Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
4,002
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 31

Fateh memeriksa rekod kesihatan. Raut wajahnya mula berubah setelah membaca apa yang tercatat di dalam fail pesakit. "Saya dah cakap kurangkan dos ubat kepada pesakit bernama Zamri katil 21!" 

"Maaf doktor, saya lupa catat semalam," balas Keyra perlahan.

"Awak jangan buat-buat lupa! Ini tugas awak!" Marah Fateh lalu menghempas fail di atas meja. "Saya tak nak ada apa-apa masalah yang timbul disebabkan kecuaian awak! Siapa nak bertangungjawab jika pesakit over dos!"

Keyra diam. Malu dimarahi oleh Fateh dihadapan para pekerja yang lain.

"Zana!"

"Ya, Doktor."

"Setelkan rekod pesakit yang lain. Saya tak nak ada pesakit discaj tapi rawatan tak diberikan dengan sebaiknya."

"Baik Doktor."

Fateh berlalu ke arah katil pesakit. Dia mengambil rekod kesihatan diatas meja. Dia melemparkan senyuman kepada pesakit. "Apakah hari ni?"

"Alhamdulillah. Rasa sakit dah kurang sedikit."

Fateh memeriksa luka pada kaki pesakit. "Luka adik ni dah baik. InsyaAllah petang nanti dsh boleh discaj."

"Terima kasih doktor."

"Nanti nurse bagi surat cuti sakit selama seminggu. Pastikan rehat secukupnya. Kaki retak akan ambil masa sedikit untuk sembuh seperti sedia kala."

"Okey doktor."

Fateh menanggalkan sarung tangan yang dipakai ketika memeriksa kaki pesakit lalu dibuang ke dalam tong sampah. Dia berlalu ke arah katil pesakit yang seterusnya. "Abang ni sakit apa?"

"Darah tinggi," kata Zana.

"Apa khabar?" Sapa Fateh.

"Alhamdulillah baik."

"Nama awak Hazim," kata Fateh setelah membaca nama yang tertulis pada katil. "Awak muda lagi. Baru umur 30 tahun. Dah ada darah tinggi ke?" Fateh membuka fail yang mencatat rekod kesihatan Hazim.

"Hah?" Terkejut Hazim mendengarnya. "Eh taklah. Saya ada darah rendah aje."

Fateh terkejut. Namun dia mengawal rasa marahnya. Wajah Zana dipandang dengan jelingan tajam. "Tolong periksa tekanan darah dia sekarang!" Arah Fateh dengan perlahan tetapi jelas kedengaran tegas dalam memberi arahan.

Tanpa membuang masa Zana segera mengambil tekanan darah Hazim. Hasilnya seperti yang dimaklumkan oleh Hazim. Dia ditahan wad kerana tekanan darahnya terlalu rendah.

"Jaga pemakanan dengan sebaiknya. Jangan sampai pengsan lagi," pesan Fateh dengan lembut.

"Baik doktor. Terima kasih."

Fateh berlalu ke arah pesakit lain sehingga selesai memeriksa tahap kesihatan pesakit di dalam wad melur lelaki. 

Fateh berpeluk tubuh memandang Zana setelah selesai menjalankan tugasnya. "Zana ini adalah amaran kedua saya buat awak. Sebolehbya saya tak nak awak didenda lagi. Tepi awak selalu buat kesilapan yang sama!" 

"Saya minta maaf," balas Zana perlahan.

"Awak dah ditahun akhir Zana! Perlu ke saya ulang banyak kali tentang konsep tugas awak sebenarnya!"

"Faham doktor."

"Baiki kesilapan awak. Dan saya harap takkan ada lagi amaran dari saya buat awak selepas ini!".

"Baik doktor."

Fateh terus berlalu meninggalkan wad Melur. Bengan dengan sikap doktor pelatih dan jururawat yang bertugas. Setiap hari pasti ada saja kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Dia pantas menekan butang lift dan turun ke tingkat bawah.

"Hai," sapa Reza sebaik sahaja Fateh melangkah keluar daripada pintu lift.

"Kau dari mana?"

"Aku dari kafe. Baru sudah lunch. Aku call kau tak jawab nak ajak lunch sekali tadi."

"Phone aku silent," kata Fateh lalu mengambil telefon dari dalam poket baju seluarnya. 

