Kisah
seorang gadis tabah yang hidup miskin dari kecil bersama ibunya yang menghidap
penyakit kronik. Tanpa dia ketahui,rupa-rupanya dia mempunyai seorang kembar
lelaki yang tinggal bersama ayah yang disangkanya telah meninggal dunia di Jepun.
Akhirnya , dia bertemu dengan kembarnya secara tidak sengaja. Baginya,lelaki
itu menjengkelkan dan tidak tahu menghormati orang lain. Tetapi disebaliknya,
dia mula merasakan bahawa dia mempunyai suatu pertalian dengan lelaki yang
digelarnya Mr Sushi. Rahsia itu akhirnya terbongkar dan Zaraa tidak dapat
memaafkan kesilapan masa lalu ayahnya. Keadaan itu akhirnya menghuru-harakan
hidupnya. Apakah yang terjadi seterusnya?Dapatkah keluarga itu bersatu kembali?