Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,548
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 16

''Awak..saya laparlah...''

Sofia memandang wajah suaminya itu yang sedang leka membaca surat khabar. Seperti biasa suaminya itu tidak mengendahkan kata-katanya.

“Awak!!! Saya laparlah!”

''Lapar?”

“Haa…”

“So? Awak nak saya buat apa? Suap makanan dekat awak? Eh kalau lapar, makanlah sendiri..takkan itu pun nak saya suapkan..''

''Mana ada makanan dalam rumah ni! Jomlah makan diluar..''

''Tak ada? Awak biar betul? Yang kat dapur banyak-banyak tu apa dia? Makanan kucing ke? Eh setahu saya la kan…kita tak ada bela kucing pun dalam rumah ni…lipas belaan awak banyak la dalam bilik tu..''

Eeeee mamat ni…main-main pula dia!

''Itu semua makanan mentahlah...kena masak dulu baru boleh makan...''

''Ha..apa masalahnya? Masak jelah..dapur ada, gas ada..barang-barang lain semua lengkap..''

Sofia mengetap bibirnya menahan marah. Bukan dia tidak mahu memasak. Persoalannya sekarang ialah dia langsung tidak tahu memasak. Selama ini semua makanan dirumah nya disediakan oleh Mak Pah. Yang dia tahu cumalah memotong bawang.

''Saya tak tahu masaklah!''

Irfan yang sedang khusyuk membaca surat khabar lantas mengalihkan wajahnya menghadap Sofia.

''Awak tak tahu memasak?''

''Haa...''

''Betul-betul tak tahu masak?''

''Ish..berapa kali nak ulang!''

''Hahahaha...hahahahaha…”

“Awak ni kenapa? Nak gelak-gelakkan saya?”

“Hahahahaha…cik Iris Sofia yang serba boleh,serba tahu ni tak kanlah tak tahu memasak langsung? Biar betul?''

Sofia mencekak tangannya di pinggang. Mendidih perasaannya tatkala melihat suaminya itu mengetawakannya.

''So what? Ramai lagi perempuan tak tahu masak...wanita moden macam saya ni tak semestinya kena pandai masak..apa masalahnya?''

''Hahahaha...wanita moden konon…saya tak ada masalah..kalau saya lapar, saya boleh pergi mamak je..tapi awak tu perempuan..bak kata orang tua, belajar tinggi-tinggi akhirnya end-up kat dapur..malulah sikit kalau langsung tak tahu masak!''

''Awak ni kan, kalau tak usik saya tak boleh ke?''

''Eh..bila masa saya usik awak?''

''Selalu!''

''Bila? Cuba cerita sikit..saya nak dengar..''

''Waktu dalam kelas ganti semalam..kenapa awak sengaja marahkan saya depan budak-budak lain? Awak tahu tak diorang semua gelakkan saya!''

''Eh..betullah..awak buat salah..saya marahlah..''

''Saya ni isteri awak tahu tak?''

''So? Apa masalahnya?''

''Mana ada suami marah isteri depan orang ramai macam yang awak buat!''

''Eh..eh cik Sofia, siapa suruh awak tertidur waktu dalam kelas saya? Banyak-banyak kelas, dalam kelas saya juga awak tidur!''

''Saya bukan sengajalah..saya penat..lagipun saya tidur lewat semalam...banyak kerja...''

''Yelah tu..awak ingat saya tak tahu apa yang awak buat waktu malam selama ni? Orang lain tidur, awak sibuk berchattinglah, tengok videolah, main twitter lah..lepas tu sibuk tidur dalam kelas..''

Sofia mula bengang tatkala Irfan menyalahkan dirinya. Lantas dia meninggalkan Irfan yang sedang meleterinya itu.

''Eh, nak kemana pula tu?''

''Huh! Nak masak telur goreng. Harapkan awak bawa saya keluar makan, entah mati kebulur saya nanti.''

Sofia lantas meninggalkan suaminya itu. Jika tidak kerana kereta dihantar untuk diservis, pasti dia tidak meminta pertolongan suaminya itu. Irfan pula tersengih melihat gelagat isterinya itu.. Sengaja dia mahu isterinya itu belajar memasak. Selama ini hidup Sofia agak senang memandangkan terdapat pembantu rumah. Tetapi jika boleh Irfan nekad mahu mengajar Sofia berdikari tanpa memerlukan bantuan dari orang lain.

''Boleh ke tu? Jangan selerakkan dapur sudahlah... ''

''Mestilah! Jangan harap awak dapat tumpang makan sekali!''

''Eleh, ingat kita teringin sangat ke nak makan makanan yang dia masak. Silap haribulan cirit birit saya nanti! Awak bagilah lipas dengan tikus dekat dalam bilik awak tu makan…''

''Huh! Dahlah..malas nak layan awak! Menyakitkan hati je!''

Sofia membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sebiji telur. Api dapur juga turut dipasangnya. Irfan pula menyambung membaca surat khabarnya. Tiba-tiba dia terdengar Sofia menjerit didapur. Lantas dia bergegas menjenguk isterinya didapur. Dilihatnya dapurnya sudah mula berasap-asap.

Bau yang kurang menyenangkan turut mula memenuhi seluruh rumah itu. Irfan lantas memadamkan api dapur itu yang sedang marak itu. Dipandangnya wajah isterinya yang sedang dalam keadaan terkejut itu. tangannya juga sedang menggigil-gigil.

Baru sahaja dia mahu memarahi isterinya, tiba-tiba matanya tertumpu pada kesan merah ditangan Sofia. Ternyata tangan isterinya itu telah melecur tatkala cuba memadam api sebentar tadi. Lantas dia memegang tangan isterinya itu. Namun sempat dielak oleh Sofia yang terus menyembunyikan tangannya kebelakang tubuhnya. '

'Bagi saya tengok tangan awak tu..''

''Tak payah..bukan teruk pun...''

''Awak ni degil kan? Cepatlah bagi saya tengok..''

''Tak nak..bukan sakit pun...''

''Kalau tak sakit kenapa menjerit kuat tadi? kalau awak biar lama-lama, nanti berparut tahu tak?''

''Hmmmm....''

''Apa hmmmm...hmmm? Awak ni degil tahu tak?''

''Saya degil ke tak, apa awak kisah, tak payah tolong saya! Saya boleh buat sendiri!''

''Tengok tu, itulah namanya degil! Awak ni memang macam budak-budak tahu tak?''

Sofia mendiamkan dirinya. Dia begitu geram hinggakan tidak sedar yang air matanya mula digenangi air.

''Mana ada...awak yang mula dulu....''

Melihat gelagat isterinya yang hampir sahaja menangis, Irfan mula berasa bersalah kerana memarahi Sofia.

''Dah-dah..jangan menangis! Dahlah memang buruk...makin buruk bila awak menangis...''

Sofia yang menahan tangisannya terus menangis tatkala mendengar kata-kata suaminya itu.

''Laaaa...makin teruk pula dia menangis...ok..ok...jangan menangis...saya masakkan untuk awak.''

Sofia mengelap air matanya tatkala mendengar kata-kata suaminya itu.

''Betul?''

''Ye...betullah...''

''Ok...saya nak spageti...''

''Amboi? Western tu?''

''kenapa? kalau tak tahu masak..janganlah offer!''

''Ye..ye...saya masak..sekarang ni awak keluarkan daging dalam peti ais tu. Tolong defrost daging tu dulu.''

''Defrost?''

''Haah..baru boleh masak.''

Sofia menggaru-garu kepalanya. Dipandangnya wajah suaminya itu namun suaminya sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Macam mana nak defrost ni...kalau tanya, mati aku kena kutuk dengan mamat ni!

Sofia tiba-tiba mendapat satu idea. Diambilnya kuali lalu terus dipanaskannya kuali itu. Setelah yakin kuali itu telah panas, dicampaknya daging cincang yang masih beku. Sofia tersengih bangga dengan ideanya itu.

''Hoi!''

''Opocot mak kau! Awak ni gila ke jerkah-jerkah saya macam tu? Kalau saya terlepas kuali tadi macam mana?''

''Memang patut saya jerkah awak! Ini nak goreng terus, bukan defrost!''

''Alah! Betullah tu..bila kena panas, nanti dia tak bekulah...''

''Hah! Habis cerdiklah tu...dah tepi-tepi...keluar dari dapur ni..STRESS aku layan kau ni!''

''Huh! Kalau terrer sangat..buat apa minta orang tolong tadi? Orang pun tak hingin nak tolong dia!''

Sofia lantas meninggalkan suaminya itu didapur. Geram benar dengar suaminya itu.

''Tunggulah! Satu hari nanti aku masak sedap-sedap untuk kau..biar kau tahu aku ni pun terrer!''

Tidak lama kemudian Irfan muncul dari dapur dan meletakkan spageti yang telah dimasaknya keatas meja.

''awak..jom makan..''

Sofia menjeling kearah suaminya itu.

''Huh..tak payahlah..tak ada selera dah!''

''Betul tak nak?''

''Ye lah...betul lah...ingat saya teringin sangat ke nak makan makanan yang awak masak?''

''kalau tak nak, sudah...saya habiskan jelah bahagian awak...nanti jangan bising-bising dekat saya pula...''

''Huh! Saya tengok pun tak ada selera.''

Irfan malas bertekak dengan Sofia. Perutnya juga sebenarnya telah berkeroncong gara-gara kelaparan. Diambilnya sudu dan garfu lalu terus menjamah makanannya setelah membaca Bismillah. Sofia pula hanya menjeling dari jauh.

Sebenarnya perutnya teramatlah lapar. Bau spageti yang disediakan oleh suaminya itu teramatlah menyelerakan. Hampir meleleh air liurnya gara-gara tergoda dengan bau itu. Namun gara-gara egonya yang tinggi, Sofia sedaya upaya menahan laparnya. Baginya biarlah dia kelaparan daripada beralah dengan suaminya itu.

Malam itu perutnya mula terasa sakit. Malah dia turut kerap berulang alik ke tandas untuk muntah. Akhirnya dia terbaring diatas katil gara-gara gastrik. Irfan yang duduk menonton televisyen mula mengesyaki sesuatu pabila isterinya itu langsung tidak keluar dari biliknya sejak pergaduhan mereka petang itu.

Risaukan keadaan isterinya, lantas dia pergi mengetuk pintu isterinya itu sambil memanggil namanya. Senyap. Langsung tiada jawapan dari Sofia. Berkali-kali dia mengetuk pintu itu namun responnya masih sama. Selama ini walaupun Sofia tidur, gadis itu pasti akan terjaga dan menyahut sekiranya dia memanggilnya. Irfan akhirnya terus menolak pintu bilik Sofia kerana risaukan gadis itu. Sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka, dilihatnya Sofia sedang terbaring diatas katil sambil mengerang kesakitan. melihat keadaan Sofia, Irfan Dapat mengangak isterinya itu sedang mengalami gastrik. Lantas dia ,mendekati isterinya itu.

''awak, awak ok tak ni?''

''Siapa suruh awak masuk....''

''tak adalah..dah awak senyap je...kalau awak sakit, saya boleh bawa pergi jumpa doktor..''

''Tak payah...saya tahu lah jaga diri!''

''eh, saya nak tolong awak tahu tak? Yang awak marah-marah ni kenapa? Tak nak sudah...tahanlah sendiri sakit tu...tak payah nak minta tolong saya nanti!''

'' keluar jelah! Tak payah nak sibuk!''

Irfan terus melangkah keluar dari bilik isterinya itu. Tahu benar dia akan perangai panas baran Sofia itu. Sofia menahan sakit. Perutnya teras seakan dihakis oleh angin-angin didalam perutnya. Pedihnya bukan kepalang. Irfan yang sebenarnya masih berada diluar bilik Sofia tidak sampai hati membiarkan isterinya itu menahan sakit akhirnya masuk kembali kedalam bilik Sofia lalu terus mengangkat tubuh isterinya itu. Sofia yang terkejut kerana tiba-tiba diangkat oleh suaminya itu terus meronta-meronta untuk melepaskan diri.

''Awak nak buat apa ni hah? Turunkan saya!''

''Saya nak bawa awak jumpa doktor.''

''Saya kata tak nak!tak nak lah! Turunkan saya! Saya jerit nanti!''

''Jeritlah..saya kisah apa? Satu apartment tahu awak tu isteri saya. Tak ada orang nak hairanlah kalau saya dukung awak sampai ke kereta. Jeritlah lagi, saya humban awak terus baru tahu!''

Mendengar ugutan suaminya itu membuatkan dia terdiam. Akhirnya dia mengalah. Dengan kesakitan yang sedang dirasainya itu mana mungkin dia mampu melawan kudrat suaminya itu.

''Saya boleh jalan sendiri...''

''tak payah...saya tahu awak sakit...''

''tapi saya malulah...''

''tak perlu nak malu...awak isteri saya...saya bukan buat benda yang bukan-bukan...saya cuma nak bawa isteri saya jumpa ke klinik...''

Sofia terdiam sekali lagi. Akhirnya dia hanya memdiamkan diri tatkala Irfan mendukungnya turun kebawah.

*********************************************

''Arrrggggghhhhh! Boringnya!!!!''

Sofia menjeling kearah suaminya yang sedang begitu nyenyak tidur dengan harapan suaminya itu akan bangun dari tidurnya. Sudah beberapa hari mereka berpindah masuk kedalam apartment itu. Sofia mengeluh kebosanan.

Selalunya jika bosan pasti dia akan melayari internet. Namun oleh kerana mereka baru berpindah, mereka terpaksa menunggu selama beberapa hari sebelum talian internet mereka disambung. Sofia membelek-belek folder di dalam komputer ribanya.

''Bosannya!!! Kan seronok kalau ada movie baru..boleh tengok...ini tak, internet pun tak ada...macam mana nak download...''

Dia mengomel sendirian. Tiba-tiba matanya terpandang Macbook milik suaminya. Dijelingnya kearah Irfan yang begitu nyenyak tidur di atas sofa. Sofia tersenyum sendirian. Lantas dia bangun menuju kearah Macbook suaminya itu.

''Agak-agak ada movie tak mamat ni simpan?''

Dia membelek beberapa folder didalam komputer milik suaminya itu sebelum menjumpai apa yang dicarinya. Lantas Sofia cuba memindahkan folder-folder itu kedalam pendrivenya. Sambil itu dia sempat membelek folder-folder lain.

''Eh! Nota unttuk kelas Marketinglah...nak copylah...''

Baru sahaja dia mahu menyalin folder itu kedalam pendrivenya, tiba-tiba sahaja skrin komputer itu menjadi gelap.Sofia mula gelabah. beberapa kali dia menepuk dahinya.

''Kau salah ambil pendrivelah Sofia! Yang ni ada virus!''

Baru sahaja dia mahu membelek komputer itu, tiba-tiba dia terdengar Irfan sedang terjaga dari tidurnya. Lantas dia membatalkan hasratnya lalu berlari masuk kedalam biliknya.

''Matilah aku ! Matilah aku kalau dia tahu!!''

Irfan pelik dengan gelagat Sofia. Selalunya pada waktu-waktu petang begini pasti dia sudah membebel kerana kebosanan berada di rumah tanpa talian internet. Namun petang itu Sofia langsung tidak bising seperti biasa.

''Buang tabiat agaknya budak ni? Selalu dah bising cari internet?''

Lantas di ketuknya pintu bilik isterinya itu. Baru sekali diketuknya pintu bilik itu, Sofia terus membuka pintu. Terperanjat Irfan melihat gelagat isterinya itu. Selalunya bagai nak roboh pintu itu diketuknya dan belum tentu gadis itu mahu membukanya.

''Ye? Awak nak apa?''

''Hah?...errrr...saja je nak tanya kalau-kalau awak lapar...Kalau lapar saya nak keluar belikan makanan...''

''Lapar? tak pun...awak lapar ke? Kalau lapar saya buatkan sandwich..''

''Sandwich?”

“Haa…”

“Awak nak buatkan?''

''Yela...siapa lagi nak buat?''

''Err..boleh juga...''

''Ok..''

Irfan memerhatikan langkah isterinya yang sedang menuju ke dapur.

''Budak ni demam agaknya!''

Sofia membuka tin tuna lalu disapunya keatas roti. Hatinya sebenarnya berdebar-debar memikirkan apa yang telah dia lakukan sebentar tadi. Pasti lelaki itu akan mengamuk pabila menyedari folder-folder kerjanya yang baru sahaja disiapkannya hilang begitu sahaja.

Selesai sahaja dia membuat sandwich, diserahkannya kepada suaminya yang sedang khusyuk menonton televisyen.

''Terima kasih...''

Budak ni memang tak betul aku rasa...Mungkin sebab dah berapa hari rumah tak ada internet, terus jadi gila...

''Awak nak buat apa petang-petang macam ni?''

''Hah? Emmm...entah...duduk rumah jelah..nak buat apa lagi...''

''Oh..ok...saya pun ingat nak duduk rumah..nak siapkan presentation untuk kelas esok...proposal untuk client pun banyak nak disiapkan..''

''Hah? presentation? Esok?''

''Yelah..esok kan dah start kuliah...lupa lah tu.''

Alamak! Matilah aku kalau dia tahu aku dah rosakkan laptop dia!

''Errr...tiba-tiba saya rasa nak pergi jogginglah petang ni...''

''Ha..pergilah..dari awak terperap je dekat rumah ni...''

''Errr..tapi…”

“Apa?”

“Saya tak berani pergi seorang...awak temankan ye?''

''Teman? Hai..dah besar macam ni pun takut?''

''Eh..mestilah...saya dengar banyak kes culik tau..bahaya...lagi-lagi untuk perempuan cantik macam saya ni!''

''Perasan....cakap jelah takut...kalau nak jogging, cepatlah siap...kalau boleh saya nak balik awal...ada kerja nak disiapkan...''

Sofia mengangguk. Fikirannya runsing memikirkan bagaimana mahu menghalang suaminya itu dari membuka komputer ribanya itu. Jika Irfan tahu bahawa segala kerja-kerjanya yang selama ini bertungkus-lumus disiapkannya hilang begitu sahaja, pasti suaminya itu mengamuk.

''Dah lewatlah..jomlah kita balik...''

''Hah? Balik? Awal lagi ni...''

''Dah nak gelap ni...bahaya tau kalau jogging gelap-gelap macam ni.''

''Hmmm..yelah..tapi…”

“Ish awak ni…tapi apa lagi?”

“Saya laparlah...''

''Lapar pula?”

“Haa…”

“Hmmm…yela…nak makan apa?''

''Emmm....apa-apa jelah..''

''Baru je lepas jogging..sekarang nak makan pula..tak fahamlah saya dengan awak ni..Kalau macam tu kita makan di restoran bawah rumah tu jela…''

“Ha? Bawah rumah? Eh tak nak! Tak nak! Saya nak makan mi rebus yang dekat dengan kolej tu!”

“Laa…tadi kata tak kisah makan apa? Jauh tu nak ke kedai tu…kita makan dekat dengan rumah jelah ye?”

“Tak mahu! Saya nak makan dekat sana juga!”

“Kedai bawah rumah tu kan ada jual mi rebus juga?”

“Tak mahu! Tak sedap…nak makan dekat kedai dekat kolej tu juga!”

