Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
60,016
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
07

Apabila mereka bertiga pulang dari majlis, Datin Intan segera memarahi Farrah.

 

"Bukan dengan lelaki yang ibu sarankan sebaliknya dengan salah seorang anak lelaki Dato Kamal. Mengapa awak ikut Haris sewaktu dia memperkenalkan diri? Cukuplah dengan keluarga mereka! Dan kemana awak pergi selepas itu? Ibu tak nampak awak sehinggalah majlis berakhir."

 

Automatik,Farrah menutup telingganya.

Maafkan Farrah! Separuh masa majlis dihabiskan dalam tandas.

 

Bagaimanapun kalau ibunya dapat tahu, lebih parah jadinya.

 

"Tak kisah. Farrah boleh berkawan dengan Haris. Jangan lupa kita masih ada beberapa projek kerjasama dengan mereka. Lebih baik teruskan hubungan dengan merekaseperti biasa." Dato Ismail mencelah.

 

Terbaik ayah! Nampaknya ayah dapat menerima Haris.

 

"Apa? Saya masih tak dapat terima apa yang Amir buat Farrah. Berikan sebab saya perlu bertolak-ansur dengan mereka. Jangan ingat saya takut dengan ugutan mereka." bantah ibu pada ayahnya.

 

Nampaknya Datin Intan sedia bergaduh jika perlu. Ayah cuba membuat ibu bersabar. Tiada apa yang Farrah mampu lakukan jika ibunya sudah berperangai sebegini.

Farrah serahkan segalanya pada ayah! Maafkan Farrah kerana melarikan diri terus ke dalam bilik!

 

Keesokkannya,kedua-dua ibubapanya kembali berkelakuan sediakala seperti perkara semalam tidak pernah berlaku. Ayahnya berjaya memujuk ibunya.

 

Kerana ingin tahu,Farrah menegur Haris apabila ternampak kelibat lelaki itu dilobi.

 

"Apa yang awak bualkan dengan ayah?"

 

"Saya cuma berikan apa yang dia mahukan." jawab Haris ringkas.

 

Belum sempat Farrah ingin bertanya lebih lanjut, datang seorang pekerja lelaki lalu membisikkan sesuatu pada Haris. Selepas mendengarnya, dengan cepat Haris beredar bersama  pekerja bekenaan.

 

Kebelakangan ini Haris kelihatan sibuk. Dato Kamal seperti memberi banyak tanggungjawab kepadanya. Sejak hari itu juga, ada beberapa hari dimana kelibat Haris langsung tidak kelihatan dalam LinkComm.

 

Jangan paksa diri sangat Haris!

 

 

 

 

 

 

Satu tengahari dengan cuaca baik, ada pekerja yang turut sama duduk bersama Farrah dan yang lain. Orang yang dimaksudkan ialah Cynthia, teman wanita Kevin. Sebenarnya,orang yang sepatutnya bersama mereka bertiga pada waktu itu adalah Kak Siti.Oleh kerana dia masih belum tiba, Cynthia yang sepatutnya makan tengahari bersama Kevin terpaksa menunggu Kevin di tempat Farrah berada. Dalam erti kata lain, meja dimana Farrah duduki sekarang ini adalah lokasi pertemuan mereka sebelum bergerak ke tempat lain.

 

Farrah senang hati menceritakan apa yang berlaku sewaktu Majlis yang dihadirinya baru-baru ini. Topik jadi lebih menyeronokkan jika ada orang baru turut serta dalam perbualan mereka bertiga. Cynthia sudi memberi pandangannya dalam setiap cerita mereka.

 

"Sebab itulah Farrah dapat tiket wayang promosi ini. Cynthia.. Ambil dua, awak boleh ajak Kevin nanti." Ujar Farrah sambil menghulurkan tiket kepada semua yang duduk dimeja itu selainnya.

 

"Terima kasih Farrah." Balas Cynthia gembira.

 

"Tiada perkara yang menarik berlaku sepanjang majlis?" Soal Nana kepada Farrah.

 

Bagaimana nak jawab ni? Sudah tentu Farrah tak ceritakan segala-galanya. Tak mungkin Farrah ceritakan tentang gelas dan Haris, apa yang Farrah buat pada Amir dan juga masa yang banyak dihabiskan dalam tandas. Apatah lagi Cynthia ada bersama mereka.

