BAB 6:
Hari yang di nanti telah tiba iaitu hari
bahagia untukZarith
dan Zinnirah. Masing-masing bersemangat untuk menuju ke satu fasa baru dalam
kehidupan. Hari ini status mereka akan bertukar dari bujang kepada sudah
berkahwin. Zinnirah cantik mengenakan pakaian songket putih bersulam perak dan
manis bertudung bawal yang di rias dengan manik serta labuci yang menyerlahkan
lagi wajah bujur sirih Zinnirah. Wajahnya manis berpurdah menyerlahkan lagi
solekan mata yang bisa memanah mata sang suami.
Zinnirah bersama ahli keluarga telah bersiap dan duduk di pelamin akad
nikah menunggu kehadiran pihak lelaki. Sanak saudara lain turut tersenyum
gembira tanda menyambut baik majlis yang paling di nanti-nantikan.
“Mak tengok adik
ni...apa pasal berpeluh kuat ni? Dah macam main sukan akak tengok. Bawa
bertenang.” Maria menenangkan adiknya sambil mengelap peluh-peluh di dahi
Zinnirah.
“Ye ke kak? Alahai kak,
adik gelabah ni. Peluh ni dah macam peluh adik time lari 4x100 masa sekolah
dulu. Mana bakal suami adik ni. tak sabar nak tengok?” Zinnirah
terhendap-hendap ke bahagian tempat bakal suaminya untuk melihat kelibatnya.
“Ish...budak ni. kamu
tak tengok ke gambar yang mak suruh kakak kamu bagi tu?” tanya Puan Yasmin.
“Dah tengok mak.Tapi
nervous nak jumpa depan-depan. ”
“Kamu jangan terkejut
pula bila tengok bakal suami kamu ni. Ini hadiah teristimewa untuk kamu dari
mak.”
“Pilihan mak selalu
terbaik. Zinnirah setuju je.”
“Tak lama lagi anak mak
akan jadi isteri orang. Jaga perangai tu. Budi bahasa jangan lupa.” Pesan puan
Yasmin pada anak bongsunya itu.
“Baiklah mak. Adik
takkan lupa pesan mak tu. Tapi kan mak...adik harap abah ada bersama dengan
kita. Di hari bahagia adik.” Zinnirah teringat akan arwah abahnya yang sudah 5
tahun meninggal dunia.
“Adik...abah selalu ada
dengan kita. Dalam hati kita semua. Selamanya sayang.” Puan Yasmin cuba memujuk
Zinnirah agar tidak bersedih walaupun abah tidak bersamanya.
“Sudahlah...ayat tu
kalau tak macam dalam drama petang-petang boleh tak. Habis make up nanti kena air mata yang laju macam air terjun tu. Adik
jangan nak buat sedih-sedih mak time macam ni.” Pesan kak Maria.
“Okay, sorry. Kita
tunggu pengantin lelaki sampai ye.”
****
Zarith
juga tidak kurang hebat gemuruhnya. Sepanjang dalam kereta menuju ke rumah pengantin
perempuan mulutnya tak henti-henti mengulangi lafaz akad nikah agar lancar di
bibir ketika di lafazkan nanti. Abah dan ibu juga tersenyum melihat telatah
anak nya itu.
“Abah siapa nama penuh
isteriZarith
ye?”
“Kejap lagi akad nikah,
sekarang baru kamu nak tanya. Apa punya
makhluk kamu ni?”
“Ala.. Zarith
tahu nama dia Nur Zinnirah je. Selebihnya ibu tak cakap.”
“Nama dia Nur Zinnirah
Sofea Binti Abdul Azim.”
“Sedap nama menantu
kita kan bang?”
“Ha...apa dia abah.
Ulang lagi sekali?”
“Nur Zinnirah Sofea
Binti Abdul Azim. Kenapa? Terkejut.”
Tak mungkin dia.
Takkan. Mungkin kebetulan sahaja ni. Zarith mula
berpeluh-peluh memikirkannya. Dia kan dah kahwin dengan Aril. Yang aku nak
takut sangat kalau itu dia dah kenapa? Tak mungkinlah. Tapi hatinya tetap
gelisah dan ingin kepastian.
“Ibu ada simpan gambar
dia tak?Zarith
nak tengok.”
“Kenapa kamu ni? Dah la
tak perlu nak tengok gambar. Dah nak sampai ni. kejap lagi tengok depan-depan
je.”
“Tak ibu, Irfan nak
tengok sekarang. Ada dekat handphone ibu tak? Handphone Abah ke?” Tanya Irfan
dengan tergesa-gesa.
“Ada. Sekejap ibu
tunjuk.” Puan Maimun menunjukkan gambar Zinnirah di handphone nya. Tapi sayang
gambar Zinnirah seperti tidak jelas kerana mungkin sewaktu itu pencahayaan
tidak cukup memandangkan gambar yang di ambil di dalam ruang tamu rumah
Zinnirah tempoh hari ketika berjumpa bersama keluarga pihak perempuan.
“Ibu gambar lain ada
tak? Tak jelaslah ibu. Ntah minah mana ni” Pinta Zarith. Jantungnya mula
berdengup kencang. Fikirannya mula memikirkan yang bukan-bukan. Hatinya
gelisah. Bagai kenangan lalu menghimpit realitinya sekarang.
“Tak ada laZarith.
Tak apa, hari ni ibu nak bergambar sepuas hati dengan menantu ibu tu. Cantik
sangat budaknya.”
“Dah laZarith...kamu
ni excited lebih ni kenapa? Dah sampai pun. Cepat keluar, pergi tengok sendiri
depan mata. Hari tu abah bagi gambar dia kamu tak nak tengok. Kan dah menyesal.
Rasakanlah.”
“Ha...cepatnya sampai.
OkayZarith
harap dia bukan wanita yang sedang bermain di fikiranZarith
sekarang.”
“Apa maksud kamu niZarith?”
Tanya Encik Fuad tidak mengerti.
“Kamu merepek apa niZarith...dah
cepat. Senyum sikit.” Tegur ibu.
“Ya Allah kuatkan aku
untuk menghadapi semua ini.”Zarith
terus melangkah keluar dari kereta. Kelihatan sanak saudara sebelah pengantin
perempuan sudah ramai memenuhi kediaman Puan Yasmin.
***
Masa yang nanti
nantikan oleh kedua-dua belah pihak telah tiba. Kelihatan pihak pengantin
lelaki telah tiba bersama juru nikah. Mereka melangkah masuk setelah di sambut
baik oleh pihak pengantin perempuan. Hati Zinnirah semakin berdebar melihat
raut wajah sang suami. Tapi sayang Zinnirah terlupa untuk memakai cermin mata.
Dia rabun jauh untuk melihat wajah suaminya. Nyata sekali penglihatannya
kelihatan kabur seperti cermin kereta tiada viper ketika hujan.
Zarith
juga segak dan tampan dengan memakai baju melayu serba putih bersama sampin
bersulam songket perak sedondon dengan baju Zinnirah.Zarith
duduk di hadapan tok Kadi sambil membelakangkan Zinnirah.
“Itu kah isteri aku?
cantiknya. Apa pasal tutup muka pula. Mata dah cantik dah tu.”Zarith
berkata-kata dalam hati.
“Ya Allah... Zinnirah
kenapa kau tak pakai spek mata. Dah macam orang tua kau ni. Suami oh suami
mengapa kau sungguh misteri. Dah la dapat tengok belakang je.” Zinnirah juga
turut sama ingin melihat wajah suaminya
itu.
Setelah juru nikah
selesai menyediakan dokumen dan saksi serta wali sebelah perempuan. Maka majlis
akad nikah bermula. Alhamdulillah,Zarith berjaya melakukan
upacara akad nikah dengan berwalikan pak cik Zinnirah. Dengan sekali lafaz
Zinnirah sah menjadi isterinya. SuaraZarith tidak kedengaran
dengan jelas memandangkan suasana gembira menyelebungi lokasi perkahwinan.
Sesi seterusnya ini lah
yang paling di nanti-nantikan oleh semua iaitu sesi menyarungkan cicin oleh
pengantin. Selepas bersalaman dengan
sanak saudara tanda sah lah akad nikah tersebutZarith
berdiri dan bergerak menuju ke arah pengantin perempuan yang berada tidak jauh
dari situ. Semakin dekatZarith
berjalan menuju ke arah Zinnirah semakin jelas raut wajah itu di hadapan
Zinnirah.
Ya Allah...biar betul
apa yang aku lihat ni. Macam biasa tengok masa muda-muda dulu. Apasal dalam
gambar lain, real life lain pula. Bila masa buat pembedahan muka ni. Berkata
Zinnirah dalam hati. Dia tidak sanggup nak menatap wajahZarith.
Kau tak kenal dia,
Zinnirah! Kau tak kenal dia! Hatinya melaung kuat. Kenapa dia ini muncul lagi?
Apa aku patut buat ni?
aku buat-buat pengsan lah. Zinnirah memikirkan strategi terbaik pada saat itu
hanyalah pengsankan diri.
“Tarik
nafas...1,2,3...pengsan Zinn.” Zinnirah
menarik nafas lalu pengsan setelahZarith betul-betul berada di
hadapannya. Dia jatuh di ribaan emak nya yang berada di sebelah. Suasana
menjadi gamat.
Zarith yang baru duduk di hadapan Zinnirah turut terkejut. Dia hanya mampu melihat dan
kaku tidak berbuat apa-apa.
Eh pengsan pula isteri
aku ni. Saat-saat genting macam ni lah kau nak pengsan. Aku harus tahu adakah
kau insan masa lalu aku dulu.Zarith
sempat berbisik dalam hatinya.
“Zarith
kenapa kamu terdiam di situ, cepat tolong angkat isteri kamu ni.” jerit abah
yang berada di belakangnya.
“Ha...angkat. nak bawa
ke mana abah? Hospital ke?”
“Angkat masuk bilik
pengantin sana. Zinnirah ni terkejut kot tengok kamu datang dekat.”Jawab Puan
Yasmin sambil menunjukkan arah bilik pengantin.
Ha...bilik pengantin.
Alamak habislah aku. lakonan aku akan terbongkar. Zinnirah sudah susah hati
setelah mendengar suara Puan Yasmin memberikan arahan.
Zarith
mendengarkan perkara tersebut terus memaut tangannya ke leher dan kaki Zinnirah
dan mengangkatnya untuk di bawa ke bilik pengantin bersebelahan dengan ruang
tamu. Zinnirah terkedu dan seakan jantungnya berdengup kencang mengalahkan
jantung seorang atlet ketika berlari semasa diangkat olehZarith. Zinnirah cuba membuka mata nya sedikit untuk
curi-curi tengok wajahZarith.
Tapi akhirnya dia tertangkap olehZarith sendiri.Zarith
mencengilkan biji matanya ke arah
Zinnirah. Zinnirah perlahan-lahan menutup rapat matanya. Dalam hatinya
sudah membuat pengecaman bahawa lelaki tersebut adalah lelaki yang menjadi
kisah 7 tahun lalu. Zarith
membaringkan isteri nya perlahan-lahan. Kakak Zinnirah seperti telah dapat
membaca perbuatan nakal adiknya itu. Demi menyelamatkan adik kesayangannya itu
dia memainkan peranannya.
“Baiklah...semua sila
keluar dulu. Maria akan uruskan pengantin perempuan kita.Zarith
keluar dulu ye? Nanti kalau Zinnirah dah sedar akak panggil ye. Mak pun keluar
dulu ye?”
“Kamu ni kenapa Maria?
Mak tengah risaukan adik kamu. Kamu boleh pula halau kami keluar.”
“Kak, biar Zarith buka
purdah di muka Zinnirah tu. Nanti lemas tak bernafas pula dia.”Zarith
sepantasnya cuba untuk membuka purdah tersebut. Namun belum sempat dia
membukanya dia telah di halang oleh Maria.
“Eh... tak apaZarith.
Kamu keluar dulu. Biar akak yang uruskan.”
“Betul ke kak? BiarlahZarith
tolong. Lagi punZarith
kan suami dia.”Zarith
menggunakan kuasa vetonya sebagai suami untuk melihat wajah isterinya.
“Ish...kamu niZarith
jangan gelojoh sangat boleh tak. Cuba bawa bersabar.”
“Bukan macam
tu...sebenarnyaZarith...”
“Tak apaZarith,
mak cik, pak cik dan mak. Biar Maria handle. Please trust me.” Maria menolak
semua keluar dan mengunci pintu bilik tersebut. Setelah semua orang keluar dari
bilik. Maria terus mengejutkan adiknya.
“Nur Zinnirah Sofea,
kamu bangun sekarang sebelum akak cubit kamu bertubi-tubi.” Maria mengungut
adiknya. Namun Zinnirah masih meneruskan dengan lakonan nya.
“Adikkkkk....” Jerit
Maria.
“Ye...adik buka mata
sekarang juga. Kak thanks tolong adik.” Zinnirah terus bangun dan duduk bersila
di atas katilnya.
“Eh kenapa ni? tak
pernah di buat orang pengantin pengsan masa akad nikah. Dah lah tak sempat nak
bergambar. Sempat sarung cincin je. Malu lah dik.”
“Adik terpaksa buat
macam tu lah akak. Ada sebabnya.”
“Apa sebabnya? Ni kalau
laki kau tahu dik...habislah kau.”
“Kak jangan buat-buat
tanya pula, kak Maria lebih tahu kan siapa suami adik tu?.”
“Akak tahu. Saja je
akak tak cakap dekat kamu. Bukan kah impian adik untuk bersama lelaki yang adik
cintai.”
“Memang betul. Tapi
macam tak terfikir pula dengan cara macam ni kami berjumpa dan di satukan.”
“Adik...kuasa Allah
siapa yang boleh lawan. Perancangan Allah untuk jodoh adik telah tertulis
sebegitu.”
“Tapi kak...adik takut
nak hadapi dia?”
“Akak tak kira. Adik
sedia atau tak. Korang dah sah jadi suami isteri. Kejap lagi akak suruh dia
masuk. Pandai-pandai adik lah. Berani buat berani tanggung.”
“Kak...please. Adik
merayu sangat-sangat ni. Jangan lah bagi dia masuk.”
“Sampai bila tak nak
bagi dia masuk? Sampai esok, sampai tahun depan. Yang penting bagi dia masuk
dalam hati adik tu.”
“Tapi kak...dia takkan
terima adik...adik kenal sangat siapa dia.”
“Adik mana boleh macam
tu. Nanti apa kata keluarga dia. Behave lah sikit adik. Jangan budak-budak
sangat.”
“Okay macam ni. Akak
suruh dia masuk lagi setengah jam. Lepas tu pandai lah adik handle.”
“Thanks akak. Adik
sayang kakak selamanya.” Zinnirah memeluk erat kakak kesayangannya itu.
“Okay, ni last akak
tolong. Lepas ni tiada talian hayat. Game Over ye.”
“Okay kak. Sayang akak.
Muah..muah..muah..” Zinnirah memeluk kakaknya dan mencium pipi Maria.
“Dah...buka la purdah
tu. Adik kena cool. Baring cepat. Tanda macam dah nak sedar dari pengsan.
Tenang okay. Akak keluar dulu. 3,2,1, action. Lakonan start.” Maria terus
melangkah keluar dari bilik adiknya. Zinnirah pun seperti sudah bersedia untuk
menghadapi segalanya. Kali ini dia gagahkan juga. Berani buat berani tanggung.