Home Novel Cinta SUAMI KU CEO VIRAL
SUAMI KU CEO VIRAL
Batiah Hadi
13/2/2020 23:02:04
2,636
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 5

Bila lelaki itu semua beredar barulah Ben bangun dan melepaskan kepala gadis itu. Gadis itu mengangkat kepalanya. “Aghhh!” gadis itu melepaskan keluhan. Serentak dengan itu dia duduk. Dia menyapu hidungnya seolah ingin menghilangkan bau perfume lelaki itu yang melekat di hidungnya yang kini seperti sebati dengan dirinya saat itu. Dadanya turun naik. Tangannya mengurut dadanya. Sesak nafas bila terpeluk seorang lelaki seperti Ben tadi. Sudahlah begitu bukan lelaki biasa-biasa. Orangnya kacak dan tegap di mata gadis itu. Segak pula tak usah cakaplah. Boleh buat hati seorang gadis seperti dia bergetar macam apa. Dipeluk pula secara rapat. Mana-mana gadis pun akan rasa terkesan. Itulah sebabnya wajah gadis itu jadi merah. 

“Kenapa awak tarik saya macam itu?” soal gadis itu tidak puas hati. Dia membetulkan tudung lusuhnya yang memang senget dan juga bajunya. Gadis itu kini menjauhkan dirinya sedikit dari Ben. Namun dalam kereta itu sejauh mana sangat dia boleh jarakkan diri. Hanya berjarak satu seat sahaja dalam kereta mewah itu. 

“Lambat sangat buat keputusan,” balas Ben selamba sambil berpeluk tubuh. 

“Saya tak suka awak peluk saya tadi,” ujar gadis itu berterus-terang. Matanya tajam kepada Ben. Ben menoleh pada gadis itu sambil juihkan bibir. 

“Saya bukan sengaja nak tarik dan peluk awak begitu. Itu saja cara supaya mereka tak nampak awak,” ujar Ben menjelaskan kepada gadis itu.

“Macamlah tiada cara lain,” balas gadis itu.

“Memang tak ada. Itu paling pantas paling praktikal di saat itu,”

“Saya tak suka,” ujar gadis itu.

“Saya pun tak suka,” jawab Ben bersahaja.

“Ye ke? Saya tak percaya,” luah gadis itu. Matanya digulung. Ben mendengus kurang sabar. Dia merapatkan wajahnya ke arah gadis itu.

“Dengar sini girl, awak ingat saya suka sangat nak peluk awak?  Dahlah tu awak bernafas di dada saya? Annoying tahu tak? Serius saya tak suka tapi saya terpaksa. Tolong jangan perasan yang saya enjoy semua ini. Saya buat ini semua atas dasar kemanusiaan sahaja. Bukan sebab saya nak ambil kesempatan. Jauh sekali sebab saya tertarik dengan awak. Hmm...kalau itu yang awak fikirkan. Serius saya katakan, awak bukan taste saya,” ujar Ben selamba. Dia kini merapikan rambut kemasnya yang sedikit terkesan dengan apa yang berlaku tadi. 

Gadis itu tersentak.  Dia mengangkat muka. Pandangan mereka berlaga. Terus wajah gadis itu merah. Malu agaknya memikirkan apa yang berlaku tadi dan lebih malu bila lelaki itu mengatakan jangan perasan dan dia bukan taste dia. Buat seketika gadis itu tidak dapat berkata apa-apa. Dia sangat malu dan geram dengan lelaki itu. Bukan taste dia? Ah! Berlagak! Aku pun tak hingin, desis hati gadis itu lagi. Dia pun bukan perempuan murah.

“Dah tentulah saya tak fikir begitu,” balas gadis itu acuh tak acuh. Wajahnya masih merah kerana malu.

“Baguslah kalau begitu. Tapi... muka awak tu merah dah kenapa pulak?” soal Ben merenung tepat ke wajah gadis itu. Gadis itu tersentak.

“Saya rasa panas,” ujar gadis itu separuh benar. Baru Ben teringat hawa dingin dalam kereta tidak dihidupkan sejak tadi. Dia mengarah Radhi menghidupkan aircond kereta itu. Seketika kemudian ruang kereta itu terasa lebih nyaman.

“Err..siapa mereka tu?’ soal Ben. Matanya lekat pada gadis itu yang kini duduk sedikit menjauh darinya. Nampak sangat nak pastikan ada halal gap. Memang tadi tiada langsung jarak antara mereka. Rapat sungguh sehingga wajah gadis itu di dadanya. Bukan posisi yang dia rancangkan pun tadi. Dia tersilap tarik sebenarnya. Lucu juga kalau difikirkan. Patutnya terus ke tempat duduk sahaja. Boleh pulak ke badan dia. Aduhai...dengan wajah gadis itu yang merah dan caranya yang kekok nampak sangat gadis itu tidak biasa dengan lelaki. Kalau Ben pun rasa bergetar jiwa, apatah lagi gadis itu. Tapi, sudah tentulah dia tak akan mengaku.

“Saya pun tak kenal tapi mereka semua tu kawan sepupu saya. Mereka ada niat jahat terhadap saya. Mujur saya sempat lari,” terang gadis itu. Ben terdiam. Hai, ada juga sepupu yang macam itu, desis Ben dalam hati. Sanggup mengkhianati sepupu sendiri. Entah kenapa terbit pula rasa simpati di hati Ben. Simpati kepada gadis itu yang teraniaya.

“Sepupu awak ke yang bawa awak ke tempat ini?” soal Ben lagi ingin tahu.

“Tak. Saya datang sendiri. Dia kata ada kerja. Saya datanglah tapi tak sangka pulak temubualnya di sini. Bila saya tak setuju dan nak balik, mereka tak puas hati dan kejar saya,” luah gadis itu.

“Tempat ini bukan tempat yang elok untuk kerja. Interview pun tak sesuai di sini. Terutama yang bertudung litup macam awak,” ujar Ben terus terang. Matanya pada tudung dan penampilan gadis itu. Gadis itu hela nafas. Nampak seperti ada sesalan di wajahnya.

“Saya baru tahu. Terima kasih Encik. Minta maaf tadi saya marah kerana encik tarik saya masuk kereta sampai saya terpeluk Encik,” ujar gadis itu.

“Dimaafkan. Saya terpaksa buat macam tu. Tak mahu ada masalah dengan gangster Zouk tu tadi. Mereka tu agak menyusahkan kalau mereka nampak awak masuk kereta saya tadi,” terang Ben. Gadis itu mengangguk.

“Terima kasih.,” ujar gadis itu. Matanya melilau ke bahagian luar sekeliling kereta itu.

“Nampaknya mereka dah tak ada. Saya keluar dulu ye?” ujar gadis itu. 

“Tunggu, biar saya hantar awak balik. Sekurang-kurangnya awak tak akan terserempak dengan mereka semula,” ujar Ben menahan gadis itu dari keluar.

“Tak mengapa. Saya rasa mereka dah tak ada. Biar saya balik sendiri. Terima kasih encik kerana selamatkan saya. Terima kasih juga kerana nak hantar saya tapi biar saya balik sendiri. Itu lebih baik,” pinta gadis itu dengan wajah penuh sopan. Dia masih kurang selesa bertentang mata dengan Ben.

“Kenapa? Awak risau kalau saya ada niat buruk ke?” soal Ben semula. Matanya tajam pada gadis itu. Gadis itu tarik nafasnya seketika.

“Bukan begitu. Saya tak mahu susahkan Encik. Cuma muka Encik ni macam saya pernah jumpa tapi, saya tak tahu di mana,” luah gadis itu. Di wajah gadis itu ada riak gadis itu sedang berfikir. Ben tertawa.

“Oh ye ke? Agak-agak di mana awak pernah jumpa saya?” soal Ben. Wajah polos gadis itu direnung. Gadis itu tercangak-cangak. Jelas dia tidak ingat di mana dia lihat wajah lelaki itu. Nampak sangat gadis itu tidak aktif di media sosial.

“Mungkin saya silap. Mustahillah saya pernah jumpa Encik. Saya pergi dulu ye,” jawab gadis itu lagi. Dia mahu mencapai pemegang pintu.

“Tunggu,” Ben buat isyarat kunci pintu pada pemandunya.  Tiba-tiba pintu kereta terkunci semua. Gadis itu tersentak. Terus dia pandang Ben. Wajah gadis itu mula kelihatan cuak. Mengapa pula pintu dikunci? Gadis itu terus spontan mahu membukanya tetapi tidak boleh. Dia cuba membuka beberapa kali tetapi tidak berjaya. Dia nampak tertekan.

“Encik, tolong bagi saya keluar,” pintanya dengan suara cuak. Matanya yang kuyu kelihatan bulat sekarang. Wajahnya yang polos nampak lebih pucat dan risau. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.