Vinna menunggu dengan
sabar.Fikirannya agak terganggu.Banyak perkara yang berlegar dalam fikirannya
sehinggakan kedatangan Fabian tidak di sedarinya.
“Vinn..” Fabian menyapa.
Vinna menoleh.Lantas raut wajah Fabian ditenung
lama.Betapa dia merindukan wajah itu.Kalau dulu wajah itu lah yang menyerikan
hidupnya,yang sentiasa membuatkan hidupnya indah dan di penuhi gelak
tawa.Matanya mulai berkaca apabila kenangan bersama mengetuk minda.
“Kenapa?” soal Fabian apabila melihat
mata Vinna di genangi air mata.
Vinna memeluk tubuh Fabian. “I really
miss you.I miss you so much!” Vinna menangis dalam pelukan jejaka yang di
kasihinya.Dia langsung melupakan Eric,tunangannya.
“I miss you too.More than you know!Tapi,saya
sentiasa ingatkan diri saya kalau kau bukan milik saya lagi!” Fabian meleraikan
pelukan Vinna.
“Saya tahu!Tapi,saya manusia biasa.Tidak
mudah untuk saya lupakan kau dan buang semua kenangan kita bersama.” Vinna
mengesat air mata.
“Apa hal penting yang harus saya tahu?”
Soal Fabian.
“Saya perlu tahu hal sebenar!Saya
mahukan penjelasan.” Tegas Vinna.
“Tapi,kau sendiri yang tidak mahu dengar
penjelasan saya kan?”
“Saya mahu tahu kebenarannya!Saya sedang
terluka Fabian!Tidak ada bezanya lagi kalau kebenaran itu sesungguhnya
menyakitkan atau tidak!?Please tell me the truth.I want to know
everything!Everything that happen between you and Jenny.” Tegas Vinna.
Fabian mengeluh berat.Pandangan di
halakan kearah Vinna.Fabian memulakan bicara.Vinna mendengar dengan
tenang.Tidak menunjukkan sebarang reaksi mahupun mencelah.
“Itu lah yang berlaku sebenarnya.Saya
tidak bercakap bohong Vinn!Saya tahu dulu saya pernah lukakan hati kau tapi
kali ini saya jujur.” Ujar Fabian.
Vinna diam.Tidak tahu apa yang harus di
perkatakan lagi.
“Jangan lah membisu!Hati saya terseksa.”
Fabian bersuara.
“Saya tidak tahu apa yang harus saya
katakan!Saya sendiri bingung.Apa yang harus saya buat?” balas Vinna.
Fabian mengeluh lagi.Dia meraup wajahnya
dengan kedua telapak tangannya.Kedua-duanya membisu.Hanya kedengaran bunyi
kicauan burung,deruan ombak dan desiran angin.
“Saya tidak boleh tipu diri sendiri
kalau saya sebenarnya masih cintakan kau!Saya bertunang dengan Eric sedangkan
hati saya bukan untuk dia.Saya rasa bersalah padanya!” Vinna bersuara.
“Situasi kita sama Vinna!Saya juga harus
berkahwin dengan perempuan lain sedangkan hati saya hanya untuk kau.Saya
sendiri bingung bila Jenny menuduh saya sebagai bapa kepada anak di dalam
kandungannya.Itu semua tidak benar!”
“Ini kah takdir buat kita?” soal Vinna
sambil memandang jauh ke dalam mata Fabian.Cuba mencari kekuatan cinta mereka
yang hilang entah ke mana.
Fabian terdiam seribu bahasa.Tidak tahu
apa lagi yang harus di perkatakannya.Dia benar-benar buntu.
“Kenapa semua ni harus terjadi kepada
kita?” soal Vinna lagi.
“Saya minta maaf!Ini semua salah
saya.Kalau lah malam itu saya tidak keluar ke mana-mana,ini semua tidak akan
terjadi!Saya akui ini salah saya.” Fabian tunduk,menyesali tindakan bodoh yang
di lakukannya.
Vinna diam.Tidak tahu
apa yang harus di perkatakannya.
“Tunggu saya Vinn!Saya yakin kita pasti
akan bersama akhirnya.” Fabian bersuara setelah masing-masing berdiam diri.
Vinna tetap
diam.Menunggu Fabian bermakna dia harus meninggalkan Eric.Mana mungkin dia
melakukan perkara itu sedangkan dia sudah menjadi tunang Eric.Tegakah Vinna
melukakan hati Eric?
******************************************************************************
Eric keluar dari perut kereta.Vincent
memandang dengan hati berdebar.Otaknya bekerja keras mencari ayat yang sesuai
untuk menjawab soalan yang bakal di tanyakan oleh Eric.
Eric melemparkan senyuman pada Vincent
sambil langkah kaki di hayun menuju kearah Vincent.Eric menghulurkan tangan
untuk bersalaman.Vincent menyambut salamnya.
“Duduk lah dulu.Saya masuk dalam ambil
minuman.” Ujar Vincent.
“Tak apa.Saya datang cuma mahu tahu
kalau Vinna ada di sini.Sudah beberapa hari saya try call dia tapi tak
dapat.Dia ada datang sini?” soal Eric.
Vincent diam sebentar.
“Sebenarnya,dia..” Vincent diam lagi.Dia tidak tahu sama ada dia harus
meneruskan kata-katanya atau tidak.
“Kenapa dengan Vinna?Apa yang terjadi
dengan dia?” Eric bersuara dalam nada yang panik.
“She’s fine!Cuma awal pagi tadi dia
sudah berangkat pulang kk.” Ujar Vincent.
“Maksudnya,selama beberapa hari Vinna
ada di sini?”
Vincent hanya mengangguk.Eric melepaskan
keluhan.
“Apa yang terjadi antara kamu?”
“Saya sendiri pun tidak tahu.Saya tidak
buat apa-apa pada dia!”
Vincent hanya mendiamkan diri.Enggan
bertanya lebih lanjut.Dia takut akan terlepas cakap perkara yang tidak harus di
ketahui oleh Eric.
“Kalau macam itu,saya balik dulu.” Eric
meminta diri.
“Eh,tidak mahu tunggu mama dan bapa
pulang dari kebun?” soal Vincent.
Eric tersenyum kecil sambil
menggelengkan kepala. “Saya jalan dulu.Kirim salam dengan semua.”
“Eric,tolong jaga Vinna dengan baik!”
Vincent bersuara.
“I will!”ujar Eric dengan nada suara
yang penuh kepastian.
Eric masuk ke dalam perut kereta dengan
perasaan yang bercampur baur.Berfikir apakah kesalahannnya pada Vinna
sehinggakan tunangnya itu pergi membawa diri tanpa sebarang
berita.Perlahan-lahan kereta jenis D-max berwarna kelabu itu mula meninggalkan
perkarangan rumah keluarga tunangannya itu.
Dalam perjalanan,tidak berhenti-henti
Eric mendail nombor telefon bimbit Vinna.Sudah berkali-kali mencuba tetapi
sahaja hanya suara daripada mesin operator sahaja yang menjawab.Untuk yang
kesekian kalinya Eric mendail.Kali ini telefon bimbit Vinna berjaya di
tembusi.Eric menanti penuh sabar.
“Eric..” Vinna bersuara di sebelah sana.
“What happen to you?” soal Eric.
“Tidak ada apa-apa.Why?” balas vinna.
“Kalau tidak ada apa-apa kenapa
tinggalkan saya macam tu saja?Tanpa pesan..tanpa khabar.” Eric ingin tahu.
“Saya..Eric,sebenarnya saya..”
kedengaran suara Vinna mengeluh.
“Kita jumpa malam ni.Nanti saya jemput
awak di rumah.” Ujar Eric.
“Ok!Saya tunggu.” Ujar Vinna pula.
Lantas talian di matikan.Vinna mengeluh
berat.
“Apa yang tak kena dengan kau ni Vinna?”
soal Fieza.
“Kenapa apa?” soal Vinna pula.
“Yala!Berapa hari kau pergi,Eric dah
macam orang kematian bini di office tau?!Duduk berdiri duduk berdiri tanpa
sebarang tujuan.Nasib baik saja dia tak naik angin dengan kami.” Ujar Fieza.
Vinna diam memikirkan tentang keadaan
Eric yang di perkatakan oleh Fieza sepanjang ketiadaannya.
“Apa yang dah jadi,Vinn?” soal Fieza
apabila Vinna mendiamkan diri.
“Nothing!” bala Vinna pendek.
“Nothing kau cakap?Kau ingat aku ni
budak darjah 1 yang kau boleh kelentong!?Come on la Vinna.Atau ni semua ada
kena mengena dengan Fabian?”
Vinna memandang Fieza.
“Jadi betullah ni semua ada kena mengena
dengan Fabian?”
Vinna masih diam.
“Sampai bila Vinna?Sampai bila kau akan
terus mengingati Fabian?Sudah jelas yang kau dengan dia..”
“Dia minta aku tunggu!” Vinna memintas
kata-kata Fieza.
Fieza terlopong.
“Are you out of your mind?!Tunggu?Sampai
bila?Sampai si Jenny tu deliver baby dia and then buat DNA test untuk buktikan
anak tu anak Fabian atau bukan,macam tu?Pernah tak Vinna kau terfikir,kalau lah
anak tu ternyata anak kandung Fabian,kau sanggup jadi isteri nombor 2?Sanggup
bermadu?” sinis Fieza bersuara.
“Tapi,Fabian tidak bersalah!Dia sudah
ceritakan semuanya.Jenny yang perangkap dia.” Vinna cuba membela Fabian.
“Jangan jadi bodohlah Vinna!Aku tahu
siapa Fabian sebenarnya.Kau yang tidak kenal dengan dia sepenuhnya.Ya,memang
betul kalau dia cintakan kau tapi dia tetap main kayu tiga di belakang kau
kan?Salah satunya ialah Jenny!”
Vinna diam.
3 tahun yang lalu
Vinna mendail nombor telefon
Fabian.Dengan hati yang berdebar-debar Vinna menanti panggilannya di jawab
namun hampa.Vinna tidak berputus asa.Berkali-kali panggilannya tidak di
jawab.Entah buat kali yang keberapa Vinna mendail barulah Fabian menjawabnya.
“Ada apa sayang?” soal Fabian di hujung
sana.
“Kau masih ada hati kan panggil-panggil
aku sayang?!” bentak Vinna.
“Kenapa marah-marah ni?Nanti hilang pula
comel tu.” balas Fabian di ikuti ketawa kecil.
“Fabian,saya tidak main-main lah!” tegas
Vinna.
“Ok..ok!I’m sorry.” Masih kedengaran
ketawa kecil Fabian.
Vinna merengus geram.
“Kenapa Vinn?” soal Fabian apabila
mendengar rengusan Vinna di hujung sana.Dia tahu Vinna sedang marah dan
hidupnya pasti tunggang terbalik apabila gadis itu mula menunjukkan tanda-tanda
merajuk.
“Jenny tu siapa?” soal Vinna
“Dia kan bekas cashier tempat kita kerja
dulu.” jawab Fabian berhati-hati.
“Jadi apa hubungan kamu?” soal Vinna
lagi.
“Nothing!” balas Fabian pendek.
“Nothing?!I’m not stupid!” nada suara Vinna
meninggi.
Fabian tahu tidak ada gunanya bertegang
urat dengan kekasihnya itu.Dia arif akan sikap kekasihnya yang enggan
mengalah.Dia harus memikirkan ayat yang sesuai agar dapat menenangkan hati
gadis itu agar tidak berprasangka buruk terhadapnya.
“Vinn,tiada orang boleh rebut saya
daripada kau sebab saya milik kau seorang dan kau milik saya!”
“Tapi saya tetap takut!” ujar Vinna.
“I’m yours,baby!I love you so much!”
Vinna terdiam mendengar
kata-kata yang di ucapkan Fabian.
“Apa lagi yang kau menungkan Vinna?” soal
Fieza tiba-tiba menyebabkan minda Vinna kembali ke alam nyata.
Vinna sekadar memberikan tatapan kosong.
“Sudah-sudahlah Vinna!Kau pernah dengar
peribahasa nasi sudah jadi bubur?Berhenti
berharap!” nada suara Fieza sedikit tinggi dengan harapan sahabatnya itu akan
sedar.
“Tapi..”
“Tapi apa lagi Vinn?Kau sanggup lukakan
hati Eric?Tinggalkan dia demi janji Fabian yang entah betul entah tidak!Buka
mata kau Vinna.Jangan jadi bodoh dengan sebuah janji dari lelaki yang tidak
pasti!”
Vinna terdiam.Otaknya memikirkan
kata-kata Fieza sebentar tadi.Sanggupkah dia bermadu sekiranya benar anak yang
di kandung Jenny adalah anak Fabian?Tegakah dia melukakan hati Eric dan
memalukan kedua buah keluarga?Vinna buntu.
Fieza melabuhkan punggung bersebelahan
Vinna.Lantas menggenggam erat tangan sahabatnya itu.
“Apa pun keputusan yang kau ambil,saya
akan sokong.Tapi bukan dengan sikap pentingkan diri!Kau sahabat saya dan akan
sentiasa menjadi sahabat sampai bila-bila!Saya akan sentiasa ada sewaktu kau
susah mahupun senang.Tolong fikir masak-masak akan keputusan yang bakal kau
ambil!” Fieza merenung jauh ke dalam mata sahabatnya itu.
Vinna mengeluh. “Terima kasih,Fieza!”
Vinna memeluk Fieza.
Jam di dinding ruang
tamu menunjukkan angka tepat 6.30 petang.Bila-bila masa sahaja,Eric akan tiba
menjemput Vinna.Dia harus bersiap sebelumnya.
“Aku bersiap dulu.Kejap lagi Eric datang
jemput.” Ujar Vinna pada Fieza.