Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 40

BAB 40: Pendam


Daniel terjaga dari tidurnya pada pukul 6.45 pagi. Dia melihat Nadirah sudah tiada di sebelahnya.


‘Kenapa Nad tak kejut aku?’.    

   

‘Dengan keadaan kau dengan dia yang macam sekarang ni?... kau nak expect dia kejut kau ke Danny?! Memang taklah!’, bicara hatinya yang lain.


“Ya tak ya juga…”.


Daniel pantas bangun dan menunaikan solat Subuh. Usai solat dia membersihkan diri dan langsung bersiap untuk ke kelas pada pagi itu. Setelah bersiap, Daniel turun ke bawah dan mendapati Nadirah masih tiada. Hanya air teko yang sudah dingin sahaja kelihatan di atas meja makan.


‘Tak pernah-pernah Nad pergi kerja seawal macam ni. Kalau macam ni bila aku boleh bersiap sedia untuk minta maaf? Nad masih dingin dengan aku…’, getus hati Daniel sedikit risau.


Daniel mengeluh. Pada malam semalam, jasad mereka baring bersebelahan di atas katil yang sama. Walaupun jasad sedekat itu, tetapi hati masing-masing terasa jauh sekali. Entah bagaimana hendak menjadi seperti dulu. Fikir Daniel.

 

**

“Ada ke patut syarikat tu complaint suruh kita bagi dia Unqualified Opinion? Dah maklumatnya pun tak lengkap! Bila minta information berdalih-dalih… macamlah kita tak tahu yang dia tak nak bagi! Memang patutlah dapat Disclaimer of Opinion…”,Liza beria-ia cerita kepada Nadirah.


Nadirah tersenyum mendengar luahan Liza lalu berkata, “dia ada ke nak bagi ‘hadiah-hadiah’ ke masa korang nak mengaudit tu?”.


Liza mengeluh,“memang ada… tapi tulah memang kena kentallah nak tolak pelawaan diorang yang agak menggoda tu”.


Nadirah ketawa kecil, “macam apa?”.


“Macam nak belanja aku makan steamboat… nak belanja makan siakap stim lah…”, kata Liza hampir terliur apabila membayangkan lauk-lauk itu.


Nadirah masih tersenyum melihat rakannya.


Dalam pada perbualan mereka, sebenarnya Liza dapat melihat wajah Nadirah yang semakin tidak bermaya sejak akhir-akhir ini. Liza dapat melihat mata Nadirah yang sembap kemerahan tidak cukup tidur. Tetapi sepanjang Liza bercakap dengan Nadirah, Nadirah hanya berbual dengannya seperti biasa. Lagaknya seakan tiada apa yang berlaku. Bila ditanya, Nadirah hanya menjawab tidak cukup rehat.


Namun sebagai kawan lama Nadirah, Liza sememangnya dapat merasakan ada sesuatu yang berlakudan hal itu mungkin bukan biasa-biasa. Mungkin hal yang terlalu privasi untuk diceritakan kepadanya. Walaubagaimanapun, tipulah kalau tiada perasaan risau jauh di sudut hati Liza kepada rakannya yang seorang itu.


“Kau memang tiada apa yang berlaku ke sekarang? Aku makin risau tengok keadaan kau yang makin teruk ni… Mata merah-merah sembap bagai… Sakit mata ke apa”, Liza menukar topik.


“Kan aku dah cakap banyak kali yang aku okay… Cuma sakit mata sikit je”, selindung Nadirah.


“Sakit mata tu dah jumpa doktor ke belum? Tak boleh biar tu”, risau Liza.


“Nantilah aku jumpa…”, jawab Nadirah.


Mereka terdiam sebentar. Lalu Liza berbicara lagi dengan nada tidak puas hati, “mata kau ni aku tengok…macam orang menangis tak berhenti… macam menangis sampai air mata dah tak ada”.


Nadirah mengeluh,“terima kasih sebab ambil berat pasal aku, tapi aku okay je”.


Liza masih tidak berpuas hati. Liza mendesak lagi dengan nada tegas, “kau cakap kau okay! Tapi di mata aku... KAU TU TAK OKAY! Kau faham tak?... Kau tak boleh tipu akulah… aku ni kawan kau dah lama dah! Aku tahulah yang kau tengah sembunyikan sesuatu! Aku faham kalau kau tak nak beritahu! Tapi setidaknya beritahu aku yang kau tak okay! Aku akan cari cara untuk happykan kau!”. Liza tidak dapat lagi menahan perasaan tertanya-tanyanya.


Mata Nadirah mula berair. Dia mula teresak-esak memeluk Liza erat. Apabila merasakan tindakan Nadirah sebegitu, Liza turut berasa emosional. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepada Nadirah tetapi Liza dapat merasakan pelukan erat Nadirah seakan menanggung sesuatu yang sangat berat. Liza turut teresak-esak memeluk sambil mengusap-usap belakang Nadirah.


“Tak apa Nad… aku ada… Allah ada”.

“Kau boleh cerita dekat aku…”.


Nadirah cuba meredakan dirinya sendiri. Masing-masing melepaskan pelukan dan duduk.


“Hah sekarang cerita dekat aku apa yang berlaku ni?”, tanya Liza lagi. 


Mata Nadirah berair dan sedikit merah. Nadirah menggenggam tangannya erat dengan kening yang berkerut. Nadirah memandang bawah sambil berkata, “Suami aku… dia ada perempuan lain…”.


Liza membulatkan mata disertai dengan keningnya yang makin berkerut, “Apa?!!”.


Liza seakan tidak percaya, “kau biar betul Nad?! Suami kau? Danny tu?! Macam mustahil saja?!”.


Nadirah hanya semakin teresak-esak. Dia diam kerana tidak mampu menjawab pertanyaan Liza. Kedengaran macam pelik saja suaminya boleh ada perempuan lain, tetapi itulah yang nyata. Fikir Nadirah.


“Habis tu sekarang macam mana?!”, risau Liza.


Nadirah menggeleng.

“Aku tak tahu…Hubungan kitorang ni macam tergantung tak ada jawapan… tak ada penyelesaian. Dia cakap dekat aku… lebih baik dia kahwin dengan perempuan tu… Tapi aku sendiri tak tahu. Aku nampak depan mata aku sendiri… dia dengan perempuan tu bermesra… Lepastu dia dah selalu lambat balik rumah. Otak aku ni tak boleh tenang tau… macam-macam aku fikir. Kenapa dia balik lambat? Mesti dia berlama-lama dekat tempat yang ada perempuan tu.. Kau expect aku boleh bersangka baik ke dengan suami aku? Setelah apa yang dia cakap dan aku nampak dengan mata aku...”, cerita Nadirah panjang lebar.


Liza menangis lalu kembali memeluk erat dan mengusap belakang Nadirah.


“Banyak bersabar Nad… Allah nak uji kau. Kau kena kuat”, pujuk Liza.


Nadirah masih teresak-esak, “aku tak tahu nak buat apa Liza… Aku sayang dia, tapi kenapa?”.


Liza dan Nadirah berpeluk sambil teresak-esak antara satu sama lain. Liza sangat bersimpati dengan nasib Nadirah. Dia seakan tidak percaya sahaja suami Nadirah boleh curang dengan Nadirah. Padahal terasa baru semalam sahaja menghadiri perkahwinan mereka.Terasa baru semalam melihat Nadirah berbaju pengantin dan senyum bersama suaminya di waktu hari perkahwinan. Terasa baru semalam dia bergambar bersama Nadirah dan suaminya yang berpakaian raja sehari itu.


Dia sememangnya ingin mempersoalkan hal itu kepada Nadirah. Manalah tahu ini semua hanya salah faham. Tetapi kesedihan yang ditunjukkan Nadirah seakan perkara itu memang benar. Kalau dirinya banyak tanyapun, risau nanti akan membuat Nadirah lebih sedih.


Dalam keadaan Liza dan Nadirah yang bersedihan itu, tanpa disedari ada yang memerhati tidak-tanduk mereka. Farid pergi kembali ke ruangnya kerana tidak mahu mengganggu Nadirah dan Liza.


Asalnya Farid ingin memasuki ruang Nadirah untuk berbincang mengenai sesuatu, tetapi apabila melihatkan keadaan Nadirah memeluk Liza teresak-esak dan Liza pula seakan memujuk. Farid tidak jadi hendak masuk dan hanya berselindung di belakang pintu. Farid mula rasa tertanya-tanya kenapa Nadirah dan Liza bertindak sedemikian, jadi Farid hanya memerhatikan mereka.


Sepanjang itu, Farid mendengarkan perbualan mereka. Farid turut membulatkan mata mendengar luahan Nadirah. Nadirah dicurangi? Dia rasa tidak percaya sahaja apa yang dikatakan Nadirah. Maklumlah, suami Nadirah itulah yang menengkingnya secara terang-terangan di pasaraya besar dan suami Nadirah itulah yang menumbuk pipinya dengan keras dek kerana salah faham.


Tetapi sekarang suami Nadirah pula yang curang?! Farid turut berkerut kening mendengar khabar itu. Farid berasa simpati kepada Nadirah.


Di ruang biliknya, Farid masih berfikir. Berfikir tentang keadaan Nadirah dan suaminya.


‘Bagaimana boleh jadi macam tu?’, getus hati Farid yang turut mengambil berat.


Nadirah itu perempuan yang baik dan penyabar. Rupa pun lawa. Bagaimana suami Nadirah boleh curang dengan perempuan seperti Nadirah? Pasti suami Nadirah itu seorang yang tidak bersyukur dengan apa yang dia ada. Fikir Farid.


Maklumlah manusia sememangnya tidak pernah bersyukur dengan apa yang dia punya. Sentiasa merasa tidak cukup dan tidak puas hati.


Apabila terkenangkan perangai suami Nadirah yang suka menuduh melulu sudah cukup untuk Farid membuat kesimpulan tentang peribadi Daniel.


Farid mengeluh keras.


Asalnya dia tidak suka Nadirah kerana alasan yang entah apa-apa. Tidak suka kepada Nadirah hanya kerana Nadirah membuatkan hubungannya dan bekas kekasihnya renggang. Tetapi setelah bekerjasama dan berbincang bersama, Nadirah jauh lebih baik dari yang disangka. Seorang yang penyabar setelah banyak kali dia menyindir. Seorang yang professional. Kadangkala mengutamakan keluarga di saat kesibukan bekerja. Ada saja kerja-kerja permintaan boss yang bergaji lumayan. Tetapi jika pekerjaan itu sehingga mengganggu masanya bersama keluarga, Nadirah akan menolak tawaran itu dengan baik. Kalau orang lain, ada yang sanggup terima apabila melihat angka yang banyak itu. Tetapi bukan Nadirah.


Farid sangat selesa bersama Nadirah. Andai Nadirah itu masih bujang, Farid boleh sahaja hendak berkenalan dengan lebih mendalam. Tetapi memandangkan Nadirah itu isteri orang, Farid tidak berfikir apa-apa dan menghormati Nadirah sebagai rakan sekerja sahaja.


Namun apabila mendengar hal-hal sebegini, Farid turut merisaukan keadaan Nadirah.



Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.