Home Novel Cinta UMAR AISYAH
UMAR AISYAH
Riana Elyan
30/1/2021 13:43:02
7,796
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

Wajah tanpa riak Umar, Aisyah pandang dengan mata yangterbeliak besar. Rasanya dia tak salah dengar tadi. Dia juga beum pekak lagi.Masih boleh mendengar apa yang baru saja meluncur keluar dari mulut lelaki itu.Tak salah dan dia yakin sangat apa yang dia dengar tadi.

“Apa? Boleh awak ulang apa yang awak kata tadi?” pintaAisyah. Tangan dia juga memainkan peranan. Memberi isyarat agar lelaki ituulang semula. Rasa macam tak berapa dengar apa yang Umar baru katakan tadi.

Umar buat muka jengkel. Wajah terkejut Aisyahdipandang tajam. Gadis itu memang sengaja. Bukannya dia tak tahu Aisyah dengartapi sengaja buat-buat tak dengar. Tarik nafas dalam, Umar ulang kembali apayang dia katakan tadi dengan sekali nafas saja.

“Kita kahwin. Aku nak kita kahwin secepat yangmungkin. Dengar?””

Sekali lagi ajakan itu meluncur keluar dari mulutUmar. Aisyah yakin. Memang kali ini dia tidak silap dengar. Umar mengajak diakahwin. Dia pandang muka lelaki itu. Serius. Sangat-sangat serius. Jangan kataUmar ambil serius dengan apa yang dia kata tempoh hari. Dia hanya main-mainpada masa tu.

“Kahwin?! Awak jangan nak main-main, Umar! Kenapapulak kita kena kahwin? Saya taknak! Lagipun saya dengan awak bukannya bercintasampai nak kena kahwin.” Ajakan atau lamaran  Umar itu ditolak mentah-mentah. Dia gelisah.Aisyah menyedut minuman yang dia pesan tadi.

Umar jungkit kening. Dia senyum sinis. “I don’t take no as a answer.”

Aisyah merengus perlahan. Lelaki di hadapannya inimemang betul-betul menyebalkan hati. Senang-senang ajak dia kahwin macamlahmereka pernah ada hubungan sebelum ini.

“Lupa? Kau sendiri yang ajak aku kahwin sebelum ni?”ujar Umar sinis. Mengingatkan Aisyah kembali yang gadis itu juga pernah ajakmereka kahwin sebelum ini.

“Saya tak maksudkan apa yang saya cakap hari tu.Terkeluar, okey? Lagipun masa tu saya geram sangat dengan awak. Awak berlagaksangat kata tak perlukan perempuan dalam hidup awak. Habis tu siapa yangberanakkan awak dulu? Bukan seorang perempuan ke?” Aisyah meluahkan apa yang diarasa seraya membidas lelaki itu. Tak kalah dengan Umar yang makin menyebalkanhati dia.

Tajam mata Umar memandang Aisyah. Gadis di hadapannnyaini memang berani. Setiap katanya seboleh mungkin gadis itu mahu pangkah.Sangat berbeza dengan Aisyah yang dia kenal semasa di bangku sekolah. Lebihpolos dan mengikut katanya.

“Kau faham tak maksud kata aku dulu? Yes, memang aku kata aku tak perlukanperempuan dalam hidup aku. Tapi sebagai isteri bukannnya seorang ibu. Bezakanantara ibu dengan isteri tu,” bidas Umar balik.

Aisyah kerut dahi. Dia langsung tidak faham denganUmar. Apa masalah lelaki itu sampai tak nak ada isteri. Macamlah teruk sangatkalau ada seorang diri. Belum khiamat lagi hidup lelaki itu.

“Sebenarnya apa masalah awak ni, eh? Kenapa awak taknak beristeri sangat? Awak takut atau awak pernah dikecewakan sebelum ni sampaiawak tak percaya perempuan yang bergelar isteri?” duga Aisyah. Dia betul-betulingin tahu kenapa. Pasti ada sebab kenapa Umar bersikap seperti ini.

“Semua yang kau kata salah. Aku tak pernah kecewadengan mana-mana perempuan. Tak pernah ada perempuan yang tolak aku sebelum nitapi aku yang tolak mereka. Bukan sebab aku takut atau apa. Faham?” Umarmemandang Aisyah yang menayang wajah menyampah.

“Jadinya, sayalah perempuan pertama yang tolak awakni?” Aisyah jungkit kening berulang kali. Dia tersenyum-senyum. Sengaja nakkenakan Umar.

Terketap rahang Umar melihat reaksi Aisyah. Gadis itumemang sengaja. Tidak lama dia ukir senyum sinis. Aisyah silap jika gadis itufikir boleh menolak dia.

“No. Kau tak akan jadi perempuan pertama yang tolak aku.Dan tak akan ada mana-mana perempuan yang akan tolak aku. Aku ada cara akusendiri untuk buat kau setuju.” Angkuh dan penuh makna Umar menjawab.

“Apa maksud awak? Awak jangan nak macam-macam, Umar.Saya taknak ada masalah timbul nanti.” Aisyah cuak. Dia Umar yang mengukirsenyum sinis.

“Masalah tak akan timbul kalau kau terima. Keputusandalam tangan kau, Aisyah. Sama ada nak terima atau tak. It’s simple.

Gelas yang berisi minuman Umar capai. Dia menyedutsedikit air itu sambil menanti jawapan Aisyah. Kening diangkat tinggi dengansenyuman senget di hujung bibirnya.

Melihat raut wajah Umar itu, Aisyah tahu yang lelakiitu pasti telah merancang sesuatu. Lelaki itu nampak terlalu yakin yang diaakan menerima ajakannya. Aisyah genggam tangannya erat. Dia mula rasa menyesaldengan kelancangan mulut dia dulu. Kalaulah dia tahu akan jadi macam ini,memang dia tak akan tegur Umar tempoh hari. Dia akan buat tidak nampak Umarapatah lagi menegur lelaki itu.

 

DALAM perjalanan pulang ke tempat kerjanya, Aisyahtidak lepas mengerling Umar yang sedang memandu. Dia masih memikirkan kata-katalelaki itu. Setiap kata-kata Umar berlegar-legar dalam mindanya hinggamembuatkan dia rasa sesak nafas. Jika dia terima lamaran Umar, mereka akanberkahwin. Namun sejauh mana perkahwinan itu akan bertahan nanti. Jika diamenolak pula apa yang Umar akan lakukan. Aisyah tak dapat fikir apa yang Umarakan lakukan. Lagipun dia tak tahu sikap sebenar Umar bagaimana.

Aisyah berdeham perlahan untuk menarik perhatian Umar.Kejap-kejap dia memandang Umar. Kejap-kejap dia memandang jalan raya yangmereka redah. Sudah tak jauh dari syarikat.

“What?” tanya Umar senada tanpa memandang Aisyah.

“Kalau saya terima ajakan awak dan kita kahwin, adakemungkinan tak yang awak akan ceraikan saya? Saya nak tahu,” soal Aisyah. Diaingin menimbang tara semua kemungkinan yang bakal berlaku sebelum dia membuatkeputusan.

Sementelah kahwin itu bukan perkara main-main.Melibatkan masa depan dia dan Umar. Banyak perkara yang dia perlu ambil kira.Banyak faktor yang dia perlu fikirakn. Dia perempuan. Pasti dia yang terukterkesan nanti

Umar pandang Aisyah seketika sebelum memandang kedepan semula.

“Kenapa kau tanya?” keningnya terjongket tinggi.

“Memanglah saya kena tanya. Ni pasal masa depan saya.Saya taknak kahwin sekejap lepas tu cerai. Saya taknak jadi janda, okey? Oh,itu memang mimpi ngeri.” Aisyah buat muka. Tak sanggup bergelar seorang jandadalam usia yang muda. Rasa agak ngeri.

Berkerut kening Umar. Dia senyum senget lepas itu.

“Depend. Aku tak kisah kalau bergelar duda sekali pun”

“Umar! Saya tak main-mainlah! Saya serius!” naikseoktaf suara Aisyah. Dia menjeling Umar tajam.

Meletus tawa Umar. Hanya sekejap. Tapi cukup untukmembuatkan hati gadis di sebelahnya itu membara. Tahu yang gadis itu marahdengan gurauan kasarnya.

“Semua tu bergantung pada kau, Aisyah. Macam yang akukata sebelum ni. Keputusan dalam tangan kau. Pilihan kau nak perkahwinan yangkekal atau tak. Aku tak paksa dan aku juga tak kisah. Kalau kau tak nak jadijanda, jadi fikirlah cara supaya aku tak ceraikan kau. Kalau kau nak berceraiaku juga tak kisah. Aku tak boleh paksa kau kekal dalam perkahwinan yang takbuat kau bahagian kan?” ujar Umar tanpa rasa. Dalam hal ini dia lebih memlihsikap terbuka. Semuanya akan bergantung pada Aisyah nanti

Dia memandang Aisyah yang sudah terlopong kecil. Rautwajah gadis itu seakan tidak dapat menerima apa yang baru dia katakana tadi.

“Saya tak faham betullah dengan awak ni. Saya tak tahuapa masalah awak. Awak buat saya pening kepalalah, Umar” gerutuk Aisyah tidakpuas hati. Dia bepeluk tubuh.

Dia betul-betul tak faham dan tak boleh hadambagaimana cara Umar berfikir. Umar buat semuanya nampak mudah. Sedangkanhakikat sebenarnya bukan semudah itu. Tapi kenapa Umar langsung tak nak fahamitu.

“Aku tak minta kau faham aku. Aku cuma nak jawapandari kau. Sama ada kau terima atau tak. Semuanya dalam tangan kau. ” ujar Umar.

Aisyah tidak membalas. Dia mati kata untuk menjawabapa. Sudahnya dia hanya diam hingga kereta Umar berrhenti di hadapan bangunantempat kerjanya. Aisyah membuka tali pinggang keselamatan. Lagi cepat diakeluar dari kereta Umar, lagi cepat Umar akan pergi dari sini. Buat masa iniAisyah tak nak berjumpa dengan lelaki itu.

“Wait, Aisyah.”

Lengan Aisyah ditariknya agar gadis itu tidak keluar.Kejap pegangan tangan Umar pada lengan Aisyah. Wajah dingin Aisyah dipandanglama sebelum dia membuka mulut.

“Aku bagi kau masa sampai hari Sabtu. Kau terima atautak Sabtu ni kita jumpa. Faham?” kening dijongket  tinggi.

Aisyah angguk.

“Jawab guna suara kau, Aisyah” keras suara Umarmemaksa. Selagi dia tidak mendengar suara gadis itu dia tidak akan lepaskantangan Aisyah.

“Faham,” jawab Aisyah dengan muka meluat.

Mendengar suara gadis itu baru Umar lepaskan tanganAisyah. Dia melihat Aisyah  yang keluardari perut keretannya dan masuk ke dalam bangunan empat tingkat di hadapannya.Umar ukir senyum sinis. Gadis itu akan terima juga ajakannya nanti. Dia pasti. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Riana Elyan