Home Novel Fantasi Meneroka Alam Bunian
Meneroka Alam Bunian
Fazella Nazeera
17/8/2018 22:40:37
25,075
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 9

MANA-mana stesen radio yang dipasang, hanya lagu patriotik sahaja yang berkumandang di corong radio. Manakan tidak, bulan itu adalah bulan kemerdekaan. Jadi tidak hairanlah mengapa lagu itu sahaja yang memekak di setiap stesen radio. Mereka terpaksa menadah telinga walaupun tidak rela mendengar lagu-lagu seperti itu. 

  Perjalanan menuju ke rumah Amran hanya mengambil masa setengah jam dari lokasi mereka. Mereka perlu menuju ke sana terlebih dahulu, tempat yang telah dijanjikan untuk bertemu sebelum mula bergerak ke tempat yang dimaksudkan.

  Husna dan Reza berborak kosong ditemani alunan muzik dari nyanyian seniman Allahyarham Sudirman yang tidak pernah menjemukan halwa telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya. Petir yang berdentum di langit menyentap sedikit perbualan mereka. Titis-titis hujan mula membasahi cermin kereta yang mereka naiki. 

  “Yes, hujan. Lagi senang kita nak masuk dalam sana” gerutu Reza. Dia menoleh ke arah Husna yang duduk di sebelah kiri bersebelahan dengan tempat duduk pemandu. 

  “Hmm.”gumam Husna. Dia tidak menjawab sebarang kata. Sebaliknya sibuk membaca novel cinta. 

  Setengah jam kemudian, mereka pun tiba di rumah Amran. Dari kejauhan, mereka dapat melihat kereta Faiq sudah pun diparkir di halaman rumah Amran. Bererti, ahli kumpulannya sudah lama menanti di sana. 

  Hon kereta ditekan beberapa kali. Amran, Faiq dan Azra yang asyik melihat ikan-ikan berenang di kolam, sedikit terperanjat setelah lama fokus ke arah itu. 

 “Sorry lambat, boleh aku bawa masuk kereta ke” laung Reza. Kepalanya terjongak dari luar jendela pemandu. 

  Amran segera menolak pagar, lalu kereta Reza maju ke halaman. 

“Hah, sekarang berikan kami seribu alasan bernas, mengapa kamu lambat sangat ni?" gurau Azra sambil bercekak pinggang apabila Reza sudah keluar dari kereta. 

  "Biasalah perempuan, banyak aje alasan" Seloroh Reza dengan nada menyindir. 

  Husna menoktah pandangan ke arah Reza. Cermin kereta yang terbuka luas itu memudahkan dia mendengar perbualan mereka. Dia tahu Reza cuba menyindir. Reza pula, buat muka tak bersalah. 

  “Orang perempuan ni memang tak tahu menghargai masa” sinis Reza lagi. Masih tidak puas hati. Masih nak menyakat Husna. 

  “Amboi, cakap jangan sembarang cakap! Aku pun perempuan jugak” omel Azra bercampur senda. 

  “Moon coming kot” sampuk Amran yang sibuk memasukkan barang ke dalam boot kereta Reza. Dari nafasnya, mereka tahu Amran tengah ketawa. 

  “Amende moon coming? Spesis apa pulak tu?” tanya Reza, kening bukan main berkerut. Ternyata dia masih belum dapat mencerna gurauan itu. 

  “Alah, yang hormon tak balance tu” Seloroh Amran. Dia terus memuntahkan ketawanya. Terduduk-duduk dia ketawa sehingga air mata pun turut mengakir di tubir mata. 

  Reza turut sama bantai gelak. Malah terbahak-bahak dan semakin menjadi-jadi. Suara ketawa mereka menggamatkan suasana di kawasan halaman itu “Ouh datang bulan ye” tanya Reza ingin kepastian. 

  Azra menggeleng kepala. Husna pula menjeling tajam ke arah Reza. Dia perasan mereka cuba mentertawakannya. 

  “Semua dah selesai ni, bila kita nak gerak? Langit pun dah hitam” cantas Faiq yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia. 

  “Okey gais, dah ready semua kan? Jom kita gerak” ajak Reza bertepuk-tepuk tangan. Perangai tak ubah seperti seorang guru yang bertanggungjawab menjaga anak muridnya ketika lawatan. Setelah memeriksa keadaan kereta dan barang yang hendak di bawa, dia menguak pintu kereta. Punggung dihempas malas di atas kerusi pemandu itu. Wajah Husna ditenung dengan riak tak puas hati. Saat itu timbul niat nakal. 

  “Apa?” tanya Husna bila perasan akan renungan nakal itu. Novel ditutup saat itu juga.

  Reza menjongket keningnya dua tiga kali. Buat muka gatal. 

 “Sewel lah kau ni! Apa dia?” tanya Husna lagi. Dia mencubit lengan Reza dengan padu. 

 “Adeh, sakitlah. Dah, pergi blah duduk belakang. Amran duduk depan” arah Reza menghalau. Dia terus menggasak Husna sehingga gadis itu naik baran. 

  “Hisyhhh! Menyampah lah aku dengan perangai kau ni! Dari tadi buat aku geram aje!” Husna terus merentap rambut Reza dengan kasar. Ditarik sekuat hati sehingga Reza menepis-nepis pergelangan tangannya. 

  “Adeh, adeh!” raung Reza. Mulutnya terherot-herot menahan kesakitan. 

  “Rasakan! Padan muka kau. Dasar lelaki tak tahu di untung” marah Husna lalu keluar dan bersedia membuka pintu penumpang belakang. Langsung tidak merasa bersalah akan perbuatannya terhadap Reza. 

  “Weh, weh. Rilekslah. Jangan kelam kabut sangat” tegur Amran bila Husna menghempas pintu kereta. Husna dengan beraninya menjeling sinis ke arahnya. Amran menelan air liur. Dia tahu gadis itu tengah marah. Lebih baik dia diam. 

  Reza memandang melalui cermin pandang belakang. Melihat Husna yang masih berdiri di luar kereta. Larva dah nak meletus. ‘Nasiblah perempuan, kalau lelaki dah lama aku lempang’ desis hatinya. 

  “Bodoh, babi, punya betina” sengaja suara dikuatkan agar Husna boleh mendengarnya. Stering kereta dihempas sekuat hati, berusaha membuang segala rasa marah. Mereka memang dah biasa bergaduh tapi inilah kali pertama Husna berani naik tangan. Mungkin terlalu sakit hati, lebih-lebih lagi diejek tadi. 

  “Aku cungkil biji mata kau! Sial punya jantan!” Husna memasukkan kepalanya melalui cermin penumpang hadapan. Rambut Reza direntap sekali lagi sehingga dia puas mengerjakan teman baiknya itu. Sebenarnya itu cuma  amaran. Geram rasanya bila Reza masih mahu berlarutan. 

  Belum sempat Reza bersuara untuk membidas makian Husna kepadanya, Azra terus mencantas. Tidak mahu ianya terus berpanjangan. 

  “Dah, dah! Jangan gaduh. Kita kan nak jalan. Enjoy okey, tak best lah kalau macam ni. Buat rosakkan mood kami yang lain tau”

  Ayat-ayat yang terpancul keluar daripada mulut Azra, membuatkan Husna dan Reza terus mendiamkan diri. Memang benar apa yang dikatakan Azra. 

  “Takpe, awak duduk sini aje sebelah saya” ujar Faiq mempelawa Husna. Dia kononnya mahu memberi perlindungan kepada Husna dari terus bergaduh dan dibantai oleh Reza. Kerusi di sisinya ditepuk-tepuk agar gadis itu duduk di sebelahnya tanpa berfikir dua kali. 

  “Baiklah” jawab Husna. 

  “Abaikan aje mereka, saya teman awak borak. Boleh kan?”

  “Boleh, apa salahnya” Sahut Husna seperti sengaja mendengarkan Reza. Dia tahu lelaki itu pasti dengki. Pintu kereta ditutup dengan kasar. 

  Mata Reza sekejap mencuri pandang dari cermin pandang belakang. Dia diserang sakit hati yang membuak-buak pada Husna yang suka hati nak merentap rambutnya. Ingat dia budak kecil lagi ke? Sudahlah hatinya kini panas, Faiq pula seperti menyimbah minyak.

  Perjalanan ke bangunan itu di tempuh dengan sabar. Mereka mengambil masa lebih kurang beberapa minit untuk sampai ke sana. Masing-masing sibuk dengan dunia sendiri. 

  “Awak dah lama kenal dia?” Soal Faiq Matanya melirik ke arah Reza 

  “Ye. Dah lama. Sejak sekolah menengah lagi” Jawab Husna dengan ramahnya. 

  “Oh macam tu. Korang ade ape-ape hubungan ke? Rapat semacam je?” Soal Faiq ingin mengorek lebih dalam. 

  "Eh takde lah. Kami kawan aje. Takde lah nak bercinta dengan lelaki gila macam tu” jawab Husna selamba. Padahal cuba menyembunyikan perasaannya pada Reza dari pengetahuan Faiq.

  Faiq tersenyum gembira. Mereka berbual agak lama seperti sudah lama berkenalan. Sesekali Faiq tersenyum sendiri. Hatinya melonjak keriangan. Dia perlu menjerat hati Husna walau apa cara sekali pun. 

  Namun mata Reza sentiasa memerhati mereka dari cermin pandang belakang. Dia tidak selesa melihat mereka begitu akrab. Hatta hatinya masih marah akan perbuatan Husna tadi. Sejak melihat di perpustakaan tempoh hari, bermacam andaian bergelumang dalam kepala otaknya. Perasan itu cuba disisihkan, namun ianya sukar. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fazella Nazeera