Home Novel Keluarga Mak... Ampunkan aku!
Mak... Ampunkan aku!
H.A.T.I AHMAD SHAFIAI
3/7/2015 22:19:07
14,689
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 4. Abah
"Mak, hari ni abah kata abah nak bawa Laila pergi Pesta Laut Lumut,best mak ! " Sambil Laila menunjukkan ibu jari tangannya, menandakan betapa seronoknya dia dengan berita yang disampaikan oleh abahnya sebentar tadi.

"Abah kata abah dah beli baju skirt yang baru untuk Laila, warna biru ! " tambah Laila lagi.

Gembira bukan kepalang anak kecil itu apabila abahnya memberitahu ingin membawadirinya ke Pesta Laut Lumut yang saban tahun diadakan di situ.

Jarak di antara kampung Laila dan Lumut lebih kurang satu jam setengah. Laila memang jarang sekali berkunjung ke pusat pelancongan itu. Memandangkan maknya Zaharah, hanyamemiliki motosikal sebagai kenderaan mereka.

Walaupun begitu, Laila tidak pernah meminta untuk di bawa kemana-mana. Laila memang lebih suka bermain-main di kawasan sekeliling rumah.

Entah macam mana hari ini sedang Laila bermain-main dihadapan rumah neneknya.. Laila ternampak kelibat abahnya.

"Abah ! " Laila berteriak sekuat hati.

Sememangnya Lailateramat merindui abahnya. Namun apakan daya. Abah Laila juga telah berkahwin baru. Walaupun ibu tirinya baik, namun Laila mengerti, Laila takut kehadirannya akan mengganggu rumah tangga yang baru dibina oleh abahnya.

Laila memang tidak pernah ingat bila perceraian antara mak dan abah nya berlaku. Laila cuma menyedari bahawa dia terlalu payah untuk menjaga kedua-dua hati orang tuanya.

Adakalanya mereka berbalah, seolah-olah merebut untuk menjaga dia. Laila memang tertekan. Dia pernah melihat air mata abahnya mengalir, seolah-olah terlalu rindukan dirinya.. Dalam masa yang sama dia juga pernah melihat ibu nya seakan-akan tidak mampu hidup tanpanya.

Laila keliru dengan apa yang berlaku dalam hidupnya itu. Dia tidak mampu untuk menjaga hati kedua-dua orang tuanya.. Kalau diikutkan hati mahu sahaja Laila membelah dua badannya untuk diberikan kepada mereka.

Laila memang sayangkan ibu, dan memang Laila sayangkan abahnya. Namun Laila redha, Laila pasrah dengan apa yang telah tertulis dalam kehidupannya. Laila sedar bahawa dia tidak mampu untuk menyatukan kembali mereka berdua

"Laila.. Masuklah rumah dulu ! Nanti abah sampai, abah panggil la. Dia kan dah janji, mesti dia datang nanti. Masuk ya ! Dah pukul 8 malam dah ni. Gelap kat situ." Teriak nenek Laila.

Mak Laila, diam membisu. Sayu hatinya melihat anak perempuannya itu.

Hatinya sedih. Barangkali dia juga turut menyalahkan dirinya diatas perpisahan yang terjadi.
Namun ini semua qada' dan qadar' yang harus diterima oleh setiap hamba-Nya.

"Abah dah janji ! Kenapa abah suka tipu Laila, abah tak sayang Laila ya mak ?"

Seingat Zaharah bukan sekali dua, bekas suaminya itu berjanji. Banyak kali.. Namun anaknya Laila, tetap juga menaruh harapan yang tinggi kepada abahnya. Laila tetap juga percaya akan kata-kata abahnya. Walaupun seringkali janji itu dimungkiri

Dulu abahnya juga pernah berjanji ingin membeli untuknya seutas rantai emas. Namun hingga kini masih juga belum nampak yang janji-janji itu akan dikotakan.

Sebenarnya Laila tidak pernah mengimpikan setiap semua yang dijanjikan oleh abahnya kepada dirinya.Apa yang Laila inginkan adalah perhatian seorang lelaki yang bergelar bapa kepada dirinya. Laila mengharapkan kasih sayang itu dekat dengan kehidupan sehariannya. Bukan seperti apa yang dialaminya sekarang.

"Laila tak suka abah.. Laila benci.. Abah suka tipu Laila." Laila seakan-akan meluahkan perasaannya. Biar mak dan neneknya dengar. Biar mereka tahu apa yang terpendam dihatinya sekarang.

Jam di dinding papan rumah neneknya itu bergegar disebabkan hentakan kaki Laila diatas para yang dijadikan tempat tidur Laila itu. Laila sengaja ingin mencuri perhatian maknya. Sengaja dihentakkan kakinya, supaya mereka tahu betapa sakitnya hati Laila.

Laila memandang tepat kearah jam.. Telah pun hampir 10 malam, maknanya sudah 4 jam Laila menanti abahnya.

"Laila tunggu abah depan rumah ya ! Pukul 6 petang abah sampai. Nanti abah bawa baju baru untuk Laila." Terngian-ngiang suara abah ditelinganya. Baru petang tadi abahnya datang dan berjanji untuk membawanya ke Lumut. Namun tak sampai pun satu hari, abahnya telah pun lupa janji-janji tersebut.

Akhirnya Laila tertidur didalam kesedihan. Harapannya untuk bergembira bersama abahnya malam ini hancur musnah. Dia lelap bersama janji-janji yang ditaburkan oleh seorang bapa kepada anaknya.

"Kenapa la Farid tu ! Hhmm, keluh nenek Laila kepada maknya.

"Tak tahu la mak, dah berapa kali dah berjanji macam tu mak. Tak juga ditunaikan. Hari tu katanya nak belikan rantai untuk Laila tapi mana ada ! Apa pun tak nampak. Kasihan Zaharah tengok Laila mak." Zaharah mengadu kepada maknya.

"Aku bukan apa, kasihan tengok budak tu, macam-macam la yang dia kena hadap ! Jaga dia Zaharah, takut rosak perasaan dia. Aku perhatikan sahaja, kadang-kadang nampak sangat tertekan. Hai, apa la nasib ! "

" Ya mak, Zaharah cuba ! "

Malam tu Zaharah memandang anak perempuannya itu. Ditatapnya dengan penuh kasih sayang.

"Walau apa pun yang terjadi, mak sanggup berkorban untuk Laila, percayalah nak ! " Diciumnya pipi Laila. Lalu Zaharah merebahkan dirinya disebelah anak perempuannya itu. Tidurlah Laila dalam dakapan maknya malam itu.


















Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.