4,348
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
LUDS- 4

TONNY menggeliat lantas dia menggosok matanya yang masih pedih. Urat pinggangnya terasa tegang sedikit pagi ini mula diurutnya perlahan. Mungkin tersalah pusing ketika tidur.

"Pagi ini perempuan tu suruh aku ambil dia dekat rumah pula. Selama ini, boleh aje naik kereta sendiri untuk ke tempat kerja. Kenapalah tiba-tiba dia mengada nak jadikan aku driver pula." baru beberapa minit dia celikkan mata, bibir sudah mengomel sendiri.

Kebiasaannya dia akan bangun jam 10 pagi. Tapi mulai hari ini selama 3 bulan yang mendatang, dia terpaksa merajinkan diri sendiri untuk menghantar dan juga menjemput Kelly Adeline pergi dan pulang ke tempat kerja.
Baru hari ke tiga dia menjadi lelaki sewaan Kelly Adeline, bermacam ragam yang perlu dia hadap.

Sajalah tu nak jadikan aku hamba abdi.

"Tonny, dah bangun ke tu? Cepatlah bersiap jemput kekasih kontrak engkau tu pergi ke tempat kerja." kedengaran suara Blanco dari arah luar. Semakin malas rasanya mahu bangkitkan diri semata-mata ingin bertemu Kelly Adeline.

"Hmmm..." itu sahaja yang keluar dari mulut Tonny dari dalam kamar. Bagaikan ada magnet yang melekat ditubuhnya ketika ini. Malasnya dia mahu melakukan pekerjaan yang tidak menyeronokkan jiwanya.

"Woi, bangunlah cepat. Jangan tak bangun! Cepat woi." pintu diketuk berulang kali sehinggakan Tonny berasa rimas dengan tindakan Blanco.
Lelaki itu menjerit dari arah luar dengan harapan Tonny akan mendengarnya.
Dia sudah masak sangat dengan sikap Tonny yang payah nak bangun pagi. Jadinya dia perlu kerah lebih tenaga untuk bangkitkan lelaki itu sebelum dia terlewat untuk bertemu klien.

"Apasallah kau ni suka memekak pagi-pagi? Kenapa ketuk pintu bilik macam nak roboh? Aku tahulah! Aku nak bangunlah ni." Tonny sudah membebel sendiri sambil menggosok matanya saat berdiri di hadapan Blanco.

"Aku ni memekak sebab aku tak mahu kau terlewat jumpa klien cerewet engkau tu. Banyak kerja lagi tau kita nak kena buat hari ini." dia ada sebab tersendiri untuk bangkitkan Tonny dengan cara begitu.

"Kerja? Kerja apa pula ni?" membuntang mata Tonny bila mendengar perkataan kerja dari ungkapan bibir Blanco. Si kawan mula menggeleng melihat tingkah Tonny.

"Engkau lupa ke yang anak angkat Mak Yam tu tak akan balik Malaysia untuk beberapa minggu ni. Jadi, kita perlu jaga makan dan minum dia. Aku kena perhatikan dia setiap waktu supaya dia dalam keadaan baik-baik saja." Tonny mula berfikir sejenak.
Sejak wanita itu hadir ke dalam hidup mereka, setiap hati minda tak akan pernah kosong untuk memikirkan tanggungjawab kepada wanita itu.
Mereka tidak akan membiarkan Mak Yam terkontang-kanting sendirian.

Cukuplah dia menderita kehilangan anaknya dalam keadaan yang mengerikan.

"Ikutkan hati aku, mahu saja aku jaga dia dekat rumah kita ni. Tak payah kita bersusah payah nak kurung dia dekat dalam rumah lot tu. Kasihan dia tau? Kita ni macam dah menyiksa diri dia sebab tak benarkan dia bebas." ada keluhan kecil kedengaran di ruang bibir Tonny.

Benarlah kata Tonny. Sampai bila nereka mahu mengurung Mak Yam seperti burung di dalam sangkar? Sampai bila mereka mahu mengongkong hidup wanita itu tanpa memberi sedikir pun kebebasan kepadanya.

"Kalau dia tu tak sakit, kita tak akan kunci rumah tu dari luar. Masalahnya kita terpaksa, kan? Kalau ikutkan hati aku pun aku nak aje jaga dia dekat rumah kita ni. Tapi aku tak boleh. Kalau Jabatan Agama Islam buat serbuan, tak pasal-pasal aku pula yang di tangkap khalwat dengan orang tua tu." Tonny terpempan buat seketika. Lidahnya kelu untuk berbicara.

Sejenak, dia berfikir untuk mencari jawapan.

"Aku rasa kita perlu upah seseorang untuk jaga Mak Yam setiap masa. Mulai hari ini, kita tak boleh nak biarkan Mak Yam seorang diri kalau tak mahu sakit dia melarat. Kalau nak harapkan engkau seorang, memang susahlah hidup kita," tutur Tonny Alvin seraya anak matanya fokus merenung Blanco yang setia mendengar cadangan darinya. Ada sedikit kerutan di dahi Blanco saat mendengar cadangan yang panjang itu.

"Aku boleh aje jaga dia. Kau janganlah risau ya? Nanti Achik balik ke rumah tu, mesti dia akan jaga Mak Yam." Tonny tersenyum tawar.

Nak mengharapkan Achik? Kalau mengharapkan si gadis muda, belum tentu hidup Mak Yam lebih terjaga.

"Kau bukan tak kenal Achik tu macam mana. Dia tu bukan nak sangat jaga Mak Yam tu. Kalau bukan kerana arwah Adlan tu tunang dia, mesti dia tak akan jaga orang tua tu. Aku lihat dia tu macam mahu tak mahu aje jaga Mak Yam. Selalu tinggalkan Mak Yam seorang diri dekat rumah. Dia pula sibuk dengan kerja dia." Tonny serius berbicara.

Bila difikirkan cara si gadis menjaga Mak Yam, memang dia langsung tidak berpuas hati. Gayanya macam terpaksa menjaga.

"Achik tu nampak aje macam tak ambil kisah tentang Mak Yam, tapi aku yakin dia boleh aje jaga Mak tu sebaik mungkin." Blanco masih cuba berfikiran positif walaupun dia tahu apa yang telah Tonny katakan itu, memang benar belaka.

"Sampai bila kita nak harapkan dia? Achik tu perempuan tau? Sampai bila kita nak mengharapkan seorang perempuan bekerjaya seperti dia? Mungkin setahun dua ini dia boleh setia dengan arwah Adlan. Tapi untuk tahun yang mendatang, dia pun mestilah nak berkahwin." bertubi-tubi soalan keluar dari bibir Tonny Alvin.
Meluasnya pemikirannya. Sampai ke tahap itu dia mampu berfikir.

"Kalau kita nak upah orang untuk menjaga Mak Yam, engkau ingatkan pihak Pirrates Club akan terima ke cadangan kita ke?" pantas Blanco mengajukan persoalan.

"Kita jangan libatkan Pirrates Club." tegas Tonny Alvin. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang perancangannya.

"Nak upah pekerja memerlukan perbelanjaan tau? Kita ni bukan orang kaya sampai mampu nak bayar gaji pekerja. Gaji yang kita selalu dapat pun cukup-cukup untuk simpanan dan perbelanjaan kita je." Blanco memberitahu kenyataan yang tersendiri.

"Aku boleh bayarkan upah tu, asalkan nasib Mak Yam sentiasa terbela. Lagipun dalam masa 3 bulan ni aku terkecuali untuk bekerja di Club. Aku hanya perlu temankan minah cerewet tu ke mana saja dia pergi. Waktu aku ada masa terluang, aku bawalah grab untuk cari duit lebih. Mungkin dengan duit bawa grab tu, aku boleh bayarkan gaji pekerja." Blanco terkedu. Dia tidak menyangka yang lelaki itu akan membantu Mak Yam sampai ke tahap itu.

Bekerja lebih waktu semata-mata mahu menjaga kebajikan Mak Yam? Biar betul.

"Tak menyusahkan hidup engkau ke?"
Dia menyoal inginkan kepastian.

"Aku tak kisah asalkan hidup Mak Yam selamat di samping kita. Kalau orang dalam kesusahan, kita perlu hulurkan bantuan." bibir Blanco mengukir senyum. Terharu dia dengan pengorbanan Tonny Alvin.

"Tapi kalau kau bekerja lebih masa, badan engkau akan penat. Aku takut engkau tak cukup berehat sebab buat banyak kerja dalam masa satu hari." Tonny ketawa kecil. Terasa lucu pula bila memandang riak wajah Blanco yang benar-benar risaukannya.

"Engkau jangan risau, aku okey."

"APA kau nak buat dengan aku ni ha?" Peggie terkejut dengan tindakan Zoey. Mata Peggie sudah meliar memandang Kota Jakarta itu. Dia tidak menyangka yang lelaki itu akan bertindak kasar terhadapnya. Tangannya masih direntap kasar dari belakang. Wajah Zoey yang mula tersenyum puas mula diperhatikan.

"Aku tahu apa yang engkau nampak pagi tadi. Aku tak akan biarkan engkau sebarkan apa yang kau nampak pagi tadi." lelaki itu berbisik perlahan. Kedua orang pengawal peribadi sudah menunggu Zoey di hadapan kereta silver miliknya. Semakin menggigil tubuh Peggie dibuatnya.

"Kalau aku nampak engkau pagi tadi pun kenapa? Biarlah kalau aku nampak pun! Kenapa kau takut sangat? Engkau ada buat salah ke?" jerit Peggie sekuat hati.
Lelaki itu tertawa sinis.

"Engkau ni pura-pura naif, kan? Orang-orang aku tak buta lagi. Aku tahu engkau ada rakam sesuatu. Kau nak tunjuk dekat siapa video-video tu?" Tangan Zoey yang masih mencengkam cuba digigit tetapi lelaki itu terlebih dahulu perasan niatnya. Cepat-cepat Zoey menerkup bibir Peggie.

"Lepaskan aku." dia masih meronta-ronta. Tangan kanan Zoey pantas membuka zip beg tangan untuk merampas telefon bimbit tersebut. Dia tidak mahu Peggie berbuat sesuatu perkara yang mampu memalukan dirinya.

"Ikut aku masuk ke dalam kereta. Kalau tidak aku akan patah-patahkan tulang engkau." Zoey berbisik lagi di telinga Peggie. Degupan jantung Peggie semakin laju mengepam. Mindanya sudah teringatkan Jackson di Malaysia. Air mata hampir saja mengalir, tetapi dia segera menahannya dari menitis jatuh membasahi pipi.

Pintu belakang kereta segera di buka lantas dia menolak tubuh Peggie masuk ke dalam.

"Apa yang kau nak buat dengan aku?" Peggie menjerit sekuat hati sambil bebola matanya masih merenung riak wajah yang mampu tersungging senyum di hadapannya.

Kenapa Zoey buat aku begini?

"Kau ingat aku tak tahu apa motif kau datang ke Indonesia ni. Engkau nak intip aku, kan? Engkau nak pastikan Kelly dapat tahu siapa aku yang sebenar. Engkau nak jatuhkan aku sebab engkau nak pastikan yang aku tak akan berkahwin dengan Kelly." lelaki itu ketawa mengilai.

"Engkau ni memang jahat Zoey! Kenapa kau buat Kelly macam ini? Kenapa kau perlu hancurkan perasaan dia dengan sikap iblis yang kau sembunyikan ni?" Peggie masih lagi menyoal kasar walaupun tangan sudah diikat ketat.

"Engkau ingat dia tu baik sangat ke? Kawan engkau tu bukannya jujur dengan engkau. Kalau bukan disebabkan dia, aku tak akan buat semua benda inilah!"
Kelly membulat bibir saat patah perkataan itu mula terbit dari bibir Zoey.

Kenapa pemuda di hadapannya kata begitu?

Apa kaitan Kelly dalam hal ini?

"Apa maksud engkau haaa?"

"Wartawan macam engkau ni banyak musuh. Engkau mungkin lupa apa yang engkau dah buat dengan dia tau? Tapi aku tak akan lupa. Dari engkau menyusahkan semua orang, lebih baik aku susahkan hidup engkau pula."
Peggie terdiam membisu.
Walaupun dia tidak mengerti apa yang telah Zoey sampaikan kepadanya, tetapi dia yakin hal ini ada bersangkut paut dengan Kelly.

Mungkinkah Kelly juga mahu berbuat jahat dengannya dalam diam?

Setelah hampir setengah jam mereka dalam perjalanan, Peggie mula meliar untuk mencari jalan agar dia dapat terjun keluar dari kereta.
Belum sempat dia membuka pintu, tubuhnya sudah ditolak kuat kemudian tubuh Zoey bertindih dengannya.

"Diam!" kedua belah tangan Zoey sudah menggoncang bahu Peggie yang sudah menggigil ketakutan.

"Zoey, lepaskan aku! Kenapa engkau ssnggup kasari aku macam ini. Apa yang engkau nak dari aku? Apa kaitan Kelly..." belum sempat dia noktahkan bicara, lehernya sudah menjadi tempat lelaki itu melepaskan kemarahan.

"Duit bukan segala-galanya. Tapi segala-galanya memerlukan duit. Engkau faham maksud aku?" jarak muka mereka makin dekat sehinggakan hidung mereka bertaut.

"Berapa lama lagi kau nak biarkan aku tersiksa Zoey? Cukuplah aku simpan rahsia ni. Janganlah dera jiwa aku lagi."
Badan Peggie semakin menggigil. Dia takut tubuhnya menjadi mangsa lelaki itu dan orangnya.

"Kalau engkau tak ganggu pekerjaan aku, mesti aku tak akan ganggu hidup engkau. Masalahnya sekarang ini engkau cuba nak bocorkan rahsia aku!" mata mula dijegilkan.

Sungguh! Zoey tercabar dengan keberanian yang sering Peggie tonjolkan untuk membuktikan siapa Zoey yang sebenar.

"Lepaskanlah. Maafkan aku! Percayalah aku tak akan kacau hidup engkau lagi. Aku tak akan beritahu sesiapa sahaja tentang engkau. Aku tak akan beritahu semua yang aku dah tahu. Aku janji yang aku akan tutup mulut aku ni." menggigil-gigil bibir itu ingin berkata. Peggie bersungguh merayu. Dia tidak mahu lelaki itu apa-apakannya.

Dia baru saja mendirikan rumah tangga tahun lepas bersama Jackson, dia tidak mahu kehidupannya hancur kerana hal yang tragis. Kasihan Jackson nanti.

Dia tidak mahu perkara buruk berlaku kepadanya. Tidak mahu ssma sekali!

"Setakat cakap mulut aje aku tak layan. Tunggu kita pergi Syurga indah aku dulu, baru aku akan percaya yang engkau tak akan sesekali sebarkan hal aku." lelaki itu mula menarik rambut Peggie sehinggakan kepalanya terdongak ke atas.

Sakit...

"Wartawan macam engkau ni memang sanggup gadaikan nyawa untuk sebarkan berita panas, kan? Jadi hari ini aku akan buat berita panas untuk engkau pula. Dan berita tu akan menjadi rahsia kalau engkau dengar setiap arahan aku."
Kedengaran tawa halus itu sangat menakutkan. Berderau jantung Peggie. Anak mata nereka berdua kian bertaut seraya tangan lelaki itu selamba saja wajah lelaki itu meliar ke mukanya.

Apa yang akan Zoey lakukan kepadanya?

Apa yang akan terjadi kepada dirinya selepas ini?

Terlalu banyak kemungkinan yang sedang dia fikirkan.

"APA masalah engkau ni Jackson? Dari dalam kereta lagi engkau macam tak tentu arah. Engkau tak sihat ke?" tegur Blanco hairan. Dari awal pertemuan mereka tadi, lelaki itu sudah menunjukkan sikap janggalnya di hadapan Blanco.

Rakannya Jackson seorang yang periang. Tetapi sepanjang hari ini, dia lebih berdiam diri berbanding berbual bersamanya.

Hari ini Blanco terpaksa meminta bantuan Jackson untuk datang menyinggah ke rumah Mak Yam bersamanya, memandangkan Tonny perlu menemani klien cerewetnya ke destinasi yang diinginkan.

"Hati aku ni rasa lain macam bro. Jantung aku ini asyik berdegup laju aje tau? Tiba-tiba aku risaukan Peggie." dia mengusap dada seraya anak matanya memandang kosong ke arah Blanco.
Setiap detik yang berlalu membuatkan jiwanya meronta memikirkan hal Peggie. Semua kerja yang ingin dia lakukan jadi serba tak kena.

Semua perkara menjadi rumit bila mindanya tidak mampu fokus untuk lakukan sebuah pekerjaan.

"Kalau risau, engkau hubungilah dia."
Blanco memberi cadangan yang tersendiri. Lama Jackson merenung ke matanya. Nampak gaya dia sedang memikirkan sesuatu perkara.

"Kalau dia bekerja, dia memang tak suka diganggu. Lagipun dia dekat indonesia, aku mana ada nombor dia dekat sana."
Keluh Jackson. Dada masih disentuh untuk merasakan debaran di dada. Risau.

"Lain kali simpan nombor telefon isteri engkau supaya engkau boleh bertanya khabar dia setiap masa. Kalau engkau tak hubungi dia, mesti hati kau sendiri jadi gusar dan gelisah."
Jackson hanya berdiam diri sambil pandangan matanya masih kelam dan diselubungi dengan kerisauan yang makin menebal.

Peggie... Apa yang sedang you lakukan sekarang ini?

"Dia kata dia ke sana dalam masa tiga hari dan hari ini sudah hari ke tiga dia di sana. Aku berharap yang dia akan bergerak pulang dalam waktu petang atau malam ini," tutur Jackson nada perlahan.

Dia dan Peggie sememangnya kurang berkomunikasi melalui telefon pintar. Kerana bagi mereka, kerja adalah perkara utama yang perlu di fokuskan. Jadi, di antara mereka tidak akan menghubungi sesiapa selagi ada kerja yang masih belum di selesaikan.

"Engkau terlalu banyak berfikir ni. Aku yakin dia baik-baik saja di sana. Bukannya tak biasa dia travel ke luar negara seorang diri. Jadi, engkau jangan risau ya? Kalau ada apa-apa yang berlaku, mesti dia sendiri yang akan maklumkan kepada engkau."
Jelas Blanco cuba memberikan kata-kata positif kepada Jackson. Dia tidak mahu lelaki itu terlalu banyak bekerja sehingga menjejaskan aktiviti hariannya.



"WEYH, betina. Bangun! Dah malam."
Peggie terus membuka matanya sebaik sahaja dia tersedar. Bilik berwarna putih itu kelihatan kosong. Langsung tiada perabot di dalamnya. Zoey sedang duduk di hadapannya sambil tersenyum senget.
Peggie kemudian memerhatikan susuk tubuhnya yang tidak berbaju. Terkejut.

Anak matanya terbelalak saat baju dan seluarnya bersepah di lantai. Terus berkaca air matanya.

"Apa yang engkau dah buat dengan aku ni?" Peggie menjerit ketakutan. Tubuh yang bersarungkan baju dalam terus di peluk. Takutnya dia malam ini. Wajah lelaki itu sangat puas memandangnya.

"Balas dendam." Zoey tergelak dengan nada yang sangat menyeramkan. Dia kemudian menindih tubuh Peggie yang masih separuh baring. Air mata Peggie berlinangan dek kerana terlalu takut.

Wajah Zoey yang dikenalinya dulu sudah kelihatan berbeza saat ini.

"Kenapa kau buat aku macam ini? Kenapa engkau perkosa aku?" Peggie teresak-esak.

"Aku nak rakam video ini dan tunjukkan dekat suami engkau yang isteri dia curang." tergeleng-geleng dalam tangisan Peggie dibuatnya. Luluhnya hati bila Zoey tergamak melakukan perkara terkutuk terhadapnya.

"Aku tak curang! Engkau yang paksa aku." Zoey ketawa seraya dia mencengkam dagu Peggie.

"Aku baru bagi sebiji pil perangsang dekat engkau, tau? Tapi engkau kemain seronok lagi layan aku. Habis basah bibir aku bila engkau gigit. Aksi engkau ni memang tak kaku. Maklumlah, perempuan berpengalaman." sinis saja nada suaranya. Sikit pun tidak berasa kesal dengan perbuatan sendiri.

Pang!!!

Satu tamparan hinggap ke pipi Zoey, menyebabkan lelaki itu tertolak ke tepi.

"Engkau nak melawan? Engkau nak protes?" teriak lelaki itu seraya tangannya laju membalas satu tamparaan padu ke muka Peggie. Semakin teresak-esak Peggie menangis sebak. Dirinya diselubungi ketakutan dan juga kesakitan dek tamparan kuat dari Zoey.

"Kenapa engkau buat macam ini dekat aku? Apa salah aku?" air matanya mula diseka perlahan. Anak matanya tak sanggup memandang ke arah lelaki berhati binatang itu.

"Salah engkau sebab dah buat aku susah. Kalau bukan engkau yang beritahu Daddy aku tentang Shinee, aku tak akan tersiksa macam ini." Zoey menghamburkan segala kemarahannya di hadapan Peggie.

"Shinee? Perempuan simpanan engkau tu?" terbelit-belit lidahnya ingin membalas.

"Engkau tak payah nak pura-pura ajukan soalan depan akulah kalau engkau sendiri dah tahu apa yang engkau dah buat sebenarnya." dia berbisik sambil satu kucupan lembut hinggap di ubun-ubun, ke pipi dan kemudian terhenti ditelinganya.

"Aku nak hubungi Jackson sekarang. Dan beritahu dia yang engkau perlu tinggal di sini dalam beberapa hari."

"Engkau nak buat apa lagi? Tak cukup lagi ke dengan apa yang engkau dah buat malam ini."

"Aku nak engkau pulang ke Malaysia dalam keadaan bengkak dekat tubuh engkau tu berkurang. Kalau engkau balik besok, mesti Jackson perasan." Peggie semakin berang mendengar penjelasan dari lelaki itu.

Dia yang buat aku sakit... Dia pula sibuk nak suruh aku sembuh dari kesakitan!

"Engkau tak ada hak nak halang aku untuk pulang ke Malaysia." jerit Peggie.

Zoey mula ketawa kecil. Rambut Peggie di belainya.

"Aku ada rakam video aksi kita berdua tau? Agak-agaknya kalau aku sebarkan aksi ranjang kita ini dekat satu Malaysia, apa yang bakal terjadi dengan wartawan terhandal di hadapan aku ni?" makin menggila perasaan Peggie bila Zoey menunjukkan pendrive yang sudah tersimpan rakaman video di dalamnya. Liurnya ditelan. Pahit.



"KENAPA you tergesa-gesa nak pulang ni? Baru jam 9.30 malam. I nak ajak you tengok wayang dulu." Tonny Alvin mencemik bibir. Anak matanya sudah membuntang ke arah Kelly.

Malam-malam pun nak ke pawagam ke?

"Aku nak berjumpa Jackson. Ada hal mustahak yang perlu kami selesaikan sekarang ini." tergesa-gesa dia berlari untuk menuruni anak tangga. Pantas tangannya di tarik agar naik ke tingkat atas semula.

"Hal mustahak? Hal apa yang penting sangat sampai you perlu abaikan klien you." dia mendesak Tonny untuk mengikut arahannya. Lelaki itu tetap berkeras untuk berpusing dan menuju ke arah parkir kereta.

"Dah hampir 12 jam kita keluar, kan? Aku pun perlukan rehat yang cukup sebelum aku bekerja untuk engkau pagi besok." saat tangannya di genggam kuat, segara Tonny Alvin menarik kasar tangannya agar lepas dari genggaman Kelly Adeline.

"Masalahnya I masih perlukan perkhidmatan you untuk malam ini."
Laung Kelly geram.

Memang saja nak pergunakan aku! Memang cerewet dia tak boleh di bawa bincang. Asyik nak kena dengar cakap dia sahaja.

"Engkau ni kawan Peggie, kan? Kalau engkau nak tahu, aku ini nak berjumpa dengan Jackson sebab dia risaukan Peggie. Tadi dia hubungi pihak hotel di Jakarta untuk bertanyakan hal Peggie."
Belum sempat dia menghabiskan ayat, Kelly terlebih dahulu mencelah.

"So? Apa masalahnya kalau dia bertanyakan hal Peggie? Kehidupan dia tu ada kena mengena dengan hidup you ke?" Tonny sudah menepuk dahinya berulang kali.

"Tunggulah aku habis cerita dulu, baru menyampuk!" bentak Tonny Alvin. Dia mula mengetap bibir menahan perasan geram.

"Okey, cerita."

"Pihak hotel kata, seharian Kelly tak ada di dalam hotel. Kereta yang dia sewa pun masih ada di bahagian parkir hotel, tetapi orangnya tak ada." berubah 360 darjah wajah Kelly Adeline dibuatnya. Dia bagaikan mati kata bila Tonny kata begitu.

"Oh God." Kelly mula berasa lemah lutut bila Tonny menjelaskan hal sebenar.

"Aku hantar kau balik rumah ya? Lepas itu aku akan pergi ke rumah Jackson."

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh