4,377
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
LUDS- 3

"STIKER? stiker apa pula yang kau beli?" Blanco bertanya hairan. Hari demi hari, tingkah laku Yang telah Tonny tonjolkan membuat dia menjadi sedikit janggal. Asalkan balik ke rumah, pasti dia menceritakan sesuatu hal yang mampu memeranjatkan benak jiwa.

Hari ini, entah apa lagi yang akan dia ceritakan.

"Tadi aku pergi ke jalan Masjid India, aku masuk satu kedai buku agama." Blanco menjungkit sedikit kening. Dia sudah mengagak bahawa dirinya akan tersentak mendengar perbualan yang baru saja terungkap dari bibir si kawan.

"Kedai buku agama? Dah kenapa pula kau pergi ke sana?" sisi kepala muka si garu.

"Aku masih mencari dan nak tahu, Al-Fatihah tu apa sebenarnya." automatik, Blanco terdiam seketika.

Dia masih mencari?

Dia masih lagi memerhati?

Apa yang membuatkan dia terlalu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Al-Fatihah?

Jika benar dia bersungguh-sungguh ingin mengkaji makna Al-Fatihah, betapa bersyukurnya Blanco sebagai umat islam.

"Jumpa tak apa maksud Al-Fatihah tu?"
Bibirnya mula terukir senyuman nipis.

"Jumpa, tapi pekerja dekat sana suruh aku beli stiker dan poster je kalau nak tahu apa itu Al-Fatihah. Dalam poster, terkandung maksud Al-Fatihah dan cara bacaan dalam bentuk rumi."
Makin melebar garisan senyuman bila Tonny kata begitu.

Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu bersungguh-sungguh untuk mengetahui setiap inci dan bacaan yang terkandung.

Kadang, dia malu dengan diri sendiri yang jahil.

"Waktu kau masuk sana kau cakap apa aje dengan orang kedai tu?" Blanco bertanya lanjut.

"Aku tanya dia, Al-Fatihah tu apa. Penting ke Al-Fatihah dalam hidup manusia. Lepas aje aku cakap macam itu, dia terus tanya aku ini islam ataupun bukan." terang Tonny Alvin. Polos saja pandangan matanya saat merenung ke arah Blanco.

"Kenapa pula dia tanya macam itu? Aku ingatkan dia tak tahu yang kau ni non muslim. Maklumlah, muka engkau tu macam muka orang melayu yang beragama islam."

"Kalau orang islam mestilah tahu, Al-Fatihah tu apa."Blanco tersentak lagi bila Tonny Alvin mengucap bicara.

Benar apa yang di kata.

"Lepas engkau dah berjumpa dengan orang kedai tu kiranya engkau dah tahulah Al-Fatihah tu sebenarnya apa, kan?" Tonny mengangguk perlahan.

"Rupanya Al-Fatihah tu surah. Mula-mula tadi, dia ada beritahu aku yang Al-Fatihah tu ayat pertama dalam Al-Quran. Dan dia ada baca bacaan tu di hadapan aku." jelas Tonny Blanco. Matanya mula bercahaya seraya tubuh Blanco di tepuk perlahan.

"Tenang tak lepas dengar ayat tu?"

"Aku tak pernah pula dengar ayat seindah tu." jujur Tonny Alvin.

"Bila kau cakap macam itu, tiba-tiba aku rasa nak baca Al-Quran. Kali terakhir aku pegang Al-Quran waktu zaman sekolah rendah." terdetik suatu rasa yang aneh dalam jiwa Blanco.

Dia tidak pernah rasa begitu. Akan tetapi bila Tonny seolah-olah menyedarkan dirinya tentang keindahan bacaan Al-Quran, jiwa tersentuh lembut.

"Haaa, cakap pasal Al-Quran, baru aku teringat satu pesanan dari budak kedai tu." dia memetik jari tanda teringatkan satu pesanan kepadanya.

"Pesanan? Dia pesan apa?" laju saja Blanco menyoal. Dia ingin tahu.

"Dia kata, kalau ada Al-Quran di depan mata aku tak boleh pegang, aku boleh tengok aje. Aku hairan pula bila dia cakap macam itu." polos saja wajahnya.

"Kenapa nak hairan pula? Mestilah dia beritahu dekat engkau kenapa Al-Quran tu tak boleh di pegang." kalaulah dia tahu jawapan yang sebenar, sudah pasti dia tidak akan hairan dengan pesanan itu.

Aduhai, Blanco ni.

"Belum sempat dia beritahu aku tentang hal itu, boss dia dah panggil dia. Jadinya, persoalan tu masih tergantung." keluhan kecil mula kedengaran. Dia sebenarnya sedikit hampa.

"Jawapannya senang aje. Bagi agama aku, Al-Quran tu adalah kitab suci. Kalau kami nak sentuh, kami kena ambil air wudhuk." walaupun Blanco merasakan yang dirinya sangat jahil, tetapi hatinya masih mengetahui bahawa Al-Quran itu sangat tinggi nilainya. Setiap umat islam perlu menghormati dan meninggikan darjat Al-Quran.

"Seronoknya kalau dapat sentuh Al-Quran. Dapat juga aku perhatikan surah Al-Fatihah."

"Bukan surah Al-Fatihah aje kau boleh perhatikan dekat dalam tu. Kalau engkau teliti setiap inci yang terkandung dalam Al-Quran, banyak lagi surah yang kau boleh teliti dan fahami." Penjelasan dari Blanco membuatkan Tonny fokus mendengar. Barulah hatinya tidak terbeban dengan satu masalah bila persoalan itu sudah terungkai.

"Tapi macam mana?"


ANAK mata Kelly Adeline melilau ke kanan dan ke kiri. Gementar rasanya mahu menunggu kehadiran lelaki sewaannya di hadapan rumah.

Tak pernah dia buat benda bodoh seperti malam ini. Tidak pernah dia mengimpikan yang dia akan mengupah seseorang untuk menjadi teman mesranya.

Kalaulah Peggie tidak bekerja di Indonesia, sudah tentu dia meminta kata-kata semangat dari si kawan.

Ketika ini, darahnya bagai tersirap di keseluruhan wajahnya. Dia tidak boleh bertenang. Gaun merah jambu yang tersarung di tubuh mula di renung sekilas. Tersenyum sendiri bila dia melihat cara dia berpakaian.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya sebuah kereta yang meluncur dari hujung jalan belah kanan telah berhenti di hadapannya. Makin berdegup jantung dibuatnya. Lama dia perhatikan kereta tersebut sehingga tingkap terbuka luas. Sekali-sekala tangan mula menyentuh dada. Nafas pula mula di tarik perlahan dan cuba dilepaskan dalam ketenangan.

"Hello, ladies." tegur lelaki yang melambai ke arahnya dari dalam kereta.
Kelly Adeline yang mengukir senyum sebentar tadi terus berubah riak saat anak matanya terhala ke wajah si jejaka.
Tonny Alvin pun begitu. Suasana menjadi sunyi seketika. Masing-masing bertentang mata seraya jari telunjuk di hala ke muka antara satu sama lain.

Glurp...

"You?"

"Engkau?" masing-masing membulat bibir. Serentak mereka bersuara.

"Kenapa engkau pula yang jadi klien aku ni? Kalau aku tahulah engkau perempuan itu, dah lama aku tolak kontrak tu mentah-mentah." Tonny Alvin mengeluh berat. Matanya pula mula di juling ke atas tanda protes. Rasa tak bersemangat ingin menjalankan pekerjaannya malam ini.

Pantas saja Tonny keluar dari perut kereta untuk berdiri tepat di hadapan Kelly Adeline.

"I sanggup datang ke Pirrates Club semata-mata nak sewa lelaki berdarah kacukan untuk nampak lebih tinggi tarafnya berbanding teman lelaki I. Setakat you, lebih baik I tak payah sewa. Mesti teman lelaki I tak rasa tercabar dengan you." Kelly Adeline menghembus nafas berat.

Tonny Alvin hanya tayang senyuman hambar.

"Engkau kena terima hakikat yang aku ni yang jadi pilihan boss aku untuk bekerja dengan kau, jadi terima ajelah kehadiran aku ni. Nama aku Tonny Alvin anak lelaki Joseph." dia menghulurkan salam perkenalan. Kelly Adeline hanya memandang ke arah lain dan tidak menyambut salam perkenalan itu dengan baik.

"Eee, lelaki tak cukup inci macam you ni pun boleh jadi lelaki sewaan ke? Muka dahlah tak seberapa. Malangnya nasib I sebab tersewa lelaki macam you ni!" selamba dia mengutuk. Persoalan mula timbul di dalam jiwa.

Sungguh! Kelly tidak pernah terfikir yang dia akan bertemu lelaki itu semula.

"Ketinggian aku ni memang tak berapa nak cukup inci. Tapi kalau engkau nak tahu, aku ni ada burung bersaiz 8 inci tau? Boleh buat kau terdiam dan aku pun boleh buat kau puas." dia mula mengecilkan mata. Pandangan matanya sangat menakutkan. Selamba dia kata begitu. Langsung tak tahu malu. Kepalanya pula saja dia rapatkan tepat ke muka Kelly yang mendengar.
Menggigil seluruh tubuh si gadis bila pandangan mata lelaki itu mampu membuatkan dia tertunduk.

Seketika mata Tonny Alvin memandang Kelly Adeline dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jelas gadis di hadapannya berpakaian mengikut peredaran fesyen semasa.

Nampak sangat dia ni jenis perempuan yang cerewet dan merimaskan.

"Apa masalah you ni? Kenapa pandang I macam nak telan?" Kelly telan liur sendiri. Makin tak selesa bila si jejaka makin tajam merenung ke arahnya.
Tonny hanya membiarkan persoalan itu tidak berjawab. Dia masih fokus memerhatikan setiap inci tubuh Kelly Adeline. Matanya tertumpu pula pada rambut yang sengaja dikeriting. Sungguh dia rasa rimas melihat gaya rambut si gadis.

Kalaulah dia luruskan rambut seperti tempoh hari, pasti dia kelihatan lebih anggun.

"Engkau ni dahlah tak cantik, lepas itu buat rambut macam mee segera. Kalau rambut engkau ni buat maggi sup mesti sedap, kan?" Hati Kelly Adeline bagai tercampak keluar bila Tonny kata begitu.

Kemain ligat lagi lelaki itu mengutuk eh?

Pantang nenek moyang aku bila orang selamba kutuk rambut aku!

Pang!

Tiba-tiba satu tamparan melekap di pipi Tonny. Laju tanpa sempat pemuda itu mengelak. Tindakan itu membuatkan Tonny terpempan.

Dia ni dah kenapa tampar aku?

"You jangan kurang ajar sangat boleh tak? Jaga sensitiviti orang lain! Jangan sesekali you hina rambut I." tengking Kelly Adeline. Tonny terus meletus tawa bila mendengar hamburan marah itu.

"Hurm, dinda jangan marah-marah ya? Nanti lekas tua." kemarahan Kelly Adeline masih menyala-nyala. Nyanyian Tonny Alvin membuatkan telinganya semakin bernanah.

Engkau dah kutuk rambut aku...
Lepas itu engkau sibuk nak pujuk-pujuk...

"You jangan buat kelakar, I tak terhibur pun," sambung Kelly geram. Lelaki itu tayang reaksi bersahaja seraya anak matanya masih meliar merenung wajah yang masih beremosi.

"Wanginya engkau malam ini? Terliur pula aku. Menaikkan semua benda yang ada dalam baju."
Terkejut Kelly bila lelaki di hadapannya mampu membalas kata-katanya dengan ayat yang kurang menyenangkan telinga untuk mendengar.

Bagaikan diserang sakit jantung rasanya mendengar patah-patah kata yang keluar dari mulut pemuda.

Kenapa lelaki di hadapannya macam tak ada hati dan perasaan? Kelly Adeline baru saja menampar mukanya, tapi dia langsung tidak menunjukkan perasaan sakit hati.

"Perempuan macam engkau ni suka pakai minyak wangi satu botol untuk menarik perhatian lelaki eh? Kau ni mesti nak naikkan syahwat aku, kan? Sebab itulah engkau pakai wangi-wangian." pertanyaan dari Tonny Alvin membuatkan jantung Kelly bagai di tarik keluar.

Woi, mulut tak reti nak tapis! Baru saja berkenalan, tapi perangai serupa syaitan.

"Ergh, dasar lelaki gatal! Perlu ke you nak cakap benda macam itu depan I?"
Kelly mula menempelak kasar.

"Relaks, jangan menggelabah. Mungkin hari pertama ni engkau akan rasa marah bila aku gatal-gatal dengan engkau. Percayalah, engkau akan terbiasa dengan sikap aku." Kelly Adeline menggeleng-geleng kepala.

Oh no!

Aku akan menyewa si dia dalam tempoh yang lama tau? Tak akan aku perlu hadap perangai lelaki gatal seperti dia?

"I tak mahu you jadi lelaki sewaan I. Hari ini, I tak mahu ikut you ke mana-mana. Kita batalkan temu janji kita yang pertama ini!" tegas Kelly Adeline. Dia tidak mahu lelaki itu bersamanya.

Semerta, Tonny Alvin menyungging senyuman senget sambil bebola matanya fokus merenung ke dalam mata Kelly. Tangan mula membelit tubuh sendiri.

"Engkau tak boleh tukar lelaki sewaan sesuka hati tau? Mungkin engkau lupa tentang syarat yang telah engkau tandatangani beberapa hari yang lepas."
Meleret suara Tonny memberi penjelasan.

"Syarat apa lagi?" si gadis mula menengking.

"Engkau tak boleh tukar lelaki sewaan kalau engkau dah sign perjanjian. Faham?" dia bersuara nada berbisik. Kemudian, wajahnya makin mendekat sehinggakan deruan nafasnya mampu di dengari.

"Ada ke syarat macam itu?" Kelly sudah pusingkan tubuh hinggakan dia tersandar di bahagian pagar rumahnya.

"Engkau nak suruh aku buka balik ke syarat perjanjian tu? Kalau nak, aku boleh buka sekarang. Biar aku baca depan muka kau." suaranya sangat menjengkelkan. Turun naik saja nafas Kelly Adelin, menahan marah.

"Argh, sakitnya hati!" Kelly menggenggam penumbuk.

"Terimalah kenyataan yang aku ni akan gatal-gatal dengan engkau. Kalau berdegil nak tukar syarat juga, kau kena bayar denda sebab engkau tak patuhi syarat kita." Tonny Alvin tidak menghalang sekiranya Kelly Adeline ingin menjalankan pertukaran lelaki sewaan, akan tetapi bayaran denda lebih mahal dari bayaran menyewa seorang lelaki.

Tak sanggup rasanya nak bayar mahal-mahal. Rugi saja nanti.

"Kenapa I tak tahu tentang syarat tu?"
Kelly tertanya sendiri.

Tak terungkai lagi persoalan yang tiba-tiba muncul di benak fikiran.

"Sebab engkau tak baca betul-betul. Dah, cepat naik kereta ni. Aku tak ada masa nak tunggu engkau lama-lama."
Pantas Tonny membuka pintu kereta dan menolak Kelly masuk ke dalam kereta.

Haih, macam nak menculik pula!

"Eee, sakitlah bodoh. I boleh masuk sendirilah!" suara Kelly separa menjerit. Hujung matanya sudah menjeling.

Tak sampai 15 minit pun lelaki itu sudah buat perangai biadab sesuka hati, agaknya nanti pasti dia akan lakukan perkara yang lebih teruk pada ini.


MASING-MASING berdiam diri dalam kereta. Kelly pula hanya merenung ke luar tingkap untuk memandang ke arah luar. Rasa tak selesa bila keluar dengan lelaki yang sedari awal sudah menunjukkan sikap menjengkelkan di hadapannya.

"Dekat dalam kelab hari itu, kemain lagi kau menjerit serupa orang gila, kan? Kenapa malam ini engkau senyap aje? Ada emas dalam mulut ke?" kelly hanya memandang sekilas. Dia berdiam diri dan langsung tidak menjawab pertanyaan dari si jejaka.

"Dekat sebelah aku ni mesti pontianak, kan? Dia akan bersuara kalau dia nak menangis saja." automatik, Kelly pusingkan tubuhnya agar dapat memerhatikan wajah yang fokus memandu.

"Apa masalah you ni? Suka hati I lah kalau I nak diam pun? You bawa ajelah kereta ni. Jangan banyak cakap boleh tak?" kening Tonny terjongket. Senyuman yang terpalit pada bibirnya membuatkan emosi Kelly semakin tak terkawal.

"Engkau suruh aku memandu, tapi sampai sekarang aku tak tahu engkau nak ke mana." tutur Tonny memandang wajah Kelly sekilas.

"I lapar, bawa I pergi ke mana saja. Asalkan kita dapat makan." tegas Kelly yang langsung tidak memandang wajah lelaki itu.

"Ke mana saja? Engkau nak makan dekat kedai mana? Hotel 5 bintang ataupun restoran biasa?" bertubi-tubi dia bertanya. Tujuan Tonny bertanya adalah untuk memastikan Kelly selesa untuk menuju ke destinasi yang bakal mereka jejaki.

"You jangan banyak tanya boleh tak? Sepatutnya you tahulah nak bawa I ke mana. Bukannya I pula yang perlu guide you!" Kelly tayang wajah meluat. Keluham beratnya membuatkan Tonny rasa tersentap.

"Kenapa engkau ni nak marah-marah? Relaks sudahlah. Aku tanya je. Jangan menggelabah sangat boleh tak?" balas Tonny bengang. Dia hanya bertanya, tapi Kelly membalas dengan nada suara yang menyakitkan jiwa.

"I tak mahu dengar suara you. Diam boleh tak?" galak Tonny tertawa bila Kelly Adeline memberi arahan begitu.

'Oh, rupanya dia marah-marah sebab dia tak mahu dengar suara aku.' bisik hati Tonny, perlahan.

"Ini kereta aku, biarlah kalau aku nak bersuara pun."  semakin seronok dia mengusik. Jelingan maut dari Kelly membuatkan senyumannya semakin melebar.

"Ini bukan kereta you, tapi ini kereta company." saja Kelly menekan perkataan company.

"Tak kisahlah, asalkan aku yang memandu. Kalau kau ni cerewet sangat, aku tinggalkan aje dekat tepi jalan."
Balas Tonny sambil ketawa mengekek.

"You nak tinggalkan I? Haaa, tinggalkan ajelah." selamba dia membuka pintu kereta sehingga separuh. Kereta yang memandu di bahagian kiri sedikit terkejut dengan tindakan Kelly. Hampir saja kereta itu melanggar pintu kereta yang di pandu oleh Tonny.

"Woi, gila! Tutuplah pintu kereta tu." bagai nak terkeluar jantung Tonny bila Kelly memprotes. Dia terus parkir kereta di bahagian tepi jalan.

Kalau nak bertengkar, ada baiknya dia hentikan perjalanan terlebih dahulu sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

"Apa masalah engkau ni? Nak mampus ke? Kau dah lama hidup ke sampai biarkan pintu kereta terbuka? Kalau nak mampus engkau mampuslah seorang. Tak payah libatkan nyawa orang lain."
Bahu Kelly di pegang Tonny. Lelaki itu mula mengoncang tubuh Kelly Adeline yang sudah terdiam kaku.
Dia pun terkejut dengan tindakannya sebentar tadi.

"I ingatkan you kunci pintu kereta, rupanya tidak." Kelly menggigit bibir bahagian bawah. Terketar-ketar dia menjawab persoalan dari lelaki itu.
Tonny Alvin masih menggeleng geram.

"Yang engkau gatal tangan pegang pintu kereta kenapa? Kenapa kau nak bahayakan diri kita ha?" darah Tonny Alvin kian mendidih. Terbayang jika kereta tadi terlanggar bahagian pintu kereta milik Pirrates Club.

Masak dia nak menjawab nanti jika perkara itu benar-benar berlaku.

"You buatkan I sakit hati! Kalau dari awal kita berdua tak keluar, hati I ni mesti tak sakit melayan kerenah lelaki tak siuman macam you ni. I tak boleh nak hadap sikap you, sebab itulah I tak mahu duduk dalam kereta ni. Dari tadi, you asyik tunjukkan sikap biadab you depan I. Memanglah I ni cerewet, tapi you kena ingat yang I klien you. Jadi you tak ada hak nak layan I teruk macam ini." tubir mata Kelly Adeline mula berkaca jernih. Tonny tergamam. Dipandang wajah itu dengan seribu rasa di hati. Beberapa detik dia berdiam diri untuk berfikir sejenak, akhirnya pemuda itu membuka mulut untuk mengutarakan bicaranya.

"Okey, aku minta maaf atas sikap aku yang dah buatkan engkau sakit hati. Aku tanya lagi sekali, engkau nak makan dekat mana? Kalau engkau nak makan dekat hotel, aku boleh bawakan." pujuk Tonny, lembut. Dia tidak mahu isu ini diperbesarkan. Dia akui kesalahannya.

"Kenapa tiba-tiba you nak minta maaf ni? You takut I mengadu dekat pihak Pirrates Club ke tentang sikap biadab you?" hambur Kelly Adeline yang masih geram. Dia merasakan yang Tonny hanya berpura-pura meminta maaf.
Dia merasakan yang lelaki itu tidak ikhlas mengungkapkan ucapan itu.

"Kalau kau tak berpuas hati dengan layanan aku malam ini, engkau boleh buat aduan dekat Jackson. Aku tak kisah pun. Aku memang ikhlas minta maaf sebab aku tahu sikap aku keterlaluan." Tonny Alvin menarik nafas perlahan sebelum dia noktahkan bicaranya.

"Kalau bukan disebabkan aku, mesti engkau tak akan bahayakan nyawa kita berdua." sambung lelaki itu.

Kelly Adeline terkedu sehinggakan bibirnya tak mampu untuk membalas bicara. Si gadis mula hilang kata bila Tonny ubah intonasi suaranya dari kasar dan tiada perasaan ke arah nada yang sangat lembut dan tenang.

"Apa masalah you ni? Kenapa tiba-tiba nak berlembut dengan I?" Kelly Adeline tetap hairan.

Peliknya bila lelaki itu mampu berubah cara sekelip mata. Tonny hanya memekakkan telinga dan biarkan segala persoalan itu dibiarkan seperti angin lalu.

"Kenapa tiba-tiba you diam? Merajuk ke? I tak kisah pun you nak bawa I makan dekat mana-mana. Asalkan kita makan." automatik, Tonny Alvin tersenyum nakal bila Kelly kata begitu.

Dah kenapa pula dia nak merajuk?
Macam tak ada motif saja.

"Eee, siapa yang nak merajuk dengan dia entah." Tonny Alvin menjawab senada.

SELESAI memesan makanan, Kelly Adeline meliarkan pandangan matanya ke seluruh kawasan restoran yang dipenuhi dengan insan bernama lelaki. Matanya juga mula perasan dengan jelingan mata beberapa manusia di situ ke arah mereka. Bebola matanya terus terkalih pada wajah Tonny Alvin. Lelaki itu kusyuk menonton televisyen yang terpasang.

"Kenapa you bawa I dekat restoran mamak? Kalau you sibuk bawa I ke tempat orang ramai macam ini, lebih baik I tak payah bersolek dan pakai baju mahal macam sekarang ini. Low class!" Segera Tonny alihkan perhatiannya bila Kelly Adeline bersuara.

"Perempuan ni memang merumitkan. Tadi, engkau sendiri yang cakap tak kisah nak makan dekat mana saja. Jadi, aku bawalah engkau pergi ke tempat kesukaan aku." Spontan saja jawapan dari Tonny Alvin.

"Lelaki macam you mesti tak mampu nak bawa I pergi makan malam di hotel mewah, kan?" serasa bagai ditampar hati dan perasaan Tonny bila si gadis kata begitu.

'Dah terbiasa sangat terhidang dengan kemewahan di depan mata, sampai terlupa nak berpijak di bumi nyata.' Tonny Alvin mendongkol dalam hati.
Kenapa dia merasa terlalu cepat saja panas hati bila memandang reaksi Kelly? Sedangkan si gadis hanya bertanya.

Mungkinkah ayat si gadis yang kedengaran riak membuatkan dia sakit hati?

"Bila makan dekat hotel, mesti kita akan jadi janggal. Sebab itulah aku bawa engkau datang ke sini. Dekat sini nampak luar biasa sikit, kan?" mulut Kelly Adeline melopong mendengar kata-kata itu.

"Apa yang luar biasanya? I rasa tak selesa aje."dia mula berpaling tubuh dari Tonny sambil memeluk tubuh sendiri.

"Hurm, Orang kaya macam engkau ni, sekali-sekala perlu datang tempat rakyat marhaen macam aku. Engkau pun perlu juga merasa makanan yang murah-murah tapi sedap." Kelly Adeline memandang Tonny dengan riak pelik.

"I takut perut I sakitlah kalau makan dekat tempat-tempat murah macam ini," balas Kelly tegas. Lelaki itu sudah ketawa.

"Aku tak pernah dengar lagi yang orang mati sebab makan makanan murah." Tonny Alvin menggeleng kepala dalam senyuman.

Lucu pula melihat gelagat gadis bernama Kelly Adeline.

"Kehidupan I ni dah cukup mewah dah. Tak perlu pun nak makan dekat tempat awam macam ini. Buang masa saja!"
Kelly mengomel perlahan. Bibir sudah muncung sedepa.

"Bila engkau duduk dekat sini, barulah engkau boleh terbuka hati untuk tahu yang ramai manusia dalam dunia ni tak sama cara hidupnya. Memang orang macam engkau, mampu pergi ke tempat yang mahal-mahal dan berbelanja ribuan ringgit. Tapi orang biasa macam aku, tak mampu nak berbelanja ribuan ringgit semata-mata nak makan. Orang yang hidup biasa macam aku ini perlu berjimat-cermat." Kelly Adeline diam, tidak mampu nak bersuara. Entah mengapa dia merasakan yang dirinya mati kata untuk membalas segala kenyataan itu.

Perlukah dia merasa semua itu?

Perlukah dia tahu kehidupan orang lain jika dia sudah merasa sangat bahagia dengan kehidupan yang sekarang ini. 

Previous: LUDS- 2
Next: LUDS- 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh