Home Novel Cinta Dia Atau Dia?
Dia Atau Dia?
Azleya Shadzalin
9/3/2016 17:08:15
35,251
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 20

QISSYARA mengeluh perlahan bila terlihat kelibat Rizal. Senyum yang ditarik ternyata seakan dipaksa. Seperti biasa, Rizal menghulurkan sejambak bunga ros merah dan juga slip pengesahan penerimaan untuk Qissyara tandatangani. Bezanya hari ini Rizal datang lewat petang. Yang tidak berbeza adalah jambangan mawar dengan tiga belas kuntuman yang mengharum dan berhias cantik diselangi dengan baby breath berwarna putih bersih juga beberapa batang lavender ungu. Dia sudah muak sebenarnya menerima jambangan bunga hampir setiap hari. Hanya bila dia bercuti, aman sedikit dunianya. Tiada gangguan sebegitu yang dia terima.

“Terima kasih, Rizal.”

“Sama-sama, Cik Qissya.”

“Lambat datang hari ni.”

Rizal mencarik senyum agak lama.

“Cik Qissya memang tunggu saya, ke?”

Kan? Baru terdetik di hati, soalan dia memang menjerat diri. Nampak sangatkah seperti dia ternanti-nanti? Qissyara tersengih paksa.

“Maklumlah... Dah biasa nampak awak hampir setiap pagi. Rasa janggal pula hidup saya tanpa awak dan bunga-bunga ni.” Mak aii! Ayat tidak boleh blah! Lancar dan senada. Cover line sebenarnya. Wajah sudah berona merah. Malu!

“Nasib baik saya dah ada girlfriend, Cik Qissya. Kalau tak, tentu saya dah cair dengar ayat Cik Qissya tu.”

Qissyara senyum. Memang sudah malu tahap luar alam pun saat itu. Macam manalah mulut dia bisa menuturkan kata-kata sebegitu? Dengan Rizal pula tu. Rasa tebal kulit wajahnya.

“Abaikan. Saya tak maksud apa-apa. Terlepas cakap. Mulut terlebih insurans. Macam ginilah gayanya.” Qissyara buat-buat ketawa.

“Tak payah malulah, Cik Qissya. Saya faham. Sebenarnya tadi saya ingat hari ini memang tiada penghantaran ke sini. Dari pagi saya tunggu, bos tak ada beri slip penghantaran pun. Rupa-rupanya ALLAH nak temukan saya dengan pengirim bunga ni. Setengah jam yang lalu, dia datang kedai dan minta bunga dihantar segera. Hari ni dia sangat sibuk katanya. Tu yang dia tak sempat nak telefon macam biasa.So, lepas ni saya boleh balik dengan aman sebab dah laksanakan permintaan dia dan selesaikan semua tugas saya buat hari ni. Cik Qissya penerima terakhir saya untuk hari ini.”

“Awak dah jumpa dengan dialah, ya?” soal Qissyara ingin kepastian.

“Ya, Cik Qissya.”

Okey! Okey! SabarQissyara. Tarik nafas. Lepas. Tanya elok-elok. Jangan kalut. Nanti nampak sangat gelojoh mahu tahu tentang pengirim bunga misteri itu.

“Macam mana orangnya?”

“Cik Qissya memang tak pernah jumpa dia, ke?”

Qissyara menggeleng sambil tersenyum sekerat.

“Tak pernah. Saya memang langsung tak tahu apa-apa pasal dia. Ceritalah kat saya dia macam mana, Rizal.”

“Dari mana pulak dia kenal Cik Qissya, ya?”

“Itu, saya tak pastilah. Alah, zaman moden macam sekarang ni tak peliklah, Rizal. Kita tak kenal orang, tapi orang kenal kita. Itu dah kira perkara biasa, kan? Dia macam mana? Ceritalah kat saya.”

“Hmm...” Rizal berjeda agak lama. Matanya merenung Qissyara penuh tanda tanya.

Qissyara pula yang rasa serba-salah diperlakukan begitu. Rizal tidak percaya pada kata-katanyakah? Dia tidak berbohong. Memang dia tidak mengenali siapa yang menghantar bunga tersebut. Betul!

“Saya tak sepatutnya cerita apa-apa pasal pelanggan kami. Apatah lagi jika Cik Qissya sendiri pun tak tahu apa-apa mengenai dia. Tapi, mungkin saya boleh berkongsi sedikit tentangnya.”

Qissyara sudah senyum semula. Itu yang dia mahu tahu. Sikit pun jadilah.

“Okey. Saya faham kalau Rizal tak mahu cerita semua.”

“Ini amanah yang perlu saya jaga. Cukuplah jika saya katakan yang dia sangat kacak dan sesuai sangat dengan Cik Qissya. Untung Cik Qissya ada peminat misteri seperti dia. Tengoklah tadi, walaupun dia sibuk tetap sempat juga meneruskan rutin dia untuk menghantar tanda ingatan buat Cik Qissya.”

So sweet! Qissyara mencebik. Dia tidak berapa setuju dengan pendapat Rizal. Mana dia tahu niat sebenar orang itu mengirim bunga buatnya? Untung apanya? Berahsia begini apa yang dia boleh dapat? Asyik berteka-teki sendiri saja. Jenuh dibuatnya. Serabut kepala otak.

“Okeylah, Cik Qissya. Saya nak gerak dulu. Dah lewat ni.”

