Home Novel Keluarga Gadis Bermata Hazel
Gadis Bermata Hazel
Lily Irdina
11/1/2019 23:07:49
17,892
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 2

            “Syafiq?”

            Syafiq menoleh lalu ternampak wanitayang sungguh dicintai selama ini. Senyuman tak lekang di bibirnya apabilawanita itu terpampang di retina mata.

            “Amira!” ucap Syafiq jelas kelihatangembira. Hanya melihat wanita itu sudah cukup membuatkan hatinya terasa damai. Sepasangtangan milik Amira digenggam dengan penuh kasih sayang. Dia tidak mahu lagimelepaskan genggaman itu. Dia mahu Amira meneruskan ranjau hidup inibersama-sama dengannya. Apa jua rintangan dia tidak akan sesekali melepaskanperempuan yang telah memberi impak besar dalam hidup lelaki bernama Syafiq. Diabukan sahaja bersungguh-sungguh berjanji tidak akan melakukan kesilapan yangsama, malah dia akan membahagiakan wanita itu untuk menebus kembalikesalahannya yang lalu.

            “Oh,I’m so glad you’re back, Amira! I’m so sorry, sayang. Saya janji saya takkan buat macam tu lagi. Tak ada benda lainyang boleh saya pohon daripada awak melainkan kemaafan,” ujar Syafiq. TanganAmira dikucup lembut menandakan betapa sayangnya Syafiq kepada manusia yangbernama Amira itu.

            Amira hanya diam melihat kelakuanSyafiq. Senyum tidak. Apa-apa pun tidak. Mata sahaja yang berkelip-kelip.

            “Amira, kenapa diam aje ni? Please say something, sayang,” ucap Syafiq menyentuh lembut wajahputih milik Amira. Mata coklat hazel-nutitu ditenung dalam. Dia mahu memenuhi ruang matanya dengan sepasang mata indahitu.

            Buat seketika bibir berwarna merahjambu itu mengukir senyuman buat santapan Syafiq. Lega rasanya walaupun Amiralangsung tidak mengeluarkan sepatah dua kata kepada lelaki itu. GenggamanSyafiq cuba dileraikan oleh Amira. Dia tahu sudah tiba masa untuk dia berundurdiri. Dia perlu pergi memandangkan lelaki itu hanya tinggal sejarah dalamhidupnya. Senyuman tetap dihulurkan. Dia berpaling lalu bergerak pergiselangkah demi selangkah.

            “Amira!” panggil Syafiq cukup kuatuntuk didengari oleh sesiapa yang berada berhampiran.

“Amira!Amira, jangan pergi! Jangan tinggalkan saya. Amira!” Berkali-kali nama Amiradisebut, namun, perempuan itu langsung tidak menoleh. Kakinya cuba untukmelangkah mendapatkan Amira tetapi tubuhnya bagaikan terpaku di atas bumi.Langsung tidak boleh bergerak mahupun berlari. Tangannya pula cuba untuk meraihAmira dari belakang tetapi nyata diri itu sudah semakin menjauh.

            Amira...jangan tinggalkan aku, sayang.

 

***

 

            Terasa bahunya digoncang kejap cukupuntuk menyedarkan dirinya. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Sedikit demisedikit cahaya menyentuh kornea mata Syafiq.

            “Amira!” Spontan bibir itu menyebutnama wanita itu.

            “Oi, Syafiq!” tegur Akief. Bahurakannya itu digoncang lagi supaya lelaki itu tersedar yang dia berada di alamrealiti. Bukan lagi fantasi mimpi.

            Suara Akief menyapa gegendangtelinga si Syafiq. Baru dia tahu yang dia sebenarnya tidak berjumpa Amirasecara nyata. Tidak ada lagi manusia yang bernama Amira dalam rencah hidupnyakini. Amira sudah pergi meninggalkan dirinya sepi. Ah, ini semua salah aku!Kalau bukan sebab tragedi malam itu, Amira tentu takkan tinggalkan aku.

            “Syafiq, kau okey tak ni?” sapaAkief. Dia mengambil tempat di sebelah kawan baiknya itu.

Tidaksangka selepas tamat pengajian, mereka bersama-sama membuat keputusan untukmembuka bengkel kereta. Bengkel itu dikongsi atas rasa minat yang mendalamterhadap dunia kereta. Walaupun masing-masing masih ada lagi tanggungjawab ditempat kerja yang berlainan, bengkel itu selalu menjadi keutamaan.

            Nafas ditarik sedalam mungkin.Terasa lemah membaham jiwa raga sejak Syafiq dan Amira bercerai meskipun masjidindah yang dibina baru menjejak usia dua tahun. Kepalanya terasa sangat beratsekali untuk menghadapi dugaan yang cukup besar melanda kehidupannya.

            “Syafiq?” tegur Akief lagi. Diamengakui kawannya asyik termenung sejak kebelakangan ini. Dia pasti dia tahujawapan di sebalik menungan lama Syafiq itu. Amira. Ya, perempuan itu memainkanperanan yang sangat besar dalam hidup bekas rakan sebiliknya di fakulti dahulu.

            “Aku rindu dia,” ucap Syafiqperlahan. Wajahnya diraup. Rambutnya diselak kasar. Rambut yang dahulu seringkemas kini berserabai akibat demam rindu.

            “Amira?” teka Akief.

            Syafiq mengangguk lemah. Akief perlahanmengangkat tangan lalu menepuk bahu kawannya itu. Kekuatan dan semangat cubadihulurkan. Dia tahu hati Syafiq berada dalam kepedihan di saat ini. “Boleh akutanya, Syafiq?”

            “Apa dia?”

            “Kenapa korang ambil keputusan untukbercerai?” tanya Akief setelah menyusun atur ayat dalam fikiran dengan penuhhati-hati. Takut-takut dia untuk mengecilkan hati kawan baiknya itu. Syafiqkemudian menghembus nafasnya entah kali ke berapa. Memandangkan Akief sudah bertanya,dia harus buka cerita. Lagipun, Akief itu bukannya sembarangan orang. Akief itumemag tidak asing lagi dalam hidupnya.

            “Salah aku jugak. Ada satu malam tu,kita orang bergaduh. Selalu je jadi macam ni tapi malam tu aku hilang kawalan.Aku terlalu ikutkan nafsu amarah aku. Aku tampar dia sampai dia cedara,” jelasSyafiq.

            “Ya ALLAH. Apa yang Amira tu buatsampai macam tu sekali, Syafiq?” tanya Akief kemudian.

            “Masing-masing cuba mempertahankankerja masing-masing. Semuanya sebab tak ada kesefahaman dalam bidang kerja.Amira rasa terabai sebab aku selalu tak ada kat rumah. Balik lewat malam.Selalu je ada hal kat luar. Jadi dia siasat apa yang aku buat selama ni.Akhirnya dia dapat tangkap gambar aku dengan Seri.”

Akiefmengerutkan dahi tanda tidak faham. “Seri? Siapa dia?” soal Akief lagi persissang wartawan yang mahu mendapatkan maklumat.

            “Dia bukannya sesiapa pun. Dia cumaklien aku. Bad timing agaknya. Amiradapat tangkap gambar aku dengan Seri masa kita orang keluar pergi restoran.”

            “Kau dah jelaskan belum kat diapasal Seri?”

            “Puas aku bagi penjelasan kat diatapi dia tak nak dengar. We end upblaming each other. Things went completely out of hand. And that was when I...”ujar Syafiq. Tidak sanggup dia untuk bercerita lagi. Biarpun begitu dia mestimengakui kesalahannya.

“Akupukul dia, Akief,” ucap Syafiq. “Aku hina kerja dia setelah macam-macam yangdia korbankan untuk aku selama ni. Dia dah beri segala-galanya untuk aku tapiaku yang tak pernah nak hargai jasa dia untuk rumah tangga kami. Suami apa akuni?”

            Akief setia mendengar. Dia tahuberat bebanan yang ditanggung oleh kawannya yang seorang itu.

            “Aku rindu Amira, Akief. Aku rinduanak aku,” tutur Syafiq dalam keperitan yang sarat di jiwa.

            “Kau tahu tak dia kat mana sekarangni?”

            “Dia balik rumah mak dia yang katLondon tu. Dia nak teruskan kehidupan dia kat sana. Mungkin itu yang diarasakan terbaik untuk diri dia.”

            “Si kembar tu macam mana pulak?”

            “Kami dah sepakat. Amira nak jagaSelena. Aku pulak akan pelihara Amanda.”

            Akief mengangguk faham. Ternyatabesar penderitaan yang dihadapi Syafiq. Bukan sahaja berpisah dengan si isteritercinta, malah terpaksa berjauhan beribu batu dengan anak tersayang.

            Dua tahun perkahwinan itu telahdihiasi dengan kehadiran pasangan kembar yang cukup comel iaitu Selena danAmanda. Memandangkan Amira merupakan kacukan orang London dan juga orangMalaysia, memang terserlah kejelitaan wanita itu. Memang tidak hairan Selenadan Amanda sangat comel biarpun dipandang berkali-kali.

            “Mungkin aku bukan pakar motivasiyang terbaik, tapi satu nasihat aku, kau doalah banyak-banyak untuk kebahagiaanbekas isteri kau dan anak-anak kau. InsyaALLAH, satu hari nanti kau dapat jumpabalik dengan mereka. Kalau ada jodoh, mungkin korang akan bersatu semula. Kitatak tahu kan rancangan ALLAH tu macam mana? Jangan risau, Syafiq. Plan ALLAH tuplan yang terbaik.”

            Syafiq mengangguk. Ada benarnyatutur kata Akief itu. Amira...moga kau baik-baik aje di kota London tu. Selenaanak papa...jadi anak yang baik ya, sayang.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina