4,603
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

Bab 1       

“Assalamualaikum semua”. Terimakasih kerana hadir dalam mesyuarat kita pada hari ini. Agenda mesyuarat kitapada hari ini untuk mendengar laporan dari saudara-saudara semua tentangrancangan bantuan yang kerajaan dah peruntukkan itu. Saya berharap prosespengagihan bantuan itu berjalan dengan lancar. Kita tak nak ada yang merunguttak terima bantuan. Bagi saya kita membantu kepada yang memerlukan tanpamengira pegangan politik masing-masing,” kata Amran yang dipanggil sebagai YB Amrankerana kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Semua yang hadir di dalammesyuarat mengangguk-anggukkan kepala, tanda setuju dengan apa yang dikatakanoleh Amran. Sebagai ahli politik Amran tahu bagaimana untuk menjaga hatipemimpin-pemimpin bawahan ini. Mereka adalah penyambung suara orang kampung danrakyat di bawah kawasan Amran.

“ Kita mulakan dengan Pak Man,”kata Amran sambil matanya memandang kearah seorang pak cik berusia pertengahan60an.

Pak Man memulakan bicara. Sebagaiketua kampung mewangi Pak Man bertanggungjawab menjaga kebajikan pendudukkampungnya  terdiri dari kira-kira 30buah keluarga. Pelbagai isu yang perlu diberi perhatian dari sekecil-kecilmasalah seperti yuran persekolahan hinggalah masalah yang memerlukan peruntukanyang besar seperti membina jambatan menghubungkan Kampung Mewangi denganKampung Rahmat di seberang sungai.

Selepas Pak Man selesaimembentangkan laporan kampungnya, ketua-ketua kampung yang lain pula memgambilgiliran. Amran tahu sokongan dari ketua-ketua kampung ini membolehkan dia dipilihmenjadi wakil rakyat untuk kawasan ini selama 2 penggal berturu-turut.

Amran mudah untuk bergaul denganmasyarakat kampung kerana latarbelakangnya sebagai anak orang susah. Arwah bapadan ibunya penoreh getah di sebuah ladang getah . Dengan adik beradik seramaitujuh orang dan pendapatan yang tak seberapa ibu bapa Amran membesarkan mereka.Alhamdulillah hampir kesemua adik beradik Amran berjaya melanjutkan pelajaranhingga ke menara gading kecuali kakaknya yang sulung yang terpaksa berhentisekolah selepas SPM kerana keputusan yang tidak begitu memusaskan. Tambahanpula pada kettika itu peluang untuk belajar tidak semudah sekarang.

Amran beruntung kerana diberikan otakyang agak baik. Dia telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke luar negaraselepas SPM. Berkat dorongan hasil kejayaan Amran adik beradiknya yang laintelah mengikut jejak langkahnya.

Semasa dia di luar negara bakatkepimpinannya memang terserlah. Amran telah dipilih menjadi Presiden PersatuanPelajar Malaysia di universitinya. Amran mempunyai hubungan yang rapat denganramai pemimpin negara. Setiap kali ada lawatan pemimpin dari Malaysia Amran danrakan-rakannya dari Persatuan Pelajar akan menyambut kedatangan mereka.

Dari situ minat Amran terhadapdunia politik semakin berputik. Amran nampak penglibatan dalam politik memberipeluang untuk dirinya menabur bakti kepada anak bangsanya.

Sekembalinya dia ke tanah airAmran sempat bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti. Namun minatnyaterhadap politik tidak pernah kunjung padam sehingga dia ditawarkan untukbertanding sebagai calon pilihanraya.

Walaupun mendapat tentangandari  arwah abahnya dan Izara isterinyaAmran tetap berdegil dengan hasratnya untuk bertanding. Walaupun pada ketikaitu jawatannya sebagai pensyarah memberikan kehidupan yang selesa kepada merekaberdua.

Perkahwinan Amran dan Izara yangmenjangkau hampir 10 tahun tidak dikurniakan anak. Mungkin belum rezeki, kataAmran setiap kali diajukan pertanyaan tentang zuriat.

Walaupun Amran menjadi wakilrakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Rimba Damai yang agak terpencilini tapi dia menetap di Kuala Lumpur. Izara tidak bersetuju untuk berpindah keRimba Damai  dengan alasan dia memangtelah biasa menetap di Kuala Lumpur. Dia orang bandar, bukannya orang kampungseperti Amran.Jiwa Amran lebih dekat dengan suasana kampung kerana sememangnyadibesarkan di ladang getah. Jiwa kampungnya makin menebal.

Sesekali Amran mengintai kearahjarum jam ditangannya. Dah hampir pukul 12 tengahari. Dia melihat hampirkesemua yang hadir mula menampakkan kebosanan mendengar laporan Pak Ali yangmerupakan Ketua Kampung kelima yang membentangkan laporan. Semua yang hadiramat maklum dengan Pak Ali yang memang pantang diberi peluang bercakap. Mungkinagaknya dia pernah bercit-cita menjadi wakil rakyat tapi disebabkan pendidikanyang terbatas dia setakat menjadi Ketua Kampung sahaja.

‘Abang balik flight pukulberapa?’ Amran membaca mesej wassap dari Izara.

‘Abang sampai Kl pukul 8 malam.Sayang makan dululah takut abang sampai lewat’ balas Amran ringkas sambilkepalanya mengangguk-angguk kearah Ketua-Ketua kampung yang duduk di mejaberhadapan dengannya.

Ali pembantu peribadinya sibukmencatat isi-isi penting yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung .Ali banyakmembantu meringankan tugasnya sebagai wakil rakyat. Ali pun bukannya orang laindengannya. Ada pertalian keluarga. Bau-bau bacang kata orang tua-tua.

Sesekali Amran mengerling kearahjam di taliponnya. Dia merasa masa bergerak terlalu lambat. Walaupun perutnyasemakin lapar tapi Pak Ali masih rancak mengeluarkan pandangan dan pendapatnya.Amran tahu dia perlu menjaga hati Pak Ali walaupun Pak Ali hanya setakatlulusan tingkatan tiga sahaja. Pak Ali seorang yang dihormati dikampungnya .Jika hati Pak Ali terguris Amran tahu dia akan kehilangan sekurang-kurangnya 30undi dari anak beranak dan kaum keluarga Pak Ali dalam pilihanraya nanti.Itupun jika namanya dicalonkan semula bergantung kepada Menteri Besar dan kataputus dari Perdana Menteri sendiri.

Pak Ali memberhentikan laporannya  yang panjang lebar ketika hampir pukul 1.30tengahari. Masing-masing yang hadir kelihatan menarik nafas lega melihat PakAli menamatkan laporannya.Masing-masing tidak sabar menunggu untuk makantengahari. Amran juga merasa lega walaupun sebagai ahli politik dia belajarmenyembunyikan perasaannya. Ketika dia mula menceburi bidang politik seorangbekas menteri kabinet telah berpesan kepadanya.Sehingga sekarang dia masihmemegang teguh ajaran Tan Sri bekas menteri.

Kata Tan Sri  yang masih teguh dalam ingatannya ‘ Amran,kalau nak jadi ahli politik kita kena ada banyak topeng. Masa ziarah orang mati kena pakai topeng sedih. Masake majlis ramai belia kena jadi orang muda, kena pakai topeng orang muda. Kalaupergi ke tempat banjir kena tunjuk rasa simpati, kena tunjuk muka sedih. Kalauada anak kecik kena tunjuk minat pada anak kecik. Gosok pipinya. Angkat budaktu buat macam anak kita sendiri. Kalau ada wartawan dari akhbar atau televisyenkena tunjuk senyum lebar. Undi dari golongan wanita sangat penting sebabpengundi wantita adalah separuh dari bilangan pengundi. Tidak ada perempuanyang tidak sukakan anak’.

Semua kata-kata dari Tan Srikekal dalam ingatannya. Bukan mudah untuk Amran menapak dalam politik.Kalaudiikutkan lebih mudah mengawal kakitangan  satu Jabatan di pejabat dari mengawal lawandan musuh dalam politik. Tapi disebabkan minat Amran sanggup hadapi semua itu.

Dia beruntung mendapat sokongandari Izara isterinya yang tercinta. Izara kenal dengannya pun ketika dia mula-mulamenceburi bidang politik. Walaupun Izara tidak begitu meminati bidang politiktapi atas cintanya terhadap Amran dia sanggup berkorban. Sebaik sahaja merekamendirikan rumahtangga Izara berhenti berkerja untuk menumpukan perhatiankepada rumahtangga. Kehidupan mereka suami isteri amat bahagia. Saling sayangmenyayangi.

Namun setiap yang kelihatansempurna tentu ada sedikit sebanyak kekurangannya. Perkahwinan selama hampir 10tahun belum dikurniakan zuriat lagi. Segala ikhtiar telah dilakukan namun Allahmasih belum memakbulkan doa pasangan untuk nendapat anak.

Amran tahu Izara merasa tertekankerana gagal memberikan Amran zuriat. Tapi Amran tidak meletakkan kegagalanmendapat zuriat di bahu Izara semata-mata. Malahan doktor pakar yang memeriksamereka mendapati  tidak ada masalahsamada di pihak Izara mahupun Amran. Mungkin belum rezeki mereka lagi.

“Kasih sayang abang terhadapSayang tidak sedikit pun terjejas walaupun kita tidak ada anak. Abang redhadengan ketentuan Allah andai ditakdirkan kita gagal mendapat zuriat. Banyaklagi pilihan yang kita ada. Kita boleh aja ambil anak angkat. Kalau rasa sunyidan rasa nak keriuhan dikelilingi suara anak-anak kita boleh aja bermain dengananak saudara. Zara pun ramai anak saudara, abang pun ramai anak saudara” kataAmran memujuk Izara apabila Izara kelihatan tertekan.

“ Kita kena pandang dari sudutyang positif. Kita belum dikurniakan anak tapi tidak bermakna kita tak bahagia.Kita ada satu sama lain. Kasih sayang abang tetap tak berubah.” Itulahkata-kata semangat dari Amran setiap kali Izara meluahkan rasa sedihnya.

Bukan tidak ada pihak yangmencadangkan supaya Amran berkahwin lagi satu tapi setiap kali perkara ituditimbulkan  ia akan membangkitkan rasamarah Amran sahaja. Amran tahu dengan kududukannya sebagai wakil rakyat danparas rupa yang agak kacak memang ramai perempuan yang manaruh hati kepadanya.Tapi cinta Amran terhadap Izara tidak pernah tergugat.

Pernah satu ketika Amran bertikamlidah dengan seorang ustaz tentang hak lelaki untuk berpoligami.Ustaz Nasiryang banyak memberi nasihat kepada Amran tentang hukum-hakam agama telahmemetik ayat 3 Surah An Nisa yang bermaksud ‘ (QS. an-Nisâ’ [4]: 3).

“ YB, bukankah ayat itu memberikanmaksud kita kaum lelaki diberi izin Allah untuk bernikah lebih dari satu? “kata Ustaz Nasir sambil mengunyah goreng pisang panas sambil menghirup kopi diwarung salah seorang penduduk kampung di kawasan yang dilawati Amran.

“ Ustaz lebih bijak dari saya dalambab tafsir mentafsir ayat Quran ini. Itu memang bidang kepakaran ustaz. Sayabelajar bidang Kejuruteraan tapi saya bukanlah tak ambil tahu langsung pasalugama. Masa di Amerika dulu pun saya bergaul juga dengan budak-budak yangcenderung pada ugama. Saya pergi usrah juga. Bagi sayalah kebenaran untukberpoligami bukannya kebenaran yang tak terbatas. Islam membenarkan poligamidalam keadaan tertentu. Mungkin untuk membantu wanita yang kematian suami,wanita yang suaminya terkorban di medan peperangan atau dalam keadaan di manabilangan lelaki terlalu sedikit berbanding dengan wanita atas sebab-sebabtertentu seperti adanya wabak penyakit yang membunuh orang lelaki sahaja. Semuakeadaan itu tak berlaku pada zaman sekarang. Kalau lelaki nak beristeri dua pundidorong oleh nafsu. Kalau betul-batul nak tolong wanita kahwinlah dengan janda-jandayang susah, yang anak ramai, yang kematian suami. Lagipun cuba ustaz tengok dipenghujung ayat tu kan ada kata jika kamu khuatir tidak berlaku adil nikahlahsatu sahaja. Ada ke lelaki yang betul -betul boleh berlaku adil? “ Hujjah Amrandengan panjang lebar.Ustaz Nasir hanya diam sambil tersengih memandang Amran.

“ YB ni betul-betul lelaki Melayuterakhir. Susah nak dapat lelaki yang macam YB. Kebanyakan lelaki yang takkahwin dua tak mampu dari segi kewangan tapi YB mampu tapi tak nak pula kahwindua,” kata Ustaz Nasir  cuba mencungkilperasaan Amran.

“ Ustaz, saya ni lelaki normal. Adanafsu. Ada keinginan.Ada keinginan mendapat zuriat tapi saya tak bolehbayangkan perasaan isteri saya jika saya bernikah seorang lagi. Betapa hancurluluh nya hati dan perasaan isteri saya. Saya tak sanggup buat begitu ustaz.”Kata Amran.

“ Yerlah YB. Apa yang terbaik untukYB lah. Macam kata orang putih one man’smeat is another man’s poison’ .Hehe” kata ustaz Nasir sambil tertawa.

“Wah hebat ustaz berbahasa Inggeris.”Kata Amran .

“Bolehlah sikit-sikit YB. Nak jadiorang politik kena tahu serba sikit bahasa orang putih ni,” kata Ustaz Nasir.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham