GHAZI enggan menyerah
Iman pada pembantu rumah. Dia lebih
senang memangku Iman ketika makan walaupun anak kecil itu sering mengganggu.
Betapa resahnya aku, resah lagi hati Ghazi melihat Iman menjerit-jerit dan
menangis apabila pembantu rumah mahu mengambil anak kecil itu daripadanya.
Tidakkah pembantu rumah itu lihat
Ghazi enggan menyerah Iman kepadanya?
“Tak
apa Ghaz. Biar I aje yang pangku Iman. Dia lasak semacam kalau tahu kita tengah
makan,” ujarku tenang.
Aku
mengisyaratkan pembantu rumah itu supaya tidak mengganggu Iman buat seketika.
Tangisannya perlu dihentikan. Namun niatku dihalang. Ummi beriya-iya memaksa
kami menyerahkan Iman pada pembantu rumah. Menyakinkan aku bahawa pembantu
rumah akan melayani Iman di bilik khas yang selalu digunakan oleh cucu-cucunya
di tingkat atas.
Iman
masih meronta-ronta. Raungan Iman membuatkan jiwaku makin tertekan. Dia tidak
akan menerima orang asing yang tidak dikenali dalam sekelip mata. Di saat ini
Iman hanya mahukan aku ataupun Ghazi, bukan orang lain. Hanya wajah-wajah yang
dikenali dan yang selalu dilihatnya sahaja.
Nasi
yang sedikit tidak mampu aku habiskan. Aku perlu mendapatkan Iman. Tangisannya
meresahkan aku, meresahkan semua orang. Aku sedar, tangisan Iman menyukarkan
tuan rumah dan keluarganya.
“Ummi,
Iman tak nak orang yang dia tak kenal. Ummi tak boleh buat Iman macam tu,”
tegas Ghazi, lantas bangun mendapatkan Iman entah di mana dibawa pembantu rumah
itu.
Aku
serba-salah melihat wajah ummi dan Dato Salleh berubah. Tapi wajah ummi begitu ketara
sekali. Berubah kemerah-merahan.
Mesti
ada sesuatu tak kena. Aku boleh rasakan. Aku boleh melihatnya. Ada sesuatu yang
telah berlaku dan menahan mereka dari mendekati aku dan anakku. Dan aku ingin
tahu apa sebenarnya.
Aku
turut bangun dan mendapatkan Ghazi. Iman kini kembali dalam dukungan Ghazi. Tangisannya sedikit reda. Tidak seperti tadi
beriya-iya menangis. Memang Iman bukanlah anak kecil yang menyusahkan. Sejak
dari bayi lagi, Iman mudah diuruskan. Tapi dengan syarat, Iman perlu berada di
sisi orang yang dikenali. Mereka perlu tahu.
“Ghaz, I
need to go home. Hari ni, bukan hari yang sesuai untuk kita
beritahu ummi dengan walid fasal rancangan kita,” keluhku separuh berbisik.
Fikiranku
sudah tiada di sini. Resahku membuatkan aku sanggup menanggguh segala apa yang
kami rancang.
“Kenapa?”
tanya Ghazi terkejut.
Aku
hanya mampu menggeleng. Iman mula menangis kembali. Entah apa yang tak kena
membuatkan anak kecil itu kembali meronta dan menangis teresak-esak. Meronta
dan menjerit-jerit. Sungguh meresahkan aku. Dalam keadaan Iman menangis dan
meraung begini, tidak semudah itu aku mampu mendiamkannya. Fikiranku mula
serabut, kusut. Jika perbincangan ini mahu diteruskan, pasti aku tidak mampu
berfikir tenang.
“You
tengoklah Iman macam mana.”
“Tapi
kita kan dah bincang nak beritahu ummi dengan walid malam ni jugak tentang
hubungan kita. I tak nak tangguh lagi, Sofi tolonglah,” pinta Ghazi mengharap. “Bawa
Iman keluar dulu. Bagi dia ambil angin. Mungkin dia diam nanti.”
Suara
Ghazi bagaikan merayu. Suaranya membuatkan aku serba salah. Antara Iman dan
Ghazi, kedua-duanya perlukan perhatian. Hatiku yang sebak dan hiba saat ini hampir
menitiskan air mata ketika mendengar suara Ghazi terhadapku.
“Tak
nak tangguh apa lagi, Ghaz?” celah ummi tiba-tiba. Lantang sungguh suaranya.
Di
saat mendengar suara ummi, aku dan Ghazi bertentangan mata. Penuh persoalan,
penuh kehairanan.Suara lantang ummi mengesahkan firasatku bahawa ada sesuatu
yang tidak kena. Suara kerasummi memberitahu
yang aku perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan.
“Ghaz,
masuk, ummi dengan walid nak bincang sesuatu. Ajak Sofi sekali, dalam bilik
kerja walid,” arah ummi.
Sesuatu
telah berlaku. Tapi apa? Serta-merta wajahku berubah. Tanda ada sesuatu yang
tak kena. Aku dapat rasakan suasana tidak seperti apa yang kami harapkan. Kini
Ghazi dan aku sudah berada di bilik kerja walid. Hanya kami berempat.
“Sebenarnya,
ummi dan walid nak bincang sesuatu. Kami nak kamu berdua berterus-terang.
Terutama sekali Sofi,” ujar ummi.
Mata
wanita yang separuh umur itu meleret padaku dengan pandangan tajam.
Eh,
aku ada buat salah ke? Rasa-rasanya tak. Aku kena berani menghadapi kenyataan.
Suasana
sungguh hening. Tubuhku mula berasa hangat walaupun bilik kerja walid agak
sejuk dengan alat penyaman udara. Mata Ghazi tidak lepas memandang kedua-dua
orang tuanya. Jelas sekali, dia juga tertanya-tanya apa yang sedang berlaku
terutama sekali sikap pelik ummi. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga
termasuk aku dan Ghazi. Menunggu apa sahaja kata-kata yang akan dilontarkan.
“Sekarang,
masa untuk kita berterus-terang. Ummi tak nak sebarang muslihat, tipu-helah,
bohong, kalau nak selamat dunia akhirat. Ingat, ni ummi. Ummi yang melahirkan
Ghaz dan anak-anak ummi yang lain. Sekali Ghaz tipu ummi, Ghaz takkan bau
syurga. Takkan selamat dunia akhirat. Begitu jugak dengan Sofi. Ummi tak suka sesiapa
pun bohong dengan ummi.”
Aku
tersentak. Jadi buntu. Tipu-helah? Bohong? Muslihat? Apa maksud ummi?
“Ummi
nak tahu, siapa Iman sebenarnya. Siapa bapa dia dan siapa ibu dia? Jangan bohong. Sebab sekali Ghaz atau Sofi
bohong dengan ummi dan walid, kamu berdua takkan dapat kepercayaan kami lagi.”
Begitu keras suara ummi kepada kami berdua.
Ghazi
pantas bersuara.
“Ummi,
apa kena dengan ummi ni? Iman memang anak angkat Sofi. Sofi dengan mak dia memang
tak tahu langsung siapa keluarga Iman sebenarnya. Ghaz tahu sebab mak Sofi ceritakan
segala-galanya pada Ghaz,” tegas lelaki yang cuba melindungiku.
Saat
itu, aku mula melihat arah mana keadaan ini membawa aku sebenarnya. Aku sudah
lihat masalah. Diriku mula tersepit di antara hakikat dan kehancuran. Aku sudah nampak bahawa
dirikuakan dipersalahkan.
Mata
ummi begitu marah dan tajam memandangku.
“Bukan
ke Iman tu, anak Sofi dengan bekas kekasih Sofi? Betul tak Sofi? Jangan nak
tipu lagi. Beritahu ummi. Tak perlu simpan apa-apa rahsia lagi. Ummi dengan
walid dah tahu. Sofi hanya perlu jujur dengan kami. Ummi tak nak Sofi
mempermainkan kami, terutama sekali Ghazi.”
Aku
tergamam. Air mataku tidak semena-mena menitis.
Ini adalah satu fitnah maha besar untukku. Fitnah! Ini adalah satu
dugaan maha hebat buatku. Namun mulutku bagaikan terkunci, tidak mampu untuk
menepis fitnah dan tuduhan paling tidak berasas yang pernah aku dengar.
“Ummi!”
Suara Ghazi mula meninggi. Mula berang.
“Jangan
salahkan ummi, Ghaz. Ummi dapat berita ni pun dari orang yang ummi dengan walid
percaya. Takkan dia nak tipu kami?” celah Dato Salleh mempertahankan hujah
isterinya.
“Siapa
orang tu, ummi? Ghaz nak tahu! Suka-suka hati aje beritahu fitnah yang tidak
berasas ni pada ummi dengan walid hinggakan ummi dengan walid lebih percayakan
orang tu dari anak sendiri?”
“Ghaz!!!”
Laung Dato Salleh lantang. “Jaga sikit mulut kau tu! Jangan sesekali tinggikan
suara depan ummi. Tak bau syurga kau nanti. Baik minta maaf cepat!”
“Walid,
memfitnah pun satu dosa besar. Dosanya lebih besar dari membunuh. Ghaz bukan
nak jadi anak derhaka tapi Ghaz nak selamatkan ummi dari buat dosa ni. Ummi
dengan walid tak nampak ke, Iman bukan anak sesiapa, tapi anak dari orang yang
tak dikenali.”
“Betul
ke Sofi? Iman bukan anak bekas kekasih Sofi?” tanya ummi, ingin penjelasan.
Aku
terdiam. Saat itu, aku mula terkenangkan nasihat Siti. Kata-katanya
terngiang-ngiang di telinga. Ya ALLAH, semuanya sudah terlewat untuk aku
berterus-terang. Benar kata Siti tempoh hari. Jika aku lewat memberitahu Ghazi
hal sebenar, tanggapannya akan membuatkan keadaan jadi lebih sukar. Silap hari bulan, Ghazi mampu mengandaikan
sesuatu yang di luar jangkaan.
“Sofi,
beritahu hal sebenarnya.Tak payah nak selindung,” tegur Ghazi.
Aku
membatukan diri.
“Sofi?”
Suara Ghazi berbeza kini.
Aku
jadi trauma tiba-tiba. Nada suara Ghazi benar-benar buat aku takut. Kebenaran sudah berada di hujung lidah, namun
segala-galanya sudah terlambat. Terlalu lambat. Aku sudah tiada
pilihan lagi. Terpaksa berterus-terang.
“I
cuba ceritakan hal sebenarnya pada you, tapi you
tak pernah bagi I peluang. Setiap kali I sebut nama dia, you marah,”
keluhku sambil menundukkan wajah. Tidak berani bertentang mata.
“You
cakap apa ni?” Bulat mata Ghazi merenungku.
Terasa
diriku goyah biarpun aku cuba menyampaikan hal sebenarnya.
“Selama
ni, I cuba nak cakap dengan you, yang Iman sebenarnya anak Amri. Tapi you tak
pernah pun beri peluang untuk I cakap,” jelasku.
Kini
tumpuan Ghazi sepenuhnya padaku. Pandangannya begitu tajam sekali. Matanya
seolah-olah menghiris-hiris hatiku. Perlahan-lahan dia menggeleng. Cuba menidakkan
sesuatu yang jelas kebenarannya.
Setitis
air mataku menitis ke pipi. Aku mengangguk.
“I
cuba terangkan hal sebenarnya tapi setiap kali I sebut nama Amri, you tak boleh
nak kawal marah you, Ghaz,” rintihku perlahan.
Air
mataku mula menitis perlahan-lahan. Ya ALLAh, tolonglah hamba-MU ini.
“Astaghfirullahalazim...”
Mengucap panjang Ghazi.
Tulang rahang di pipi bergerak-gerak. Ya, dia sedang marah. Sangat marah.
“Kenapa
Sofi? Kenapa you biarkan I percaya yang Iman anak orang yang you tak kenal?
Padahal dia anak you sendiri? You sanggup bohong I, beritahu yang you hanya ibu
angkat sedangkan you adalah ibu sebenarnya Iman. Tergamak you tipu I dan
mengaku yang Iman bukan anak you. Apa jenis perempuan you ni? You sengaja nak
perangkap I, kan?”
Aku terpinga-pinga, lantas menggeleng pantas. Bukan itu cerita yang sebenarnya! Tuduhan Ghazi
lebih berat dari tuduhan umminya sendiri. Aku tidak
sanggup mendengar tuduhan dari lelaki yang aku sayangi. Dan aku tidak sanggup ditewaskan
lagi kerana cinta. Aku tidak sanggup dilukai kerana fitnah
ini. Ini terlalu berat untukku tanggung. Aku harus kembalikan keyakinan
kekasihku, jika tidak, dia akan pergi dariku begitu sahaja.
“Ghaz,
tolong dengar dulu apa yang I nak cakap. Memang betul, Iman anak Amri. Tapi I bukan ibunya. Sumpah! Demi ALLAH! I
tak ada kena-mengena dengan Iman. I dengan Amri dah berpisah bertahun dulu. I
dengan dia tak ada apa-apa hubungan istimewa. Percayalah.”
Aku
sanggup melutut. Merayu apa sahaja. Aku tak kisah itu semua. Asalkan Ghazi
kembali kepadaku. Aku tak sanggup hidup tanpa dia.
“I think, you
can go home now, Sofi. Baliklah, dan jangan datang lagi. You dah
tipu I, walid, ummi dan seluruh keluarga I. Pergilah, jangan tunjuk muka you
lagi depan I. I benci tengok mukayou!”
“Ghaz!
Jangan buat I macam ni,” rayuku, air mata mula
mengaburi pandangan. Namun itu tidak
menghalang aku untuk terus merayu padanya.
Berlinangan
air mataku di hadapan mereka semua. Menangis di hadapan Ghazi, walid dan ummi. Aku
sudah tidak kisah perasaan malu demi mengembalikan kepercayaan mereka padaku. Aku
tak nak berpisah dengan keluarga ini, lebih-lebih lagi Ghazi.
“Demi
ALLAH, I bukan ibu Iman yang sebenar. I tak pernah kahwin pun dengan
sesiapa. Percayakan I, Ghaz. Selama ni, you percayakan I. Tapi kenapa sekarang
tak?”
“Kejujuran itu penting dalam mana-mana hubungan,
Sofi. Sama ada berkawan, kita dengan
keluarga kita atau dengan sesiapa aje. Tapi Sofi dah anggap kejujuran tu tak
penting dalam membina kepercayaan dalam satu-satu hubungan terutama sekali pada
Ghaz, ummi, walid dan keluarga kami. Baliklah Sofi,” ujar ummi dengan nada tenang.
“Sofi
tak ada niat nak sembunyikan hal ni dari Ghaz, ummi.”
“Tell me Sofi, mak you pun sama berkomplot
dengan you ke untuk dapatkan I? Ataupun
mak you sendiri pun tak tahu tipu muslihat you ni? Betul kan, Iman anak you
tapi you dan mak you sengaja sembunyikan hal ni dari kami semua?”
Aku
terpaku bila mendengar nama emak disebut-sebut. Sampai hati dia menuduh emak kononnya berkomplot dengan rancangan
aku. Malah tidak pernah terlintas di fikiranku selama ini untuk berbuat
demikian. Berita yang mereka terima dan dengar,
semuanya dusta belaka.
Apakah Ghazi lupa selama ini dia yang memujukku untuk
menerima kehadirannya? Bukankah dia yang
merayuku agar memberi peluang kepadanya untuk membuktikan bahawa dirinya bukan
lelaki sekejam Amri yang pernah melukakan aku suatu ketika dahulu?
Ghazi
memandangku sambil bercekak pinggang. Pandangan matanya sudah memberitahuku
bahawa dia tidak percaya dengan apa sahaja yang aku cuba buktikan kepadanya.
Saat itu aku sedar aku tiada peluang untuk membela diri, apatah lagi untuk
meyakinkan kepadanya bahawa apa yang didengarinya dari ummi adalah fitnah
semata-mata. Kebenaran yang aku cuba hamparkan
hanya perbuatan sia-sia. Saat ini dia lebih mempercayai ibunya dariku. Sebagai
seorang anak, itulah yang sepatutnya!
Air
mataku menitis tanpa henti. Tuduhannya menyakitkan perasaanku.
“Percayalah
cakap I, Ghaz. Tolonglah, dengar dulu apa I nak cakap,” pintaku mengharapkan
pengertian darinya dan diberi peluang sekali lagi untuk aku terangkan
segala-galanya. Aku
tetap mahu menagih peluang.
Ghazi
segera meninggalkan aku terkapai-kapai di situ.
Tidak sekali pun menoleh ke belakang melihatku buat kali terakhir. Malah tidak mengendahkan tangisan Iman ketika
ini.
Tanpa
menoleh, aku terus membawa Iman keluar dari situ.
Semuanya
sudah terlambat. Hubungan aku dengan Ghazi putus begitu sahaja.