Home Novel Komedi/Romantik Komedi Alamak! Tolong Aku!
Alamak! Tolong Aku!
Diyana Ramlan
4/3/2019 20:43:24
3,247
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 16

“Let’s date…” 

Terngiang-ngiang kata-kata itu di pendengaran Diyana. Betul ke ni? Dr Nabil ajak aku date?!!! 

“WAAA!!” Diyana terjerit kecil sambil melompat gembira. Nasib baik dia kini berada di dalam tandas yang jauh sedikit dari dewan. Jika tidak, pasti orang melihatnya dan berfikir dia tidak betul.

Senyuman di bibir Diyana tidak hilang sejak hasrat itu di tanya oleh Dr Nabil. Sejujurnya dia tidak menyangka orang yang dia sudah lama menyimpan perasaan suka berkata sebegitu. Sekali lagi dia melompat gembira. 

“Ehem!” 


Diyana tersentak. Disangkanya dia sahaja yang berada di dalam tandas itu. Nampaknya sangkaannya meleset jauh sekali. Tengku Izzati menapak menghampiri Diyana yang berada di hadapan cermin. Tas tangan dibuka lalu dikeluarkan lipstick berjenamanya. 


“Sorry” kata Diyana membetulkan tudungnya. Topeng mukanya pula sudah lama dibuka. 


Tengku Izzati memandang Diyana sambil dia mencalit lipstick itu pada bibirnya. Sebenarnya dia juga berada berhampiran dengan gadis itu sewaktu gadis tersebut bersembang mesra dengan Dr Nabil. Dia yang waktu itu sedang mencari Dr Nabil menjadi kaku seketika sewaktu jejaka yang dikenalinya lebih 19 tahun itu menyatakan hasratnya untuk berpacaran dengan gadis tersebut. “It’s okay. Maaf kalau saya ganggu waktu bahagia awak tadi.” kata Tengku Izzati. 


“Eh? Tak adalah. Saya je yang terlebih gembira tadi.” kata Diyana membohongi Tengku Izzati tentang betapa bahagianya dirinya ketika ini. 


“Awak ni gadis nombor 24 tu kan?” Tanya Tengku Izzati. Gadis ini mempunyai kelebihan memori untuk mengecam wajah seseorang walaupun dia bertemu dengan orang itu hanya beberapa minit. Gadis yang berada di sebelahnya ini, tidak lain tidak bukan gadis yang ‘membasuh’ perangai bengis abangnya tempoh hari. 


Diyana tersentak dengan pertanyaan tersebut. Di sangkakan Tengku Izzati tidak mengingati dirinya. Nampaknya dia salah. “Err.. ya…” perlahan sahaja Diyana mengiyakan pertanyaan Tengku Izzati. 


Tengku Izzati mengukirkan sebuah senyuman manis buat Diyana. “Tak perlu takut. Erm.. Awak dah bekerja ke sekarang?” Tanyanya lagi. 


Pantas sahaja Diyana mengelengkan kepalanya. “Belum ada rezeki lagi.” 


Sekali lagi sebuah senyuman terukir di bibir gadis yang berpakaian mewah di hadapan Diyana. “Good. See next week” Kata Tengku Izzati lalu melangkah keluar dari tandas tersebut setelah lipstick yang di gunakannya disimpan di dalam tas tangan berwarna emas tersebut. 


“Next week?” Diyana cuba bertanyakan apa yang di katakan oleh Tengku Izzati. Tetapi sebaik sahaja dia menoleh, Tengku Izzati sudah tiada. Diyana menelan air liurnya. “Cepatnya dia pergi. Itu manusia ke… han..han….” sepantas kilat dia berlari-lari anak keluar dari tandas itu sambil kepalanya masih menoleh kebelakang. 


BUK!


“Adoi!” Diyana mengaduh sakit apabila dirinya terlanggar sesuatu dihadapannya lalu terjatuh terduduk. “Sakitnya..” 


“Are you okay?” 


Pertanyaan tersebut terus membuatkan Diyana terdongak. Kelihatan Tengku Izzati sedang membongkok sambil menghulurkan tangannya untuk Diyana sahut. Tanpa banyak bicara huluran tangan itu disambut oleh Diyana. 


“Awak okay ke? Ada sakit dekat mana-mana?” Tanya Tengku Izzati penuh prihatin. 

Diyana mengelengkan kepalanya. “Saya okay. Tak sakit pun.” 


“Well then, good to hear that.” Kata tengku Izzati lalu mula mahu melangkah pergi.


“tapi Tengku…” Panggil Diyana membuatkan langkah Tengku Izzati terhenti. Gadis itu menoleh memandangnya. 


“Ya?” 


“Apa maksud Tengku tadi?” Tanya Diyana. Perasaan ingin tahu itu membuak-buak sehingga dia harus bertanya juga. 


Tengku Izzati mengukirkan senyuman manis. “awak akan tahu juga.”


“Tapi Tengku, boleh tak Tengku beritahu sahaja saya sekarang?” Pinta Diyana. 


Tengku Izzati menghela nafas panjang. “saya ingatkan nak buat kejutan dekat awak. Tapi, awak beria-ia untuk tahu juga. Saya nak tawarkan awak satu jawatan. Personal assistant.”


Terbeliak mata Diyana setelah mendengar tawaran yang disebut oleh Tengku Izzati sebentar tadi. “Aaaa….ss.. Saya? Setiausaha peribadi?” 


Tengku Izzati mengangguk. “Jadi saya jumpa awak minggu depan?” Tanya gadis itu sambil mengukirkan sebuah senyuman. 


Diyana rasa dirinya seakan berada diawang-awangan sahaja. Tawaran bekerja!! Setelah sekian lama dia mencari pekerjaan yang sesuai, kini dia ditawarkan jawatan tersebut oleh bakal bosnya sendiri! “Betul ke ni? Boleh! Boleh! Saya jumpa Tengku minggu depan!” kata Diyana penuh teruja. 


Tengku Izzati mengangguk. “Saya minta diri dulu ya.” Katanya lalu melangkah pergi hilang dari pandangan Diyana. Meninggalkan Diyana yang sekali lagi melompat kegembiraan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan