Home Novel Komedi/Romantik Komedi Cinta Boleh Settle
Cinta Boleh Settle
Nafisah Aziz
23/12/2015 17:19:25
2,797
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1 - Pertemuan

Hazim menyikat rambutnya yang masih basah itu. Selesa sangat dapat mandi selepas jogging tadi.

“Agak-agak mama tengah buat apa ye?” Hazim berfikir sejenak. Hari ini dia cuti. Jadi dia memang akan habiskan masa di rumah. Itu pun kalau tidak ada kerja di pejabat.

Hazim bekerja sebagai ahli perniagaan. Dia mewarisi sikap Encik Izhar, papanya. Sejak bersara, Encik Izhar jarang berada di rumah kerana meneruskan tugas-tugas sukarelawan. Tinggallah Puan Syuhadah di rumah. Tetapi Puan Syuhadah tidak pernah menghalang suaminya itu kerana memahami tugas mulia Encik Izhar.

Kaki Hazim melangkah keluar dari biliknya. Dia berpakaian kemas. Sudah menjadi kebiasaannya menjaga penampilan diri. Dia terus menuju ke ruang tamu untuk duduk bersama Puan Syuhadah yang asyik menonton TV.

“Mama tengok cerita apa tu?” Tanya Hazim ingin tahu. Dia duduk diatas sofa sebelah Puan Syuhadah.

“Ni Hazim, bake with Emma Welson,” balas Puan Syuhadah.Dia masih menumpukan perhatian pada rancangan yang sedang ditonton.

“Patutlah mama pandai buat desert. Ini rupanya sifu dia. Pecah rahsia,” usik Hazim. Direnung wajah Puan Syuhadah dengan penuh minat.

“Biasalah... Apa boleh buat? Tangan mama ni ada sentuhan magis. Masak apa pun menjadi walaupun sekali tengok,” gurau Puan Syuhadah. Dia memandang sekilas wajah anaknya itu.

“Okay, memang tiada tandingan.Mama, Hazim nak minta tolong boleh tak?” soal Hazim. Dia menanti respons daripada Puan Syuhadah.

“Apa dia Hazim? Cakap aje. Mama pasti tolong anak mama.”

“Mama, Hazim dah umur dua puluh sembilan tahun. Tahun depan dah nak masuk tiga puluh tahun. Hazim rasa dah tiba masanya.” Belum sempat Hazim menghabiskan ayatnya Puan Syuhadah terus mencelah.

“Masanya apa Hazim? Hazim nak kahwin ke? Mama boleh tolong. Syukur Alhamdulillah. Impian mama akan tercapai.” Puan Syuhada tersenyum gembira sambil memandang wajah anaknya itu.

“Mana adalah mama. Mama ni cepat sangat jump to conclusion. Orang tak habis cakap lagi. Tinggi sangat harapan mama tu. Tak sampai Hazim nak capai.” Hazim tersengih.

“Habis tu, dah tiba apa? Tiba-tiba aje kamu ni Hazim borak pasal tiba –tiba. Tiba-tiba hari raya ke?” Puan Syuhadah bergurau dengan Hazim.

“Sebenarnya dah tiba masanya Hazim nak bawa mama dan papa datang tengok rumah Hazim yang baru beli di Shah Alam.” Hazim menghabiskan ayatnya.

“Rumah? Jadi apa kena mengena dengan umur tiga puluh kamu itu?” Puan Syuhadah masih tak faham.

“Maksud Hazim sebelum umur tiga puluh tahun Hazim nak pastikan yang Hazim dah ada harta Hazim sendiri. Macam rumah, kereta dan kewangan yang stabil dengan simpanan yang cukup untuk masa depan.” Jawab Hazim member penerangan.

“Betul juga tu. Tapi mama rasa kan...Sebelum umur 30 juga Hazim kena cepat-cepat beristeri. Barulah di kira lelaki yang berjaya di arus permodenan ini.” Mama memberi cadangan.

“Ayat mama memang canggih, ikut zaman. Apa alasan mama untuk kukuhkan kenyataan yang Hazim kena kahwin secepat yang mungkin? Sila beri hujah.” Hazim tersenyum nakal. Dia memeluk erat bahu Puan Syuhada sambil menantikan jawapan mamanya itu. Terlihat wajah awet muda Puan Syuhadah walaupun sudah berusia empat puluh tujuh tahun.

“Mama dah tak larat nak basuh baju-bajudan seluar kecil Hazim tu. Hazim bagilah mama guna saki-baki tenaga mama ni hanya untuk papa. Bagilah mama pencen. Mama tak sanggup tunggu Hazim balik kerja sampai lewat malam. Kasihan dekat papa tu, terbahagi kasih. Dia kan baby tua kesayangan mama.” Puan Syuhadah menjawab secara spontan.

“Ha... Ha... Ha...Baju-baju Hazim semua hantar dobi la mama. Mama sebenarnya nak risau papa balik lambatkan? Lepas tu kata tunggu Hazim pulak. Pandai mama pusing cerita.”

“Jangan marah ya...Nanti kena jual.” Gurau Puan Syuhadah sambil berdialog seperti cerita P.Ramlee.

“Anyway mama, mama doakan Hazim semoga dipermudahkan jodoh Hazim. Hazim memang nak kahwin tapi kesibukan kerja buat Hazim rasa kasihan pada pasangan Hazim kalau Hazim ada buah hati. Cukuplah mama menjadi buah hati Hazim sekarang.” Hazim berterus-terang.

Cliche sangat ayat kamu. Tapi mama terharu dengan kata-kata Hazim. Hazim, mama tolong cari kan calon nak tak?” Mama terus mencuba memujuk anak nya itu dengan cadangan seterusnya.

“Kalau mama banyak masa untuk jadi agent cari jodoh. Hazim tak kisah. Asalkan mama happy,” jawab Hazim dengan nada yang pasrah. Dalam hatinya dia masih tertanya-tanya tetang sesuatu.

Bersediakah aku untuk memiliki keluarga. Mampukah aku jadi pemimpin yang baik dalam keluarga? Hazim tidak henti-henti bersoal dalam hati.

“Jadi Hazim setuju lah ni. Mama carikan calon ya. Insya-ALLAH, mama akan carikan base on your criteriayang Hazim suka.”

“Ikut suka mama la. Orang ikut aje. Okaylah mama, jom kita makan dekat luar. Mama tak payah masaklah. Susah-susah aje, setakat kita berdua biar Hazim belanja mama dekat restoran kegemaran mama. Nak tak?”

Of course I want. Dapatlah mama rehatkan jari jemari mama ni. Mama bersiap dulu. Kamu tunggu ya.”

“Okay.” ujar Hazim sambil menunjuk thumb ups pada Puan Syuhadah.

***

Falisha dan Linda berjanji akan bertemu pada hari ini untuk pergi menonton wayang sambil membeli belah. Bagi mereka hujung minggu adalah masa untuk melepaskan segala tekanan di tempat kerja.

“Lin, kau berhentikan aku dekat bank depan tu. Aku nak withdraw duit. Tak sempat lah semalam.” Falisha meminta tolong pada Linda.

“Okay je, tapi kenapa kau tak withdrawmasa dalam shopping mall nanti. Senang sikit.” Linda memberi cadangan.

“Malaslah aku. Ramai sangat orang. Kalau kat luar ni tak perlu beratur panjang. Orang pun tak ramai.” Falisha memberikan pendapatnya.

“Baiklah. Ikut suka kau la. Sekarang biar aku cari parking dulu.” Linda mencari tempat untuk menempatkan keretanya betul-betul di hadapan bank.

“Lin, apa kata kau parking sebelah kereta mewah ni. Dekat sikit dengan bank, malas pula aku nak jalan jauh.” arah Linda.

“Boleh lah. Lagi pun kau sekejap sahaja kan bukan lama pun. Lain lah kau nak rompak bank.” Linda menurut sahaja.

“Apa nama kereta ni Lin? Aku lemah nak buat pengecaman kereta.” Tanya Falisha sambil membuka tali pinggan keledar.

“Inilah kereta Hyundai Sonata. Kalau nak tahu, kereta ni buatan Korea. Putih bersih, Sha. Pasti cerewet owner kereta ni.” Linda membuat andaian sendiri.

“Eh, Lin tengok! Ada mak cik dalam kereta tu. Patutlah. Mestilah mampu beli, muka macam datin-datin. Kalau macam kita yang baru nak menapak ni. Jangan mimpilah kan...” Falisha membuat kesimpulan sendiri.

“Memang macam mak-mak datin je tu gayanya. Dah! Kau pergi masuk dulu. Aku tunggu dalam kereta je. Aku dah withdraw semalam,” ujar Linda memberitahu Falisha.

“Okay babe. Sekejap ya. Aku keluar dulu.” Falisha melangkah masuk ke dalam bank. Dia memandang sekeliling. Tidak ramai pula orang kali ini.

Terdapat dua mesin ATM yang berfungsi. Satu baris seakan bergerak lambat kerana ada seorang mak cik yang baru belajar gunakan mesin ATM agaknya. Namun hidung Falisya terhidu bau seorang lelaki yang memakai minyak wangi yang sedikit mengganggu hidung Falisya. Dek kerana tak nak lambat. Falisya beratur juga di belakang lelaki tersebut.

Mamat ni mandi minyak wangi ke? Tertusuk lubang hidung aku. Muka kacak tapi mandi perfume. Berkata Falisya seorang diri. Yang memilih untuk beratur belakang lelaki wangi itu. Falisya menunggu gilirannya dengan sabar.

“Eh ini Hazim kan? seorang lelaki yang agak maskulin menegur Lelaki wangi itu. Hazim tersenyum dan menyapa rakannya itu.

“Fuh! Kamil, tak sangka jumpa kau dekat sini.” Tegur Hazim dan mereka bersalam –salaman dengan mesra sambil berpelukan kerana lama sudah tidak berjumpa.

“Aku dari tadi nak tegur kau, tapi takut salah orang pula.” Mereka berbual mesra. Falisya yang di belakang agak geram menunggu giliran.

Nak berbual tak payah lah sambil beratur kat mesin ATM. Kau ingat aku seronok nak dengar korang bercerita. Falisya geram dan terpaksa memulakan langkah.

“Minta maaf encik berdua. Kalau nak berborak boleh beri saya laluan pula. Urusan encik wangi ni dah selesaikan.”

“Oh...Sorry miss. Silakan.” Hazim meminta maaf dengan lembut.

“Ya cik. Sorry. salah saya tegur kawan tak kena tempat.” Kamil juga bersuara.

“Okay. Dont worry, small matter. Senyum.” Jawab Falisya dan meneruskan urusannya sambil senyum comel begitu juga dengan dua jejaka tersebut.

Hendak withdraw berapa ya? RM800 lah, kalau ada lebih aku simpan semula. Falisya bermonolog dalam hati.

Selesai sahaja urusan Falisha mengambil duitnya dan menyimpan ke dalam wallet serta di masukkan di dalam handbag. Dalam masa yang sama seorang lelaki berkaca mata hitam terlanggar Falisha. Lelaki tersebut sangat mencurigakan di mata lelaki yang berbau wangi yang sedang berbual dengan seorang rakannya yang baru bertemu.

“Sorry Cik. Saya tak sengaja.” Kata lelaki yang mencurigakan itu. Dalam masa yang sama telifon bimbit di tangan Alisya berbunyi. Alisya pantas menjawab dan membuat Isyarat okay pada lelaki itu. Lantas lelaki itu terus pergi. Lelaki tersebut terus berlalu sambil memasukkan sesuatu di dalam jaket hitam nya.

***

Alisya keluar dari bank setelah 5 minit menjawab panggilan telifon. Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai dan sedikit berjambang tapi kemas sedang berdiri sebelah kereta Linda. Berbaju tshirt long sleeve bewarna maroon di lengkap kan lagi dengan seluar warna hitam. Serius memang Nampak segak dan tanpan walaupun dengan gaya santai. Lelaki tersebut memandang tepat ke arah Alisya.

Dah kenapa lelaki ni pandang aku semacam. Linda ada calarkan kereta dia ke msa parking tadi?.Alisya tertanya-tanya dalam hati.

Alisya jadi serba salah untuk memulakan langkah. Dia memang cepat panik kalau ada lelaki memandang setiap gerak gerinya. Dia memang tidak suka langsung. Pasti dia akan menjadi serba tak kena.

Alamak! Lin kau memang tak pandai masuk parking lah. Parking senget. Mana muat aku nak lalu. Yang mamat ni jadi tiang terpacak kat sebelah kereta Linda ni dah kenapa? Alisya berkata-kata dalam hati. Tudungnya banyak kali dibetulkan. Di garunya kepala yang tidak gatal.

“Dah kenapa Alisya tak masuk kereta ni?” Linda bercakap sorang diri sambil memerhati luar tingkap kereta sebelah tempat duduk Alisya.

Alisya sekarang sedang berdepan dengan lelaki kereta mewah itu.

“Encik boleh tepi sikit. Saya nak lalu, saya nak masuk kereta.” Tunjuk Alisya ke arah kereta Linda. Linda di dalam kereta hanya melihat sahaja.

Lelaki tersebut sedikit pun tidak berganjak. Tetapi dia menunjukkan isyarat dengan mulut ke arah handbag Alisya yang terbuka zip nya.

“Ya...kenapa dengan handbag saya. Awak nak merompak ya. Are you going to steal my wallet? Tadi saya perasan awak dalam bank asyik tengok-tengok saya.” Jawab Alisya Serkap jarang sambil memeluk erat beg tangannya tanpa melihat.

“Hmm...” Keluh lelaki itu sambil menggelengkan kepala. Lelaki tersebut kemudian mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.

Alisya terkejut setelah melihat nya dan dia tidak dapat menyorokkan ekspresi wajahnya yang amat tidak terkawal. Mata mereka saling berpandangan. Satu pandangan tidak puas hati antara satu sama lain.

“Berani awak...” Alisya bersuara agak tinggi dan nyaring sambil menunjuk ke arah muka lelaki itu.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.