“Kau pasti ni tempatnya?”
“Pasti!
Aku pernah datang dulu sekali. Takkan boleh lupa pulak!”balas Leman.
“Kau
jangan salah tempat pulak. Dah tadi pun berapa kali sesat.”getus Hamid.
“Kali
ni memang betul dan sahih ini tempatnya!”ujar Leman.
Ketiga-tiga
merayapkan pandangan ke luar tingkap. Hutan kecil itu direnung mereka.
Pokok-pokok hutan tumbuh meliar. Hampir sebesar pemeluk kesemuanya.
Persekitaran gelap dan suram.
Sepi.
Sunyi.
“Aku
rasa seram pulak tengok tempat ni.”ujar aku.
“Dah
nama pun tempat puaka. Memanglah seram. Kau jangan cakap nak tarik diri
sekarang. Aku cepuk kau karang.”marah Hamid.
“Memanglah
tempat puaka. Tapi masalahnya selalu aku tak takut kalau pergi minta nombor
ekor. Tapi hari ni aku rasa tak sedap hati.”balas aku lagi.
Hamid
mendengus nafas. Dia mengerling melihat Leman yang mula menarik muka masam dan
menyelit keluar dari perut kereta Saga miliknya itu.
“Kau
ni macam-macam hal lah, Jalak! Kalau tak nak ikut lain kali bagi tahu
awal-awal. Kau tengok member aku tadi dah naik angin. Dah tu kau nak join ke
tak ni? Bukan selalu kita dapat peluang nak minta nombor ekor time malam Jumaat dan bulan penuh macam ni.”getus Hamid.
Aku
mengetap bibir, Berdecit sesekali. Lalu menghela nafas berat.
“Jom
ajelah dah alang-alang kita sampai ni.”getus aku.
Hamid
menghembus nafas. Aku dan dia melangkah keluar dari perut kereta. Berlalu ke
bonet dan mengambil beberapa bungkusan plastik.
“Kau
pergi dulu. Kejap aku datang.”pinta Hamid.
Aku
akur dan bertapak mendapatkan Leman yang menunggu di pinggir hutan.
“Semua
barang dah bawa?”soal Leman tanpa memandang aku.
Aku
mengangguk.
“Aku
nak ingatkan korang. Bila dah jumpa busut tu minta dan pohon elok-elok. Jaga
adab. Mulut jangan celupar. Faham?”agak tegas Leman bersuara.
Aku
mengangguk lagi.
“Jangan
sampai dia mengamuk. Buruk padahnya. Nyawa yang jadi galang ganti.”ujarnya lagi.
Aku
tersentak mendengarnya. Baru saja ingin bertanya, perbualan terhenti tatkala
kedengaran suara Hamid memanggil. Sebaik aku menoleh darah berderau. Hamid
sedang bertapak ke arah aku bersama Leman.
Jadi
dengan siapa pula aku bersembang tadi?
Aku
pantas menoleh. Kelibat ‘Leman’ yang berbual dengan aku tadi telah menghilang.
Kepala dan leher terasa mengembang.
“Kau
okay tak?”tanya Hamid sebaik menghampiri.
Aku
mengangguk. Kejadian sebentar tadi aku pendam. Pertama kali aku menghadapi
kejadian seumpama itu sepanjang terlibat dalam kerja-kerja meminta nombor ekor
ini.
Ketiga-tiga
melangkah masuk ke dalam hutan tersebut. Masing-masing hanya mengunci bicara.
Langkah
kaki diatur sehinggalah tiba di satu busut yang meninggi hampir separas paha manusia
dewasa. Kami bertiga duduk bertinggung.
“Colok?”pinta
Leman.
Hamid
segera menyerahnya bersama lighter. Leman menghidupkan lalu dipacak ke tanah. Bibirnya
mula membacakan mantera. Bulu roma aku terasa meremang tetapi digagahkan diri
untuk bertahan. Aku mengelus batang leher. Pandangan dililaukan ke serata arah.
Tidak semena--mena mata tertancap ke arah busut yang meninggi di hadapan kami
itu. Aku perasan seakan-akan terdapat sepasang bebola mata kemerahan sedang
mengintai dari sebalik busut. Lekas-lekas aku menunduk. Jantung berdegup hebat.
Sungguh aku berasa tidak betah untuk berada di situ lagi. Hati aku
mendendangkan sesuatu yang tidak enak.
“Ayam
hitam?”suara Leman kedengaran garau.
Aku
tersentak dan tergugup gagap menyerahkan plastik kepadanya. Leman merentap
daging mentah di dalam plastik itu dengan rakus. Dikeluarkan dari dalam
plastik. Dilungguk di hadapan busut.
“Badan engkau bernama tanah, tanah mengkhayal
api, hantu raya si jembalang tanah, datang ke mari aku menyeru mu. Bangkit kau
dari persemadian. Datang kami membawa hajat. Hajat hendak meminta bantuan.”seru
Leman berulang kali. Matanya terpejam seperti menghayati.
Selang
beberapa saat suasana terasa hening dan sunyi. Leman mengunjukkan telapak
tangan.
“Telur
ayam?”pinta Leman
Aku
tercari-cari dalam plastik yang berada dalam genggaman.
Ahh,
sudah! Mana pula telur ayam ni!!
Aku
memandang Hamid. Hamid turut menunduk mencari-cari telur ayam di dalam plastik
dibawanya.
“Ada
tak?”
Jalak
menggeleng. “Kau kan yang bawa? Aku bagi kat kau sebelum keluar rumah.”
Aku
terdiam sejenak. Ingatan dikerah. Sesuatu melayang dalam ingatan. Baru aku
teringat bungkusan plastik berisi telur ayam aku tinggalkan di rak kasut. Aku
meninggalkannya sejenak untuk memakai kasut sebelum terlupa. Aku menepuk dahi.
“Aku
tertinggal!”
“Korang
ni! Aku dah cakap jangan lupa…”Leman terhenti dari memarahi kami berdua tatkala
mendengar satu suara menderam dan mendengus kasar.
“Puaka
busut ni dah marah! Aku dah pesan awal-awal jangan lupa satu benda pun!”marah
Leman.
Tubuh
aku mulai menggeletar. Sekitar kawasan kami berada seperti dilanda ribut. Angin
bertiup kuat menerbangkan debuan dan butiran pasir. Tidak semena-mena busut di
hadapan kami itu meletup dan terbakar. Apinya marak menjulang ke angkasa.
Serentak itu satu suara garau meraung dan menderam kasar kedengaran.
“Kita
kena blah dari sini cepat! Jembalang tanah tu dah mengamuk.”jerit Leman.
Aku
bingkas bangun. Tubuh menggigil ketakutan. Sumpah aku menyesal menyetujui
mengikuti Hamid untuk minta nombor ekor malam ini! Plastik ditinggalkan
bertaburan. Kami bertiga lari bertempiaran. Cemas menujah dada.
Beberapa
langkah bertapak, kami bertiga terbejat. Jantung aku terasa terputus dari
tangkai. Di hadapan aku kelihatan satu lubang seluas perigi dan sedalam lebih
kurang 2 meter aku anggarkan. Yang menggerunkan apabila di dalam lubang itu
dipenuhi oleh tulang belulang dan juga mayat yang hampir mereput! Tempat apa
sebenarnya ni!
“Jangan
pedulikannya. Kita kena blah cepat!”jerit Leman.
Serentak
kami bertiga mengayuh larian. Suara garau menderam jelas kedengaran di belakang
kami bertiga. Bulu roma aku tegak berdiri. Makhluk apa sebenarnya yang sedang
mengejar kami ini?
“Jangan
sesekali pandang belakang.”jerit Leman lagi.
Entah
mengapa arahannya itu aku sukar untuk turuti. Kehendak di hati terasa lebih
menguasai. Dalam kayuhan larian itu aku menoleh jua ke belakang. Mata aku
terbuntang. Seekor makhluk berkepala anjing, bertubuh agam kehitaman sedang
mengejar kami dengan buaran nafas yang ganas. Bebola matanya yang kemerahan
jelas terpancar amarahnya yang menjulang-julang.
Aku
pantas mengalih pandangan ke hadapan. Rasa takut menyeruak di jiwa sehingga menyebabkan
aku terasa seperti ingin terkencing di dalam seluar. Alur nafas terasa sesak. Larian
tetap diatur deras. Malang tidak semena-mena Leman jatuh tertiarap. Tersungkur
di atas tanah.
Aku
terhenti dari berlari. Hamid pula sudah jauh meninggalkan aku dan Leman. Untuk
seketika kedengaran suara Hamid melaung.
“Blah
Jalak. Kau tolong dia kau yang mati nanti!”
Aku
serba salah.
Aku mengerling. Jembalang tanah itu masih mengejar. Pantas aku
mencapai tangan Leman dan membantunya berdiri. Selajur kami berdua berlari
meredah hutan mendapatkan kereta yang diparkir tidak jauh dari situ.
Nafas
tercungap-cungap sebaik tiba di kereta. Hamid sedia menanti di dalam kereta.
Aku dan Leman lekas-lekas memuatkan diri ke dalam. Pintu dikunci rapat. Selajur
masing-masing menghempaskan nafas keletihan. Makhluk yang mengejar kami tadi
tidak terlihat di mana-mana.
“Jom
kita blah dari sini. Lagi lama duduk lagi bahaya.”ujar aku.
Leman
meraba poket bajunya sebelum menyeluk poket seluarnya.
“Kejab,
kunci kereta aku tak ada.”
Enam
patah perkataan itu terasa merenggut tangkai jantung aku. Aku dan Hamid
lekas-lekas memeriksa poket masing-masing. Tiada.
“Mesti
tercampak masa aku jatuh tadi.”getus Leman.
Aku
meraup wajah yang dibasahi keringat. Belakang tubuh tersandar di seat kereta.
Fikiran buntu dan terbejat sama sekali.
“Kita
kena blah dari sini Jalak, Man. Bila-bila masa saja jembalang tanah tu boleh
datang serang kita!”ujar Hamid.
Aku
merenung tajamnya.
“Kau
faham tak sekarang ni kunci kereta dah hilang. Mahu tak mahu kita kena duduk
dalam kereta ni. Tunggu sampai hari siang. Nak minta tolong pun tak ada manusia
yang duduk tempat ni. Takkan nak bertaruh nyawa pergi cari kunci kereta tu
pulak?”aku membidas. Emosi aku benar-benar tidak stabil.
Masing-masing
terdiam sejenak. Kebisuan melingkari suasana.
“Tak
apa. Ini salah aku. Biar aku pergi cari kunci kereta.”
“Kau
jangan buat pasal Leman!”aku memarahinya.
Leman
tidak menghiraukannya. Dia membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Aku
menjerit memanggil namanya berulang kali tapi dia tidak menghiraukannnya. Hamid
yang duduk di seat sebelah pemandu lekas-lekas mengunci pintu kereta.
“Aku
tak pernah jumpa manusia penting diri macam kau.”getus aku merenung tajam
Hamid.
“Lebih
baik penting diri dari mati sia-sia.”balasnya.
Aku
mengetap bibir menahan rasa amarah yang bertakung di jiwa. Selang beberapa saat
pemergian Leman, kedengaran satu raungan yang amat dahsyat. Seperti dilanda
seksaan yang amat dahsyat!
Wajah
Leman terbayang-bayang dalam ingatan kala ini. Aku menekup bibir.
ALLAH,
apa yang tengah jadi sekarang ni?
ALLAH?
Ya!
ALLAH!
Hanya itu penggantungan aku kala ini. Rasa insaf menyerbu tangkai
jiwa. Masa berbuat dosa nama Tuhan agung itu tak diingati. Dan kini dilanda
bahaya hingga mengancam nyawa barulah nama ALLAH meniti di bibir.
Bunyi
desiran menjamah ruang telinga. Aku tersentak. Mata aku dan Hamid memandang
radio. Enjin tidak dihidupkan bagaimana pula radio boleh hidup secara
tiba-tiba? Sayup-sayup kedengaran satu lagu aneh sedang berkumandang diiringi
dengan muzik gamelan yang menyeramkan.
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno, Ojo
Tangi nggonmu guling, awas jo ngetoro, aku lagi bang wingo wingo, jin setan
kang tak utusi, jin setan kang tak utusi, dadyo sebarang, Wojo lelayu sebet.
Liur
terasa mengental di anak tekak. Ini bukan sebarang lagu. Ini lagu pemujaan
syaitan! Nafas terasa menderu laju. Keringat mengalir dari dahi sehingga ke
pipi. Dalam ketika itu, mata aku terpandang ke hadapan. Di celah-celah batang
pokok yang berdiri teguh, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang
terapung-apung. Matanya terbeliak memandang ke arah kami berdua. Aku
lekas-lekas menunduk. Tubuh menggigil.
Selesai
lagu aneh itu berkumandang, dentuman kuat kedengaran di bumbung kereta. Terasa
seperti benda berat menghempap bumbung. Aku dan Hamid terperanjat besar. Kepala
didongak. Kelihatan bumbung melengkung, kemik ke dalam.
Rasa
takut yang bermain di hati bukan alang kepalang. Jantung berdegup kian hebat
tatkala kedengaran bunyi kuku mencakar bumbung kereta sebelum bunyi kedengaran
mengelilingi kami. Aku cuba membaca ayat suci al-Quran tapi satu pun gagal aku
ingati. Hanya nama ALLAH yang meniti di bibir kala ini.
Tidak
semena-mena bunyi cakaran itu lenyap. Belum sempat nafas dihela, kereta
terhingguk ke kiri dan kanan secara tiba-tiba. Sehingga aku dan Hamid terasa
ingin tercampak keluar dari kereta. Tangan aku tergapai-gapai memegang seat
mengelak tubuh dari terhumban.
“ALLAHUAKBAR!”jerit
aku sekuat-kuatnya.
Serentak
itu, kereta berhenti dari berhingguk. Tiada lagi bunyi-bunyian yang aneh. Sepi
mencengkam suasana. Aku meliarkan pandangan ke serata arah. Kepala tanpa badan
itu juga tidak terlihat lagi. Sepi mencengkam suasana.
“Hamid,
aku rasa kita kena keluar pergi cari kunci kereta.”
“Hah?
Kau gila ke apa? Kau tahu kat luar bahaya macam mana?”bidas Hamid.
“Habis
tu kau sanggup berkurung dalam kereta ni? Kau nampak apa yang berlaku tadi? Aku
jamin benda yang lebih teruk akan berlaku. Aku rasa lebih baik kita pergi
keluar cari kunci kereta dan balik semula.”ujar aku.
“Aku
tak nak!”getus Hamid.
“Terpulang.”
Aku
membuka pintu dan melangkah keluar. Baru beberapa langkah Hamid turut menuruti
dari belakang. Waspada menggunung dalam hati. Aku terpandang sebatang kayu
sepanjang lengan. Aku menunduk dan mencapainya untuk dijadikan senjata.
Kami
berdua melangkah dengan penuh berhati-hati. Sesekali kedengaran bunyi derapan
seperti ada yang mengekori. Sesekali kedengaran suara garau tertawa. Tidak
kurang memanggil nama kami berdua seiiring dengan ilai tawa yang menyeramkan.
“Jangan
peduli. Sebut nama ALLAH banyak-banyak.”pesan aku kepada Hamid. Walaupun rasa
takut masih bertakung di jiwa tetapi aku cuba mengawalnya sebaik mungkin.
Hamid
mengangguk terketar-ketar. Sukar aku melihat riak wajahnya dalam suasana kelam
sebegitu rupa.
Sebaik
tiba di kawasan Leman terjatuh tadi, aku dan Hamid terbongkok-bongkok mencari
kunci kereta. Mata ditajamkan sebaik mungkin. Aku meraba-raba permukaan tanah.
Tangan kanan masih erat menggenggam kayu.
“Jalak..”suara
Leman kedengaran berbisik di belakang aku.
Aku
pantas menoleh. Kelihatan makhluk hitam berkepala anjing itu sedang berdiri di
belakang aku. Kayu yang berada dalam genggaman aku hayun pantas ke wajahnya.
Dihentak bertubi-tubi sehingga darah merah menyembur-nyembur keluar.
Baru
sahaja kayu ingin dihayun lagi tidak semena-mena aku terbejat. Kayu terlepas
dari genggaman. Jembalang aku sangka tadi rupanya Leman! Aku menekup mulut
sendiri. Mukanya berlumuran darah. Kunci kereta berada dalam genggamannya.
“Apa
kau dah buat Jalak?”
Hamid
mengesani leher Leman. Selajur dia mencapai kunci kereta dalam genggaman dan
menyerahkan kepada aku.
“Dia
dah mati. Tak guna kita ada sini lama-lama.”getus Hamid.
Kedengaran
satu suara garau tertawa besar. Aku yang dihurung rasa bersalah turut berlari
menuruti Hamid dari belakang. Kami berdua perlu keluar dari sini walau apapun
yang berlaku.
Beberapa
langkah berlari sesuatu menujah tubuh aku dan Hamid dengan kuat. Kedua-dua
terhumban di atas tanah. Aku menyeringai kesakitan. Kunci kereta masih dalam
genggaman. Aku cuba bangun tetapi rebah semula. Kepala berpinar-pinar. Gelap.
Aku pejam dan buka mata semula.
Aku
mendongak. Kelihatan tubuh Hamid terangkat ke udara. Jembalang tanah itu sedang
mencekak lehernya. Serta merta makhluk berkepala anjing itu memburaikan dada
Hamid dengan kukunya yang tajam. Aku terpempan. Bingkas aku bangun dan
melarikan diri.
Aku
memuatkan diri ke dalam kereta. Tergopoh gapah kunci dicucuk ke leher kereta.
Sekali dicuba enjin enggan hidup. Cubaan kali kedua, enjin hidup. Aku
memasukkan gear dan memijak pedal minyak sekuat hati. Lekas-lekas aku
meninggalkan kawasan hutan itu. Kereta dipandu dengan kelajuan maksima.
Sebaik
tiba di rumah, aku mengunci diri di dalam bilik. Aku menangis teresak-esak. Tak
sangka sama sekali kejadian akan jadi sedemikian rupa. Aku mengerling ke arah
kiri. Kelihatan kitab Yaasin di atas almari. Aku bangun dan mencapainya. Sudah
lama aku tidak menyentuh kalam ALLAH itu. Dan malam itu aku benar-benar taubat
dan insaf. Aku menyesali dosa-dosa yang pernah aku berbuat selama ini.
Aku
duduk terpunduk di penjuru bilik. Yassin ditekap di wajah. Mata terpejam erat.
Telinga aku tidak semena-mena menangkap bunyi suara garau menderam ganas.
Aku
membuka mata. Liur terasa mengental di tekak. Jantung terasa putus dari
tangkai. Manakan tidak, aku masih berada di dalam hutan tadi!
Aku
menampar pipi berulang kali. Sakit. Aku tak bermimpi. Celaka apa yang sedang
berlaku ini! Aku menolak tubuh dan bangun. Kelihatan mayat Hamid dengan dada
terburai tidak jauh di hadapan aku. Aku menekup mulut sendiri. Sesuatu berada
dalam genggaman. Aku melihatnya.
Kunci
kereta.
Aku
meraup wajah sendiri. Aku masih belum selamat. Aku masih berada dalam hutan
puaka ini. Aku hanya pengsan sebentar tadi!
Mata
terlingas-lingas mencari sesuatu. Mana mayat Leman? Aku tak menjumpainya. Suara
garau kedengaran menderam lagi. Bingkas aku mengatur larian. Aku perlu keluar
dari hutan ini walau apa pun yang terjadi!
Kelihatan
satu kelibat hitam melintas di hadapan sebelum menghilang sekelip mata. Kayuhan
larian terhenti. Aku terundur-undur cemas. Sebaik memutarkan tubuh, urat
takungan nyawa terputus. Leman sedang berdiri di belakang aku. Anehnya, wajah
dan tubuhnya bersih dari sebarang darah. Sesuatu tidak enak mula bermain di
hati. Belum sempat aku berbuat apa-apa, Leman melibaskan sesuatu yang keras di
kepala aku. Aku rebah di atas tanah. Pengsan.
“Bangun! Bangun!”
Aku
membuka mata. Bau hanyir dan busuk menusuk ke hidung. Aku mengerling ke kiri
dan kanan. Aku sedang terbaring di atas tulang belulang dan mayat reput. Mayat
Hamid terlungkup di sebelah aku. Pandangan dihujam ke hadapan. Leman sedang
tersenyum sinis.
Aku
cuba bangun tapi tak berdaya. Tangan dan kaki aku terikat. Aku mengetap bibir
merenung Leman.
“Apa
sebenarnya yang kau dah buat sial?”aku menyoal keras.
Leman
tertawa besar.
“Manusia
bodoh macam korang senang untuk aku tipu.”ujar Leman.
Dia
memanjat birai lubang dan melompat keluar. Tersengih memandang aku dari atas.
“Masuk
kau dan kawan bodoh kau dah 44 nyawa aku korbankan kepada jembalang tanah ni.
Untuk memuja jembalang ini bagi dapatkan nombor ekor, bukan sekadar perlukan
ayam mentah dan segala barangan yang korang bawa. Jembalang ni makan daging dan
darah manusia.”ujar Leman seraya tertawa terbahak-bahak.
“Kau
hamba iblis!”aku menyumpah seranah.
“Apa
kurangnya dengan kau Jalak! Kita dua sama aje. Dua kali lima. Cuma aku bijak
sikit. Tak susah untuk hidup senang. Cuma perlukan orang-orang bodoh macam kau
untuk diperbodohkan.”getus Jalak.
Aku
mengetap bibir menahan amarah. Suara menderam dan mendengus kasar kedengaran.
Leman
tersenyum. “Selama tinggal Jalak. Hirup nafas kau sepuasnya.”
Selajur
dia meninggalkan aku di dalam lubang mayat itu. Selang beberapa detik kelihatan
seekor makhluk hitam berkepala anjing merangkak masuk ke dalam lubang itu
menghampiri. Matanya merah bernyala merenung. Aku menjerit semahu-mahunya. Dan
itu adalah jeritan aku untuk terakhir kalinya.
TAMAT