“Hmmm…mengada-ngada betullah awak ni…jom lah..tak bawa nanti bising pula!”

Sofia tersengih tatkala mendengar Irfan bersetuju untuk membawanya ke restoran yang diingininya itu. Lega bila dia memikirkannya. Sekurang-kurangnya dia dapat melengah-lengahkan masa suaminya itu. Jika Irfan tahu apa yang terjadi terhadap Macbooknya itu, pasti suaminya itu akan mengamuk.

Usai makan, mereka berdua akhirnya pulang kerumah. Sofia semakin gelisah memikirkan perihal komputer Irfan. Jika Irfan tahu Macbooknya terkena virus, pasti dia akan mengamuk.

''Awak tunggu apa lagi? Takkan nak tercegat depan pintu tu sampai esok? Tak nak mandi ke?''

''Ha?? Oh...nak masuklah ni...''

''Ok..saya nak siapkan kerja sikit...dah selesai nanti panggil saya...''

Belum sempat Sofia menahan suaminya itu, Irfan lantas berjalan menuju kearah komputer ribanya yang berada diatas meja. Melihat sahaja suaminya itu menuju kearah meja, Sofia lantas bergegas masuk kedalam biliknya lalu mengunci pintu biliknya. Tidak lama kemudian, seperti yang dia jangkakan, kedengaran suara suaminya menjerit memanggil namanya.

''Iris Sofia!!!!!!''

''Aduh...dia dah tahu...matilah aku macam ni!''

Berkali-kali Irfan memanggilnya dalam keadaan marah. Namun dia masih tidak memberi respon dan sebaliknya menyorok dibelakang pintu biliknya. Irfan yang ternyata teramat marah tatkala mendapati habis segala dokumen yang telah disediakannya dengan bertungkus lumus telah hilang begitu sahaja terus menerus mengetuk pintu bilik isterinya. Sofia semakin kelam kabut dibuatnya. Bagai nak pecah pintu biliknya itu tatkala diketuk oleh Irfan.


........ 

“Fia! Oi Sofia! Kau nak pergi mana tu?”

Misya mengejar Sofia dari belakang. Baru sahaja dia mahu mendekati untuk meminjam nota rakannya itu, tetapi belum sempat ditanyanya, Sofia begitu kelam kabut meninggalkan kelas itu. Tatkala mendengar namanya dipanggil, Sofia lantas berpaling. Dilihatnya Misya termengah-mengah mengejarnya.

''Kau panggil aku ke?''

''Yelah! Ada lagi ke orang nama Sofia dalam kelas kita ni?''

''Oh...sorry..sorry...aku tak dengar..asal?''

''Tak de lah..aku baru ingat nak ajak kau minum-minum dulu.''

''Ala...yang..aku tak boleh la..aku banyak benda nak dibuat ni.''

''Benda apanya? baru buka sem, takkan kau dah ada assignment kot?''

''Ish...banyak la...next time ok..next time kita lepak. Aku balik dulu tau..bye!''

“Eh Fia! Tunggulah sekejap..aku tak habis cakap lagi ni..”

“Hah! Apa lagi? Cepat sikit? Aku ada benda urgent nak dibuat ni?”

“Nota kelas tadi..kau sempat salin tak? Hehehehe…aku nak pinjam boleh?”

“Ish kau ni…waktu lecture, sibuk ber sms…nah, ambil ni…jangan lupa pulangkan tau..aku balik dulu..bye!!”

Sofia menghulurkan notepadnya kepada rakannya itu. Misya mengambil notepad yang dihulurkan oleh Sofia sebelum gadis itu berlari pergi. Misya menggelengkan kepalanya tatkala melihat gelagat rakannya itu. Entah apa yang mahu dilakukan oleh rakannya itu, dia sendiri tidak tahu.

''Dah siap ke belum?''

''Belumlah! Awak ni tahu sabar ke tak? Banyak tau benda saya nak buat!''

''Hah! Tahu pun? Ingatkan tak tahu...sepanjang cuti saya buatkan nota tu..awak padam senang-senang je!''

''Ish! bukan saya sengaja pun...awak pun..kalau nak cepat sangat..tolonglah saya sikit..kan cepat sikit siap nanti?''

''Saya sibuk..banyak lagi benda saya nak kena buat…awak yang hilangkan benda tu..awak siapkan seoranglah..ok lah..saya nak keluar..saya nak awak siapkan sebelum saya balik. Faham?''

''Awak nak kemana?''

''Adalah..awak duduk rumah, siapkan nota-nota saya tu!''

''Hmmmm...dia keluar boleh..kita nak keluar dia marah! Tak adil langsung!''

Irfan yang sedang melangkah keluar dari rumah tersengih seorangan tatkala mendengar rungutan isterinya. Sengaja dia memaksa Sofia menaip semula nota-nota yang telah dipadamkan oleh isterinya itu tanpa sengaja sedangkan dia sudah menyediakan salinan nota-nota itu sebelum ini.

Baginya dengan cara itu sahaja Sofia akan dapat membaca nota yang disediakan untuk kelasnya terlebih dahulu. Irfan tahu benar akan perangai isterinya itu. Sofia selalunya hanya akan membuka buku sehari sebelum ujian dijalankan. Isterinya itu lebih sanggup berjaga semalamam membaca buku daripada terpaksa mengulangkaji beberapa hari sebelum itu. Jadi pabila dia menipu Sofia, sekurang-kurangnya isterinya itu dapat memahami sedikit sebanyak isi pembelajaran sebelum kelas bermula.

''So, ada apa-apa soalan lagi yang nak ditanya?''

Irfan memandang wajah anak-anak muridnya setelah selesai memberi syarahan didalam kelasnya itu. Lantas beberapa orang anak muridnya mengangkat tangan.

''Yes?''

“Err...encik Irfan..kami tak fahamlah certain benda yang encik cakap tadi...boleh tak encik explain lebih?''

Irfan mengerutkan keningnya sambil melihat jam tangannya. Dijelingnya kearah pintu bilik itu. Kelihatan beberapa pelajar kelas lain sedang beratur menunggu giliran untuk masuk ke bilik itu.

''Boleh tak encik Irfan?''

''Emmm...boleh...tapi next class lah saya explain lebih..boleh?''

''Ala...mana boleh encik...ujian dah nak dekat ni...please...''

Beberapa pelajar perempuan lain turut mengangguk mengiakan kata-kata rakan mereka itu.

''Ok..ok...macam nilah..kita ke kafe...saya explain dekat sana. Kelas ni kejap lagi Puan Suzy nak guna...so saya explain dekat cafe boleh?''

''Yeay!!''

Kedengaran suara-suara anak muridnya bersorak. Irfan tersenyum melihat ragam pelajar-pelajar perempuannya itu.

Sofia tersengih seorangan. Fikirannya asyik teringat akan peristiwa beberapa hari lepas dimana dia telah diserang penyakit gastrik. Entah mengapa hatinya berbunga-bunga tatkala memikirkan layanan suaminya itu terhadapnya. Semakin lama hidup serumah bersama Irfan, dia mula menyedari Irfan tidaklah seteruk yang disangkanya. Baginya suaminya itu benar-benar mengambil berat terhadapnya walaupun mereka kerap bergaduh. Sedang termenung, tiba-tiba rakannya Misya menghampirinya.

''Eh..kau buat apa dekat sini? Panas kot?''

''Oh...aku tunggu mamat tua tu lah.. Kereta aku rosak..so aku pergi balik kolej dengan dialah...lagipun dia cakap kelas dia habis pukul 2. Aku tunggulah dekat sini.''

''Pukul dua?''

Misya mengerutkan keningnya.

''Kenapa kau buat muka macam tu?''

''Tak adalah...cuba kau tengok sekarang pukul berapa sekarang?''

Sofia yang pelik dengan kata-kata rakannya itu lantas melihat jam ditangannya. Tatkala itu barulah dia menyedari jarum jam sudah menunujukkan pukul 3.45 petang. Itu bermakna dia telah menunggu suaminya itu hampir sejam lebih.

''Ya Allah...dah nak pukul 4!''

''Hah! Itulah kenapa aku pelik...kau punya beria keluar kelas awal, tapi dari tadi aku tengok kau tercegat dekat sini...lepas tu aku tengok husband kau ada dekat cafe dari tadi.''

''Cafe? Dia buat apa dekat sana?''

''Entahlah...macam discussion..tapi aku tengok ramai senior-senior perempuan kita kerumun dia..macam-macam perangai aku tengok..gedik betul!''

''Gedik?''

''Haa...''

Sofia mula resah. Entah kenapa perasaan cemburu timbul dihatinya.

''Eh sya..tak apalah..aku pergi dululah..jumpa esok!''

Sofia lantas bergegas menuju ke arah cafe tanpa sempat Misya berkata apa-apa. Setibanya dia di cafe, perasaan cemburunya semakin membara tatkala melihat Irfan benar-benar dikelilingi oleh senior-seniornya. Lantas dia mendekati Irfan. Lalu dicuitnya bahu suaminya itu. Irfan yang begitu khusyuk menerangkan subjek yang diajarnya sebentar tadi lantas menoleh.

'’Awak...''

''Hah..kenapa? Awak nak apa?''

Tatkala Irfan bertanya padanya, Sofia dapat melihat seniornya yang sedang mengerumi suaminya itu memandangnya dengan perasaan marah seakan-akan Sofia sedang menganggu perbincangan mereka.

''Hah? Kenapa senyap?''

''Err..tak...awak cakap tunggu dekat kereta pukul 2 tadi..sekarang dah pukul berapa...''

''Alah...kejap je..tunggulah dulu! Saya ada discussionlah!''

''Tapi...''

''Saya tengah discuss somethinglah..bukannya lama pun!''

''Ok....''

Sofia terus beredar dari situ tatkala melihat suaminya itu terus menyambung perbincangan itu. Entah mengapa hatinya terasa sakit memikirkan sikap Irfan terhadapnya sebentar tadi. Terus dia mengeluarkan telefon bimbit dari begnya lalu menghantar sms kepada suaminya.

''Saya balik dulu...sambunglah discuss dengan budak-budak gedik tu. Bye!''

Disimpannya kembali telefon itu kedalam begnya. Sebenarnya dia juga agak was-was sama ada dia patut berjalan sendiri ke pondok menunggu bas memandangkan pondok itu agak jauh. Malah dengan kasut tumit tingginya yang setinggi 2 inci itu pasti akan menyakitkan kakinya. Namun memikirkan hatinya yang sakit gara-gara tidak diendahkan oleh suaminya, akhirnya dia meneruskan niatnya untuk berjalan turun ke pondok itu. Beberapa minit kemudian sedang dia berjalan ke arah pondok itu tiba-tiba dia terdengar bunyi hon kereta. Dari bunyi hon itu sahaja dia dapat mengagak yang bunyi itu datang daripada kereta suaminya. Irfan yang sedang memandu keretanya memerlahankan kelajuan keretanya supaya dapat mendekati isterinya. Berkali-kali dia membunyikan honnya supaya Sofia berhenti berjalan dan menaiki kereta. Namun ternyata gadis itu masih berdegil.

''Marah ke?''

Senyap, masih tiada jawapan dari isterinya itu. yang kelihatan hanyalah mulut muncung isterinya itu.

''Alah...sorrylah...janganlah marah...meh naik kereta meh...kasihan dia kena jalan jauh pakai kasut tumit tinggi..''

''Hah! Memang! Memang saya marah dekat awak...discussion apa dengan perempuan-perempuan gedik macam tu!''

''Alololo...cemburu ke sayang? Hehe...janganlah marah...dah diorang suruh saya ajar...saya ajarlah...''

''Masalahnya kolej ni bayar awak waktu dalam kelas je! Bukan dapat gaji pun ajar extra hour!''

''Janganlah marah...saya kan guru yang berhati mulia...niat saya nak turunkan ilmu dekat diorang...''

''Huh! Ilmu konon...suka sangat layan budak-budak gedik macam tu...''

''Amboi…marahnya…diorangkan senior awak jugak? Dahlah..janganlah marah...meh naik kereta meh..nanti rosak pula tumit kasut awak tu...hah, muka tu..kang cair pula mekap tebal awak kena panas.''

''Eeeeee! Awak ni kan...memang nak ke...aaarrgghhhhh''

Tiba-tiba tanpa Sofia sedari dihadapannya terdapat sebuah lubang. Walaupun tidak begitu besar, namun cukup menyebabkan dirinya tersembam ke jalan. Irfan yang melihat isterinya itu tiba-tiba terjatuh lantas memberhentikan keretanya lalu bergegas keluar menuju kearah isterinya itu.

''Ini semua salah awak!''

''Laaaa...salah saya pula? Kan awak yang terpijak lubang...''

''Kalau tak sebab awak, mesti saya tak jadi macam ni sekarang!''

Irfan tersengih sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Diperhatikan kaki Sofia yang berbalut gara-gara terseliuh selepas terjatuh. Mujur kakinya hanya terseliuh. Irfan bermati-matian terfikir yang kaki isterinya itu mungkin patah gara-gara terjatuh ketika memakai kasut tumit tinggi. Tiba-tiba air mata Sofia mula mengalir dan akhirnya dia mula menangis teresak-esak. Irfan sudah mati akal tatkala melihat gelagat isterinya itu.

''Eh, eh..janganlah menangis..awak ingat comel ke awak menangis? Buruk tahu tak?''

Tangisan Sofia semakin bertambah kuat pabila mendengar kata-kata dari suaminya itu.

''Mestilah nak nangis....muka saya dah buruk!''

Irfan memerhatikan pula wajah isterinya itu. Terdapat kesan luka di dagu isterinya itu gara-gara tersembam di atas tanah ketika jatuh. Mujur tidak terlalu dalam, jika tidak pasti luka di dagu isterinya itu terpaksa dijahit. Air mata Sofia kian lebat mengalir.

''Muka saya dah buruk....lepas ni tak ada orang nak dekat saya...''

Mendengar kata-kata isterinya itu, Irfan lantas perlahan-lahan merapati isterinya itu. Di sentuhnya dagu isterinya itu dengan lembut dan penuh kasih sayang.

''Awak...janganlah sedih....Saya kan ada....saya kan suami awak...mestilah saya sayangkan awak...tak kiralah macam mana pun rupa awak..saya tetap akan sayangkan awak....''

Kata-kata yang keluar dari mulut Irfan membuatkannya terdiam dan berhenti dari menangis.

''Sayang?''

''Haah...takkan saya tak sayang isteri sendiri....lain lah awak...mana pernah sayangkan saya....yang awak tahu, marahkan saya je...''

Sofia mendiamkan dirinya. Entah mengapa dia merasa pipinya seakan-akan menjadi merah gara-gara malu mendengar pengakuan dari suaminya itu.

''Saya pun...''

''Awak apa?''

''Saya pun...sayangkan awak....''

''Hah! Betul ni?''

Sofia menganggukkan kepalanya. Perasaan malunya semakin bertambah.

''Betullah...''

“Tipulah...''

''Buat apa nak tipu awak....''

Irfan tersengih tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Sofia.

''Kenapa tersengih sampai macam tu sekali?''

''tak ada apa...seronok sangat!''

''Saya pun....''

''Alhamdulillah....abang ingat Fia bencikan abang selama ni...''

''Mana ada...tak pernah benci...marah tu adalah....''

Irfan tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu.

''Tapi...muka Fia memang dah buruk...abang still nak Fia lagi ke....''

''Sayang...perasaan sayang abang dekat Fia bukannya sebab rupa paras...''

''Betul ni?''

''Haa..betul...''

Sofia tersenyum tatkala mendengar jawapan dari suaminya itu. Melihat senyuman terukir diwajah isterinya itu, perlaha-lahan dia mengucup lembut dahi isterinya itu. Rambut Sofia yang ikal dan panjang itu dibelainya dengan sepenuh hati. Sofia merebahkan kepalanya di dada sasa milik suaminya itu. Hatinya terasa begitu tenang tatkala berada begitu dekat dengan suaminya. Akhirnya dia faham yang pasti ada hikmahnya atas segala kejadian yang berlaku kepada mereka berdua selama ini.

“Kiranya….malam ni bolehlah abang..”

Irfan berhenti bercakap buat seketika. Sofia mengerutkan keningnya sambil menunggu suaminya menyambung kata-katanya.

“Boleh apa?”

“Bolehlah abang tidur atas katil dengan Fia?”

Muka Sofia merah padam tatkala mendengar pertanyaan suaminya itu. Dengan perasaan malu menyelubunginya, perlahan-lahan dia mengangguk kepala tanda setuju.

**************************************

Irfan mendekati isterinya yang begitu tekun menaip assignmentnya. Kemudian dia memeluk sofia dari belakang.

''Sayang, abang laparlah, jom keluar makan.''

''Lapar? Fia masakkanlah ye?''

''Tak naklah, sayang macam busy dengan assignment je, abang malas nak kacau.''

Sofia tersenyum.

''Ok..abang pergi start enjin kereta dulu, Fia pakai tudung kejap.''

Sampai sahaja di hadapan restoran, Sofia lantas melintas jalan tanpa melihat kekiri dan kanan dahulu. Fikirannya asyik memikirkan thesis yang perlu dia siapkan. Jika boleh dia mahu cepat-cepat pulang kerumah untuk menyambung kerjanya itu. Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju menuju kearahnya. Sofia seakan-akan terpaku buat seketika. Di telinganya kedengaran suara Irfan menjerit memanggil namanya. Mujur tubuhnya sempat ditarik oleh suaminya itu. Jika tidak pasti dia akan dilanggar oleh kereta itu.

“Sofia buat apa ni hah! Kenapa lintas jalan tak tengok dulu kiri kanan! Kalau kena langgar tadi macam mana?”

Sofia terkejut tatkala Irfan menengking kearahnya. Tangan Irfan yang masih memegang tangannya terasa seakan-akan mengeletar. Dipandangnya wajah suaminya itu. Merah padam seakan-akan dia yang terkejut kerana hampir dilanggar oleh kereta sebentar tadi.Melihat reaksi suaminya itu, Sofia mula sedar silapnya yang melintas jalan secara tiba-tiba.

“Fia minta maaf abang…Fia tak sengaja..Fia fikirkan assignment sangat tadi…Fia minta maaf..abang janganlah marah Fia sampai macam tu sekali..”

Irfan mengeluh tatkala mendengar Sofia meminta maaf.

“Sorry…abang tak marah Fia pun..abang cuma terkejut…kalau abang tak tarik Fia tadi, mesti Fia dah kena langgar…lain kali jangan buat macam tu lagi tau! Tengok jalan dulu sebelum melintas…Macam nilah..kita balik rumah jelah..tak jadilah abang nak makan..”

“Janganlah macam tu bang…kita dah sampai depan kedai dah pun..takkan kita nak balik…abang pun lapar kan? Fia janji..next time Fia tak kan buat dah ye?”

“Hmmm…yelah…next time jangan buat lagi..Kalau jadi apa-apa dekat Fia…macam mana abang nak hidup….”

Sofia tersenyum tatkala mendengar kata-kata suaminya itu.

“Kalau jadi apa-apa dekat Fia..abang carilah isteri baru…peminat abang kan ramai..”

“Sofia! Apa cakap macam tu!”

“Hehehehe…just jokinglah sayang…don’t be too serious..nanti bertambah wrinkle kat muka tu..jom makan sayang..Fia pun dah lapar la…”

Sofia menarik tangan suaminya menuju kearah restoran itu. Irfan pula hanya akur mengikuti isterinya itu.

Tangannya mencapai tisu yang telah disediakan diatas meja lalu mengelap mulutnya sambil menunggu suaminya kembali dari tandas. Tiba-tiba dia terpandang telefon bimbit milik suaminya, diambilnya lalu dibelek-beleknya folder gambar yang ada didalam telefon itu.Dibukanya folder gambar semasa mereka berkahwin. Melihat sahaja gambar kahwin mereka membuatkannya tertawa sendirian.

Ini kerana boleh dikatakan semua aksi di dalam gambar itu hanyalah lakonan semata mata. Pening jurugambar mereka gara- gara ketidaksefahaman antara mereka. Dalam gambar sahaja mereka seakan-akan mesra, padahal masing-masing bertengkar sebelum menangkap gambar itu.

“Dik..dik..cuba rapat sikit dengan suami tu..susahlah abang nak shoot gambar macam ni..”

“Tak cukup rapat ke ni bang? Macam terlebih rapat je ni?’’

“Ush..pengantin lain yang pernah abang shoot, bukan setakat rapat! Macam melekat terus abang tengok.Cuba adik duduk dekat dengan suami tu..buat posing ala-ala manja ke..kan senang abang nak shoot.”

Tiba-tiba mereka dihampiri oleh salah seorang wedding planner mereka yang agak lembut perwatakannya.

“Kenapa bang?”

“Ini ha..pengantin tak nak tangkap gambar berdua..pening kepala aku nak ajar diorang berposing!”

“Ish kau ni dik!! Kalau aku dapat lelaki handsome macam ni, hah! Segala jenis posing aku buat tau tak? Boleh peluk-peluk, cium-cium! Apa kau nak takut? Dah halal dah pun!”

“Entah kau ni Fia..cuba rapat sikit..pengantin mestilah tangkap gambar manja-manja! Ish..susah betullah kau ni..meh sini aku ajarkan!”

Irfan tersengih tatkala mendengar kata-kata jurugambar dan perancang perkahwinan mereka dan rakan-rakan isterinya itu. Sofia pula mengerutkan keningnya. Ish..tak nak lah aku! Nak berpeluk sakan dengan mamat ni! Aku lebih sanggup peluk cium tiang elektrik huh!

“Ha..dengar tak? Tangkap gambar kena lagi rapat, kena posing manja-manja barulah namanya pengantin baru!”

Dibisiknya ditelinga Sofia hinggalah wajah isterinya itu menjadi merah padam. Lantas ditariknya tubuh langsing Sofia merapati tubuh sasanya.

“Awak tarik saya rapat lagi..siap awak! Jangan suka-suka je nak sentuh saya..faham tak?”

Sofia membalas bisikan suaminya itu. Irfan pula tatkala melihat Sofia sudah mula mendidih, lantas dia mencium pipi isterinya itu. Saat itu para photographer yang ada lantas menangkap gambar candid tersebut. Sofia pula terbeliak matanya tatkala Irfan mencium pipinya tanpa kebenaran.

“Eeeeee….awak nak mati ke!”

“Ssshhh…parents kita tengah tengok tu..baik awak cepat posing, lagi cepat awak buat, lagi cepat kita selesai..”

Melihat ibu bapa dan keluarga mentuanya sedang memandang kearah mereka, Sofia membatalkan hasratnya untuk memarahi Irfan. Namun dia sempat memijak kaki Irfan dengan kasut tumit tingginya. Nah! Rasakan…suka hati kau je cium aku! Irfan menjerit kesakitan. Sakit benar kakinya tatkala dipijak oleh kasut tumit tinggi Sofia.

“Aduh…sakitlah!”

“Eh..sakit ke? Padan muka awak..itu kira balasan awak sebab cium pipi saya tak minta izin ye! Sekarang cepat senyum…parents kita tengah tengok tu..”

Sekali lagi dia tersenyum keseorangan tatkala mengingati peristiwa lama. Dia membelek folder gambar yang lain pula, banyak gambar Irfan ketika diluar negara. Tiba-tiba dia terlihat beberapa keping gambar mesra milik Irfan dengan seorang wanita. Raut wajahnya cantik, matanya yang sepet dan kulitnya yang cerah menyakinkan Sofia yang wanita itu bukan keturunan Melayu. Malahan dari cara wanita itu berpakaian juga seakan-akan bukan beragama Islam. Sofia membelek lagi, banyak gambar irfan dan wanita itu berpelukan.

Timbul rasa cemburu dihatinya. Kalau benar itu gambar milik suaminya dan bekas teman wanitanya, mengapa Irfan masih menyimpan gambar-gambar tersebut sedangkan dia telah berkahwin. Ketika asyik membelek gambar itu, kelibat Irfan kelihatan menuju kearahnya.

''Sayang belek apa tu?''

Sofia terdiam apabila memandang wajah suaminya.

''Tak ada apa pun..gambar kahwin kita je''

''Ye? Ok jom balik..abang dah bayar dah makanan kita.''

Sofia mengangguk dan mengikuti Irfan dari belakang. Ketika di dalam kereta pun dia banyak mendiamkan diri. Ketika berada dirumah, fikirannya masih teringat akan gambar gambar sebentar tadi. Sofia tahu gambar itu mungkin ditangkap sebelum mereka bertemu, namun dia masih tertanya-tanya jika Irfan sudah mempunyai teman wanita, mengapa dia bersetuju untuk berkahwin dengan Sofia dan yang paling membuatkan dia tidak berpuas hati ialah mengapa Irfan masih menyimpan gambar-gambar itu sedangkan mereka telah lama berkahwin. Sedang dia mengelamun, tiba tiba Irfan yang sedang tidur ditepinya terjaga.

''Kenapa sayang abang tak tidur lagi?''

''Fia tak boleh tidur, abang tidurlah dulu ye.''

“Sayang…kenapa ni? Dari tadi abang tengok Fia macam runsing je? Cuba beritahu abang.”

Sofia menggelengkan kepalanya.

“Tak ada apalah…Fia fikirkan pasal assignment Fia je..”

“Kenapa dengan assignment Fia? Nak abang tolong ke?”

“Tak..tak ada apa..abang tidurlah”

“Betul ni sayang?”

“Haa..sayang tidur ye..”

Irfan mengangguk sambil memeluk tubuh isterinya itu. Tidak lama kemudian dia terlelap kembali.

Keesokannya gara-gara terlalu sibuk dengan assignmentnya, Sofia terlupa akan mengenai gambar didalam telefon milik Irfan. Pagi-pagi lagi dia telah bergegas ke kolejnya hinggalah kepetang barulah dia pulang kerumahnya.

''Assalammualaikum...''

Diberinya salam sebelum melangkah masuk kerumahnya itu. Tiba-tiba salamnya dijawab.

''Waalaikumussalam... Awal sayang abang balik? Presentation tadi macam mana? Ok tak?''

''Eh..Fia tak tahu pun abang ada dirumah? Abang tak pergi kerja ke?''

''Alah..office abang punya..bila-bila masa pun abang boleh keluar masuk..''

''Lah..macam tu pula.. Bos kenalah tunjuk contoh yang baik dekat pekerja..patutlah pekerja selalu malas, bos sendiri pun asyik ponteng je!''

''Hehehe..abang tahulah..tadi tak banyak benda nak dibuat..abang baliklah rumah awal..so presentation tadi ok tak?''

''Ok la...Miss Tasya macam suka je. Lagi-lagi idea yang abang bagi dekat Fia tu.''

''Hahaha...abang dah agak dah..Miss Tasya tu memang apa je yang abang come out, mesti dia suka..memang ada chemistrylah!''

''Ewah..suka ye abang bila Fia cakap pasal Miss Tasya tu?''

''Eh! mestilah..skandal abang dulu tu..kalau bukan sebab Fia, memang dah lama abang ada ehem-ehem dengan dia hehehe...''

''Amboi suka ek? Abang buat apa kat rumah hari ni?''

''Abang tak buat apa pun...kemas rumah sikit.. Pastu tengok televisyen..tu jelah..''

''Yeke...cerita apa yang abang tengok?''

''Entahlah..abang pun tak tahu..alah yang Fahrin Ahmad tu berlakon tu...''

''Eh? Sejak bila abang rajin tengok cerita Melayu ni?''

''Tak adalah...ni ha, ramai sangat orang kata muka abang macam Fahrin Ahmad, abang tengoklah..ish..tak adalah handsome mana pun dia tu..handsome lagi abang dari dia!''

Sofia tertawa tatkala mendengar kata-kata Irfan. Buang tebiat agaknya suami aku ni!

''Sudahlah tu abang...tak payah nak perasan sangat..Fia lapar lah..abang ada masak apa-apa tak?''

''Eh? Dia tanya kita pula...sekarang ni siapa isteri, siapa suami?''

''Hehehe..Fia penatlah..abangkan suami mithali...tak kan tak boleh masak untuk isteri?''

Sofia memeluk manja suaminya itu. Melihat wajah isterinya yang tersengih itu, Irfan terus menarik hidung mancung milik isterinya itu.

''Abang dah agak dah Fia mesti balik cari makanan..abang kenal lah isteri abang ni! Abang tak masak pun...''

''Ala....ingatkan ada...hmmm...''

Sofia terasa kecewa. Perutnya benar-benar lapar tatkala itu.

''Tapi....''

''Huh? Tapi apa sayang?''

''Tapi abang dah belikan Fia ikan Pari dan Keli bakar untuk sayang abang ni...''

Sofia tersenyum tatkala mendengar kata-kata suaminya itu.

''Ish...saja je tau abang ni! Suka buat Fia macam tu..''

''Hehehe....biarlah..abang suka tengok muncung itik Fia tu...''

''Eeeee...suka hati abang je cakap mulut Fia mulut Itik...hmmm...''

''La...sayang abang ni marah ke? Ok lah..abang tak panggil mulut itik dah..abang panggil mulut platypus..ok tak!''

''Eeee..malas Fia nak layan tau..mana ikannya? Cepatlah..Fia dah lapar ni..''

“Ish….gelojoh betul…bini sapalah ni!”

“Bini Luth Irfan lah! Cepatlah sayang…huhuhu..Fia lapar sangat ni…”

'’Ada dekat dapur tu...jom..''

Sofia tersengih lagi tatkala mendengar jawapan suaminya itu. Lantas ditariknya suaminya itu menuju ke dapur.

''Alright! Jom!''

Setelah usai menjamu selera, Sofia pergi mencuci pinggan di sinki. Tiba-tiba dia menyedari terdapat kebocoran paip lalu dia terus memanggil suaminya.

''Abang..paip bocorlah!''

''Ye? Dekat mana tu?''

''Emmm...Fia rasa dekat bawah sinki kot...''

''Ok..kalau macam tu abang rasa abang boleh repairkan..''

''Eh pandai ke? Fia tak naklah rumah kita banjir nanti!''

''Ish..Fia tak tahu ke Fia kahwin dengan orang serba boleh. Macam-macam abang tahu buat tau..setakat sinki ni..kacang je!''

''Yela tu..tunggu kejap, Fia ambilkan toolbox.''

Tidak lama kemudian Sofia muncul didapur bersama-sama toolboxnya. Irfan pula sedang sibuk memeriksa sinki itu. Tatkala menjumpai punca sebenar kebocoran sinki itu, Irfan lantas menghulurkan tangannya kepada Sofia tanpa memandang wajah isterinya itu.

''Jasmine, tolong bagi I spanar tu.''

Sofia tersentak tatkala mendengar Irfan menyebut nama wanita lain tanpa menyedarinya.

“Abang sebut nama Fia ke tadi?”

“Ha? Yelah…abang sebut nama Fia tadi…takkan ada orang lain dalam rumah ni?”

Sofia terkedu buat seketika. Jelas ditelinga Irfan menyebut nama wanita lain sebentar tadi. Tangannya menghulurkan spanar yang diminta oleh suaminya itu dengan keadaan mengeletar. Tiba-tiba spanar itu terjatuh keatas lantai. Irfan lantas berpaling memandang wajah isterinya itu tatkala terdengar bunyi spanar itu jatuh.

''Kenapa Fia? Fia ok ke tak ni?''

Sofia memandang wajah suaminya itu. Langsung tidak menunjukkan riak seakan-akan rasa bersalah pabila tersalah menyebut namanya.

''Fia? Sofia? Kenapa ni? Penat sangat ke? Kalau penat sangat, Fia masuk bilik rehatlah..sinki ni biar abang uruskankan sendiri.''

Sofia yang masih terperanjat itu mengangguk lalu berlalu pergi menuju ke biliknya. Difikirannya asyik teringatkan peristiwa sebentar tadi. Tidak pernah Irfan tersalah panggil namanya selama mereka berkahwin. Mula muncul perasaan ragu-ragu dihatinya

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.