 

"Farrah dapat tandatangan pelakon yang memegang watak utama." Balas Farrah. Sebagai tambahan, Farrah ceritakan apa yang dia belajar dari Haris.

 

"Maksudnya awak antara yang pernah merasa minuman yang Haris buat. Tiada perempuan lain dalam LinkComm ada peluang sebegini." Nana membuat kenyataan dari apa yang didengarinya. Sambil itu dia menulis sesuatu dalam notanya.

 

"Tak pasti." Balas Farrah.

 

Tapi Nana, Farrah pasti perempuan pertama yang pernah merasa sebelum ini adalah Putri, adik Haris sendiri. Masih ada Diyana yang mungkin berpeluang merasanya sewaktu datang ke kediaman Dato Kamal.

 

"Awak bertuah!" komen Cynthia. "Saya selalu nampak Haris bersama-sama dengan awak. Apa hubungan awak dengan dia?"

 

Satu soalan berbahaya keluar dari mulut Cynthia.

 

Agaknya itulah pandangan pekerja lain apabila melihat kami berdua. Seperti biasa,Farrah akan perbetulkan salah faham ini. Ada baiknya berterus terang, jika tidak hidup Haris dalam LinkComm boleh terkesan dengan perkara ini. Ada banyak pekerja wanita yang cuba mendekati Haris. Mereka pasti hampa dan patah semangat apabila dengar salah faham ni. Lagipun Farrah tidak mahu bermusuh dengan mereka semua.

 

Bagi Farrah, Haris adalah pemerhati yang ditugaskan untuk memerhati Farrah dalam syarikat ini AKA Spy. Sebab itulah Haris sentiasa bersamanya. Sudah tentu Haris juga salah seorang kawan rapat Farrah.

 

"Farrah dan Haris Cuma kawan lama. Shiela.. Nana.. Bukankah kamu berdua berminat pada Haris?"

 

"Umm-Tidak!" Dengan cepat Shiela menafikannya. Malah dia turut menggelengkan kepala.

 

"Sama!" Jawab Nana. Dia turut menafikannya. Kedua-dua mereka kelihatan tidak selesa seperti teringatkan sesuatu.

 

Betulkah? Setahu Farrah, kamu berdua sangat teruja berjumpa dengan Haris beberapa bulan lepas. Mengapa berubah fikiran? Adakah ini ada kaitan dengan amaran supaya berhati-hati dengan Haris?

 

"Cynthia..Bagaimana dengan awak?" Soal Shiela.

 

"Sudah tentu Kevinlah yang terbaik sekali. Bagaimanapun, lelaki ideal saya lebih kepada seseorang seperti Bayazid. Ah! Jangan beritahu Kevin."Jawan Cynthia segan.

 

Ideal? Bayazid? Farrah tak pasti tentang pandangan Cynthia.

 

Tidak lama selepas itu, Kak Siti dan Kevin datang ke arah mereka. Selepas mengucapkan terima kasih kerana sudi menemankan dirinya buat sementara waktu, Cynthia dan Kevin beredar bersama-sama.

 

Farrah melihat mereka berdua sehingga hilang dari pandangan.

Makan bersama-sama di luar. Satu hari nanti akan adakah peluang Farrah seperti mereka berdua?

Farrah rasa sedikit cemburu.

 

"Apa yang kamu semua bualkan?" Soalan Kak Siti mematikan lamunan Farrah.

 

Ah! Sebelum terlupa.

Farrah kemudian menghulurkan dua tiket wayang kepada Kak Siti.

 

 

 

 

 

Beberapa hari berikutnya, Nana melaporkan sesuatu yang tidak disangka-sangka kepada Farrah dan Shiela. Menurut Nana, Bayazid datang mencarinya dan cuba meminta Nana mendapatkan beberapa info.

 

"Tak mungkin saya bertukar maklumat dengan salah seorang yang  !" Ulas Nana kepada mereka berdua.

 

"Apa yang membuatkan Bayazid fikir Nana sudi tolongnya? Saya tak faham apa yang Bayazid fikirkan!" balas Shiela apabila mendengarnya.

 

"Nana, Maklumat apa yang Bayazid minta?" Soal Farrah.

 

"Cuma beberapa data dari cawangan lain. Oleh kerana lebih cepat dapatkan semuanya dari saya, sebab itulah dia datang untuk berbincang."

 

Farrah mengerutkan dahi.

Agaknya maklumat yang diminta Bayazid ada kaitan dengan projek yang dikendalikan Amir?Jika projek Amir ada masalah, yang turut terkena tempiasnya nanti adalah Farrah sendiri. Terus bermasalah bermaksud gagal, bermakna Amir dan Farrah tidak dapat melarikan diri dan terpaksa mengikut apa yang dipersetujui dalam perjanjian.

 

Teruklah! Farrah terpaksa buat sesuatu.

Tiada masalah jika Farrah beri sahaja maklumat yang Bayazid mahukan.

 

"Nana,Berikan semua maklumat yang Bayazid nak pada Farrah. Sebagai pertukaran.. Bagaimana dengan tandatangan pelakon dalam sebuah filem terbaru yang Farrah hadiri sebelum ini?"

 

"Jika Farrah yang minta, awak tak perlu berikan apa-apa. Petang nanti saya akan emailkan semuanya pada awak." Balas Nana memberi jaminan.

 

Bagaimanapun,Farrah tetap berkongsi maklumat lain kepada Nana dan Shiela. Terpulang pada Nana untuk gunakannnya atau tidak.

 

 

 

 

 

Untuk memberi sampul berisi data kepada Bayazid adalah satu cabaran. Akhirnya Farrah memutuskan untuk meletakkan sampul itu diatas meja Bayazid selepas tamat waktu bekerja hari itu. Oleh kerana Bayazid dan Amir berada dalam Bahagian yang sama, Farrah perlu pastikan kedua-dua mereka telah pun beredar pergi sebelum memasuki Bahagian Finance.

 

Dalam keadaan berdebar, Farrah menjengguk Bahagian Finance. Kebanyakan pekerja telahpun beredar dan beberapa orang lagi turut berkemas bersedia untuk balik.

Mujurlah dia masih ingat kedudukan meja kerja Bayazid. Dengan cepat Farrah masuk lalu meletakkan sampul itu diatas meja Bayazid.

 

Uuu- Farrah rasa bagaikan pencuri kerana menghendap begini.

 

 "Apa yang awak buat disini?"

 

Satu suara menegur Farrah. Tidak perlu menoleh, Farrah tahu milik siapa suara ini.

 

"Sebab Farrah ada urusan disini sebelum beredar." Farrah berterus terang lalu menoleh memandang Bayazid.

 

Bayazid memandang Farrah dengan curiga tetapi membiarkannya. Lelaki itu mendekati meja kerjanya dan mengambil headphone yang terletak dalam laci meja. Dia kemudian menyangkutkan headphone itu dilehernya.

 

Begitu rupanya! Bayazid memang telah lama beredar tetapi kembali semula untuk mengambil barang yang tertinggal. Mengapa pada waktu ini?

 

Beberapa ketika barulah Bayazid perasan sampul putih yang ada diatas meja. Dia membuka sampul lalu melihat isi kandungan dalamnya. Farrah cuba melarikan diri, tetapi diberhentikan oleh Bayazid.

 

"Ini salah satu permainan awak? Memang betul saya perlukan maklumat ini tapi mengapa sibuk sangat? Apa tujuan awak?"

 

"Farrah dengar dari Nana apa yang berlaku. Awak kelihatan terdesak perlukan maklumat ini. Farrah agak maklumat ini ada kaitan dengan projek Amir, sebab itulah Farrah sudi berikan maklumat yang Farrah tahu. Farrah ada sebab sendiri."

 

Apa maksud awak 'salah satu permainan awak'? Adakah awak berkira dengan apa yang Farrah lakukan pada Amir sewaktu dalam majlis dua hari lepas? Dalam diam,rupanya awak perhatikan apa yang Farrah lakukan pada hari itu.

 

"Sebab sendiri? Adakah ini untuk Amir? Walau apa yang awak lakukan, Amir takkan pilih awak. Dan apa yang awak lakukan sekarang ini sia-sia sahaja sebab maklumat initiada kaitan dengan projek Amir."

 

Sakit hati Farrah mendengarnya. Dia mula rasa menyesal dengan perbuatannya. Bayazid ingat Farrah masih menaruh perasaan pada Amir.

Satu penghinaan! Farrah takkan terima Amir semula walaupun dia merayu pada Farrah.

 

Tapi mendengar tentang maklumat itu tiada kaitan dengan projek Amir sudah cukup.Anggapannya salah. Projek Amir tiada masalah. Oleh itu, tiada sebab untuk Farrah berdiri lebih lama di bahagian itu hanya untuk mendengar dirinya disindir Bayazid. Tiada sebab juga untuk dia menolong Bayazid.

 

"Kalau begitu halnya.." Farrah kemudian mendekati Bayazid lalu menarik kembali sampul yang ada ditangan Bayazid.

Farrah takkan tinggalkan maklumat ini disini!

 

Sedar dengan apa yang Farrah lakukan, Bayazid merampas kembali sampul tersebut dengan mengangkat tinggi-tingginya sehingga Farrah tidak dapat mencapai sampul itu.

 

"Saya perlukan maklumat ni. Biarkannya disini."

 

"Farrah takkan berikannya pada awak. Sampul itu kepunyaan Farrah." Farrah mulai geram.

 

"Berapa harganya? Saya akan beli dari awak." Bayazid cuba berkompromi.

 

"Farrah takkan jual pada awak!"

 

"Jangan lupa awak letak diatas meja saya. Awak ingin beri sampul ini pada saya."

 

"Farrah dah tukar fikiran!"

 

Masing-masing tidak mahu mengalah.

 

Baru Farrah teringat mengapa dia tidak sukakan lelaki yang ada dihadapannya sekarang ini. Apa yang dia lakukan selalunya bertentangan dengan apa yang dilakukan Bayazid. Tambahan lagi, Bayazid selalu mengesyaki Farrah mempunyai niat tidak baik.

 

Apa masalah awak sebenarnya?

 

"Baiklah..Ceritakan pada Farrah mengapa awak betul-betul perlukannya. Untuk apa maklumat ini sebenarnya?"

 

Untuk kali ini, Farrah cuba mendengar apa yang ingin dikatakan Bayazid.

Orang yang berhak ingin tahu sekarang ini adalah Farrah. Sampul itu milik Farrah.Bergantung pada jawapan awak, jika kena pada rasa simpati Farrah, Farrah sudi berikan sampul pada awak.

 

Bayazid bersetuju menjawab soalan Farrah.

 

"Bukan untuk saya. Tapi untuk orang lain. Sekurang-kurangnya maklumat ini boleh tolong seseorang yang sangat perlukannya. Dengan kadar segera."

 

"Jadi, siapa 'seseorang' ni?" Soal Farrah tidak berpuas hati.

 

Kali ini Bayazid diam. Agak lama. Dia teragak-agak untuk menyebut nama seseorang.

 

Mengapa berahsia sangat? Soalan ini tak susah pun.

 

Biar Farrah fikir sedalam-dalamnya. Bayazid ada katakan perkara ini tiada kaitan dengan Amir dan projeknya. Maklumat ini bukan untuk Bayazid juga. Dari pemerhatian Farrah, orang yang rapat dengan Bayazid amat kecil bilangannya.Selain Amir, orang yang selalu bersama-sama dengan Bayazid ialah Diyana.

 

Hmm- agaknya awak takut Farrah takkan berikan sampul pada awak jika tahu ini sebenarnya untuk Diyana.

 

Tekaan awak salah.Sudah terlanjur Farrah dapatkan maklumat ini jadi apa salahnya beri sahaja kepada Diyana.

Tapi jika Farrah tahu dari awal-awal lagi, sudah tentu Farrah tidak akan menolong mereka bertiga.

 

Diyana hah? Agaknya Diyana sangat istimewa kerana lelaki ini sanggup minta tolong dari Nana.

 

Ayah pernah kata kawan rapat adalah harta paling berharga selepas ahli keluarga.Jika Shiela dan Nana dalam masalah, Farrah juga akan lakukan sesuatu untuk mereka. Farrah faham perasaan ingin menolong kawan sendiri.

 

Awak sangat bertuah Bayazid. Kali ini awak menang. Awak berjaya meraih simpati Farrah.

 

"Awak tak perlu jawab apa-apa. Farrah ubah fikiran sekali lagi. Sampul itu milik awak sekarang. Lagipun maklumat yang ada didalam tidak berguna pada Farrah." Farrah akhirnya mengalah.

