Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
TINTAKU

TINTAKU ET17!


               Alhamdulillah…habis juga cerita ni. Maaf atas kekangan masa tak boleh nak upload selalu… Ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan. Bila ada masa barulah dapat upload, tapi apa-apapun cerita Encik Tunang 17 tahun dah habis. Alhamdulillah…


               Macam mana aku dapat idea nak buat cerita ni… cerita ni aku dapat sebab aku buat pemerhatian sekeliling lah. Pasal orang kahwin muda ni kan… dan kahwin muda ni famous jelah zaman sekarang ni. Aku punya saudara mara pun ada yang kahwin muda. Ada antara diorang yang masih kekal dan ada yang dah bercerai tak sampai setahun kahwin.Tapi apa-apapun aku doakan yang terbaik kepada semua pasangan yang dah berkahwin tak kira umur.


               Aku buat dengan perempuan lebih tua sebab hahaha… aku saja je nak buat cerita ni interesting. Hahaha kelakar kan Danny ada crush kat jiran dia, Nad yang lebih tua daripada dia. Tapi diorang still dikira kahwin muda, sebab Nad pun tak adalah kahwin lewat.


               Orang selalu menilai bila baca sesuatu cerita dan judge whether cerita tu logik ke tak. Kan? Betul tak? Sebab sebelum aku menulis pun… aku macam tu juga. Tapi bila aku fikir balik… kat dunia ni tak ada yang mustahil. Kecuali kalau kau baca cerita fantasi, itu kau tak boleh judge dia punya logik. Dah namapun fantasi kan hahaha.


               Sepanjang aku hidup ada je benda yang aku rasa macam scene drama je situasi tu, tapi that’s what reality happen.


               Aku beritahu… yang pasal Nad datang bawa kereta jemput Danny balik sekolah tu kan…Macam over kan hahaha… but that might happen in reality, because I have seen that before, cuma terbalik jantina jelah. Lagilah aku dulu duduk asrama, orang tu datang jumpa kawan aku apa semua… kalau ikutkan bapak drama kan. Lagilah aku dulu sekolah agama asrama lagi ketat patutnya kalau bab-bab orang nak melawat ni, apatah lagi sekolah biasa.


               Semualah yang dalam cerita ni, yang jenis perempuan macam Lina yang isu rumah tangga Nad dengan Danny tu pun aku pernah nampak. Dan lain-lain…


               Whatever it is, Encik Tunang 17 Tahun really hanya rekaan semata-mata. Segala yang tiba-tiba tersama ke, hanyalah kebetulan.


               Aku ni tak adalah dalam perkahwinan muda, tapi aku ni observer tau. Aku memang diam je, tapi aku perhati. I’m not an outstand type. Aku malas. Tapi aku suka perhati. Aku tengoklah apa yang berlaku di sekeliling aku, yang mana dekat mahupun in media sosial.


               Aku takdalah bagus sangat, tapi kita kenalah menyampaikan walaupun satu ayat. Ya tak? Apa-apapun, aku lagi suka orang ambil isi cerita ni daripada obsesi. Kalau obsess you got nothing, kalau kau ambil isinya… insyaallah kau boleh sync dan lebih berhati-hati dalam kehidupan kau. Sekali lagi aku sorry, jika ada tersinggung korang apa semua atau pun salah mana-mana dalam cerita ni. I pray you get the best!


BY THE WAY!! Aku akan share lagu apa yang aku dengar in typing this story;)

·      Hana Yori Dango (101_Main_Theme_Variation_1_Dramatically)

·      Hana_Yori_Dango_Futsuu_no_Nichiyoubi_ni_An_Ordinary_Sunday

·      K-Clique Pulang

·      My_sunshine_Rock_a_Trench_Mei_chan_no_Shitsuji_ (2)

·      ROCK_A_TRENCH_My_Sunshine_INSTRUMENTAL_Mei_Chan_No_Shitsuji

·      Shinee_ Stand by Me

·      Melly Goslaw_ Bimbang Instrumental

Playlists:

https://www.youtube.com/playlist?list=PL7PO5JLroFaB0CyXn_7Jp8Es2-h17oG_6


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.