Bab 3

Di penjara, Amir datang melawat ibunya. Wajah ibunya tenang, "Amir, kamu jangan risaukan ibu kat sini ya. Ibu okey saja dekat sini. Ibu cuma risaukan kamu seorang diri di luar sana." 


Amir cuba mengorak senyum, sejak peristiwa itu dia amat terkejut. Berhari-hari dia cuba mendamaikan hatinya yang rusuh. Semuanya seolah-olah mimpi ngeri. Sudah berminggu Amir tidak hadir ke sekolah kerana trauma tambahan lagi apabila dia tinggal berseorangan diri tanpa kedua orang tuanya.


Peristiwa hitam itu setiap detik menghantui hidupnya. Takut juga jika pengikut-pengikut Acong datang membalas dendam padanya. Mujurlah Syahir datang menemani Amir setiap hari dengan membawakan makanan sebagai santapan Amir. 


Guru-guru sekolah Amir juga datang untuk memberi semangat pada Amir dan membantu apa yang perlu. Mereka bimbang semangat anak muda ini akan hilang akibat trauma yang dialami sejak tragedi hitam tersebut.



Pada setiap hari minggu, Amir datang melawat ibunya di penjara. Satu hari, semasa Amir datang melawat ibunya, 


"Ibu, boleh Amir tanya sesuatu?" tanya Amir dengan lembut pada ibunya. 


"Boleh Mir, apa dia?"  Salmah membenarkan anaknya bertanyakan soalan.


"Masa tragedi hari tu, ibu ada sebut yang ibu ada anak perempuan, anak perempuan yang dijual?" Amir bertanya dengan nada lembut. Dia bimbang ibunya sedih. 


Salmah termenung jauh mengingatkan masa lalu. Salmah cuba menahan emosinya. Dengan perlahan Salmah menjawab, "Ya Mir, kamu ada kakak. Masa itu kamu kecil lagi, masih belum tahu apa-apa. Disebabkan sikap ayah kamu yang yang gila judi tu, hutangnya langsung tak terbayar sampaikan kita diugut bunuh. Mulanya ibu dipaksa jadi pelacur untuk bayar hutang ayah kamu, tapi ingatkan lepas hutang langsai, ayah kamu berubah, tapi tidak. Kita lagi jadi mangsa perbuatan ayah kamu dan jumlahnya, Ya Allah... jadi lagi besar. Disebabkan itu ayah kamu jual kakak kamu untuk langsai semua hutang,"


Amir yang mendengar jawapan tersebut seolah-olah tidak percaya.


"Masa tu ibu tidak ada kekuatan, takut dan bodoh. Walaupun ibu meraung masa kakak kamu dirampas dari ibu, itu tidak dapat nak pulangkan kakak kamu semula," 


Salmah berkata lagi, 


"Ibu menyesal sangat. Kesian dia. Apa agaknya khabar dia sekarang," kali ini air mata Salmah jatuh berderai-derai. Terbayang-bayang wajah anak perempuannya meraung menangis ketika dibawa pergi.


Dan Salmah pun berkata lagi, 


"Disebabkan itu ibu sanggup membunuh kali ini. Ibu tak sanggup untuk ulang kesilapan ibu dulu. Ibu sanggup mati sebab berdosa sangat dengan kakak kamu." 


Amir merenung wajah ibunya. Wajah ibunya yang sedang dalam kekesalan nampak ada kepuasan kerana berjaya menyelamatkan seorang lagi anaknya. Amir merenung ibunya lagi lalu berkata dalam hati, 


"Patutlah setiap malam aku selalu dengar ibu mengigau dan meracau macam dalam kesedihan," bisiknya di dalam hati lalu berdoa juga di dalam hati, "Ya Allah, berikanlah kekuatan pada ibuku." 


Kemudian Salmah berkata pada anaknya, 


"Amir, kamu janji dengan ibu, kamu jaga diri kamu dekat luar sana. Kamu kena kuat. Impian ibu satu saja Mir, ibu nak kamu berjaya satu hari nanti. Ubah nasib kamu ya!" 


Amir tersenyum lalu berkata "InsyaAllah ibu..." 


Dalam hati, Amir berjanji dalam hatinya, "Demi ibu dan kakak, akan aku cari kakak sampai jumpa dan pulangkan semula pada ibu. Amir janji ibu, Amir janji!"




Minggu hadapan...


Hari perbicaraan Salmah bermula, ceritanya lagi sekali menjadi liputan media.Setelah dibicara, Salmah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun dibawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh dengan niat mempertahankan diri.


Hujah peguam pembelaan juga kuat kerana tertuduh juga telah terlalu lama menderita fikizal dan mental akibat perlakuan suaminya. Salmah juga diperintahkan untuk menjalani kaunseling akibat trauma yang dialaminya.




Sebulan kemudian...


Amir menjalani hari-harinya tanpa ibunya dengan tabah. Bila pulang dari sekolah atau cuti sekolah, Amir akan bekerja dengan Mr.Wong, majikan tempat ibunya bekerja dulu. Mr.Wong amat menyayangi Amir kerana kerajinan dan kesungguhannya ketika bekerja.


Amir juga amat berterima kasih pada Mr.Wong kerana sudi menerimanya bekerja. Sejak ketiadaan ibunya, Amir perlu menyara kehidupannya sendiri. Apa yang lebih penting bagi Amir ialah meneruskan amanat ibunya malah bertekad untuk menunaikan janjinya.


Esoknya, pada satu petang yang redup dan nyaman, Amir dan Syahir bersiar-siar di pasar malam bersama. Kebetulan Amir cuti pada hari tersebut.


"Lama betul kita tak lepak sama-sama. kau pergi mana? Asyik hilang je. Kau pun dah lama tak lepak kat rumah aku. Bukan itu saja, sejak kau kena buang sekolah, aku sudah tak tahu apa-apa perkembangan dari kau." tanya Amir pada Syahir ketika bersiar-siar.


"Ala, adalah job aku. Lagipun aku mana boleh lekat dengan rumah. Nanti asyiklah berperang dengan mak bapak aku kat rumah tu." jawab Syahir selamba.


"Job? Kau kerja apa?" Amir mengerutkan kening seraya merenung Syahir.


"Adalah!" Syahir membalas ringkas. Dia malas untuk meneruskan perbualan tersebut lalu menukar topik perbualan. Amir yang faham sangat dengan perangai sahabatnya itu hanya mengagu.


Mereka terus berjalan dan mencari makanan kegemaran mereka. Usai mencari makanan, mereka melepak di tepi tasik sambil bergelak-tawa bercerita. Sesekali mereka berlumba lari mengenangkan semasa kecil.



"Mir, kau nampak tak apa yang aku nampak? Awek cun tu..." terbeliak mata Syahir melihat dua gadis comel yang sedang bersiar-siar di tepi tasik.


Amir turut mengelih dua gadis tersebut. Bila diamati, salah seorang seperti biasa Amir lihat. Bila di fikir-fikirkan, rupanya gadis tersebut ialah Sofea. Sofea sama sekolah dengannya. Gadisnya memang cantik dan comel lagi-lagi bila mengenakan tudung bawal bewarna merah.


Namun, Amir tidak berani berkenalan dengan mana-mana gadis. Dia sedar siapa dirinya. Mahu merenung lebih-lebih pun tidak kesampaian kerana bimbang dirinya dihina.


"Kau tak nak try ke?" Syahir menyigung lengan Amir.


"Tak apalah. Jom kita pergi tempat lain." Amir cuba menukar topik.  Mereka terus bersiar-siar di tasik tersebut.


Sambil bersiar-siar, mereka terlihat di satu lorong terdapat ramai orang sedang beratur untuk mendapatkan sesuatu.


"Jom kita pergi sana, ada apa tu?" Amir tertanya-tanya.


"La, itu gelandanganlah, tengah beratur untuk dapatkan makanan. Kau tak tahu ke?" Syahir menjawab persoalan Amir itu.


"Ada orang bagi makanan percuma? Baiknya diorang. Siapa yang bagi tu ya?" Amir mempersoalkan lagi.


Syahir tergelak dengan soalan rakannya itu. Nampak sangat rakannya itu tidak pernah keluar dari lorong. Dunianya hanya lorong, sekolah dan pasar. 


"Jomlah kita pergi sana." Amir mengajak Syahir ke tempat tersebut. Syahir hanya layankan sahaja kehendak rakannya itu. Mereka pun mengorak langkah ke tempat tersebut.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh