Home Novel Cinta JANGAN JATUH BENCI
JANGAN JATUH BENCI
Nafisah Aziz
29/6/2016 11:01:29
8,874
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 6

BAB 6:

Hari yang di nanti telah tiba iaitu hari bahagia untukZarith dan Zinnirah. Masing-masing bersemangat untuk menuju ke satu fasa baru dalam kehidupan. Hari ini status mereka akan bertukar dari bujang kepada sudah berkahwin. Zinnirah cantik mengenakan pakaian songket putih bersulam perak dan manis bertudung bawal yang di rias dengan manik serta labuci yang menyerlahkan lagi wajah bujur sirih Zinnirah. Wajahnya manis berpurdah menyerlahkan lagi solekan mata yang bisa memanah mata sang suami. Zinnirah bersama ahli keluarga telah bersiap dan duduk di pelamin akad nikah menunggu kehadiran pihak lelaki. Sanak saudara lain turut tersenyum gembira tanda menyambut baik majlis yang paling di nanti-nantikan.

“Mak tengok adik ni...apa pasal berpeluh kuat ni? Dah macam main sukan akak tengok. Bawa bertenang.” Maria menenangkan adiknya sambil mengelap peluh-peluh di dahi Zinnirah.

“Ye ke kak? Alahai kak, adik gelabah ni. Peluh ni dah macam peluh adik time lari 4x100 masa sekolah dulu. Mana bakal suami adik ni. tak sabar nak tengok?” Zinnirah terhendap-hendap ke bahagian tempat bakal suaminya untuk melihat kelibatnya.

“Ish...budak ni. kamu tak tengok ke gambar yang mak suruh kakak kamu bagi tu?” tanya Puan Yasmin.

“Dah tengok mak.Tapi nervous nak jumpa depan-depan. ”

“Kamu jangan terkejut pula bila tengok bakal suami kamu ni. Ini hadiah teristimewa untuk kamu dari mak.”

“Pilihan mak selalu terbaik. Zinnirah setuju je.”

“Tak lama lagi anak mak akan jadi isteri orang. Jaga perangai tu. Budi bahasa jangan lupa.” Pesan puan Yasmin pada anak bongsunya itu.

“Baiklah mak. Adik takkan lupa pesan mak tu. Tapi kan mak...adik harap abah ada bersama dengan kita. Di hari bahagia adik.” Zinnirah teringat akan arwah abahnya yang sudah 5 tahun meninggal dunia.

“Adik...abah selalu ada dengan kita. Dalam hati kita semua. Selamanya sayang.” Puan Yasmin cuba memujuk Zinnirah agar tidak bersedih walaupun abah tidak bersamanya.

“Sudahlah...ayat tu kalau tak macam dalam drama petang-petang boleh tak. Habis make up nanti kena air mata yang laju macam air terjun tu. Adik jangan nak buat sedih-sedih mak time macam ni.” Pesan kak Maria.

“Okay, sorry. Kita tunggu pengantin lelaki sampai ye.”

****

Zarith juga tidak kurang hebat gemuruhnya. Sepanjang dalam kereta menuju ke rumah pengantin perempuan mulutnya tak henti-henti mengulangi lafaz akad nikah agar lancar di bibir ketika di lafazkan nanti. Abah dan ibu juga tersenyum melihat telatah anak nya itu.

“Abah siapa nama penuh isteriZarith ye?”

“Kejap lagi akad nikah, sekarang baru kamu nak tanya. Apa punya makhluk kamu ni?”

“Ala.. Zarith tahu nama dia Nur Zinnirah je. Selebihnya ibu tak cakap.”

“Nama dia Nur Zinnirah Sofea Binti Abdul Azim.”

“Sedap nama menantu kita kan bang?”

“Ha...apa dia abah. Ulang lagi sekali?”

“Nur Zinnirah Sofea Binti Abdul Azim. Kenapa? Terkejut.”

Tak mungkin dia. Takkan. Mungkin kebetulan sahaja ni. Zarith mula berpeluh-peluh memikirkannya. Dia kan dah kahwin dengan Aril. Yang aku nak takut sangat kalau itu dia dah kenapa? Tak mungkinlah. Tapi hatinya tetap gelisah dan ingin kepastian.

“Ibu ada simpan gambar dia tak?Zarith nak tengok.”

“Kenapa kamu ni? Dah la tak perlu nak tengok gambar. Dah nak sampai ni. kejap lagi tengok depan-depan je.”

“Tak ibu, Irfan nak tengok sekarang. Ada dekat handphone ibu tak? Handphone Abah ke?” Tanya Irfan dengan tergesa-gesa.

“Ada. Sekejap ibu tunjuk.” Puan Maimun menunjukkan gambar Zinnirah di handphone nya. Tapi sayang gambar Zinnirah seperti tidak jelas kerana mungkin sewaktu itu pencahayaan tidak cukup memandangkan gambar yang di ambil di dalam ruang tamu rumah Zinnirah tempoh hari ketika berjumpa bersama keluarga pihak perempuan.

“Ibu gambar lain ada tak? Tak jelaslah ibu. Ntah minah mana ni” Pinta Zarith. Jantungnya mula berdengup kencang. Fikirannya mula memikirkan yang bukan-bukan. Hatinya gelisah. Bagai kenangan lalu menghimpit realitinya sekarang.

“Tak ada laZarith. Tak apa, hari ni ibu nak bergambar sepuas hati dengan menantu ibu tu. Cantik sangat budaknya.”

“Dah laZarith...kamu ni excited lebih ni kenapa? Dah sampai pun. Cepat keluar, pergi tengok sendiri depan mata. Hari tu abah bagi gambar dia kamu tak nak tengok. Kan dah menyesal. Rasakanlah.”

“Ha...cepatnya sampai. OkayZarith harap dia bukan wanita yang sedang bermain di fikiranZarith sekarang.”

“Apa maksud kamu niZarith?” Tanya Encik Fuad tidak mengerti.

“Kamu merepek apa niZarith...dah cepat. Senyum sikit.” Tegur ibu.

“Ya Allah kuatkan aku untuk menghadapi semua ini.”Zarith terus melangkah keluar dari kereta. Kelihatan sanak saudara sebelah pengantin perempuan sudah ramai memenuhi kediaman Puan Yasmin.

***

Masa yang nanti nantikan oleh kedua-dua belah pihak telah tiba. Kelihatan pihak pengantin lelaki telah tiba bersama juru nikah. Mereka melangkah masuk setelah di sambut baik oleh pihak pengantin perempuan. Hati Zinnirah semakin berdebar melihat raut wajah sang suami. Tapi sayang Zinnirah terlupa untuk memakai cermin mata. Dia rabun jauh untuk melihat wajah suaminya. Nyata sekali penglihatannya kelihatan kabur seperti cermin kereta tiada viper ketika hujan. Zarith juga segak dan tampan dengan memakai baju melayu serba putih bersama sampin bersulam songket perak sedondon dengan baju Zinnirah.Zarith duduk di hadapan tok Kadi sambil membelakangkan Zinnirah.

“Itu kah isteri aku? cantiknya. Apa pasal tutup muka pula. Mata dah cantik dah tu.”Zarith berkata-kata dalam hati.

“Ya Allah... Zinnirah kenapa kau tak pakai spek mata. Dah macam orang tua kau ni. Suami oh suami mengapa kau sungguh misteri. Dah la dapat tengok belakang je.” Zinnirah juga turut sama ingin melihat wajah suaminya itu.

Setelah juru nikah selesai menyediakan dokumen dan saksi serta wali sebelah perempuan. Maka majlis akad nikah bermula. Alhamdulillah,Zarith berjaya melakukan upacara akad nikah dengan berwalikan pak cik Zinnirah. Dengan sekali lafaz Zinnirah sah menjadi isterinya. SuaraZarith tidak kedengaran dengan jelas memandangkan suasana gembira menyelebungi lokasi perkahwinan.

Sesi seterusnya ini lah yang paling di nanti-nantikan oleh semua iaitu sesi menyarungkan cicin oleh pengantin. Selepas bersalaman dengan sanak saudara tanda sah lah akad nikah tersebutZarith berdiri dan bergerak menuju ke arah pengantin perempuan yang berada tidak jauh dari situ. Semakin dekatZarith berjalan menuju ke arah Zinnirah semakin jelas raut wajah itu di hadapan Zinnirah.

Ya Allah...biar betul apa yang aku lihat ni. Macam biasa tengok masa muda-muda dulu. Apasal dalam gambar lain, real life lain pula. Bila masa buat pembedahan muka ni. Berkata Zinnirah dalam hati. Dia tidak sanggup nak menatap wajahZarith.

Kau tak kenal dia, Zinnirah! Kau tak kenal dia! Hatinya melaung kuat. Kenapa dia ini muncul lagi?

Apa aku patut buat ni? aku buat-buat pengsan lah. Zinnirah memikirkan strategi terbaik pada saat itu hanyalah pengsankan diri.

“Tarik nafas...1,2,3...pengsan Zinn.” Zinnirah menarik nafas lalu pengsan setelahZarith betul-betul berada di hadapannya. Dia jatuh di ribaan emak nya yang berada di sebelah. Suasana menjadi gamat. Zarith yang baru duduk di hadapan Zinnirah turut terkejut. Dia hanya mampu melihat dan kaku tidak berbuat apa-apa.

Eh pengsan pula isteri aku ni. Saat-saat genting macam ni lah kau nak pengsan. Aku harus tahu adakah kau insan masa lalu aku dulu.Zarith sempat berbisik dalam hatinya.

“Zarith kenapa kamu terdiam di situ, cepat tolong angkat isteri kamu ni.” jerit abah yang berada di belakangnya.

“Ha...angkat. nak bawa ke mana abah? Hospital ke?”

“Angkat masuk bilik pengantin sana. Zinnirah ni terkejut kot tengok kamu datang dekat.”Jawab Puan Yasmin sambil menunjukkan arah bilik pengantin.

Ha...bilik pengantin. Alamak habislah aku. lakonan aku akan terbongkar. Zinnirah sudah susah hati setelah mendengar suara Puan Yasmin memberikan arahan.

Zarith mendengarkan perkara tersebut terus memaut tangannya ke leher dan kaki Zinnirah dan mengangkatnya untuk di bawa ke bilik pengantin bersebelahan dengan ruang tamu. Zinnirah terkedu dan seakan jantungnya berdengup kencang mengalahkan jantung seorang atlet ketika berlari semasa diangkat olehZarith. Zinnirah cuba membuka mata nya sedikit untuk curi-curi tengok wajahZarith. Tapi akhirnya dia tertangkap olehZarith sendiri.Zarith mencengilkan biji matanya ke arah Zinnirah. Zinnirah perlahan-lahan menutup rapat matanya. Dalam hatinya sudah membuat pengecaman bahawa lelaki tersebut adalah lelaki yang menjadi kisah 7 tahun lalu. Zarith membaringkan isteri nya perlahan-lahan. Kakak Zinnirah seperti telah dapat membaca perbuatan nakal adiknya itu. Demi menyelamatkan adik kesayangannya itu dia memainkan peranannya.

“Baiklah...semua sila keluar dulu. Maria akan uruskan pengantin perempuan kita.Zarith keluar dulu ye? Nanti kalau Zinnirah dah sedar akak panggil ye. Mak pun keluar dulu ye?”

“Kamu ni kenapa Maria? Mak tengah risaukan adik kamu. Kamu boleh pula halau kami keluar.”

“Kak, biar Zarith buka purdah di muka Zinnirah tu. Nanti lemas tak bernafas pula dia.”Zarith sepantasnya cuba untuk membuka purdah tersebut. Namun belum sempat dia membukanya dia telah di halang oleh Maria.

“Eh... tak apaZarith. Kamu keluar dulu. Biar akak yang uruskan.”

“Betul ke kak? BiarlahZarith tolong. Lagi punZarith kan suami dia.”Zarith menggunakan kuasa vetonya sebagai suami untuk melihat wajah isterinya.

“Ish...kamu niZarith jangan gelojoh sangat boleh tak. Cuba bawa bersabar.”

“Bukan macam tu...sebenarnyaZarith...”

“Tak apaZarith, mak cik, pak cik dan mak. Biar Maria handle. Please trust me.” Maria menolak semua keluar dan mengunci pintu bilik tersebut. Setelah semua orang keluar dari bilik. Maria terus mengejutkan adiknya.

“Nur Zinnirah Sofea, kamu bangun sekarang sebelum akak cubit kamu bertubi-tubi.” Maria mengungut adiknya. Namun Zinnirah masih meneruskan dengan lakonan nya.

“Adikkkkk....” Jerit Maria.

“Ye...adik buka mata sekarang juga. Kak thanks tolong adik.” Zinnirah terus bangun dan duduk bersila di atas katilnya.

“Eh kenapa ni? tak pernah di buat orang pengantin pengsan masa akad nikah. Dah lah tak sempat nak bergambar. Sempat sarung cincin je. Malu lah dik.”

“Adik terpaksa buat macam tu lah akak. Ada sebabnya.”

“Apa sebabnya? Ni kalau laki kau tahu dik...habislah kau.”

“Kak jangan buat-buat tanya pula, kak Maria lebih tahu kan siapa suami adik tu?.”

“Akak tahu. Saja je akak tak cakap dekat kamu. Bukan kah impian adik untuk bersama lelaki yang adik cintai.”

“Memang betul. Tapi macam tak terfikir pula dengan cara macam ni kami berjumpa dan di satukan.”

“Adik...kuasa Allah siapa yang boleh lawan. Perancangan Allah untuk jodoh adik telah tertulis sebegitu.”

“Tapi kak...adik takut nak hadapi dia?”

“Akak tak kira. Adik sedia atau tak. Korang dah sah jadi suami isteri. Kejap lagi akak suruh dia masuk. Pandai-pandai adik lah. Berani buat berani tanggung.”

“Kak...please. Adik merayu sangat-sangat ni. Jangan lah bagi dia masuk.”

“Sampai bila tak nak bagi dia masuk? Sampai esok, sampai tahun depan. Yang penting bagi dia masuk dalam hati adik tu.”

“Tapi kak...dia takkan terima adik...adik kenal sangat siapa dia.”

“Adik mana boleh macam tu. Nanti apa kata keluarga dia. Behave lah sikit adik. Jangan budak-budak sangat.”

“Okay macam ni. Akak suruh dia masuk lagi setengah jam. Lepas tu pandai lah adik handle.”

“Thanks akak. Adik sayang kakak selamanya.” Zinnirah memeluk erat kakak kesayangannya itu.

“Okay, ni last akak tolong. Lepas ni tiada talian hayat. Game Over ye.”

“Okay kak. Sayang akak. Muah..muah..muah..” Zinnirah memeluk kakaknya dan mencium pipi Maria.

“Dah...buka la purdah tu. Adik kena cool. Baring cepat. Tanda macam dah nak sedar dari pengsan. Tenang okay. Akak keluar dulu. 3,2,1, action. Lakonan start.” Maria terus melangkah keluar dari bilik adiknya. Zinnirah pun seperti sudah bersedia untuk menghadapi segalanya. Kali ini dia gagahkan juga. Berani buat berani tanggung.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.