4,602
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 4

Amran meneguk kopi panas sambilmatanya membaca mesej di whatsapp.Empat keping roti bakar terletak di piring disamping dua biji telor rebusseparuh masak. Izara menemani suaminya. Dia memang jarang makan  pagi . Biasanya dia akan makan selepas Amrankeluar meninggalkan rumah untuk bertugas.

Suasana begitu tenang pada pagiitu.  Kedengaran suara burung berkicaudari luar rumah.Memang taman perumahan itu begitu sunyi kerana kebanyakanpenduduk taman perumahan kerja di siang hari.

“ Hari ini abang nak ke manapulak? “ Izara bertanya kepada Amri.

“ Hari ini ada mesyuaratpersediaan menghadapi pilihanraya. Rasanya mesyuarat hari ni panjang ceritasebab pilihanraya pun dah tak lama lagi. Menteri Besar pun  dalam proses menyediakan senarai nama calon untukbertanding dalam pilihanraya akan datang, “ terang Amran.Montel datangmenggesel-geselkan tubuhnya di kaki Izara.

Izara bukanlah berminat sangatdengan politik. Perebutan kuasa, tikam menikam dari belakang, fitnah memfitnahadalah antara asam garam  yang perlu dihadapioleh mereka yang bergiat di dalam bidang politik.Namun sebagai isteri dia perlumemberi sokongan kepada suaminya kerana Izara tahu mran begitu berminat dengandunia politik.Izara bersyukur setakat ini dia tidak pernah lagi difitnah oleh mana-manapihak.

“ Nama abang naik lagi ke sebagaicalon? “ tanya Izara.

“ Keputusan akhir di tanganMenteri Besar. Tapi abang mempunyai peluang yang cerah untuk dicalonkan semulaberdasarkan rekod perkhidmatan abang yang agak cemerlang,” kata Amran sambilmeneguk kopi yang berbaki di dalam cawan.

Izara mendengar kata-kata Amrandengan rasa kecewa walaupun air mukanya berjaya menyembunyikan kekecewaaanya.Jika diberi pilihan Izara lebih suka untuk Amran berkerja seperti orang lain.Mengikut waktu pejabat. Jam 9 pagi hingga 5 petang. Ada cuti umum, ada cutihujung minggu dan apa juga yang dinikmati oleh orang bergaji tetap. Izara inginmerasakan hidup yang normal. Sekaraang Amran berkerja 24/7. Dua puluh empat jamsehari , tujuh hari seminggu.

Izara pernah mencadangkan supaya Amranmenjadikan penggal ini sebagai penggal terakhir dia berkhidmat sebagai wakilrakyat. Berilah peluang untuk orang lain berkhidmat dan berbakti kepadamasyarakat, ujar Izara. Tapi cadangan Izara dipandang sepi oleh Amran.Sememangnyapolitik sudah menjadi darah daging Amran. Akhirnya Izara berhenti dari memujukAmran untuk meninggalkan bidang politik.

“ Sayang, abang pergi dulu yer,”kata Amran bangun dari kerusi. “ Kenapa abang tak habiskan roti tu? Telor tupun abang tak makan,” kata Izara.

“ Sayang habiskanlah. Abang kenakawal makan. Nanti badan naik susah nak bergerak kesana kemari.,”jawab Amranringkas.” Lagipun nanti dalam mesyuarat ada pulak jamuan” kata Amran lagi

Selepas mencium ke dua belah pipiIzara Amran berlalu meninggalkan Izara. Di kereta , Ali pembantu peribadimerangkap pemandu telah siap menunggu dengan enjin kereta yang telahdihidupkan, bersedia untuk bergerak

.....................................................................................................................................................................

“ Eh Mini, mana saya letaktelefon saya tadi? “ Izara bertanya dengan suara panik.

Izara baru sahaja keluar daripasaraya menuju ke keretanya apabila menyedari telefonya tidak ada dalampegangannya. Dia risau bukan disebabkan kehilangan telefon itu sahaja tapi yanglebih dia risaukan ialah di dalam telefon itu beratus nama  rakan-rakan dan sanak saudara dia.

Rumini nampak jelas keresahanpada wajah Izara. Lantas dia menghulurkan telefonnya kepada Izara.

“ Cuba Ibu  panggil nombor Ibu. Mungkin ada orang yangakan menjawabnya nanti,” kata Rumini.

Izara terus memanggil nombortelefonnya . Dengan sekali deringan panggilannya dijawab oleh seseorang.Izaramerasa lega mendengar panggilannya berjawab. Suara garau lelaki di hujungtalian memberi petanda baik yang dia akan mendapatkan semula telefonnya.

“ Saya sebenarnya pemilik telefonyang encik pegang itu. Boleh saya tahu sekarang encik berada di mana  sebab saya nak ambil semula telefon itu,”kata Izara.

“ Saya di kaunter perkhidmatanpelanggan. Tadi cik tertinggal telefon ini di kaunter semasa membuatpembayaran. Ada orang yang hantar telefon cik ke kaunter perkhidmatanpelanggan. “ kata suara di hujung sana.

Izara menarik nafas legamendengar jawapan dari lelaki itu.

“ Ok. Saya datang sekarang.Sekarang saya di kawasan letak kereta. Dalam 5 minit lagi saya akan sampai disana. Nanti saya nak jumpa dengan siapa yer? “ tanya Izara.

“ Nanti cari saya. Nama sayaHisham,” kata suara itu lagi.

Sebaik sahaja sampai di kaunterperkhidmatan pelanggan Izara melihat ada dua orang yang sedang berdiri bersedia untuk melayani pelanggan. Kedua-duanya adalah wanita.

“ Boleh saya jumpa encik Hisham?“ Izara bertanya kepada salah seorang gadis yang sedang bertugas.

“ Berhubung dengan apa Cik? “tanya gadis itu dengan sopan.

“ Tadi saya tertinggal telefon.Saya baru kejap call  nombor saya itu. Encik Hisham yang jawab.Dia suruh saya jumpa dia untuk ambil semula telefon saya” terang Izara.

“ Sekejap ye Cik,” kata gadis itulalu bergerak ke arah belakang. Mungkin memanggil Hisham.

Beberapa minit kemudian seorangpemuda tinggi lampai muncul dari belakang lalu menyapa Izara.

Izara terpegun melihat pemudayang ada iras-iras pelakon Farid Kamil. Pemuda itu lalu menyapa Izara.

“ Cik ke yang menelefon sayatadi? “ tanya Hisham.

“ Puan. Ye saya yang menelefonencik  Hisham tadi,” kata Izara sambilmembetulkan panggilan Hisham dari Cik kepada Puan.

“ Maaf Puan,” kata Hisham sambilmenyerahkan telefon kepada Izara.

“ Boleh ke Puan isi borang ini.Tanda penerimaan. Maaflah kalau menyusahkan Puan tapi prosedur. Nak tak naksuka tak suka saya sebagai orang bawah ini memang kena ikut peraturan,” kataHisham sambil menghulurkan sehelai  borang ringkas kepada Izara.Izara tidak rasa beban mengisi borang itu.Yang penting telefonnya sudah dijumpai semula.

Selepas mengisi borang Izarabergerak meninggalkan kaunter perkhidmatan. Sebelum dia meninggalkan kaunterdia sempat melempar senyum kepada Hisham. Hisham membalas senyuman Izara sambilberkata “ Puan, nanti lain kali hati-hati ye. Jangan ditinggalkan telefon itumerata-rata. Kecualilah kalau puan nak jumpa saya semula di kaunterperkhidmatan pelanggan, haha’ kata Hisham sambil ketawa.

Izara tersipu malu sambilbergerak meninggalkan kaunter diekori dari belakang oleh Rumini, pembanturumahnya.

“ Ish kau ni Hisham. Bini orang pun kau ada hati nak kacau,” kata salahseorang petugas wanita di kaunter tadi.

“ Aku yang masih solo dan anakdara ni ka buat tak tahu pulak,” kata Shima gadis petugas kaunter itu lagisambil disambut gelak oleh Hisham.

“ Memanglah dia isteri orang kautu anak dara. Tapi kalau orang tak tahu orang akan kata dia tu anak dara,engkau tu pulak ibu ada tiga anak,” kata Hisham lagi.

“ Jahat kau, “ kata Shima sambilmenjuihkan bibir. Hisham ketawa melihat keletah rakan sekerjanya.

Hisham melihat borang yang barudiisi oleh Izara sebentar tadi.

“ Izara binti Abidin. Cantik namaitu, secantik tuan punya nama,” kata Hisham di dalam hati.

Hisham melihat di borang itu adanombor telefon Izara. Serta merta dia memikirkan sesuatu idea.

..............................................................................................................................................................

Izara berbaring sebentar selepasmenunaikan solat Zohor. Sambil itu tangannya bemain-main dengantelefonnya.Membaca dan melayan perbualan whatsapp rakan-rakannya di dalampelbagai kumpulan whatsapp.

Tiba-tiba masuk satu mesejwhatsapp dari satu nombor yang dia tidak kenali.

‘Maaf menganggu puan. Saya Hishamyang puan jumpa tadi’ kata mesej itu lagi.

Izara merasa serba salah samada ingin menjawab atau tidakmesej itu. Walaupun dia akui dia tertarik dengan perawatakan pemuda itu taditapi dia sedar dia isteri orang. Masa untuk dia melayan sebarang lelaki  telah lama berlalu. Dia perlu menjaga namabaik suami. Tambahan pula suami dia ahli politik yang terdedah dengan pelbagaitohmahan dan fitnah. Sedikit kesilapan dari dia atau Amran akan menghancurkankerjaya Amran.

Izara membiarkan sahaja mesej dari Hisham tidak berbalas.Tetapi hati dia berbelah bagi samada ingin membalas mesej itu atau memadamterus mesej itu dari telefonnya.

Akhirnya Izara mengambil jalan tengah. Dia memasukkan namaHisham di dalam senarai konteksnya tetapi dia tidak menjawab mesej dari Hisham.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.