-mengah. Pada usia 40an dia tidak sekuat zaman dia bergerak aktif dalam kumpulan mereka. Namun...untuk hidup dia wajib melepaskan diri daripada lembaga bertopeng itu.

Dup dap dup dap...

Jantungnya berdegup kencang...Matanya meliar memerhati keliling sambil tangannya menyeluk poket, mencapai telefon dalam poket kiri belakang. Mujur telefon itu tidak pecah. Beberapa kali juga dia terhentak di kiri kanan rangka badannya rasa sengal diterajang.

Gopoh gapah dia tekan nombor yang dilabel Lalok.

"Cepat lah angkat.. sialan..."

Dia merengus marah.

Panggilan telefon itu tidak diangkat segera. Lama berdering mungkin tak dipedulikan.

"Hallo...apa hal malam buta telefon...eh Topak?" suara garau di hujung sana membentaknya, tiba-tiba.

"Lalok.. tolong aku.." mengahnya kedengaran tanpa sembunyi. " Cepat datang.. kita dalam bahaya."

"Kita dalam bahaya? Heh....Apa kau merepek ni labu? Aku tengah parti ni.." suara Lalok lantang kedengaran di telinganya. Di latar, kedengaran bunyi muzik yang biasa didengarnya di kelab yang kerap mereka kunjungi. Di situlah mereka menunggang arak dan menonggeng berdansa bersama penari tiang.

"Wei aku takut ni....aku rasa aku kena kejar dengan sesuatu..."

"Dah tua pun penakut..kau patut lepak lagi lama dalam jel je, ada pak guard peratikan kau sepanjang masa..."

Mendengar itu sahaja sudah amat menyakitkan hatinya. Ini bukan masa untuk berjenaka.

"Bro.. aku serious ni..." tak pernah dia bercakap begitu dengan Lalok. Jika pernah pun, hanya ketika mereka berlawak. "Ada jembalang ke atau binatang apa entah tadi dok kejar aku ni...dan dia ada sebut kata kunci nama gang kita..."

"Huh..kau mabuk ke hannat....jembalang? binatang apa boleh bercakap??"

"Serious Lalok.. aku bukan main-main ni..."

"Kau cakap binatang? Binatang tu... dia sebut apa?"

"Hitleria, Lalok... Hitleria!!" Matanya melingas ke sekitar sambil suaranya semakin meninggi.

Ketika itu, dia menyedari Lalok terdiam. Tersentak mungkin.

"Kau jangan main-main boleh tak Topak? Aku sekeh kau mau hilang gigi geraham kau semua sekali!"

"Ye betul aku cakap benar ni... gila kau aku nak main-main sekarang....tengah malam buta dan aku kat luar ni...erghhhh...aku share lokasi ko mesti datang sini..sekarang tau...sekarang!!"

"Kau panggil Grab datang sini lah...aku tengah sibuk ni...ada banyak ciki pilihan kau nak yang berlemak, yang kering, yang tembam, yang kempis semua ada..."

Dia tidak kuasa melayan pelawaan Lalok. Jelas baginya, Lalok tidak anggap serius permintaannya. Tangannya terketar-ketar namun dia berjaya mengklik kongsi lokasi di mana dia berada.

"Lalok...Aku pun tak ...."

Talian putus tiba-tiba.

"Sialan...telefon putus pulak?" Dia menekan butang di sisi telefon itu, harapannya telefon itu akan hidup semula. Namun sia-sia.

Matanya meliar memandang sekeliling. Gelap... ada sesuatu dalam semak di tepi belah kirinya. Tak semena kemudian semak di kanan pula seperti dilanggar sesuatu. Dia tak tahu mana arah yang harus ditengok sekarang.

Langkahnya tak tentu arah. Yang dia tahu, dia mahu sampai ke pagar dawai yang terletak dalam 100m dari kedudukannya sekarang. Itu sahaja jalan keluar yang nampak sekarang. Dia boleh melompat ke highway di luar pagar itu untuk selamatkan dirinya.

Rentan hatinya memikirkan Lalok yang mementingkan diri sendiri. Sekarang bukan masa untuk marahkan sesiapa. Dia mesti melepaskan diri daripada lembaga itu. Tapi dia sendiri tidak pasti sempatkah baginya keluar daripada semak dia bersembunyi itu dan melangkah sederas mungkin hingga ke pagar itu sebelum dicekau semula dan menerima sepak terajang sekali lagi.

Beberapa ketika dia menunggu, tidak ada tanda-tanda kehadiran lembaga itu. Dia pun bangun dari tempat persembunyiannya dan melangkah tertunduk-tunduk untuk sampai ke depan pagar dawai berduri yang agak tinggi itu. Dengan segala kekuatan dia mengheret langkah dan memanjat untuk melepasi rintangan itu.

Dia menoleh ke belakang. Memang tak nampak kelibat lembaga itu. Bunyi salakan anjing kedengaran di kejauhan.

Segera dia memanjat pagar itu lagi. Sakit tangannya mencengkam pagar dawai besi itu. Tetapi itu sahaja jalan keluar yang ada.

Dia sudah sampai separuh jalan di atas pagar itu. Gerak langkahnya terhenti. Ada sesuatu sedang tercegat di luar sana.

Arghh,,,Lembaga itu sudah sedia berada di luar pagar itu.

Apa perlu dia memanjat mahu keluar jika lembaga itu sudah menunggunya di luar.

"Kau bohong?" sergahnya memberanikan diri. "Tadi kau suruh aku lari. Tapi kau tunggu aku di luar. Ini menipu namanya...."

Suara yang keluar daripada lembaga itu tidak jelas. Kasar dan rendah sahaja bunyinya.

"Ha ha...Kau faham erti penipuan? Kau tahu makna berjanji?"

"Mesti lah... sekarang kau yang tipu aku. Lepaskan saja aku pergi."

"Kau ulang sekali lagi."

"Ulang apa?"

"Pasal kau faham makna penipuan."

"Arghhh aku peduli apa.. kau berambus dari sini. Lepaskan aku."

"Tanggalkan semua pakaian kau."

"Huh kau gila?" Dia cuba membantah.

"Buat sahaja apa yang aku suruh..atau kau mati lebih awal"

Dalam ketar Topak menanggalkan baju dan seluar yang dipakainya.

"Sampai habis."

Topak serba salah.

Dia cuba menutup bahagian sulitnya.

"Kau tahu malu rupanya?"

"Huh..cukuplah." dia cuba bertolak ansur. "Ni kan aurat aku."

"Kau tahu makna aurat? Kau tahu makna malu? Kau tahu makna kehormatan?"

"Eh chill chill sudah lah kawan... tetiber nak emosi ni?"

"Aku bukan kawan kau... tapi aku adalah asbab yang akan menghnatar kau ke alam barzah!"

Dengan sekali hentak suatu yang keras di tangan lembaga itu Topak jatuh terjelepuk. Darah berhamburan keluar. Hanya rintihan Topak yang kedengaran di kegelapan itu.

Lembaga itu mengeluarkan satu tin. Kemudian dia menjirus isi kandungan baldi tin itu ke atas jasad yang sudah terkaku itu. Sejenak kemudian lembaga itu beredar pergi.

Langkahnya tangkas. Topak yang hanya mampu terkebil-kebil kesakitan meraung-raung apabila semakin lama seluruh tubuhnya kian membeku.

Satu sudah tersungkur. Ada tiga lagi menanti.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.