"Banyaknya panggilan tak dijawab," kata Fateh setelah melihat skrin telefonnya.

"Isterilah tu call. Kau pun kenapalah silentkan phone. Kita doktor bukannya doktor pelatih lagi ada had nak guna phone masa bekerja."

"Aku tak suka orang ganggu time aku kerja."

"Masa kau bujang bolehlah. Tapi sekarang kau dah beristeri. Manalah tahu masa dia call tu ada hal penting."

Fateh angguk. Kata-kata Reza ada betulnya. "Aku baru nak pergi kafe ingat."

"Aku naik dululah," kata Reza lalu menekan butang lift.

"Okey," balas Fateh lalu mendail nombor Haura.

Hampir satu minit baru panggilannya dijawab. "Assalamualaikum, sayang."

"Waalaikumussalam, abang."

"Kenapa dengar suara sayang macam lemah aje."

"Taklah. Sayang tidur tadi. Terkejut dengar phone berbunyi."

"Sayang balik awal tak bagi tau abang pon?"

"Sayang ada call. Tapi abang tak jawab. Sayang text pon abang tak balas."

"Maaflah abang sibuk tadi. Sekarang baru nak lunch."

"Abanh tak makan lagi ke?"

"Belum lagi. Sayang dah masak ke?"

"Dah. Kan sayang ada text abang."

"Abang tak baca lagi. Terus call sayang. Rindu," usik Fateh sambil tersenyum. Sejuk hatinya apabila mendengar suara isteri tersayang dihujung talian. Hilang tekanan di tempat kerja apabila mendengar suara orang yang dicintainya.

"Abang ni gatal lah."

"Sayang balik awal kenapa?"

"Sayang tak sihat sikit. Sayang baliklah awal dan masak. Ingat abang boleh balik lunch dengan sayang."

"Sayang dah makan ke belum."

"Belum lagi. Tunggu abang sapa tertidur. Zohor pon tak solat lagi."

"Ala kesiannya tunggu abang."

Haura batuk.

"Sayang okey tak ni?" Soal Fateh cemas mendengar suara Haura batuk dihujung talian.

"Sayang okey. Cuma rasa sejuk sikit. Abang jangan risaulah lepas makan ubat nanti okeylah."

"Sayang tunggu abang tau. Sekejap lagi abang sampai rumah."

"Abang kan tengah kerja. Boleh ke balik?"

"Demi isteri abang mestilah boleh."

"Sayang taknalah menganggu kerja abang pulak."

"Abang dah setelkaj kerja."

"Okeylah macam tu. Sayang hidangkan lauk dulu."

"Okey sayang. Love you."

"Love you too abang."

Talian telefon dimatikan. Fateh segera melangkah keluar dari dalam hospital. Langkah diatur ke arah tempat letak kereta. Tanpa membuang masa dia segera memandu kereta meluncur laju membelah jalan raya. Tujuannya hanya satu iaitu ingin pulang ke rumah untuk menemui isteri tercinta.


HAURA meregangkan badannya. Tanpa membuang masa dia segera membersihkan diri. Usai mandi dia mengambil sejadah lalu dibentangkan menghadap ke arah kiblat. Dia menunaikan solat Fardu Zuhur. Usai solat dia membaca doa.

"Ya Allah, berilah aku kesabaran atas segala ujian dan dugaan yang Engkau berikan kepadaku. Ya Allah, permudahkan segala urusanku di dunia dan di akhirat. Ya Allah, jauhilah aku dan suamiku daripada hasad dengki. Ya Allah, berkatilah rumah tangga kau kami bina ini. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang Engkau berikan ini. Semoga anak yang ku kandung ini menjadi ikatan kasih dan sayang kami lebih erat. Amin."

Haura menyapu air mata yang membasahi pipinya. Dia mengusap perutnya perlahan. Satu senyuman kecil terukir pada wajahnya. Kata-kata doktor yang merawatnya masih terngiang-ngiang pada telinganya.

"Tahniah puan mengandung."

Haura senyum. "Alhamdulillah."

"Jaga diri baik-baik. Jangan stres."

"Okey doktor."

Dum!!! 

Bunyi guruh berdentum dilangit mengejutkan Haura daripada lamunannya. Hujan lebat mula turun membasahi bumi. Tanpa membuang masa Haura menanggalkan telekung lalu disangkut pada rak. Dia memakai pakaian yang cantik dan kemas.  Dia memakai sedikit solekan nipis pada wajahnya. Dia senyum. Wajahnya dilemparkan pada tingkap. Hujan lebat mula berhenti. 

Hujan rahmat, desis hati kecil Haura. Dia mengusap perutnya perlahan. Hatinya yang sedih kerana dimarahi Syaza terubat dengan berita kehamilannya. Dia melangkah ke ruang tamu. Satu meja kecil diletakkan dihadapan pintu. Niatnya ingin memberi kejutan kepada suami tersayang mengenai kehamilannya. Satu keping gambar ultrasound bersama satu nota kecil diletakkan di atas meja.

"Cantik. Harap abang happy dengan kejutan ni," ujar Haura sambil tersenyum melihat hiasab diatas meja kecil itu. Langkahnya diatur ke arah dapur. Dia menghidang masakannya untuk dijamu. Dia menyusun dengan kemas. Dia mencapai cawan lalu mengambil air untuk diminum setelah tekaknya berasa haus. Setelah itu dia mengambil jug yang berisi air oren lalu diletakkan ke atas meja.

Haura mengetuk jarinya pada meja. "Macam ada sesuatu tertinggal," katanya. Matanya terarah pada jug minuman. "Gelas tak ambil lagi." 

Haura pantas mengambil dua biji gelas. Sebaik sahaja memegang gelas itu kepalanya tiba-tiba pening. Keseimbangan badannya mula hilang. Gelas pada tangannya terlepas dan jatuh ke atas lantai. 

"Argh!!!" Haura mengadu kesakitan apabila berasa gelas kaca yang pecah terpercik pada kakinya.

Ya Allah kenapa sakit sangat kepala ni, desis hati kecil Haura. Dia mengagahkan diri untuk berjalan ke ruang tamu. Namun langkahnya semakin perlahan. Pandangan matanya kabur. Kepalanya rasa berpusing-pusing. Akhirnya dia rebah dihadapan peti sejuk.


"ASSALAMUALAIKUM," Fateh memberi salam. Suasana di dalam rumah sunyi. "Sayang!" Panggilnya apabila tiada suara yang menjawab salam yang diberikan. 

Pintu ditutup. Fateh melihat sekeliling di dalam rumah. Matanya tertumpu pada meja kecil yang berada dihadapan pintu. "Eh sejak bila pulak ada meja kat depan ni?" Omelnya hairan lalu mendekati meja kecil itu. 

Satu senyuman kecil terukir pada wajahnya apabila melihat sesuatu diatas meja. "Sayang!" Panggil Fateh lagi. Dia mengambil foto diatas meja. Laju langkahnya menuju ke bilik tidur mereka. Dia tidak sabar ingin menemui Haura.

"Sayang!" Panggil Fateh lalu membuka pintu bilik. Senyumannya mati apabila mendapati Haura tiada di dalam bilik. "Eh mana sayang ni?"

Langkah Fateh diatur ke dapur. Suasana di dalam dapur sepi. Kelihatan makanan yang telah dihidang. Dia melangkah ke arah meja makan. Matanya terarah pada lantai. Kelihatan Tubuh Haura terbaring kaku di atas lantai tidak jauh dari meja makan.

"Ya Allah, sayang!" Fateh segera memangku kepala Haura. "Sayang!" Panggilnya cemas. Dia memeriksa nadi Haura. 

Fateh menepuk-nepuk pipi Haura perlahan. Dia cuba mengejutkan Haura. "Sayang!" Panggilnya. Tanpa melengahkan masa Fateh terus mengangkat tubuh Haura lalu melangkah keluar dari dalam rumah. Setelah mengunci pintu rumah dia segera masuk ke dalam perut kereta. Wajah Haura disebelah dipandang sekilas. Enjin kereta dihidupkan dia segera memandu kereta bergegas ke hospital. 

Tangan Haura digengam erat. Terasa suhu badan Haura mula dingin. "Sabar ya sayang. Abang akan bawa sayang ke hospital." 

Ya Allah, selamatkanlah Isteriku dan anakku. Berilah kesembuhan kepadanya. Aku sangat menyayangi dan mencintainya, Ya Allah, doa Fateh di dalam hati. Sepanjang perjalanan ke hospital Fateh tidak berhenti berdoa agar Haura selamat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu