Home Novel Fantasi Ajarkan Aku Erti Bahagia
Ajarkan Aku Erti Bahagia
Farhah Aiddin
2/8/2016 18:13:42
33,759
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 31: Psiko

31

Psiko

‘You keep trying to act tough and refuse to show your tears, despite the fact that you’re actually scared. In order not to lose those important to you, you have run this far desperately.’ -Lovers-

Bintang itu terlampau jauh untuk kita gapai. Betul ke bintang itu ada lima buju seperti lukisan mural di depan Sayzer Houses? Ataupun sebenarnya bintang itu hanya satu bulatan sama seperti bumi dan bulan. Bentuk sfera. Tidak. Kadang kita sebagai manusia terlampau jauh berfikir sampai kita tidak sedar bahawa mentari juga salah satu daripada bintang. Ya, bintang yang paling hampir dengan kita.

Seperti itu juga hidup. Kita terlampau jauh mengejar sesuatu yang jauh dan mustahil untuk digapai. Walhal benda yang berada di depan mata kita itulah kenyataan yang selama ini kita cari. Tidak sukar pun tetapi kita sendiri yang menjadikan ianya sukar dan sulit.

“Kenapa kamu mengaku sesuatu yang bukan kamu lakukan?” Tuan Izaryl bertanya dalam nada yang tenang. Pada mulanya dia agak terkejut dengan berita yang baru sampai ke telinganya. Tidak sampai sehari Fitri Balqis dibawa masuk menjadi pelajar Wonderful Academic, dia sudah menerima berita ini. Nasib baik di setiap bilik ada kamera untuk kecemasan. Kecemasan seperti apa yang berlaku sekarang ini. “Kamu tahukan, dengan cara ini kamu boleh dibenci oleh semua pelajar Wonderful Academic?”

Fitri angguk. “Saya tak melakukan apa-apa pun mereka tetap menbenci saya Tuan. Tiada gunanya kalau saya mengaku ataupun tidak.”

Fitri mendongak ke langit. Membiarkan mukanya menerima vitamin dari cahaya matahari dipagi hari. Tidak dia sangka yang dia dilepaskan pagi ini hanya kerana Tuan Izaryl melihat rakaman yang berada dibilik itu. Dibenci ataupun membenci aku sudah lali dengan semua benda itu. Bahagia? Nampaknya tiada bahagia untuk aku di sini juga. Sebelum aku menayang muka, sudah pun diusir tanpa periksa. Ya, bak kata Arya. Pendatang asing, cuma di sini dengan permit. Itulah aku. Dari dulu, kini dan mungkin selamanya.

Wonderful Academic ini tak akan aman selagi budak ni berada di sini, Tuan. Saya rasa kalau kes ini sampai ke telinga orang-orang atasan, mereka juga akan membantah.” Prof Naufal mengeluarkan hujahnya. “Harap Tuan pertimbangkan kata-kata saya. Saya sayangkan Wonderful Academic. Masih segar lagi dalam ingatan saya, betapa sukarnya Tuan bangkit balik dari jatuh dengan membangunkan Wonderful Academic ini. Saya tidak mahu semua ini musnah hanya kerana budak itu, Tuan.” Dia mengerling ke arah Fitri yang dia tahu sedang mendengar apa yang dia katakan.

Tangannya menghalang cahaya matahari yang mula mengganas dari terus menyilaukan matanya. Telinganya masih terus tergiang-giang setiap kata-kata yang datangnya dari mulut Prof Naufal. Rupanya memang sangat susah apabila menjadi pemegang identiti pembunuh dan orang Hunter. Bukan itu sahaja, pemegang identiti Puteri Balqis pun satu jenayah yang dikehendaki dan mengerikan. Jadi, apa yang perlu aku jadi supaya mereka semua boleh menerima aku apa adanya?

Fitri agak terkejut apabila pipinya terasa sejuk. “Am!”

Armin tersengih dan membuka penutup tin sebelum menghulurkan tin minuman itu kepada Fitri. “Kau tahu orang yang berfikir lama-lama macam kau tadi tu, boleh mendatang kerosakan di otak dan hati. So, baik kau cerita semua yang bermain dekat kepala kau pada aku.”

Fitri mengambil tin minuman itu dan meneguknya. “Kau rasa kalau aku kena halau dari sini, ke mana lagi aku boleh pergi?”

Armin speechless.

“Am. Ada ke negara yang tidak mengertahui tentang Hunter, WaterMaya, Akira Maya dan Pulau Maya? Aku rasa, aku nak pergi sanalah kalau aku kena halau dari sini. Kau rasa ada ke?” Fitri bertanya dalam nada innocent. “Kalau boleh aku nak pergi negara yang tak akan pernah halau aku lagi, yang tak tahu sejarah dan yang tak akan memandang hina pada aku lagi. Penatlah Am. Aku pun kenal erti penat dan sakit hati. Aku janji yang aku tak akan minta bahagia lagi. Aku hanya ingin tempat untuk berteduh dan diterima orang.” Dia cuba tersenyum walaupun sangat kelat. “Teruknya aku selama ini. Minta bahagia tapi tempat untuk berteduh pun tiada. Kan Am?”

Armin bertambah speechless.

“Terus terang aku cakap Am, aku cemburu dengan kau. Sekurang-kurangnya kau ada tempat untuk pulang. Walau satu dunia ini menghina dan membenci kau, kau tetap ada tempat kembali sebab apa yang dinamakan tempat kembali itu ialah tempat di mana orang mengingati kita dan mengharapkan kepulangan kita. Kau ada, di sini, Pulau Maya. Aku? Aku tiada. Ya, mungkin ada. Di Hunter, sebab aku tahu Arya dan Tuan Izmeer sentiasa mengingati aku dan berusaha untuk aku kembali ke sana. Tapi aku penat untuk jadi boneka mereka lagi. Aku cuma ingin bahagia. Salah ke Am?” Laju sahaja dia memuntahkan isi hatinya. “Eh salah. Aku pembunuh. Pembunuh tidak layak untuk bahagia. Aku cuma.. cuma ingin tempat berteduh. Ada ke tempat itu untuk aku Am?”

Mungkin kalau di zaman jahilnya dulu, sudah lama dia menutup mulut Fitri dari bersuara dari terus menyakiti hati sendiri dengan kata-katanya sendiri. “Siapa cakap kau tidak layak untuk bahagia? Setiap manusia berhak untuk merasainya. Lambat atau cepat, pasti suatu hari nanti kau dapat merasainya. Tengok ini.” Dia meremukkan tin minuman yang sudah habis diminumnya tadi dan mencampaknya ke dalam tong sampah yang berada dihadapan mereka. “Tin yang kosong itu kalau dah habis pun ada tempat untuk kembali apatah lagi kita sebagai manusia.”

“Ada. Lubang kubur.” Balas Fitri drastik.

Armin mengucap panjang. “Itu tempat kembali selepas tamat riwayat hidup kita. Selepas kita layak untuk kembali pada Pencipta kita. Sudahlah, jangan fikir semua benda itu lagi. Jangan fikir kalau kau dihalau, bahagia itu bukan milik kau ke, dan tolonglah jangan cemburu dengan aku sebab kau adalah orang yang sangat rugi kalau merasa cemburu dengan aku. Aku tiada apa Fitri, aku hanya teguhkan hati aku untuk terus melangkah ke hadapan. Itu sahaja.”

Fitri tetap mengukirkan senyumnya. Tercuit dia dengan bebelan Armin. Sudah lama dia tidak bercerita dan berkongsi dengan Armin. Terlampau banyak benda yang berlaku sampai dia tidak sedar yang sahabat lamanya sudah kembali bersamanya. “Am, terima kasih sebab kembali dalam hidup aku.”

Fitri, kau sudah terlampau jauh tenggelam. Omel Armin dalam hatinya. Dia mengeluarkan senaskah tafsir al quran dari begnya dan menghulurkannya pada Fitri. “Aku tahu kau tak pandai membacanya tapi aku nak kau hayati setiap maksud yang ada dalamnya. Percaya cakap aku, kau akan tenang dan tersenyum.” Dia tarik kertas yang terselit di dalam tafsir al quran tersebut. “Ini jadual kelas fardhu ain di Wonderful Academic. Aku nak kau ikut kelas-kelas ini supaya kau kenal siapa Tuhan yang telah mencipta kita dan segalanya.”

Tangan Fitri teragak untuk mengambilnya.

“Jangan fikir layak atau tidak, Fitri. Semua yang dinamakan hamba Allah itu layak untuk kembali kepadaNya. Kembali kepada fitrah cintaNya.” Tambah Armin lagi. “Okaylah. Aku kena pergi akademi. Kalau kau rasa nak terus ambil udara pagi, kau teruskan. Kalau rasa nak ikut aku pergi akademi, aku tunjukkan.”

Fitri capai huluran Armin. “Kau pergilah.”

Fitri menghantar pemergiaan Armin dengan ekor matanya. Matanya tidak berkelip apabila tiba-tiba sahaja ada angin kuat yang menolak Armin jatuh. Bukan itu sahaja, tubuh Armin juga ditenggelamkan beberapa kali ke dalam tanah dan akhir sekali dicampak ke dalam kolam yang betul-betul berada di sebelah Fitri. Fitri tergamam melihatnya.

Pantas tangannya mengeluarkan Armin dari kolam dengan kuasanya apabila melihat Armin seolah berusaha untuk bangun. Telinganya sakit mendengar beberapa orang pelajar mengetawakan keadaan Armin sekarang.

“Kau.. kau okay?”

Armin angguk lemah. “Sebab itu aku cakap jangan pernah cemburukan aku, Fitri Balqis.” Dia bangkit dan mengambil barang-barangnya yang berterabur. “Aku dah lambat. Aku pergi dulu.”

“Dalam keadaan kotor macam ini?” Soal Fitri dalam nada simpati. Tidak dia sangka Armin dibuli dengan cara yang sangat dahsyat.

“Balik tukar baju dululah. Gila apa pakai macam ini.” Ujarnya sambil tersenyum dan melangkah pergi dalam keadaan menahan sakit dibadannya.

Selama ini aku lihat hidup dia aman di sini, rupanya dia tutup semua itu dengan senyuman yang dia ukir di bibirnya. Selama ini aku lihat hidup dia tiada ujian di sini, rupanya dia begitu menghayati dugaan yang menimpanya. Dan selama ini aku lihat dia sudah cukup sempurna kerana mempunyai tempat untuk kembali, rupanya dia tidak pernah berhenti bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang.

Bukan kau seorang sahaja yang ditimpa ujian dan musibah Fitri. Ramai lagi. Cuma bezanya mereka cuba untuk keluar dari terus tenggelam dan hanyut dalam penderitaan itu. Kau harus bangkit untuk ubah hidup kau. Bangkitlah Fitri Balqis!

Mata Lily Faqeha tidak berkelip memandang kain kecil yang berdarah di bawah bantal Fitri. Tangannya menggeletar untuk mencapainya. Dia dekatkan tuala tersebut untuk menghidunya. Automatiknya dia mencampakkan tuala itu apabila deria baunya menangkap bau darah. Mana datangnya darah ini? Itu yang sedang bermain difikirannya.

“Darah siapa itu?” Nimaz bersuara agak terkejut.

Lily Faqeha menggeleng.

“Teruskan?” Tambah Nimaz lagi.

Dia angguk. Tidak pernah dia menjilat balik apa yang sudah diludahnya. Itu prinsip hidup Lily Faqeha. By hook or by crook, Fitri Balqis kena keluar dari Wonderful Academic, bahkan di Pulau Maya pun dia tidak mahu melihat wajah yang penuh penipuan itu. Demi Hana Suriya, kawan-kawan dia dan Pulau Maya. Dia memberi isyarat kepada Nimaz untuk menjalankan semua perancangan mereka.

Fitri menarik nafas beberapa kali dan menghembusnya. Dia perlukan kekuatan untuk menjejakkan kakinya kembali ke Sayzer Houses. Hatinya sangat fobia untuk menerima segala kata-kata sinis dan menyakitkan. Tapi dia perlu kuat untuk keluar dari kegelapan. Armin boleh, tak akan dia tidak boleh. Apabila lif berhenti, dia melangkah keluar dan menuju ke pintu Sayzer Houses.

“Diakan pembunuh itu?” Bisikkan yang muncul dari belakangnya.

“Aku tak sangka dia bukan saja bunuh Tuan Ikram tapi ibu dan ayah angkat dia juga.” Suara itu hanya beberapa langkah sahaja darinya.

Seolah sudah berhenti denyutan jantung Fitri sekarang. Tidak mampu dia melangkah apabila telinganya terhidang kata-kata seperti itu. Tetapi dia kuatkan juga kakinya untuk melangkah ke hadapan. Sakitnya Tuhan. Kenapa aku diuji setelah aku baru mendapat sinar kekuatan yang baru?

“Aku takut dia bakal bunuh kita semua. Dosa kejahatan dia itu tak akan terampun walau dia sudah bertaubat berjuta kali.”

“Mana nak terampunnya, mak kandung sendiri pun dia bunuh.”

Mata Fitri terus menikam anak mata pemilik suara itu. Tiada sesiapa pun tahu pasal itu. Hatinya sudah lanyui beberapa kali sebelum ini. Dan sekarang ianya umpama cebisan daging yang tidak dapat disatukan kembali. Hanya Armin dan Firyal sahaja yang mengertahui semua cerita ini. Ke.. kenapa mereka semua tahu? Dari mana? Siapa?

Lantas dia berlari masuk ke dalam Sayzer Houses dan dia ingin terus ke biliknya. S09/2. Dia berlari tanpa mempedulikan setiap mata yang memandang serong kepadanya. Kenapa? Kenapa sanggup buat aku macam ini?

Saat kakinya ingin ke kiri ke arah laluan bilik pelajar perempuan. Kakinya terpaku. Perlahan-lahan dia palingkan kepalanya ke kanan bagi memastikan samada apa yang dia lihat tadi hanya pembiasan cahaya yang mendatangkan bayangan ataupun sebaliknya. Dia tergamam.

Selangkah demi selangkah dia mendekati dengan penuh debaran. Jasad itu terbaring betul-betul di hadapannya tika ini. Jasad yang penuh dengan darah di perut dan dadanya. Darah itu juga mengalir ke lantai. Banyak sangat.

“Hei…” Fitri cuba mengejut. Air liurnya tertelan, gulp!

“Kau bunuh dia! Kau bunuh dia!” Jerit satu suara yang baru sahaja datang.

Fitri geleng sepantasnya. “Tak. Bukan aku yang lakukannya.”

“Kau yang bunuh. Pembunuh!” Dia terjerit sekali lagi dan menyebabkan ramai yang berkerumum dan mengatakan perkara yang sama kepada Fitri.

Kakinya mula menjauh. Telinganya terbakar dengan semua itu. “Bukan aku! Bukan!” Belum sempat dia melarikan diri. Kakinya dipegang dengan kuat oleh pemilik jasad di hadapannya itu.

“Kau… kau yang lakukan.” Suara itu berbisik dengan mata yang tajam dan menyeramkan.

Sekuatnya Fitri tarik kakinya dan berlari selajunya dengan melanggar semua orang yang menghalang jalanya. Apa yang berlaku? Tidak! Bukan aku yang lakukan. Bukan aku yang bunuh budak itu. Bukan. Bukan aku! Percayalah!

Sampai sahaja diruang katilnya. Dia jatuh terduduk apabila melihat lantai dan katilnya. Tangannya menggeletar. Matanya berair. Hatinya tersiat lagi. Jantungnya berdenyut lebih cepat dari denyutan biasa. Teragak-agak dia mengambil bilah pisau yang berlumuran darah di atas katilnya. Kenapa penuh dengan darah? Mana datangnya semua ini?

Matanya menangkap kertas yang bertompok darah yang tertampal dihujung mejanya.

‘PEMBUNUH! HUNTER! BERAMBUS!’

Fitri mengoyak kertas tersebut dan mencampak pisau itu jauh darinya. Dia ambil kain untuk mengelap cecair merah di lantai dan mencabut cadar di atas tilamnya. Semua benda itu dia lakukan dengan pantas dalam keadaan tidak waras. Akal warasnya hilang untuk berfikir. Dia masuk ke dalam tandas untuk membasuh tangannya. Sekali lagi dia hampir rebah apabila kain kecil yang berdarah miliknya tergantung di paku cermin bilik air tersebut. Dengan pantas juga dia membasuhnya. Banyak kali, tetapi masih tetap ada warna merah. Air matanya tidak dapat tertahan lagi, apabila bayangan semua mangsanya datang bertalu-talu dalam fikirannya. Darah di tangannya juga tidak pernah hilang. Banyak. Terlampau banyak. Dia cuba cuci tetapi tetap tidak dapat dihilangkan.

‘Pembunuh!’

‘Pergi matilah!’

‘Kau tak akan pernah bahagia kerana kau perampas kebahagian orang lain!’

“Berhenti! Berhenti! Aku cakap berhentilah!” Fitri menjerit tiba-tiba apabila telinganya seolah mendengar bisikan-bisikan itu. Dia tutup kedua-dua telinganya dengan telapak tangannya.

‘Kau pembunuh!’ Suara itu muncul bersama wajah yang tidak dapat dia pastikan di hadapan cermin bilik air tersebut.

Fitri mengemaskan genggaman ditangannya. Dia tidak mampu lagi menahan rasa sakit itu. Hatinya marah. Kenapa perlu letakkan semua kesalahan itu pada aku? Akukah yang bersalah seratus peratus dalam semua hal itu?

“Aku cakap diam, diamlah pekak!” Dia menjerit sambil tangan dan kakinya menumbuk dan menendangnya beberapa kali sehingga berkecai cermin dihadapannya itu. Rasa sakit ditangan dan kakinya tidak dipedulikan. Hatinya tidak puas lagi kerana bayangan itu makin banyak. Lantas dia menggunakan kuasa airnya untuk membuang semua bayangannya. Tanpa dia sedar, bilik air S09/2 sudah ranap dia lakukan.

“Ya Allah! Fitri!” Jerit Armin apabila melihat keadaan Fitri tika itu.

Hancur hatinya melihat sahabatnya seperti hilang kewarasan. Dia tahu semua ini pun dari mulut-mulut pelajar lain yang mengatakan Fitri sedang mengamuk di dalam biliknya. Hatinya bertambah gelisah apabila melihat wajah yang penuh muslihat di ruang tamu Sayzer Houses semasa dia memasuki Sayzer Houses tadi.

Pandangan mata Fitri kabur. Baru sekarang dia merasakan kesakitan ditangan dan kakinya. Waktu itu terlampau banyak darah yang mengalir. Selangkah dia mendekati Armin yang sedang menitiskan air mata sambil kepalanya tergeleng-geleng.

“Am…Am...” Dunianya gelap gelita.

Am. Betulkan aku cakap? Bahagia itu bukan milik aku.

‘… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.’
-Surah Yusuf:12-


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.