Home Novel Seram/Misteri Lambaian Bulan (Novel)
Lambaian Bulan (Novel)
SYASYA BELLYNA
25/9/2017 16:26:05
7,452
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1

2018

 

PACUAN empat roda itu berhenti di halaman sebuah rumah. Ia diparkir berdekatan rumpunanpokok buluh yang merimbun daunnya, menutup sedikit pandangan ke beranda rumah.Lampu kereta yang menyala menerangi persekitaran yang gelap. Jelas kelihatan apa yang ada di sekeliling rumah.

Sayup-sayup kedengaran cengkerik bersahutanmenembusi perut kereta seiring suara juruhebah dari radio. Namun, dalam hatiNorri terasa gigitan kesunyian sebenar kampung ini.

Perlahan-lahan Norri keluar dari perut kereta. Anak matanya masih liar memerhati, menerokaruang daya penglihatannya. Rumah lama di hadapannya begitu gah di bawahsinaran bulan. Cahaya menyelimuti struktur luar binaan lama itu, membangkitkan rasa luarbiasa. Norri terpana.

Kakinya terus melangkah. Jari-jemari kaki yangdialas sepasang selipar, berlaga dengan kelembutan pucuk rumput dingin disapu embun malam. Anginyang berpuput lembut membelai-belai baju yang dipakai Norri. Norri berpeluk tubuh.

Di tempat duduk penumpang, Soflin menoleh kekiri dan ke kanan beberapa kali. Sungguh Soflin berasa tidak selesa.Pandangannya memincing seketika ke semak-samun kemudian ke kawasan belakangrumah lama itu. Sekeliling nampak menyeramkan. Tambahan lagi Soflin juga sedarbahawa tiada teratak berdekatan rumah lama ini. Perjalanan masuk ke dalam,terasa jauh dari jalan masuk. Sayup dan sayu.

Jam ditangan dibelek. Pukul 2.17 pagi. Soflinmemerhati tingkah Norri dari pintu pemandu yang terbuka. Norri ralit.

“Norri!”

Gadis itu berpaling. Soflin yang berdiri didepan pintu kereta yang terbuka, beriak tidak selesa. Ditunjuk-tunjuk jamdipergelangan tangan, menandakan hari sudah lewat. Norri kembali semula ke kereta dan mematikan enjin. Terpadamsaja siaran radio, dengan jelas suara cengkerik mendominasi suasana.

Soflin membuka bonet kereta dan mengambil lampusuluh yang terselit dicelah susunan bagasi mereka. Menurut Norri, rumah ini sudah lamaterbiar. Sudah pasti bekalan elektrik sudah terputus. Kunci pun Norri dapatdaripada peguam yang sudah lama mencari dan menyerahkan hak milik rumah itu kepadanya. Jika peguam tidak menemuinya, Norri tidak tahu langsung tentangpeninggalan ini.

Soflin menyuluh setiap celah ruang yang tercapaidengan kemampuan lampu picit yang dipegang. Berkerut-kerut dahinya dek rasakurang nyaman. Sesekali dipandangnya Norri yang turut sama memerhati keadaan.Mungkin Norri berbelah bagi. Sejujurnya Soflin rasa tidak sedap hati.

“Kita menginap saja di mana-mana hotel berdekatan.Esok pagi kita datang semula ke sini,” cadang Soflin.

Norri menggeleng. Enggan.

“Alang-alang dah sampai, kita masuk dalam dulu.Kalau tak sesuai diduduki, baru kita patah balik ke bandar,” kata Norri.

Norri segera menghampiri tangga. Soflin mengikutsaja kemahuan sahabatnya itu. Kehadiran Soflin di sisi Norri pun ataspermintaan gadis itu untuk menemaninya beberapa hari. Tidak mengapa. Mujur hanya sementara berada di sini.

Krekkk…

Mereka berdua saling berpandangan sebelum fokusmengarah ke bawah. Lampu suluh dihala ke arah yang sama.

“Tangga pun dah uzur,” ucap Soflin.

“Rumah lama biasalah kalau berbunyi biladipijak. Nanti rumah ni dah biasa berbau manusia, kukuhlah semula.”

“Hisy, bau manusia?Seram bunyinya.” MeremangSoflin.

“Jangan fikir yang bukan-bukan. Masuk bagi salamdulu,” pesan Norri.

Soflin akur. Pintu yang terkunci sudah dibuka.Soflin yang berdiri di belakang Norri menyuluh cahaya lampu ke dalam rumah. Diamenuntun Norri sehingga masuk ke ruang tengah. Mereka berdua saling berpandangan.Norri mencuba nasib dengan menekan suis lampu. Serta-merta lampu di ruang tamudan ruang tengah menyala. Mereka saling berpandangan. Soflin mematikan lampusuluhnya.

“Peguam yang jaga rumah ni sebelum serahkankunci kat kau ke, Norri?” soal Soflin.

Ruangan dalam sangat terjaga. Tidak sepertikeadaan di luar yang tidak terusik oleh tangan manusia.Norri mengatur jalan kekamar-kamar yang ada dan menekan suis. Sampai ke dapur Norri meninjau kawasan dapur bersama Soflin.

“Mungkin peguam tu ada upah orang untuk jagarumah ni. Tak apalah. Menyenangkan kita. Tak perlulah kita membazir wangmenginap di mana-mana. Bawalah masuk barang-barang kita. Aku pun dah letihsangat ni,” kata Norri.

Soflin tidak berkutik. Dia rasa kurang selesa berada di sini. Bibirnya yang kering bertambah tegang dek suhu didalam rumah itu. Soflinmengerling Norri.

“Aku tak selesa. Aku tak suka tinggal dalamrumah ni,” ujar Soflin.

“Kan aku kata, jangan fikir yangbukan-bukan. Aku tahulah rumah ni rumah lama. Dah berpuluh tahun tak didudukiorang. Tapi dijaga dengan baik, kan? Sudahlah. Pergi ambil barang-barang kat kereta. Sementara tu akunak pilih salah satu bilik untuk kita berehat.”

Soflin menghela nafas dan beredar untukmengambil bagasi. Mungkin dia berfikir yang negatif. Entahlah. Soflin melangkahdengan laju. Langsung tidak diendahkan pemikiran yang bukan-bukan. Namun,sepasang matanya tetap meliar melihat sekitar. Walaupun rumah peninggalan ituterang benderang disimbah cahaya kalimantang, namun tetap suram.

Soflin bergegas menuruni tangga dan membawabarang-barang mereka naik ke atas rumah tanpa menyedari lantai halaman rumahsedang diselubungi kabus.

    

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh SYASYA BELLYNA