Home Cerpen Cinta Demi Mu Cinta
Demi Mu Cinta
Bey AdAv
16/3/2014 00:08:16
3,442
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Aku tak pernah kesah pun kalau masyarakat luar tuduh aku yang bukan-bukan.Mahu cakap aku ni perampas laki orang,perempuan tak tahu malu atau apa saja,I don’t care at all.Aku tahu kedudukan aku.Aku tahu apa yang aku lakukan dan apa yang aku mahukan.Danish!

“Hei,perempuan!” bahu ku di tolak.

Aku merenung tajam.

“Kau tahu kan Danish suami aku?!Kenapa kau masih kejar-kejar dia lagi?”

“Apa masalah dengan kau kalau aku kejar Danish?Hmm…” soal ku dengan nada yang sinis.

“Kau tanya aku apa masalah aku?Danish suami aku!Kau sedar atau tidak apa yang kau cakap?”

“Bukan setakat sedar Puan Farina,aku tahu kalau Danish suami kau.Jadi,cuba bagi aku alasan kenapa aku perlu berhenti kejar Danish?”

“Tolong lah Qistina,jangan hancurkan perkahwinan aku dengan Danish!Aku cintakan dia.” Farina merayu.

“Ow jadi kau datang sini cuma untuk itu?” soal ku sinis.

Farina mengangguk kecil.Matanya mulai berkaca.

“My answer is NO!”

“Kenapa Qis?!Banyak lagi lelaki di luar sana yang mahukan kau tapi kenapa Danish juga?”

“Kau tanya aku kenapa?” suara ku mulai meninggi. “Sebelum kau kenal dia kau tahu apa hubungan kami?Sebelum kau muncul tiba-tiba kau tahu apa yang telah kami lalui?Sebelum kau rancang untuk rampas dia dari aku dan sebelum kau kahwin dengan dia kau tahu apa yang telah kami rancang?Kau tak pernah tahu!” marah ku.

Farina tunduk memandang lantai.Dia mengusap perutnya perlahan.Kandungannya kini mencecah 8 bulan.

“Kenapa diam?Sekarang kau sudah ada jawapan untuk soalan-soalan aku kan?” soal ku.

“Pergi lah Qis!Pergi jauh dari kehidupan kami.Aku merayu.Aku tak nak anak ni lahir tanpa seorang bapa.” Farina cuba untuk meraih simpati dari ku.

“Kau tahu jawapan aku!” bentak ku.

“Kembali kan Danish!” keras suara Farina.

“Danish hak aku!Kau rampas dia dari aku dan aku tidak akan berhenti selagi aku tak dapat hak aku kembali.Kau yang seharusnya kembalikan Danish pada aku!”

Farina diam.Otaknya berserabut.Semua ini berlaku 5 bulan yang lalu.

7 bulan yang lalu…

Farina menoleh kiri dan kanan sambil matanya melilau mencari kelibat Qistina.Walaupun mereka bukannya sahabat yang berkongsi segala rahsia,namun keduanya agak rapat.Ini Karana,Qistina seorang gadis yang lincah dan periang.Mudah di bawa bercerita,kaki shopping,tempatnya meluahkan perasaan dan pendek kata Qistina lah calon sesuai untuk di jadikan sahabat sejati.Tak pernah sekali pun dia meninggalkan sahabatnya.

Perlahan-lahan Qistina mengatur langkah agar tidak di sedari oleh Farina.Qistina tersenyum nakal.Sebaik sahaja kedudukannya rapat dengan Farina,Qistina lantasmencucuk pinggangnya.

“Hoi Mak engkau jatuh!” Farina melatah.Pantas dia menoleh. “Qistina!” Panggilnya geram.Wajahnya merona merah apabila tiba-tiba sahaja terpandang wajah seorang lelaki tampan yang berada di sisi Qistina sambil memaut pinggang Qistina.

Qistina masih lagi ketawa.”Jangan lah marah!” usik Qistina.Masih lagi kedengaran tawanya.

“Apasal kau lambat?Berjanggut aku tunggu kau.” Ujar Farina dalam nada merajuk.

“Sorry lah!Kami dating kejap berdua…” Qistina ketawa kecil. “Ow by the way,sayang ini Farina and Farina ini Danish my lovely darling!” Qistina memperkenalkan mereka.

Farina tersenyum kecil.Danish membalasnya hambar.Enggan berlebih-lebihan.Takut nanti si jantung hati tarik muncung,merana lah hati memujuk Qistina yang cukup di fahaminya akan sifatnya yang kuat merajuk itu.

“Baby,I kena balik ofis sekarang.Takut nanti papa cari.” Danish meminta izin.

“Erm nanti jam berapa habis kerja?” soal Qistina manja.Tidak mengendahkan kewujudan Farina.

“As usual Baby.Nanti kita dinner sama-sama,okay?” Danish mengusap rambut Qistina lagak seorang ayah mengusap kepala anaknya.

“Okay but don’t be late.” Ujar Qistina dengan manja.

Danish mengangguk kecil sambil tersenyum memandang kekasihnya itu.Walaupun Qistina agak manja namun dia pandai mengambil hati orang tua.Pada mulanya hubungan mereka tidak di restui oleh ibu Danish namun setelah beberapa kali Qistina datang ke rumah Danish dengan membawa makanan hasil air tangannya,luluh juga hati ibu Danish menerima Qistina.Sesekali Qistina akan membantu ibu Danish memasak.

“I’ve to go now!Take care and don’t be naughty.” Pesan Danish.

“Tengok lah dulu.” Ujar Qistina nakal.

Pantas Danish menarik hidung Qistina. “Apa dia?”

“Okay,sorry-sorry..janji,tak akan nakal!”

Danish tersenyum lalu melepaskan jarinya.Qistina menggosok hidungnya yang sakit.

“Jahat!” Qistina menjeling.

Danish tersenyum lagi.Lantas dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipi kanan Qistina sebagai tanda permohonan maaf. “Take care!” Danish lantas berlalu.Dia sempat mencuit pipi Qistina.

“Amboi bermesra-mesraan sampai tidak ingat dunia!Aku yang di sini pun macam tunggul kau buat.” Sindir Farina.

“Jeles lah tu!”

“Tolong sikit!” ujar Farina.

Qistina ketawa kecil. “Kau bawa aku keluar ni untuk apa?” soal Qistina setelah tawanya reda.

“Aku boring lah di rumah.Temankan aku shopping?” pinta Farina.

“Okay!” Qistina membalas pendek.

Sejak pertemuan Farina dengan Danish,Farina sering menelefon Qistina untuk mengajaknya keluar dengan harapan Danish akan ada bersama Qistina.Beberapa kali juga mereka bertiga makan bersama dan ada kalanya Farina akan mengambil kesempatan jika Qistina ke bilik air atau berjauhan sedikit dari Danish.

Kehidupan Farina agak bebas.Sikapnya bertambah liar apabila orang tuanya berpindah ke Australia untuk menguruskan perniagaan di sana.Tiap-tiap malam Farina akan mengunjungi kelab-kelab malam dan sering turun naik hotel dengan pasangan yang berlainan setiap malam.Sudah dua kali Farina menggugurkan kandungannya hasil persetubuhan dengan lelaki yang menidurinya.Dan sekarang,Farina hamil lagi.Dia takut untuk menjalankan proses pengguguran buat kali ketiga di sebabkan risikonya yang terlalu tinggi.Farina mulai mengatur rancangan.

“Karl.aku perlukan pertolongan kau!”

“Pertolongan apa?”

Farina membisikkan sesuatu pada Karl.

“Aku faham!Tapi mesti ada fulus.” Ujar Karl.

“Aku akan bayar kau!” Farina mengeluarkan sampul surat yang berisi tebal lalu menghulurkannya pada Karl. “Ini first payment!Di dalam ada lima ribu ringgit.Kalau kerja kau beres dan berjalan sesuai rancangan tadi,aku akan bagi kau 10 ribu!”

“Jangan risau.Aku pergi dulu!” Karl berlalu pergi.

Farina tersenyum puas.Bertambah lebar senyumannya apabila jeratnya mengena.Kelihatan dari jauh kelibat Qistina dan Danish yang sedang berpimpin tangan menuju ke arahnya.Dia mengusai rambutnya sedikit biar tampak kemas.

“Dah lama tunggu?” soal Qistina.

“Dah dua gelas jus lemon aku order.Yang ketiga baru ja pelayan tu ambil pesanan and aku pesan minuman untuk kamu sekali!Tak kesah kan?”

Qistina menggeleng. “Sorry lah lambat sikit ja!Tadi kami singgah rumah Danish and you know what..” dengan gembiranya Qistina menhulurkan tangannya pada Farina.

Terlihat di jari manis Qistina sebentuk cincin emas. “Wow!Dah nak kahwin?” Farina membelek cincin tersebut.

“Yup!Danish lamar aku depan family dia tadi.Hampir aku pengsan.” Qistina membuka cerita.Wajahnya jelas mempamerkan reaksi yang sungguh gembira sekali.

“Romantiknya!” Farina menunjukkan reaksi teruja.

Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang untuk menghantarkan minuman mereka.Farina tersenyum jahat.

“Minum lah!Hari ni aku belanja.Kebetulan hari ni hari bahagia untuk kamu berdua.” Ujar Farina yang tersenyum penuh makna..

Qistina tersenyum manis.Tanpa sebarang syak wasangka,Qistina dan Danish menghirup minuman yang ada di hadapan mereka.Selang beberapa minit,keduanya mulai sakit kepala dan berasa pening.Hanya beberapa saat sahaja,mereka tidak sedarkan diri lagi.Farina tersenyum puas.

Dengan pantas Farina dan Karl memapah Qistina dan Danish menuju ke arah kereta milik Farina.Kereta di pandu menuju ke arah rumah Karl bagi mengelakkan Farina di syaki oleh sesiapa.Sebaik sahaja tiba,mereka memulakan aksi mereka.Beberapa aksi di rakam dan gambar di ambil.

Datin Raani terkejut sebaik sahaja isi sampul surat yang bertulis namanya terkeluar.Hampir sahaja dia pitam melihat aksi lucah anak dan juga bakal menantunya itu pada gambar yang berlainan.

“Danish!Qistina!” jerit Datin Raani kepada mereka berdua yang ketika itu sedang begelak tawa bersama suaminya Datuk Fakir.

Tawa mereka terhenti.Serentak mereka menoleh ke arah Datin Raani.

“Kenapa Raani?” soal Datuk Fakir.Nadanya kedengaran cemas.

“Kenapa ma,apa yang berlaku?” soal Danish pula.

Datin Raani menuju ke arah mereka bertiga dengan perasaan yang marah sambil merenung tajam ke arah Qistina.

“Apa semua ini?!” Datin Raani melemparkan beberapa keping gambar Qistina kepada Qistina.

Qistina terkejut.Dia mengutip gambar tersebut.Wajahnya langsung pucat apabila melihat aksi ghairah dengan seorang lelaki yang tidak di kenalinya.

“Sekarang jelaskan apa maksud gambar tu!” perintah Datin Raani.

“Sa..saya..” Qistina gagap.Tidak tahu apa yang harus dia katakan kerana di sendiri tidak tahu dari mana gambar itu muncul dan siapa lelaki itu.

“Gambar apa?” soal Danish.Pantas dia menyambar gambar yang ada pada Qistina.Danish terkejut. “Apa semua ni Qistina?” Soal Danish pada Qistina.Tidak ada lagi panggilan manja.

“Saya tidak tahu!I don’t even know him!” Qistina cuba membela diri.

“Tidah tahu?Kalau tidak kenal takkan gambar sebegini boleh ada!” ujar Danish sinis.

“I swear!”

“Jangan bersumpah Qistina!Tell me who’s that guy?”

“Sayang..Danish,saya betul-betul tidak kenal dengan dia!”

“Don’t lie!”

“I’m not lying!Please!You kenal I Danish.Kita bercinta sudah lama dan mustahil saya akan melakukan perkara begitu.”

“Putuskan hubungan kamu!” Datuk Fakir yang mendiamkan diri dari tadi bersuara.

“No!Saya tidak bersalah.”Bentak Qistina.

“Ini buktinya!” ujar Danish pula.

“Danish no!You can’t do this to me?I love you.”

“Leave!” Pinta Danish.

“No!I won’t.I’m not guilty.”

“Yes you are!” kedengaran satu suara perempuan menyalahkan Qistina.

Mereka bertiga menoleh.

“Farina?Kau buat apa di sini?” soal Qistina.

“Untuk menyatakan kebenaran pada mereka semua!” Ujar Farina angkuh.

“Kebenaran tentang apa?” soal Datuk Fakir.

“Tentang Qistina dan gambar itu.Saya buktinya.Saya melihat segalanya.Malam kejadian,Qistina mengajak saya ke kelab malam.Dia bersama dengan lelaki itu.Mereka minum dan bermesraan kemudian tanpa memaklumkan pada saya,mereka berdua meninggalkan kelab malam itu.Nasib baik saya terlihat kelibat mereka lalu saya mengekori mereka.”

“Tipu!” jerit Qistina.

“I’m not!Terserah kepada Datuk dan Datin untuk percaya atau tidak.”

“Apa yang kau harapkan Farina?Apa yang kau dapat setelah kau menganiaya aku?Kau tahu sendiri aku tidak pernah menginjakkan kaki ke kelab malam.”

Farina terdiam.”Saya mahukan hak saya Datuk..Datin.” Farina menayang muka sedih.

“Hak apa?” soal Datin Raani.

Farina menyeluk beg tangannya dan mengeluarkan sekeping kertas lalu menyerahkannya kepada Datin Raani.

Datin Raani menyambutnya.Perlahan-lahan isi kandungan surat di baca.Sekali lagi Datin Raani terkejut.Datin Raani menyerahkan surat itu kepada Datuk Fakir.

“Hamil?!” Datuk Fakir turut terkejut.

Qistina dan Danish juga terkejut.

“Ya,Datuk.Saya hamil anak Danish.” Farina tunduk.

“No way!” Danish enggan mempercayainya.

Qistina memandang Danish. “You..” Qistina mengalirkan air mata. “..Ini pasti akal-akalan kamu berdua kan?Kamu mengambil gambar saya dengan lelaki lain agar kamu berdua boleh bersatu.” Ujar Qistina dalam tangisan.

“Hei Farina!Saya baru kenal kau tidak sampai sebulan.Mana mungkin saya hamilkan kau.Qistina pun saya tidak pernah sentuh!Apatah lagi kau?”

“Saya tahu kau pasti akan menafikannya.Saya ada bukti!” Farina mengeluarkan beberapa keping gambar lalu menyerahkannya pada Danish. “Itu gambar kita bersama.Belum cukup lagi bukti itu?” soal Farina.

Buat kali ketiga Danish terkejut lagi melihat aksinya bersama Farina.Danish menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kalau kau tidak mahu bertanggungjawab,saya akan buat laporan polis dan gambar itu akan jadi buktinya.” Farina mengugut.

“Tidak perlu.Malam ini juga kamu akan nikah dengan Danish!” Datuk Fakir memberi kata putus.

“What?!” serentak Qistina dan Danish bersuara.

Masa kini…

“Selagi aku tak dapat Danish,aku takkan berhenti Farina!” Qistina bersuara.

“Kau memang perempuan tak tahu malu kan?” sinis Farina bersuara.

“Kau boleh panggil aku apa saja.” Qistina membalas.

Farina mengangkat tangan untuk di layangkan pada Qistina namun sempat disambar.

“Jangan pernah angkat tangan pada aku!Kau perempuan jijik dan hina.Kau tidak layak sentuh aku.” Qistina melepaskan pegangan tangannya.

Farina menggosok pergelangan tangannya.

“Kau dah kalah dalam permainan kau sendiri Farina.Buktinya,Danish jarang balik rumah kan?Kau rasa dia berada di mana?Perkahwinan kamu cuma perjanjian di atas sekeping kertas putih!Jangan ingat bila kau dah tutup aurat orang akan percaya kau jadi baik.Kau silap!”

“Apa yang kau cakapkan ni?” soal Farina sedikit gementar suaranya.

“Mesti kau kenal dengan Karl kan?Lelaki yang kau upah untuk ambil gambar aku dan gambar kau dengan Danish!”

Farina tergamam. ‘Macamana semuanya boleh terbongkar?’ getusnya.

“Tertanya-tanya macamana aku tahu?” Qistina bersuara sinis.

Farina terdiam.Lidahnya kelu.Tidak tahu apa yang harus di katakan.

“Aku bukan bodoh lah Farina!Aku simpan gambar aku hari tu.Aku cari lelaki yang ada dalam gambar.Dan kau nak tahu apa yang jadi?Dia dah ceritakan semuanya pada kami!” Qistina ketawa sinis.Puas hatinya.

“Siapa yang kau maksudkan dengan ‘kami’?” soal Farina ingin tahu.Hatinya berdegup laju.

Qistina ketawa lagi. “Rasanya tak perlu aku cakap.”

“Kau tipu!” herdik Farina.

“Aku tak minta kau percayakan aku.Kau boleh pergi dari sini dan nikmati hari terakhir kau sebagai isteri Danish!”

“Aku akan cakap dekat mama dan papa!Aku akan buatkan kau di masukkan penjara!” Farina mulai menjerit.

“Mama dan papa siapa yang kau maksudkan?Ow Datuk Fakir dan Datin Rianna.So sad.” Qistina masih lagi sinis.

“Kau jahat Qistina!”

“Siapa yang jahat sebenarnya?!Kau rampas cinta aku!Kau rampas Danish dari aku!Kau yang jahat sebenarnya.”

“Tolong lah Qis.Aku minta maaf atas apa yang sudah aku buat sebelum ini.Maafkan aku!Biar lah aku hidup dengan Danish.Cuma ini saja caranya untuk aku bertaubat.” Farina merayu.

“Bertaubat?Perempuan macam kau tidak akan pernah bertaubat lah!Jangan fikir aku jenis yang manja bererti aku lemah.Aku akan pertahankan hak aku.Aku akan berjuang demi Danish.Demi cinta kami!Jangan pernah pandang rendah pada aku.” Panjang lebar Qistina bersuara.

Farina tertunduk.

“Pergi jauh dari sini!Pergi jauh dari kehidupan Danish dan aku atau ayat yang lebih sesuai jauh dari kehidupan kami!’

Farina mengangkat mukanya memandang Qistina sambil mengerutkan dahinya kehairanan.

Qistina mengunjukkan jarinya di hadapan Farina.Pada jari manisnya tersarung sebentuk cincin yang amat di kenali Farina.Itu lah cincin yang pernah tersarung di jari manis Qistina dulu.

“Kau..” Farina tidak menghabiskan kata-katanya.

“Ya!Aku dan Danish sudah bernikah secara sah.Danish sudah memfailkan perceraian kamu di mahkamah.”

Ucapan dari Qistina ternyata menyakitkan hati Farina.

“Sakitkan dengar semua itu?Nak tahu satu perkara lagi?Aku hamil 2 bulan.Hamil anak Danish.Anak yang sah!” Qistina menambah lagi.

“Penipu!” Farina menjerit.

“Aku akan tetap berjuang sampai Danish jadi milik aku seorang!Aku tak macam kau?Kau rampas Danish dari aku dengan cara kotor tapi aku rebut kembali hak aku dengan cara bersih.Dalam perjuangan ini,aku menang dan kau kalah!” Qistina tersenyum puas.

Farina terus berlalu tanpa sepatah kata.

Qistina terus membelakangkan Farina.Enggan menghantar kepergian Farina walaupun hanya dengan pandangan mata.Qistina mulai mengatur langkah.Selang beberapa langkah,kedengaran bunyi dentuman yang kuat.Qistina menoleh.Sekujur tubuh milik Farina dilumuri darah.Orang ramai mulai mengerumuni tempat kejadian.Farina di langgar oleh kenderaan pacuan empat roda.Dia meninggal di tempat kejadian.Qistina tergamam.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.