Bab 12

"Hoi! Kau intip siapa tu?" Amir menyergah.Terkejut Syahir apabila disergah begitu. Dia menunjukkan isyarat jari di bibir supaya Amir dan Ah Cheng diam.


Amir cuba melihat apa yang diintip oleh Syahir. Disebalik tiang, Amir terlihat sepasang pasangan kekasih sedang berpeluk-pelukkan sambil berjalan. Sesekali mereka beraksi manja tanpa segan silu walaupun sedar pandangan kurang senang dari orang sekeliling.


"Ohh Bella bekas EX girlfriend kau rupanya. Kau masih ingatkan dia lagi ke Syahir?" Amir bertanya pada Syahir yang wajahnya terlihat rasa marah dan dendam. 


"Aku ingatkan kau dah move on dah. Ye la, awek kat pusat disko tu bukan ke lagi power dari Bella?" Amir mengusik. Usikan tersebut memang lucu bagi Amir, tetapi langsung tidak lucu bagi Syahir. Baginya, selepas dipermainkan oleh Bella, semua perempuan hanya bahan 'permainan' baginya. Hanya tempat hiburan semata-mata.


"Sudah la tu Syahir, jom join kami nak? Kita makan lagi. Lagipun aku lapar lagi laa. Tapi kita makan dekat food court je la ehh. Tak puas la aku makan kat restoran 'sejuta ringgit' tu. Tak boleh 'mencekik'! Lagipun kenalah jaga kelakuan," seloroh Amir sambil menarik tangan Syahir.


"Mana ada sampai sejuta ringgit. kita makan pun sampai 100 ringgit je," Ah Cheng bersuara.


"Dah dah dah. Jomlah kita bawak si Syahir ni makan. Tak kan la nak biar je dia ni mengintip sampai esok," Amir berkata pada Ah Cheng. Amir tahu yang mood Syahir tidak baik. Dia juga sengaja memaksa Syahir mengikut mereka supaya Syahir tidak berterusan mengintip Bella.


"Jomlah. Ni Ah Cheng yang belanja tau. Bukan senang dia nak belanja kita. Sekali ni aje," Amir berseloroh. Ah Cheng tersenyum. Mereka bertiga pun berjalan ke arah food court yang lebih terbuka.


Amir pula makan untuk kali yang kedua dengan sepuas-puasnya tanpa perlu berprotokol lagi. Mereka bertiga berbual sambil bercerita kisah-kisah lucu. Tapi sesekali tu mata Syahir melirik ke arah pasangan kekasih tadi. Matanya berkaca-kaca menyimpan dendam. Sebenarnya ini bukan kali pertama Syahir mengintip pasangan itu. Malah setiap ceruk dan lokasi yang pasangan itu selalu pergi pun dia tahu.


"Tunggulah korang berdua. Harinya akan tiba juga satu hari nanti. Barulah kau tahu siapa aku yang sebenarnya,"  Syahir berkata-kata dalam hati.


Kata-kata Syahir di dalam hatinya itu seperti dapat dikesan oleh Amir melalui lirikan mata Syahir. Walaupun Syahir tidak mengucapkannya, Amir amat mengenali Amir. Kawan sepermainannya dari kecil sehingga meniti kedewasaan sekarang. Syahir pendendam!



Setibanya Ah Cheng dan Amir di pagar rumah, terlihat Mr.Wong sudah sedia menunggu di halaman rumah sambil duduk bersantai di kerusi malas kegemarannya sambil menghisap paip. Wajahnya selamba.


"Alaa papa ni, tak kasi chan betul la. Baru je nak 'manja-manja dengan dia'," Ah Cheng merenget. 


Tanpa berkata apa-apa Mr.Wong menghulurkan tangannya meminta kadnya. Ah Cheng merenget lagi.. Dengan lemah Ah Cheng menyeluk sakunya dan memegang kad kredit plutonium papanya. Baru sahaja Mr.Wong mahu mencapai kad itu, Ah Cheng menarik semula tangannya. Dicium-ciumnya kad itu sebelum diserahkan semula kepada papanya.


"Ee teruknya perangai kau," Amir tergelak ketika melihatkan gelagat lucu Ah Cheng.


"Xuexi jingming. Yihou nin keyi ziji zhizuo xinyongka. Nin ziji de qian.(Belajar pandai-pandai. Nanti boleh bikin kad kredit sendiri. duit sendiri) kata Mr.Wong pada Ah Cheng. Ah Cheng menarik muka.


"Uncle, terima kasih ya sebab banyak sangat ni uncle belanjakan untuk saya. Tak terbalas jasa saya pada uncle," kata Amir pada Mr.Wong.


"Alaa tak apa la Mir. Sikit saja tu. Anggap saja itu bonus sepanjang lu kerja sama gua," balas Mr.Wong


"Hmmm ye la," Amir tersenyum.


"Ah Cheng, jomlah masuk, dah la tu. jangan merajuk macam budak kecik tak dapat aiskrim boleh tak? Amir memujuk Ah Cheng sambil mengajaknya masuk.


"Hmmm yelah yelah," Ah Cheng berkata ringkas. 


Di dalam bilik, 


"Eee, papa tak pernah belanja sebanyak ni tau untuk aku, tak adil betul!" Ah Cheng merungut. Amir tergelak melihat Ah Cheng merajuk 


"Alaa, kau pun berbelanja sakan hari ni, kira adil la tu," Amir memujuk Ah Cheng sambil tersenyum memandang Ah Cheng.


Ah Cheng tersenyum. Dia memang arif dengan perangai papanya. Sangat berkira dalam banyak hal terutama bab duit. Tapi Ah Cheng faham, papanya tidak mahu mengajarnya hidup mewah dan sentiasa beringat dan menabung. Dunia perniagaan ada pasang surutnya. Sekurang-kurangnya persediaan perlu dilakukan jika berlaku hal-hal yang tidak diingini di kemudian hari.


Malam itu Ah Cheng dan Amir sibuk mencuba pakaian yang mereka beli tadi. Ah Cheng juga yang sudah lama tidak bershopping pakaian turut berasa gembira. Riuh suara mereka saling usik-mengusik. Macam la esok nak sambut hari raya. Mei-Mei hanya memerhati dua sahabat itu bergelak tawa. Pelik pula fikirannya. Apa la yang gembirakan sangat tu.


Mr.Wong dan Miss Mary hanya tersenyum melihat gelagat dua anak muda itu. Sejak Amir tinggal dengan mereka, rumah mereka tidak sunyi lagi. Ah Cheng juga sudah banyak berubah. Tidak lagi degil dan memberontak lagi. Prestasi pelajarannya juga semakin menunjukkan peningkatan.


Malam itu juga kedua-dua anak muda itu tidur dengan nyenyaknya. Siap berdengkur lagi. Maklumlah, keletihan setelah meronda mall seharian dan kekenyangan makan makanan yang di idamkan selama ini.




Tinta Penulis: 


Hai assalamualaikum, terima kasih kerana sudi membaca karya saya ini. Jika anda ingin mengetahui sambungan kisah ini, anda boleh baca di aplikasi NOVELPLUS. Di sana, saya sudah update lebih banyak bab. Alang-alang tu bolehlah bantu support dan follow sekali. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh