Home Novel Cinta UMAR AISYAH
UMAR AISYAH
Riana Elyan
30/1/2021 13:43:02
7,803
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Satu susuk tubuh tegap dan sasa berkemeja biru gelapmenarik perhatian Aisyah. Lama dia memandang susuk tubuh tegap yang dudukmembelakanginya. Dahi Aisyah berkerut seribu. Hatinya kuat mengatakan yang diakenal dengan susuk tubuh tegap yang sedang menjamu selera itu. Tapi Aisyahtidak berani untuk menegur kerana takut dia tersilap orang.

Aisyah tidak yakin kerana sudah hampir bertahun diatidak berjumpa dengan lelaki itu. Jika lihat dari belakang memang susuk tubuhtegap itu sama dengan lelaki yang dikenalinya cuma Aisyah bimbang dia tersilap.Takut memalukan dirinya sendiri. Tapi makin lama Aisyah merenung susuk tubuhtegap itu hati Aisyah makin tidak tenang. Hati berkobar-kobar untuk menegursusuk tubuh tegap itu.

Teragak-agak Aisyah bangun dan menghampiri susuk tubuhtegap itu. Semakin dia hampir dengan susuk tubuh itu semakin kuat detakjantungnya. Hati berdebar kuat. Aisyah berdiri di belakang susuk tubuh tegapitu. Bibir bawahnya Aisyah gigit perlahan.

“Umar?” ketar nada suara Aisyah menegur.

Aisyah lihat lelaki itu berpaling. Kepala lelaki itumendongok memandangkan ke arahnya yang sedang berdiri tegak. Dalam diam Aisyahmelepaskan keluhan lega saat seraut wajah itu menyapa pandangan matanya. Diatidak salah orang. Lelaki itu memang Umar. Syed Umar Adrian.

Umar yang leka berbalas mesej dengan Faleeq tersentakkecil apabila namanya dipanggil oleh satu suara asing tapi lembut. Serentak itudia berpaling ke arah belakang datangnya bunyi suara lembut itu. Kepalanyadidongokkan memandang ke arah seorang wanita bertudung litup bewarna kuningcair. Berkerut kening Umar. Dia memandang gadis itu atas bawah.

“Yes?” soal Umar dengan kening yang terjongket tinggi.

Aisyah tarik senyum nipis. “Saya Aisyah. AisyahDaihani. Kita pernah satu sekolah dulu” ujar Aisyah.

Raut wajahnya jelas teruja kerana dapat bertemu denganUmar pada hari ini. Dia memandang wajah Umar lama dengan harapan lelaki itudapat mengingatinya.

“Aisyah Daihani?” Gumam Umar perlahan.

Kotak memorinya dikerahkan untuk mengingati siapaAisyah. Muka Aisyah dia macam tengok sebelum ini cuma Umar tidak berapa pasti.Nama Aisyah disebut berulang kali di dalam hati agar dia dapat mengingati siapagadis itu.

Aisyah Daihani. Satu sekolah. Budak pendek dan gemukyang selalu dibulinya dulu. Umar ingat sekarang siapa Aisyah. Perlahan-lahankepalanya dianggukan berulang kali.

“Oh, Aisyah. Aku ingat sekarang. Duduklah” Umarmempelawa Aisyah duduk di hadapannya. Telefon pintarnya diletakkan di atasmeja. Fokus matanya tertumpu kepada Aisyah.

Aisyah segera mengambil tempat di hadapan Umar. Diamelemparkan senyuman kecil kepada jejaka kacak itu. Beg tangannya diletakkan dikerusi sebelah. Aisyah sempat mengerling jam tangannya sekilas. Dia masih adamasa 30 minit sebelum dia perlu masuk kerja. Mujur juga tempat kerjanya dekatdengan cafe ini. Taklah dia tergesa-gesa nanti. Masih ada masa untuk berbualdengan Umar sebentar.

“Awak sihat? Lama saya tak dengar khabar tentang awaksejak kita habis sekolah dulu.” Aisyah membuka bicara. Walaupun hati diaberdebar Aisyah masih boleh berlagak seperti biasa. Sedangkan Umar dulu adalahpembuli  masa zaman sekolahnya.

“Macam yang kau tengok aku sihat. Kau?”

Umar melayan saja pertanyaan Aisyah. Matanya masihtidak putus merenung wajah Aisyah.

“Alhamdulilah, saya sihat.”  Umar angguk

“Kau nampak lain sekarang tak macam dulu. Kalau kautak tegur aku tadi memang aku tak akan kenal kau. Tak takut pula kau tegur akutadi?” sinis nada suara Umar.

Aisyah senyum kekok. Kepalanya ditundukkan sedikit.Agak terkesan dengan kata-kata Umar. Seolah-olah lelaki itu tidak senang dengandia.

“Manusia boleh berubahkan? Tak salah rasanya kalausaya nak berubah kalau itu boleh buat saya rasa gembira dan kuat. People make a change in their life, right?” Itubalasan Aisyah.

Renungan tajam Umar ditentang berani. Mungkin duluUmar pembuli dia tapi sekarang tidak lagi. Umar usahawan berjaya. Mustahillelaki itu akan bersikap seperti dulu. Suka buli orang.

Terbit senyuman senget di hujung bibir Umar. Kepalanyadianggukkan berulang kali mengiakan kata-kata Aisyah. Tawa kecil meletus darimulutnya.

“So, how yourlife? Good or not?” Umar menanyatentang kehidupan Aisyah.

“Alhamdulilah, setakat ni hidup saya okey je. Adamasalah itu perkara biasa. Tapi tak tahulah kalau lepas jumpa awak ni hidupsaya jadi haru-biru.”

“Kau nak kata jumpa aku ni boleh datangkan masalahdekat kau? Macam tu?” Agak tidak puas hati Umar membalas.

Dia berdecit kecil. Kalau tak hidup jadi haru-birujangan tegur dia. Umat pun langsung tidak kisah jika Aisyah tidak menegurnyatadi.

“Taklah. Bukan itu maksud saya. Saya cuma bergurau.Awakkan usahawan muda yang terkenal. Manalah tahu nanti saya kena serang denganpeminat awak ke? Entah-entah nanti saya kena serang dengan tunang awak ke sebabtegur awak di tempat awam macam ni.” Aisyah menjelaskan kata-katanya tadi.

Umar ketawa sinis. Seolah-olah Aisyah telah membuatlawak membuatkan gadis di hadapannya itu berkerut dahi. Tidak faham kenapa Umartiba-tiba ketawa.

“I’m not, Aisyah. Kalau aku dah bertunang berita itu pasti dah tersebarke seluruh Malaysia. Kau ada dengar gosip pasal aku bertunang atau ada awekke?”

Aisyah mengeleng kecil. Memang gosip pasal Umarbertunang langsung tidak didengarinya. Sedar akan kesilapannya sendiri Aisyahsenyum tidak bersalah. Lupa pula dia apa-apa yang berkaitan dengan lelaki itupasti akan terpapar di dada akhbar.

“Tak”

“Jadi kau tahu kau jawapannya” ujar Umar.

Dia memandang Aisyah yang mengangguk kecil.

“Kau? Dah bertunang atau kahwin?” soal Umar pula.

“Tak. Lagipun saya baru habis belajar dan bekerja.Takde masa lagi nak fikir pasal kahwin,” jawab Aisyah jujur.

Memang itu yang dia sering fikir semenjak dia habisbelajar beberapa bulan yang lalu. Dia pun baru mula bekerja. Soal kahwin diatolak ke tepi. Malas nak fikir lagi kerana mahu fokus pada kerjayanya.

“Awak pula macam mana?”

Umar angkat bahu. “Komitmen aku bukan padaperkahwinan. Aku lebih suka bekerja dari fikir nak jaga isteri atau anak” jujurUmar menjawab.

Disebabkan sikapnya itulah, mamadia sering bising. Setiap hari pasti mama dia akan mendesak diauntuk mencari caon isterinya sehingga membuatkan dia rimas. Disebabkan itu diamengambil keputusan untuk tinggal sendiri dan bukan bersama keluarganya lagi.Jika ada baru dia akan menjenguk orang tua.

“Takkan awak tak pernah terfikir nak ada isteri atauanak kut? Rasanya semua orang akan fikirkan perkara yang sama. Ada isteri yangboleh senang hati dan anak yang boleh bawa kebahagian.”

Entah mengapa Aisyah menganggap yang Umar ini seorangyang prejudis terhadap sesebuah perkahwinan. Dari tutur kata dan juga riakwajah lelaki itu, Aisyah rasa Umar bukan seorang lelaki yang memerlukan wanitadalam hidupnya. Lelaki kacak itu Nampak lebih selesa hidup tanpa wanita yangbergelar isteri.

“Pada orang lain mungkin ya. Tapi aku tak. Aku taksuka diri aku terikat. Lagi-lagi dalam sebuah perkahwinan. Ia boleh buat diriaku terkongkong dan aku tak suka bila ada yang cuba untuk kongkong akulagi-lagi perempuan. Dan aku tak suka ada perempuan atau anak dalam hidup aku”

Umar pandang Aisyah yang sudah berkerut dahi. Memangdia sudah jangka yang gadis itu akan memberi reaksi begitu. Ini bukan kalipertama dia menyataan pandangan mengenai perkahwinan. Rata-rata akan memberireaksi yang sama seperti Aisyah.

Aisyah diam. Dia pandang Umar. Lelaki di hadapannyaini memang pelik. Sama seperti dia di zaman sekolah dulu. Dia tak pernah lagijumpa dengan lelaki yang tak suka pada perkahwinan. Disebabkan sikap lelakiitu, Aisyah tanpa sedar tutur cadangan yang tidak sepatutnya.

“Macam mana kalau saya ubah mentaliti awak padaperkahwinan? Kahwin dengan saya. Dan awak akan sedar apa maksud sebuahperkahwinan.”

 

KELUHAN kasar terlepas keluar dari mulut Aisyah.Mengejutkan rakan serumahnya, Dania yang sedang menonton televisyen. Daniamemandang wajah Aisyah yang Nampak tertekan. Bukannya dia tidak sedar wajahAisyah seperti seorang yang sedang menghadapi masalah besar. Sejak dari gadisitu balik dan kini duduk bersama di ruang tamu Aisyah seakan tidak fokus danbanyak termenung.

“Kau kenapa, Aisyah? Ada apa-apa masalah ke?” soal Daniaingin tahu.

Wajah mendung Aisyah dipandangnya. Sah. Memangrakannya itu ada masalah. Riak wajah itu Aisyah akan tunjuk jika gadis itumenghadapi sebarang masalah.

“Ya, tapi aku sendiri yang cari masalah tu kau tahu,tak?” jawab Aisyah dengan nada yang sedikit kasar. Bukan marah pada Dania tapipada dirinya sendiri.

Terjongket kening Dania. Dia langsung tak faham. Diamendekati Aisyah dan duduk menghadap gadis itu. “Kenapa? Masalah apa yang kaucari? Takkan baru kerja kau dah buat masalah, kut?”

Aisyah geleng. “Bukanlah. Bukan masalah kat tempatkerja. Kau ingat lagi tak dengan SeniorUmar? Umar zaman sekolah kita dulu tu?”

“Ingat. Kenapa? Kau ada jumpa dia dekat mana-mana ke?”soal Dania agak teruja. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki kacak itu.Umar yang menjadi kegilaaan Aisyah masa zaman sekolah dulu.

“Ya, aku ada terserempak dengan dia petang tadi”

Aisyah mula ingin membuka cerita. Dia memandang wajah Dania.Bibir bawahnya digigit perlahan. Dia teragak-agak untuk cerita ada Dania apayang jadi masa waktu makan tengahari. Dia takut nanti Dania akan ketawakan dia.

Dania goncang bahu Aisyah. Dia tidak sabar-sabar untuktahu apa yang berlaku antara Aisyah dan Umar. Pasti ada cerita yang menarik.

“Bagitahulah cepat, Aisyah. Apa yang jadi antara kaudengan dia?” 

“Aku…erm…ajak dia kahwin” lambat-lambat Aisyahmenjawab.

Terbuntang mata Dania. Dia memandang Aisyah denganmuka tidak percaya. “Kau apa? Ajak dia kahwin? Kau gila ke, Aisyah?” Daniapukul bahu Aisyah. Tidak sangka Aisyah akan jadi seberani itu.

Sedih muka Aisyah. Dia mengusap bahunya yang jadimangsa tangan Dania.

“Aku tersasullah masa tu. Bukan aku seriu pun ajak diakahwin. Aku geram sangat masa tu. Umar terlalu prejudis pasal kahwin sampaikanaku terajak dia kahwn dengan aku. Kau tahu apa dia kata? Dia cakap dia takperlukan perempuan atau anak dalam hidup dia. Dia tak suka ada komitmenterhadap perkahwinan.” Aisyah cerita apa yang Umar kata padanya.

Berkerut kening Dania. Tidak sangka yang Umar lelakiyang tidak suka pada perkahwinan. Padanlah tiada langsung gosip pasal lelakiitu mempunyai teman wanita atau akan melangsungkan perkahwinan. Sebab lelakiitu sendiri yang tidak suka.

“Habis dia kata apa lepas kau ajak dia kahwin? Diamarah kau ke? Atau dia setuju?” dalam waktu macam itu sempat lagi Daniamengusik Aisyah. Keningnya diangkat nakal.

Aisyah jeling Dania. “Entah, aku tahu dia marah keapa. Lepas aku kata macam tu aku terus blah. Aku malulah, Dania. Nanti diaanggap aku ni perempuan gatal” ujar Aisyah. Hujung kata suaranya berubah sayu.

Tangannya menekup muka sendiri. Dia memang betul-betulmalu sekarang ini. Sudalah dia baru saja berjumpa dengan Umar selepasbertahun-tahun tidak bersua muka. Bila sudah jumpa, dia tidak malunya mengajaklelaki itu berkahwin. Tapi waktu itu dia berada dalam keadaaan tidak sedar.Ajakan itu tiba-tiba saja meluncur keluar dari mulutnya.

Dania usap bahu Aisyah. Dia tahu Aisyah malu. Kalaubenda itu jadinya padanya, dia juga akan malu. Dia harap Umar tidak ambilserius dengan apa yang dikatakan Aisyah. Dia tahu Aisyah tidak sengaja. Daniajuga berharap Umar akan menganggap perkara yang sama.

“Kau jangan risaulah, Aisyah. Aku tak rasa Uma akanambil serius apa yang kau kata. Kau sendiri bagitahu akukan yang Umar tak sukaperempuan dalam hidup dia.  Mustahil diapula yang ajak kau kahwin lepas ni” dia cuba memujuk Aisyah.

“Aku harap benda yang sama. Aku malulah nak jumpadengan dia lepas ni”

Aisyah juga mengharapkan perkara yang sama. Mudah-mudahanUmar tidak akan memikirkan apa yang dia katakana siang tadi. Dia juga berharapyang Umar tidak akan menganggap dia perempuan tidak tahu malu kerana mengajaklelaki itu berkahwin secara tiba-tiba. 

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Riana Elyan