4,612
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 3


“Agak-agaknama  saya ada peluang ke nak rebut  jawatan Ketua Bahagian ni? “kata Malik, salahseorang ahli jawatankuasa Parti Bumiputera kepada beberapa orang yang dipanggilke rumahnya untuk membincangkan pencalonannya sebagai Ketua Bahagian Parti Bumiputera.

“Kita tunggu feedback dari kawan-kawan kita Tuan Haji. Lepas dia orang hantar maklumat baru kita boleh nilai peluang Tuan Haji .Setahu kami YB Amran pun berminat nak bertanding jawatan itu,”kata Ghani yangbertindak sebagai jurucakap tidak rasmi mereka yang berada di rumah Malik padamalam itu. Ada sekitar 15 orang terdiri dari pemuda dan lelaki separuh umuryang merupakan orang kanan Malik yang sedia jatuh dan bangun bersama Malik.

Malik tahu Amranbolehlah calon yang boleh dipandang lekeh dalam pertandingan itu jika Amranmenawarkan diri untuk bertanding.Ketua Bahagian telah mencecah usia hampir 80tahun. Sesuai dengan arahan pucuk pimpinan parti yang inginkan penyertaangolongan muda di dalam parti maka pemimpin pelapis mengintai peluang untuk naikke atas hiraki parti.

Mereka tahu jikamereka berjaya mendapatkan jawatan Ketua Bahagian maka peluang untuk dicalonkansebagai wakil parti di dalam pilihanraya akan datang semakin cerah. Menjadicalon pilihanraya dan seterusnya memenangi pilihanraya akan membuka lebihpeluang untuk menjadi ahli EXCO kerajaan negeri.

Malik sedardengan usianya menghampiri 60 tahun berbanding dengan Amran yang berusia 30an,tentunya Amran mempunyai kelebihan. Tambahan pula Amran telah dua penggalmenjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Rimba Damai. Hubungan rapat Amran denganpengundi juga menyukarkan Malik menandingi populariti Amran.

Namun begitu,Malik ada kelebihannya yang tersendiri. Dia orang berharta. Harta yang diwarisidari arwah ayahnya sememangnya tidak habis dimakan untuk tiga keturunan akandatang. Jika perlu dia akan gunakan segala kelebihan yang ada padanya untukmenyaingi Amran.

Ramai orangbertanya kepada Malik apakah matlamat dia masuk politik? Malik menjawab yangmanusia lumrahnya mengejar tiga Ta, wanita, takhta dan harta. Dia sudah dabanyak harta. Jika ingin masuk politik kerana harta Malik bukan orangnya. Malikjuga seorang suami yang setia kepada isterinya yang telah dinikahinya lebih 30tahun lepas. Wanita juga bukan motif utama Malik masuk politik. Jika takhtadisamakan dengan kuasa dan pemerintahan, maka inilah yang diburu oleh Malik.

“Jemputlah minumtuan-tuan semua. Makanlah kuih tu”kata Malik menjemput tetamu malamnya minum.Kopi yang dihidangkan sejak lebih setengah jam tadi oleh pembantu rumahnyasudah mula sejuk. Begitu juga karipap yang turut terhidang di piring masihbelum dijamah.

Mereka berhentisebentar dari perbincangan dan minum air yang terhidang.

Rahman ataulebih mesra dipanggil Pak Man menarik kotak rokok dan menyalakan sebatang rokok.Malik tidak suka orang merokok di dalam rumahnya yang tersergam indah itutetapi dia tidak tergamak menegur Pak Man untuk tidak merokok di rumahnya.

Pak Man ni takpanjang umur kalua  berterusan merokokmacam ini, bisik hati Malik melihat Pak Man begitu seronok menghisap rokok. PakMan yang mengikut anggaran mata kasar Malik mungkin berusia melebihi 70 tahunmasih segar dan mampu bergerak lebih pantas berbanding Malik yang tidakmerokok. Mungkin teori perubatan tentang bahaya merokok tidak  boleh diguna pakai dalam kes Pak Man.

Selepas berehatbeberapa minit mereka meneruskan perbincangn semula.

“Kita kena aturstrategi dari sekarang kalau betul-betul Amran akan masuk bertanding”kata Malikringkas.

Masing-masingyang hadir mengangguk-angguk kepala tanda setuju.

“Tuan-tuan adaapa-apa cadangan untuk kita lakukan sebagai langkah permulaan? “Malik bertanya.

“Tuan Haji, sayamencadangkan kita adakan hari keluarga dan kita jemput semua orang kampunguntuk hadir. Kita buat acara untuk kanak-kanak, pertandingan bolasepak tujuhsebelah untuk orang muda dan sukaneka untuk keluarga. Masa tu nanti Tuan Hajibolehlah memperkenalkan diri Tuan Haji kepada hadirin. Merapatkan lagi hubunganTuan Haji dengan orang kampung. Bila orang dah kenal dengan Tuan Haji mudahlahuntuk Tuan Haji berkempen nanti”kata salah seorang yang hadir.

“ Bagus juga cadanganFauzi tu. Setuju ke kalau kita buat hari keluarga itu? “Malik bertanya kepdayang hadir.

Sekali lagimereka mengangguk-angguk kepala. Malik berkata di dalam hati susah juga kalaumendapat pengikut yang menjadi pak turut ini. Semua yang dicadangkandipersetujui tanpa bahas.

Kadang-kadangMalik terfikir adakah mereka yang menyokongnya benar-benar percaya kepadakewibawaanya sebagai pemimpin atau lebih kepada untuk menumpang rezeki darikekayaannya. Bukan sedikit wang yang telah dicurahkan oleh Malik dalam usahamerebut jawatan Ketua Bahagian parti. Setakat ini dia belum nampak kesan hasildari wang yang telah dibelanjakan.Namun begitu Malik tahu bidang politik tidakmenjanjikan pulangan kewangan. Dia harus bersabar dan belajar mengatur gerakpolitik untuk mencapai puncak kuasa, Ta yang ketiga, takhta walaupun dia bukanketurunan raja mahupun bangsawan.

Perbincanganberlarutan hampir ketengah malam. Malik melihat banyak yang mengantuk dan mulatersenggut- senggut kecuali dua atau tiga orang yang masih bersemangat.

“Kalau kita nakbuat hari keluarga rasanya kita kena lantik seorang pengerusi untuk menubuhkanjawatankuasa penganjuran Hari Keluarga itu. Ada cadangan? “Malik bertanya.

Masing-masingmemandang antara satu sama lain. Malik tahu kelemahan pengikutnya ialah merekakurang pemikir dan perancang. Mereka perlukan idea dan sumbangan fikiran darianak muda tapi sedihnya apabila ramai anak muda yang berminat dengan politik dikampung ini lebih menyebelahi Amran. Malik tidak menyalahkan mereka keranadengan pendidikan  tinggi dari luarnegara dan usianya yang muda Amran mampu menarik sokongan anak muda untukmenyertainya.

Selepas menunggubeberapa ketika dan tidak ada sebarang cadangan Malik membuka bicara semula.

“Kalau tidak adasebarang cadangan, saya ingin melantik Saudara Fauzi sebagai pengerusi penyelaras Hari Keluarga kampung kitaini,”kata Malik.

“Kalau projekini Berjaya kita akan kembangkan pulak di kampung-kampung lain di dalamBahagian ini. Semua setuju? “Malik bertanya.

“Setuju,”jawabmereka hampir serentak.

Itulah pun kerjaengkau orang semua, setuju, setuju, angguk, angguk. Kata Malik dalam hatisambal memandang wajah masing -masing yang kelihatan mengantuk.Sambil tersenyumMalik melihat satu persatu wajah-wajah mereka di depannya.

Wajah-wajah yangmenggambarkan rasa ingin balik cepat dan menamatkan  mesyuarat dengan segera.

“Kalau semuasetuju saya dengan ini melantik saudara Fauzi kita sebagai pengerusi penganjurHari Keluarga. Lantikan untuk jawatankuasa saya akan serahkan kepada saudaraFauzi. Tuan-tuan sekelian, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudiantuan-tuan semua hadir ke mesyuarat kita malam ini”kata Malik menutup mesyuaratpada malam itu tepat jam 12.30 malam.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.