4,373
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
LUDS- 2

DARI semalam lagi Kelly tidak berpuas hati dengan Zoey. Berkali-kali dia membuat panggilan, tapi satu pun tidak berangkat. Berpuluh mesej yang dia hantar langsung tidak di baca.


Apa masalah Zoey ni haaa?


Hari demi hari, dia dapat merasakan hubungan mereka semakin menjauh.


Kenapa lelaki itu pergi ke Indonesia tanpa memberitahunya terlebih dahulu?


Bukankah Zoey sudah berjanji yang dia akan sentiasa memberi informasi kepada Kelly jika dia mahu pergi ke mana saja, walaupun untuk bekerja.


"Sudahlah tu, sampai bila engkau nak menangis? Dari pagi sampai ke petang engkau menangis aje. Jomlah makan, Jackson ada belikan Pizza untuk kita." Peggie mengusap lembut bahu si kawan yang sudah duduk melutut. Jackson yang duduk di meja makan hanya berdiam diri.


Dia pun dah hafal sangat perangai meroyan si Kelly. Kalau si gadis sudah memikirkan hal Zoey, semua benda menjadi serba tak kena. Dia sanggup tak makan seharian semata-mata mahu memikirkan tentang kekasih hatinya.


"Aku tak mahu makan." Kelly masih berkeras tidak mahu menyua sedikit pun makanan ke dalam mulutnya.


"Makanlah sikit. Jangan seksa diri engkau tu boleh tak? Besok kau dah boleh sewa kawan aku secara percuma. Dia akan ambil kau dekat rumah lepas waktu kau bekerja. Dan dia akan temankan engkau ke mana saja engkau nak pergi, seperti yang tertulis dalam terma dan syarat." wajah Kelly Adeline terus tertoleh laju memandang wajah Jackson.


Sewa secara percuma?


Dia cuba menghadam setiap penerangan yang telah di sampaikan oleh jejaka.


"Secara percuma? Bukan ke I perlu bayar deposit untuk gunakan khidmat sewaan?" Jackson tarik senyum sebelum menyambung bicara.


"Pihak Pirrates Club akan tanggung segala kos untuk bayar ganti rugi beg tangan engkau. Selama 3 bulan ini, engkau boleh gunakan lelaki sewaan tu untuk ajarkan engkau resepi memikat Zoey." membulat besar bibir Kelly. Dia tak sangka yang dia akan mendengar sesuatu perkara yang mampu mengubati luka dan kesedihannya.


Gunakan perkhidmatan secara percuma? Pergh, seronoknya.
Perempuan paling teruja bila dengar perkataan percuma.


Fuh, masuk tandas pun kena bayar 20sen tau?


"Maknanya I tak payah bayar RM 10000,00 tu?" bersinar bagaikan matahari matanya. Jackson mengangguk sambil bibirnya mencemik.


"Tapi harga beg tu berbelas ribu tau?"
Kelly saja mengingatkan Jackson.


"Iya, aku tahu. Selebihnya nanti engkau boleh claim dekat aku." Kelly menggeleng laju.


"Tak payahlah, selebihnya tak payah bayar. Lelaki sewaan tu kacak dari Zoey tak? Lelaki tu setaraf Zoey tak?" kemain lagi dia bertanyakan hal lelaki sewaan itu. Jackson jungkit keningnya sedikit. Peggie yang sibuk menguyah sudah tersenyum sungging melihat telatah si kawan.


Tadi kemain sedih lagi.


"Dia tak adalah sekaya Zoey. Kereta pun dia akan guna kereta Company saja. Tapi jangan risau ya? Untuk engkau aku akan pilih lelaki yang terbaik. Dia tu selalu menjadi pilihan klien dan dia juga antara 3 pekerja terbaik yang daddy aku ada." penerangan Jackson membuatkan Kelly begitu teruja.


Dia percaya yang lelaki itu akan buat pilihan terbaik untuknya. Dia pasti tidak akan hampa.


"I nak lelaki berwajah kacukan tau?"
Gadis secantik dia mestilah cita rasa tinggi melangit. Sudah tentu dia mahukan seorang lelaki yang sedap matanya memandang.


"Jangan risau, engkau mesti suka. Tapi ingat, jangan terjatuh hati dengan dia pula. Jangan pernah menaruh harapan tinggi kepada lelaki sewaan tu." Kelly memuncung bibir sedepa.


Kenapa Jackson kata begitu?


Mana mungkin hatinya terpanah dengan lelaki yang kehidupannya tidak setanding Zoey? Kereta pun pakai kereta company, mana mungkin Kelly akan terjatuh hati dengan lelaki begitu?


Pasti hidupnya meminjam saja kerjanya.


"Di mata I, Zoey juga yang paling kacak. Setakat lelaki sewaan, I tak akan pandang." Kelly tertawa halus. Bicara Jackson mencuit hatinya.


"Aku cakap macam itu sebab aku tak mahu ada kes yang timbul selepas kontrak sewa ni tamat," sambung Jackson yang masih mengingatkan.


"Pernah ada kes ke sebelum ni? Kalau macam itu, I tak beranilah nak sewa lelaki dekat Pirrates Club." Kelly berasa risau. Dia tidak mahu menanggung isu yang mampu menyakitkan kepala untuk berfikir.


"Lelaki yang bakal di sewa ni ada sejarah tau? 17 klien dah jatuh cinta dengan dia. Aku tak mahu engkau jadi orang yang ke 18. Aku tak mahu kau meroyan bila dia tak dapat nak balas cinta kau." cerita Jackson panjang lebar. Masing-masing tersentak bila Jackson kata begitu.


Peggie pun tidak tahu siapakah yang lelaki itu maksudkan...


Kenapa Jackson tak pernah bercerita tentang lelaki itu ya? Adakah perkara itu terlalu rahsia untuk di ceritakan kepada seorang insan yang telah berkongsi kehidupan dengannya?


"Pergh, 17 perempuan pernah jatuh cinta dengan dia? Nasib baiklah I tak sewa dia, kan? Kalau tidak mesti I akan tersangkut dengan dia." Peggie menyampuk nakal. Jackson sudah kecilkan mata tanda protes.


Peggie bukan tak tahu yang Jackson seorang lelaki yang mudah cemburu. Sajalah tu dia mahu menyakat.


"Mesti lelaki tu gay. Tak akanlah dia tak tersangkut dengan mana-mana perempuan sepanjang diri dia di sewa." Kelly membuat andaian sendiri. Dia sedikit hairan bila seorang lelaki tiada perasaan bila meluangkan masa bersama seseorang.


"Aku pun tak tahu. Tapi dialah paling lama bertahan, sebab dia tak jatuh hati dengan mana-mana klien." Kelly jeda buat seketika.


Masih hairan.


Kalau lelaki normal biasa, mestilah mereka sudah tersangkut dengan mana-mana klien, kan? Tapi mengapa tidak dia?


Mungkinkah lelaki itu tidak punyai hati dan perasaan?


"Sah dia tu lakukan hubungan sejenis. Mesti dia tu jenis yang lawan pedang!" pantas saja mulutnya tuduh melulu. Langsung tak sayang mulut.


"Entah, aku masih tak pasti. Sebab kadang-kadang dia tu terlebih romantik dengan para pekerja Pirrates Club. Aku pun masih ragu-ragu." Jackson pun tidak mampu berkata apa. Dia tidak mahu berkata benar atau tidak benar. Kerana hatinya juga masih ragu-ragu.


"Kalau dia gay pun tapi kerjanya terbaik, apa salahnya. Kehidupan peribadi dia tak payahlah kita nak pertikaikan." sampuk Peggie. Dia tidak mahu isu gay diperbesarkan saat mereka sibuk mahu bincangkan hal yang lebih penting.


"Aku nak ingatkan kau satu syarat yang paling penting dalam syarikat kami. Nak dengar tak?" Kelly tayang wajah bosan bila Jackson bercerita tentang syarat.


Berapa puluh kali pula dia perlu ingatkan diri sendiri tentang syarat? Ergh, buang masa saja.


"Kan semalam I dah baca semua syarat. Apa yang nak diingatkan lagi." Kelly menepuk dahi sendiri.


"Engkau tidak dibenarkan melakukan perkara yang boleh menaikkan nafsu lelaki sewaan ya? Maknanya kau jangan pakai pakaian yang seksi sangat bila keluar dengan dia. jangan sesuka hati nak bermanja dengan dia ya? Aku takut dengan cara itu nanti engkau terjatuh hati dengan dia." kalau banyak sangat syarat, macam mana dia nak minta si jejaka menjadi pengajarnya untuk  menggunakan teknik baru memikat Zoey?


"Kalau dia tergoda I tak boleh buat apa. I pakai pakaian macam biasa I pakailah."
Kelly menjawab selamba. Dia tidak mempedulikan syarat yang perlu di patuhi.


"Engkau tu cantik, Kelly. Husband aku ni lelaki, mestilah dia tahu yang lelaki akan terliur bila pandang perempuan cantik berpakaian seksi." Peggie mencuit pinggang sang suami.
Kelly pula yang malu sendiri bila Peggie kata begitu.


"I yakinlah yang dia tak akan tergoda dengan I. Setakat perempuan pendek macam I ni, dia pandang sekelip mata aje agaknya. Maklumlah, Dengan 17 perempuan pun dia tolak mentah-mentah saja, apa entah lagi perempuan macam I. Mungkin hati dia memang mati untuk bercinta. Mungkin dia lebih seronok bekerja untuk menghiburkan perempuan yang hidupnya menyepi." Kelly masih buat andaian sendiri. Peggie hanya tayang sengih sejak tadi.
Lega rasanya bila Kelly Adeline mula bercerita tentang hal lain.


FUH! Lega rasanya dapat melarikan diri dari Kelly Adeline. Lega rasanya bila dunianya kosong tanpa memikirkan dunia percintaannya bersama si gadis.
Dunia sentiasa merasa tenang tanpa Kelly di sisi.


Zoey memandang langit biru Jakarta. Tenang rasanya bila dia dapat bersendirian tanpa gangguan sesiapa kecuali insan yang teristimewa.


Dia sudah bertekad tidak akan berhubung dengan sesiapa saja di dunia alam maya. Zoey tidak mahu sesiapa tahu aktivitinya selama sebulan. Cukuplah ahli keluarganya saja yang tahu mengapa dia berada di sini.


"Dear, you fikir hal apa ni? Asyik pandang ke langit biru saja. Jomlah kita berehat dekat dalam dulu." seseorang merangkul tubuhnya yang berdiri di bahagian balkoni. Tersenyum indah Zoey bila wajah itu tersenyum manis di hadapannya.
Cantik saja baju Hello Kitty yang tersarung di tubuh si gadis.


"Penatnya berlari-lari dekat pantai tadi, kan? Tapi penat I jadi hilang bila I pandang wajah you, Shinee." wajah itu diraup lembut. Anak mata yang membuatkan dia ternoda terus di perhatikan sambil tangan mula meliar ke pinggang. Perlahan-lahan hidungnya menyinggah ke bahagian kepala Shinee. Dia mahu menghidu bauan wangi yang mampu mengindahkan perasaannya.


"Penat I pun hilang bila I pandang you. Thank you for everything. I rasa terharu sangat bila you bawa I melancong ke sini." Shinee mula menyandarkan kepalanya ke bahagian dada Zoey. Semakin ternoda lelaki itu bila melihat kemanjaan Shinee.


"Ikutkan hati, I nak bawa you berjalan-jalan ke negara Europe tapi disebabkan you memilih untuk ke tempat ini, jadi I tunaikan saja permintaan you." dia suka cara Shinee berbelanja. Si gadis sentiasa berfikir panjang untuk membelanjakan wang yang dia ada.


Sepanjang mereka bersama, tidak pernah lagi kepalanya berserabut untuk memikirkan perbelanjaan yang perlu dia keluarkan buat si gadis


"You tak takut ke kalau Kelly tahu tentang hubungan kita berdua?" Zoey tarik nafas sedalamnya. Dia terdiam seketika.
Lelaki itu cuba menyusun bicara kata saat nama itu membuatkan emosinya terganggu.


"You tak perlu risaukan dia. Dekat sini kita luangkan masa bersama sepuas-puasnya. Seluruh jiwa I akan jadi milik you sepanjang masa kita berada di sini. Sampai aje di Malaysia, baru kita jalankan hidup seperti biasa macam selalu, ya? I harap you faham kenapa I bersungguh sangat tak mahu putuskan hubungan kami walaupun dia asyik habiskan duit I saja." Shinee mencemik bibir. Susahnya hidup jika perlu merahsiakan hubungan istimewa bersama seseorang.


"Sampai bila? Sampai bila you perlu hidup terikat macam ini? I takut keadaan akan jadi semakin parah bila dia dapat tahu yang you..." Shinee mula menunduk wajah. Keraguan mula menguasai diri.
Bicara katanya mati di pertengahan.


"Kita datang sini untuk tenangkan diri. You tak payah bebankan minda you untuk fikirkan masalah orang lain boleh tak?" beberapa saat, bebola matanya terhala tepat ke dalam mata Shinee yang fokus memerhati. Perasan hati Zoey semakin rimas bila memikirkan hal yang sebenarnya tidak perlu untuk difikirkan.


"I bukan fikirkan masalah orang lain, I cuma fikirkan masalah kita berdua bila bertemu dengan dia," tutur Shinee nada perlahan. Dia pejamkan mata buat seketika. Riak wajah Zoey sudah bertukar 360 darjah. Masam mencuka


Macam mana dia boleh kosongkan mindanya jika hati masih tidak tenang.


"Kita fikirkan hal yang merumitkan tu bila berada dekat Malaysia boleh tak? Sekarang ini kita tenangkan diri sambil nikmati cinta yang indah ni." meleret nada suara Zoey. Dia rasa tidak selesa bila isu ini hangat di katakan.


"I tak mahu biarkan orang lain menderita atas kebahagiaan kita. I ni perempuan, mestilah I risau," ujarnya perlahan tetapi tegas. Kemudian, tapak tangan Shinee mula menyentuh lembut pipi si jejaka.


"Dear, hati I ini hanya ada untuk you saja. Perempuan macam Kelly tu langsung tak layak untuk jadi pasangan hidup I." perlahan-lahan tapak tangan itu di elus lembut sambil dia letakkan di bahagian dada. Wajah bujur sirih itu semakin mendung kelihatan.


"Dia lebih cantik dari I. Kenapa you pilih I?" air mata Shinee laju menitis. Tiba-tiba dia merasa sebak.


"Sebab hati I suruh pilih you." bercahaya terus muka Shinee bila Zoey kata begitu. Nada suara romantik itu menbuatkan hatinya mula berbunga indah.


"Kalau you ikhlas sayangkan I, mesti you perlu berkorban untuk cinta kita, kan?"
Shinee menyoal inginkan kepastian.


Dia mahu tahu, sejauh mana Zoey akan berkorban untuk cinta mereka.

"Korbankan cinta kita? Maksud you?" nada suara Zoey sedikit mendatar. Kotak fikiran mula memproses persoalan yang baru saja di tujukan keladanya. Dia merasa hairan bila Shinee kata begitu.


"Beritahu Kelly yang kita ni dah jalinkan hubungan. Beritahu dia secepat mungkin. Tak akanlah nak tunggu I dah pregnant, baru you nak beritahu dia tentang kita berdua."


Berat! Dia tak akan faham.


"ENGKAU tak payah fikirkan hal Zoey buat sementara ni ya? Aku tak mahu kau sakit." baru saja menapak keluar dari rumah, Peggie sudah memberi kata nasihat kepada rakan baiknya.


"Aku dah tak fikirkan hal dia. Cuma aku fikirkan hal lelaki yang akan menjadi teman sewaan aku. Rasa berdebar pula hati aku ini bila Jackson kata yang dia tu tak terpikat dengan 17 gadis." automatik Peggie tertawa. Dia pun berasa sangsi dengan kehidupan si jejaka.


"Engkau masih rasa yang dia tu gay ke?"
Spontan persoalan yang terpacul keluar dari bibir Peggie.


"Ya, aku masih fikirkan yang dia tu gay. Tak lojik langsung yang dia boleh tepis cinta 17 orang perempuan. Dia tu berhati kayu ke sampai sikit pun tak rasa perasaan ternoda bila klien dia ajak keluar bersama." sekali lagi Peggie meletus tawa terbahak-bahak. Reaksi wajah yang telah Kelly tonjolkan membuatkan hatinya tercuit.


"Engkau cubalah jadi perempuan pertama yang boleh pikat hati dia. Engkau cubalah dapatkan hati dia tu." saja Peggie buat ayat menduga.


"Hati dia tu mesti suka dekat kaum sejenis je. Kalau lelaki berbadan sasa dan putih gebu lalu di hadapan dia, mesti dia terliur." Peggie di sebelah mula meledak tawa. Terhibur juga hatinys bila Kelly mengomel. Sekurang-kurangnya dia sudah berhenti dari memikirkan masalah hidup dia yang membosankan tu.


"Engkau ni dalam bahaya tau kalau biarkan suami kau pergi gym setiap minggu." Kelly tersenyum nakal. Saja dia buat ayat begitu. Peggie sudah menelan liur yang terasa kesat. Senyuman yang melebar tadi mula berubah semerta.


"Apa kena mengena Jackson selalu pergi ke gym dengan kehidupan lelaki tu?" Peggie mula menggerutu. Dia kurang mengerti.


"Aduh, engkau ni otak siput lah, lambat sangat nak faham." sempat Kelly mengutuk.


"Aku ada baca satu artikel ni. Kebiasaannya, lelaki yang selalu pergi ke gym cenderung untuk bercinta dengan kaum sejenis. Aku yakin yang lelaki tu pergi ke gym juga untuk bina badan." Peggie mula kerlipkan matanya berulang kali. Dia cuba menghadam ayat yang baru saja terkeluar dari bibir Kelly.


"Engkau jangan buat gila eh? Jangan takutkan aku boleh tak?" bahu Kelly ditolak lembut. Wajah risaunya jelas kelihatan.


Jackson sering meluangkan masanya di pusat gimnasium. Jadi, bila Kelly kata begitu dia jadi gelisah sendiri.


"Aku saja nak try kau. Relaks, jangan gelabah." Kelly Adeline tertawa riang. Makin seronok pula bila merenung wajah yang masih merasa gerun.


"Aku takutlah pula kalau lelaki tu goda suami aku." Peggie dah tak senang diri. Berkali-kali dia menarik dan menghembus nafasnya.


"Kalau Jackson memang tergoda dengan lelaki sewaan tu macam mana?"


"SELAMAT Petang Madam Peggie." Tonny Alvin yang baru muncul di hadapan rumah Jackson terus memberi ucapan selamat kepada Peggie. Wajah si jejaka terus di pandang dengan riak wajah terkejut. Peggie yang baru saja menapak selangkah untuk membuka pagar, terus terkebil sendiri.


Banyak perkara yang sudah bermain di fikirannya.


"You bukan ke lelaki yang tarik tangan seorang Makcik dekat Pirrates Club tu?" Peggie mula bertanya. Dia mahukan kepastian yang mampu menjawab swgala persoalan. Tonny Alvin terus mengangguk perlahan sambil bibirbya mengukir senyuman nipis.


Dia sebenarnya tahu siapa Peggie. Tapi saja dia pura-pura tidak mengenali wanita di hadapannya, tempoh hari.


"Yes madam, Maafkan I kalau hari itu I keterlaluan." Peggie tidak menyangka yang lelaki di hadapannya rupanya tahu siapa dia yang sebenar.

"You ni kawan Jackson ke? Selama ini I tak pernah nampak pun? You kenal I rupanya? Kenapa dekat Pirrates Club you langsung tak tegur I?" Tonny Alvin tayang senyuman kambing bila kening Peggie bertaut rapat seolah-olah keningnya mahu di cantum.

"Madam Peggie Isteri kepada Jackson, kan? Tak akan pula I tak kenal. Hari itu I saja tak beramah mesra dengan you sebab I sakit hati sangat dengan perempuan lipstik merah tu. Suara dia tu macam bunyi petir. Rimas." Peggie tak mampu nak tahan tawanya.
Selamba saja dia kutuk warna lipstik kegemaran Kelly.

"You datang sini nak jumpa Jackson, kan? Tunggu kejap ya? Dia baru lepas mandi."
Jackson tundukkan sedikit kepada tanda tidak kisah. Dia sudi menunggu si kawan sehingga selesai membersihkan diri. Lagipun dia tidak tergesa-gesa untuk bersua.

"Tak apa. I okey saja. You bertolak ke indonesia malam nantikan?" saja dia mulakan pertanyaan untuk panjangkan perbualan bersama.
Peggi mula tayang wajah hairan tatkala persoalan itu terpacul keluar dari bibir lelaki berkemeja putih.

"You tahu I nak ke Indonesia?" Tonny mengangguk perlahan seraya dia mengukir senyum.

"Mestilah tahu. Jackson ajak I temankan dia untuk tiga hari sebab you tak ada dekat rumah. Dia kata you ada kerja di sana," penjelasan dari Tonny Alvin membuatkan dahi Peggie semakin berkerut seribu.

"Temankan Jackson?" saja Peggie bertanya lebih lanjut. Dia masih mahukan kepastian.

"Iyalah, Jackson tak beritahu you tentang hal ini ke?" Peggie mula mengangguk acuh tak acuh.

"Dia ajak I bermalam dengan dia dekat rumah ni sebab kami nak berbincang berkaitan strategi sewaan. Lebih mudah rasanya kalau kami bincangkan hal itu dengan berkomunikasi untuk beberapa hari ini." Peggie berfikir sejenak. Anak matanya mula memandang kosong ke arah Tonny.

"Strategik sewaan? Maksud you?" dia menggaru pipi yang mula terasa gatal.

"I perlu bekerja dengan seorang klien ni selama 3 bulan. Jadinya banyak perkara yang perlu I rancangkan bersama Jackson sebelum menjalankan kerja. Maklumlah, I tak pernah dapat kontrak 3 bulan." Bila Tonny kata begitu, automatik minda Peggie teringatkan perbincangan Kelly dan Jackson beberapa jam sebelum.

"You lelaki sewaan untuk 3 bulan?" terjungkit sedikit kening bahagian kanan.

"Iya, kenapa?"  Tonny Alvin menyoal kembali.

"Kenapa lama sangat ya you di sewa?" dia pura-pura bertanya, walhal dia tahu siapa yang bakal menyewa si jejaka.

"Entah." Tonny Alvin menjungkit bahu tanda tidak tahu.

'Tak akanlah dia gay yang di maksudkan tu? Dia nak teman Jackson buat apa ha? Tak ada perkara pelik ke yang akan berlaku jika mereka duduk berdua?' hati Peggie mula gelisah. Dia mula risaukan Jackson.

"Okey, kejap ya? I rasa dia dah habis mandi. I panggil dia kejap." tergesa-gesa Peggie mahu masuk ke dalam untuk bertemu suami tercinta.

"KAWAN you dekat depan rumah tu ke yang akan jadi lelaki sewaan untuk Kelly?" Peggie bertanya inginkan kepastian. Tegas saja nada suaranya.

"Maksud you Alvin ke? Dia dah datang ke? You tak suruh dia masuk ke?"

"I tak tahu nama dia. Tapi dia memang kawan you dekat Pirrates Club. Kenapa you ajak dia tidur dekat rumah kita tanpa berbincang dengan I?" suaranya sedikit nyaring. Membulat bibir Jackson bila Peggie tayang wajah membengis di hadapannya.

"I rasa tak perlu berbincang pun tak apa. Sebab itulah I tak beritahu you."

"I tanya you ni, lelaki itu ke yang akan menjadi lelaki sewaan Kelly?"

"Iyalah, kenapa?" Jackson yang baru saja membutang baju terus mendongak kepala buat seketika. Lurus saja kepalannya saat berdiri di hadapan Peggie.

"You nak buat apa dengan dia kalau I tak ada? Selain berbincang tentang kerja, aktiviti apa lagi yang akan you lakukan bersama dia?" persoalan itu membuatkan wajah Jackson berubah reaksi.

"Eh, mestilah buat hal yang lelaki selalu buat. I akan pergi gym dengan dia." Jsckson jawab lagak bersahaja.

"Pergi gym? No way!" suara Peggie separa menjerit. Dia tidak mahu lelaki yang dia sayangi terjebak dengan budaya yang tidak baik.

"Kenapa pula ni sayang?" lembut saja nada suara Jackson ketika bertanya.
Kakinya melangkah mendekati sang isteri. Lantas pipi si gadis mula di sentuh lembut.
Terus sahaja langkah kakinya mendekati susuk tubuh yang sudah menyandar di dinding.

"Jangan sibuk nak keluar dengan lelaki sewaan tu tanpa I ya? Lagi-lagi pergi ke gym." Jackson jeda buat seketika.

"Apa yang dah jadi ni? Cuba you berterus terang dengan I," ujar Jackson seraya anak matanya fokus memerhatikan wajah yang masih mencuka.

"Kelly ada cakap dengan I, lelaki yang selalu ke gym cenderung untuk jadi gay.  I tak mahu you jalinkan hubungan sulit dengan mamat mata sepet tu!" kening Jackson terangkat bila Peggie ungkapkan kata yang tidak pernah dia dengari sebelum ini.

Fakta apalah yang Kelly ajar ni? Rosak otak isteri aku kalau dia terpengaruh dengan si Kelly sengal tu.

" I tak mahu you menggatal dengan kaum sejenis," sambung Peggie lagi. Tegas!

Tanpa di kawal, Jackson ketawa terbahak-bahak.

Dia tidak menyangka yang Peggie akan berfikir hal begitu.

"Hahahaha..."

"Kenapa you gelak ha? I tak buat lawak,"
Peggie mula merengek kecil. Geram rasanya bila Jackson mentertawakannya..

"Selama ini I duduk berdua dengan dia dekat tempat kerja, tak pernah pun dia buat perangai pelik depan I." cerita Jackson nada biasa walaupun Peggie masih mencerlung tajam.

"Dekat tempat kerja ramai orang. Mestilah dia dapat tahan nafsu dia untuk menggoda you. Kalau dekat dalam rumah ni, suasananya lain. Kegedikan lelaki gay ni lebih teruk dari perempuan tau? I tak mahu dia main belakang dengan you tau? I tak mahu you buat aksi kuda dengan kaum you." sekali lagi, Jackson melepas tawa. Lucu rasanya bila Peggie fikir sejauh itu.

"Haaa? Main belakang?" suaranya diiringi tawa.

"Eee, I tak sukalah kalau you berdua dengan dia!" Peggie memuncung bibir sedepa.

"Mesti you memang yakin yang dia tu gay kan? Sebab itulah you risau sangat bila I berdua-duaan dengan dia." Peggie menjeling dari hujung mata bila sisa tawa masih kedengaran dari bibir Jackson.

"You sendiri tak pasti yang dia tu gay ataupun tidak, kan? Maknanya you pun tak pasti yang dia tu lelaki sejati ataupun geng lgbt, kan?" masih mengomel geram.

"Janganlah risau ya? I setia dengan you. Kalau dia goda I, nanti I tendanglah anak burung dia tu." Jackson memujuk lembut. Dia tidak mahu Peggie terlalu berfikir hal yang tidak pasti.

"Kalau you nak tahu dia tu gay ataupun tidak, apa kata you suruh Kelly goda dia sampai dia terjatuh hati dengan Kelly? Kalau dia tu memang lelaki yang suka kaum sejenis, I sendiri tak akan berkawan rapat dengan dia. Deal?"

"What? Goda dia?" 

Previous: LUDS- 1
Next: LUDS- 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh