Home Cerpen Keluarga Papa,I Love U !
Papa,I Love U !
28/12/2015 14:40:48
2,510
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

Papa,I love U !

Terkejut

“Papa tak pernah faham Qasha! Walau sekali pun!”Farah Aqasha mengesat air matanya. Encik Fariz memandang anak tunggalnya. “Maafkan papa sayang” . Qasha meluru naik ke biliknya. Tak sanggup lagi rasanya mahu menghadap bapanya. Perasaannya tidak dapat dikawal lagi. Kehadiran ‘mama baru’dalam rumah itu benar-benar mengejutkan Qasha. ‘ Papa dah janji dengan Qasha tak mahu kahwin lagi,papa tahu Qasha tak suka mama baru tapi papa kahwin juga,Papa dah tak sayang Qasha kan ?’ rintih Qasha sendirian sambil memasukkan baju-bajunya ke dalam begnya. Dia telah mengambil keputusan untuk tinggal di kampung bersama neneknya. Biar papanya risau,biar papanya sedih dengan kehilangannya. Air matanya gugur lagi.

Rindu

“Papa tak tahu pun Qasha datang sini”Qasha memandang neneknya. Neneknya menggelengkan kepala sambil memeluk erat Qasha. Faham benar dengan perangai cucunya itu. Keras kepala. Sudah dua hari Qasha di kampung.Hei!ingat senang di kampung?Dikejar angsa,jatuh sawah..perlu sesuaikan diri..haih.. Perasaan rindu mula singgah di hati. Hairan betul dengan perasaannya. Sekejap marah,sekejap rindu. Hairan dengan hati sendiri? ‘Kenapa dengan kau sebenarnya,Farah Aqasha?’

Nasihat Sarah

‘Kampung nenek memang cantik,menenangkan jiwa’Qasha tersenyum lebar. Dia termenung jauh,segala masalah cuba dilupakan. Dilempar jauh-jauh agar tidak mengganggu fikirannya sekarang.

“hai”seseorang menyapanya. Sarah rupanya. Dia dan Sarah baru sahaja berkenalan dua hari lepas di kedai runcit. Sarah seorang yang ramah. Qasha suka berkawan dengannya. Cuma Sarah akan diam apabila ditanya tentang keluarganya. Katanya tiada yang menarik tentang keluarganya.

“hai Sarah”senyuman paling manis dilemparkan.Sarah melabuhkan punggung di tepi Qasha. “Qasha,saya nak tanya awak boleh?” Qasha mengangkat keningnya. “Kenapa awak lari dari rumah?”soal Sarah. Qasha melepaskan keluhan kecil. “Papa saya kahwin lain”Qasha memandang ke bawah. “tapi,Papa awak tetap sayang awak. Bukan macam saya,abah dan mak saya dah tinggalkan saya dari kecil. Saya dibesarkan tanpa kasih sayang,Qasha. Sepatutnya awak bersyukur”Sarah menangis hiba. Qasha mula sedar.

Pulang

Qasha memeluk papanya erat. “Maafkan Qasha papa,Qasha mengaku salah”Encik Fariz menitiskan air mata gembira. Kepulangan anak gadisnya benar-benar menggembirakannya. Kini,hidup mereka bertambah bahagia. Walaupun Puan Faizah hanya ibu tiri Qasha, tetapi dia seorang yang sangat penyayang dan menyayangi Qasha sepeti anaknya sendiri. Qasha mula sedar betapa pentingnya seorang ayah dalam hidupnya. Orang yang menyayanginya dan membesarkannya dari kecil.Qasha bersyukur kerana mempunyai ayah seperti Encik Fariz. Papa,I love u !

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.