 

"Betulkah? Ini bukan salah satu taktik awak lagi?" Bayazid rasa sangsi.

 

Hei! Jangan buat Farrah marah!

 

"Tak sangka Diyana seorang yang istimewa pada awak. Awak sanggup lakukan apa sahaja untuk dia. Farrah faham perasaan awak." Farrah melirik senyum. Dia berpura-pura tidak mendengar apa yang diucapkan Bayazid sebentar tadi.

 

Serta-merta muka Bayazid jadi merah. Seumpama biji saga.

 

"Saya tahu awak rancang sesuatu… Cuba ugut saya?"

 

Farrah diselubungi rasa pelik.

Eh! Apa yang berlaku?

 

Kaki Bayazid pantas melangkah menghampiri Farrah. Dalam keadaan keliru, Farrah menggundurkan diri sehingga belakangnya dihadang dinding. Tiada tempat untuk melarikan diri.

 

Bunyi kuat kedengaran apabila Bayazid menhentak dinding disebelah Farrah. Jarak mereka berdua hanya satu meter sahaja. Mungkin kurang lagi dari itu.

 

Eh!? Situasi ini…

Adakah ini salah satu adegan romantik yang sangat terkenal sejak kebelakangan ini. Tak silap Farrah ianya dipanggil Kabedon (wall slam).

 

Kebedon adalah kabe-don! Awak tahu, bila seseorang memerangkap pasangan diantara tubuh mereka sendiri dan dinding. Kabedon ada banyak jenis… Ah! Apa yang Farrah mengarut sekarang ini!

 

Jantung Farrah memang berdegup kencang sekarang ini. Tapi bukan sebab teruja kerana berada dalam salah satu adegan romantik tetapi kerana berasa takut. Ya! Farrah berdebar-debar kerana berasa takut. Apa salah Farrah?

 

Tengok sahaja mata Bayazid! Bukan sahaja matanya tidak memandang Farrah dengar perasaan sayang tetapi sebaliknya. Farrah seakan-akan boleh melihat nyalaan api dalam matanya. Bayazid kelihatan marah.

 

Dan pada waktu beginilah tiada pekerja lain selain daripada mereka berdua dibahagian itu. Jangan tinggalkan Farrah seorang diri bersama lelaki ini!

 

Menakutkan!

 

"Sejak bila awak tahu hah? Yang saya ada menaruh perasaan pada Diyana!"

 

"Eh?"

 

EHHHHHHHHHHHH!!!!

 

Apa yang awak mengarut ni Bayazid?

 

Diyana lebih istimewa daripada kawan?

 

Sebab itukah awak selalu mengekori Amir dan Diyana? Walaupun awak tahu mereka berdua adalah sepasang kekasih, awak tetap mengikut mereka kemana sahaja. Adakah awak fikir awak masih berpeluang?

 

Sebab itu jugakah awak membidas Farrah dihadapan Diyana sewaktu kejadian di Kafeteria beberapa bulan lepas? Awak cuma ingin berlagak ingin mempertahankan Diyana?

 

Mati-mati Farrah ingatkan selama ini awak adalah penyokong kuat mereka berdua. Tak sangka ada musuh berdekatan yang sedia menanti waktu bertindak.

 

Menakutkan! Menakutkan!

 

Jika Farrah adalah villainess, awak adalah rival!

 

"Jangan beritahu orang lain. JANGAN BERITAHU ORANG LAIN! SAYA AKAN PERHATIKAN AWAK!" Ugut Bayazid keresahan.

 

Farrah ingin terus hidup, Farrah takkan beritahu orang lain!

 

"Farrah janji!"

 

Bayazid mula berundur. Dia kemudiannya beredar meninggalkan Farrah seorang diri di Bahagian itu.

 

Ah Tidak! Jangan tinggalkan Farrah seorang diri.

Pejabat pada waktu lewat petang sangat menakutkan. Terutama sekali dalam keadaan sunyi begini.

 

Dengan pantas, Farrah mengejar Bayazid.

 

 

 

 

Hari ini Farrah kenali Bayazid dengan lebih dekat lagi.

 

Farrah tahu salah satu rahsia terbesar Bayazid.

 

Disebalik sifat serius yang selalu ditonjolkan, Bayazid cepat panik apabila situasi tidak memihak kepadanya.

Previous: 06
Next: 08

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.