Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 13

BAB 13: Jiwa Muda II


**

Daniel menjadi terkenal di kuliahnya memandangkan cincin di jarinya sememangnya menarik perhatian orang sekeliling.


“Kenapa pakai cincin? Dah kahwin ke”, sakat seorang pelajar lelaki sebayanya saat sesi perkenalan.


Daniel baru sahaja ingin membuka mulut, pensyarah mereka mencelah.


“Itu hal peribadi dia, kamu tidak boleh busy body”.


Ketawa kecil kedengaran di bilik kuliah.


Daniel hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.


Kelas mereka bermula lebih serius setelah sesi perkenalan selesai.


“Jadi… saya beritahu awal untuk group assignment saya nak paling ramai 5 orang ya. Lagi satu saya tak mahu ada kumpulan Lesbian dan Gay. Maksud saya satu kumpulan itu mesti ada lelaki dan perempuan”, terang pensyarahnya.


“Kenapa madam? Tak boleh ke semua perempuan?”, tanya seorang pelajar perempuan.


“Ada benda yang perempuan tak boleh buat dan memerlukan bantuan lelaki. Ada juga yang lelaki tak boleh diharap dan memerlukan bantuan perempuan untuk push mereka. Ada satu kumpulan semua perempuan… senior kamu dulu-dulu. Mereka sampai bergaduh kerana merasakan masing-masing betul. Apabila ada peer evaluation, masing-masing bagi markah rendah untuk ahli mereka sendiri. Kamu perlu pupuk sikap toleransi danbertolak ansur ya… Setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangan, tapiitulah… kita kena minta dekat tuhan supaya diperlihatkan sisi baik mereka sahaja”, senyum pensyarah itu.


Daniel hanya mengeluh. Rais satu-satunya manusia yang dia kenal di kuliah itu. Bagaimana hendak mencari ahli kumpulan yang lain.


Rais sudah menghilang. Mungkin mencari ahli yang lain. Daniel sememangnya tiada rasa untuk mencari ahli lain. Jadi dia hanya menanti di situ.


“Bro… seorang saja ke?”, tanya seorang lelaki kepada Daniel.


“Oh… kami dua orang saja. Seorang tu tengah cari ahli juga. Lagi 3 orang”, kata Daniel.


Kitorang dua orang ni. Jom”, ajak lelaki berkenaan.


“Daniel… aku ada bawa dua orang gadis ni”, kata Rais dengan nada ceria.


Daniel bangun.

“Aku pun ada ni dua orang lelaki…”, beritahu Daniel.


“Dah jadi 6 orang ni… madam nak 5 orang saja”, kata salah seorang perempuan yang dibawa Rais.


“Tulah…”, kata Rais pula.


“Kumpulan korang ada seorang lelaki lebih kan? Marilah masuk sini…”, kata seorang perempuan lain yang tiba-tiba mencelah.


Daniel dan dua orang lelaki tadi memandang antara mereka. Tiada siapa yang ingin masuk ke dalam kumpulan itu memandangkan ahli mereka ada 4 orang perempuan.


Mata Rais bersinar apabila melihatkan 4 orang gadis itu.


“Tak apa… biar aku yang keluar. Bye korang”,kata Rais dengan senyuman lalu pergi kearah kumpulan itu.


Daniel mengerutkan kening, ‘Rais!’.


Masing-masing duduk bersama kumpulan masing-masing dan memperkenalkan diri.


“Aku Zali dan ini room mate aku Jai”, kata Zali kepada Daniel dan dua perempuan lagi.


“Aku Aisyah…boleh panggil Ecah”.


“Aku Maira”.


“Aku Daniel. Boleh panggil Danny. Selamat berkenalan semua”, Daniel cuba untuk senyum.


“Kau yang pakai cincin tadi kan?”, tanya Zali sambil melihat-lihat tangan Daniel.


“Dah bertunang ke?”, tanya Jai dengan nada seloroh.


“Aku dah kahwin”, sengih Daniel sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.


“Yalah...”, Maira ketawa kecil seakan tidak percaya.


“Betullah…”,Daniel meyakinkan mereka memandangkan mereka seakan tidak percaya.


“Ya…betul-betul. Aku percaya”, senyum Aisyah.


Daniel juga tersengih melihat gaya Aisyah yang seakan-akan hendak menenangkannya.

“Ya Allah… tak percaya?! Hahaha”, Daniel terasa lucu.


“Hahaha ya percaya. Dah berapa orang anak dah?”, tanya Jai.


Daniel terdiam.

‘Anak?’.


Sememangnya tidak pernah difikirkannya. Mungkin tidak buat masa sekarang memandangkan dia masih belajar. Tetapi dia sememangnya ingin mempunyai anak bersama Nadirah.


“Baik kelas!...Sekarang saya akan menerangkan pasal assignment yang tarikh hantarnya lagi 3 bulan. Saya sudah beritahu awal, jadi tiada alasan untuk tiada masa…”,pensyarah kembali mrnyambung.


Setelah selesai habis kuliah, mata Daniel mencari-cari Rais yang sudah lesap. Daniel mengeluh.


“Terima kasih semua”, kata Aisyah dan Maira kepada lelaki-lelaki kumpulan mereka.


Daniel senyum mengangguk.


“Nak join kami pergi kafe?”, tanya Zali.


Daniel memandang mereka berdua seraya berkata, “boleh juga”.


Daniel, Zali dan Jai berehat di kafe berhampiran memandangkan kelas seterusnya lagi satu jam.


“Kau memang betul dah kahwin ke?”, tanya Jai lagi yang masih sangsi.


Daniel ketawa kecil, “ya… kenapa?”.


“Macam mana doh?Kahwin awal? Biasanya orang perempuan? Alamak maaf tanya lebih-lebih”, Zali tertanya-tanya.


Daniel tersenyum. Rasa sedikit bangga memandangkan dia sudahpun mendahului rakan-rakannya yang lain dalam bab perhubungan.


“Hahah tak apa. Lagipun kahwin awal ni kena ada rasa tanggungjawab. Perasaan kahwin awal ni, aku rasa lega sebab aku dah dapat gadis idaman aku. Kiranya lepas ni aku fokus hal lain saja. Pasangan dah ada kan”.


“Dari segi kewangan macam mana?”, tanya Jai.


“Aku kerja lepas SPM haritu sampailah hari sebelum pendaftaran itu tepat-tepat aku berhenti kerja dan dapatkan duit gaji. Lagipun, memang aku jenis menyimpan dari kecil”.


“Sekarang kau sambung belajar kan? Macam mana? Cukup ke? Kita kan lama dekat sini. Asasi sampai ijazah”, tanya Zali lagi.


“Itulah… isteri aku wanita bekerja sebenarnya. Dia sarankan aku sambung belajar dan aku pun tak sampai hati nak abaikan impian mak aku nak tengok aku konvo. Aku ingat, masa ijazah nanti aku akan usahakan juga ada kerja sambilan ke apa ke. Aku memang nak sara isteri aku masa awal-awal kahwin dulu, tapi dia tak nak berhenti kerja. Aku pun macam okay sajalah”, cerita Daniel panjang lebar.


“Ohh… kalau aku pun tak kisah kalau bakal isteri aku kerja. Kita faham dia belajar pandai-pandai takkanlah duduk dapur saja kan. Kesian mak ayah melabur hantar anak perempuan belajar tinggi-tinggi, tapi bila kahwin duduk rumah saja. Ilmu yang ada mestilah digunakan untuk berbakti kepada masyarakat. Ya tak? Asalkan jangan abaikan keluarga sudah…”, kata Jai.


“Bagus pemikiran kau”, beritahu Zali.


“Aku ada adik perempuan yang pandai. Aku sebagai abang pun, sebolehnya tak nak tengok dia jadi suri rumah saja”, senyum Jai sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.


Kata-kata Jai sememangnya membuka minda Daniel. Selama ini Nadirah tidak mengabaikan tugasnya sebagai isteri. Nadirah mengemas, menyiapkan pakaian, makan minum, malah membantu maknya juga. Dia  tidak sepatutnya meragui pekerjaan Nadirah. Dia sepatutnya mendoakan isterinya dengan hal yang baik-baik saja.


“Daniel!...”,panggil Rais dari jauh.


“Maaflah aku keluar awal tadi… budak-budak perempuan tadi ajak aku makan sekali. Mana boleh lepaskan peluang”, sengih Rais.


Daniel mengerutkan kening seraya berbisik kepada Rais, “hish kau ni! Malu sikitlah dengan Jai dan Zali depan kita ni”.


Jai dan Zali juga mengangkat kening mereka apabila mendengar kata-kata Rais.


“Maaflah… dia memang macam ni”, sengih Daniel kepada Jai dan Zali.


“Aku Rais memang seorang pencinta wanita”.

Jai dan Zali ketawa kecil lalu memperkenalkan diri.


**

“Jadi sebab itulah Farid nak cakap dengan kau? Sebab dia nak minta maaf?”, tanya Liza melalui perbualan telefon.


“Ya… aku pun bersyukurlah. Lepas ni akan lebih selesa dekat pejabat”, jawab Nadirah dalam panggilan.


“Suami kau sekarang macam mana?”, tanya Liza ramah.


“Dia tak balik.Sebulan lebih baru balik. Masa itu nanti aku ambil dia”, kata Nadirah.


“Kau tak nak datang jumpa dia ke? Apa orang kata, outing haaa”, kata Liza.


“Dia tak suruh…”.


“Memanglah dia tak suruh Nad. Dia tahu kau sibuk bekerja, tapi apa salahnya buat kejutan sekali-sekala”.


“Hmmm nanti aku bincanglah dengan mak mertua aku. Mungkin pertengahan bulan ke? Hujung bulan ke?”.


“Kau tak rasa rindu ke? Dekat suami kau?”.


Nadirah ketawa mendengar pertanyaan Liza seraya berkata, “dah suami kan… rindu je. Cuma itulah, rindu aku diselaputi dengan pekerjaan pejabat yang berlambak. Jadi rindu itu macam dah tak nampak”.


“Kau ni… kalau orang betul-betul sayang cinta. Tak adanya jawab macam ni tau! Suami dulu…kerja itu belakang-belakang”.


Nadirah mengeluh senyum, “ya ya”.



Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.