“Terima kasih, Rizal. Kirim salam kat dia jika awak jumpa dia lagi.”

“Insya-ALLAH...”

Qissyara pandang langkah lelaki itu hingga hilang bayangannya. Tercetus di hati untuk meminta agar Rizal tidak menghantar lagi jika ada kiriman bunga untuknya. Tapi, itu bukan satu tindakan yang bijak. Pernah dia berseloroh agar Rizal campakkan saja jambangan bunga itu ke dalam tong sampah dan tandatangani slip penghantaran bagi pihaknya. Lelaki itu enggan. Dia tidak mahu menipu dan menjadikan rezekinya tidak berkat. Bagusnya dia. Ternyata Rizal seorang pekerja yang jujur dan berdedikasi. Tidak akan dia berkomplot dengan Qissyara, apatah lagi ia berlawanan dengan etika sebagai seorang pekerja.

QISSYARA menggosok belakang tengkuk yang terasa sengal. Langkah diayun perlahan menuju ke keretanya. Keadaan sudah agak sunyi. Orang lain sudah nyenyak tidur, dia baru mahu pulang dari kerja. Penat jangan cakaplah. Memang tidak boleh hendak digambarkan dengan kata-kata. Rasa lenguh kaki dan tangan melayan pelanggan-pelanggan yang bertali arus, tidak putus-putus. Hujung minggu seperti ini memang ramai pelanggan mengambil peluang makan di luar.

Pantas tangannya membuka pintu kereta. Punggung dihenyekkan di tempat duduk. Beg sandang sudah dicampakkan ke tempat duduk belakang. Secara spontan Qissyara meregangkan tulang-temulang. Dipusingkan tubuhnya ke kiri dan kanan. Bunyi berdetup yang terhasil, memberi dia sedikit rasa lega. Tangan kanan pantas menarik pintu agar tertutup rapat.

Let’s go! Tak sabarnya nak sampai rumah,” ujarnya ceria.

Berkerut keningnya bila pintu tersebut gagal ditarik. Dia mencuba sekali lagi. Tersekat. Seperti ada magnet, Qissyara pantas berpaling ke sebelah kanan. Berderau darahnya bila melihat ada tangan yang menahan pintu itu. Cemas Qissyara dibuatnya apabila gagal melihat wajah orang tersebut. Dia hanya mampu melihat setakat paras dada sahaja. Qissyara pantas menolak tangan yang menahan pintu kereta. Cubaannya gagal. Ya! ALLAH... Pandangan dilepaskan ke sekeliling. Gelap dan sunyi. Tiada sesiapa di situ kecuali dia dan orang itu. Akal bekerja. Gigih mencari jalan. Mata tertancap pada hujung kayu hoki yang memang sentiasa ada di bawah kaki. Serta-merta ditarik kayu tersebut dan diayunkan ke lengan orang itu.

“Aduh!” Jerit empunya diri kesakitan. “Sakitlah, Qissya!” sambungnya lagi.

Mendengar namanya disebut, Qissyara jengahkan wajah ke luar sedikit. Dia fokuskan matanya melihat lelaki yang sedang terduduk menyandar di keretanya sambil memegang lengan yang kesakitan. Pantas dia menekup mulut bila mata menghantar isyarat ke akal yang lelaki itu memang dia kenali. Terkocoh-kocoh dia keluar dari perut kereta dan bertinggung di sebelah lelaki itu.

“Tengku! Maaf... Saya ingatkan penyangak mana tadi.”

Penyangak? Kyle pandang Qissyara dengan tajam. Terbias riak tidak puas hati dari pandangan matanya.

“Sampai hati awak kata saya penyangak.”

“DahTengku buat macam tadi tu, siapa suruh. Saya ingatkan ada orang nak buat tak senonoh dekat saya. Saya balun ajelah mana yang sempat. Bukan saya nampak pun mukaTengku.”

“Sakit ni, tahu? Nasib baik tak patah. Gila kuat awak pukul saya, Qissya.”

Padan muka! Siapa suruh muncul tiba-tiba seperti tadi. Kan dah kena...

“Maafkan saya,Tengku. Saya tak sengaja. Kita pergi klinik, ya?” usul Qissyara seraya cuba menyentuh lengan lelaki yang bersweater kelabu itu. Pantas pula tangannya ditepis. Terkedu Qissyara. Marahlah pula. Siapa suruh cari pasal. Bukan salah dia kejadian ini berlaku.

“Tak nak!”

Erk! Marah ke merajuk? Parah.

“Janganlah macam tu. Saya tahulah saya bersalah. Tapi,Tengku pun salah juga. Siapa suruh terperanjatkan saya macam tadi. Kan tak pasal-pasal dah kena hempuk.”

“Saya nak bergurau aje tadi tu. Mana saya sangka awak sanggup hempuk saya dengan kayu hoki pulak. Teruk betullah awak ni.”

‘Eh! Kita pula yang dikatakan teruk. Dia yang cari pasal. Hendak bergurau tidak kena tempat dan masa. Padanlah dengan muka,’ kutuk Qissyara di dalam hati.

“Okey, saya minta maaf sekali lagi. Dah, jom pergi klinik. Kot ada yang patah riuk nanti, saya juga yang kena dakwa. Lagi teruk kalau kena saman. Teruklah saya kena korek tanah cari bijih timah atau melombong emas untuk bayar saman. Mesti kena puluh ribu, kan? Ke juta-juta? Susahlah saya nanti.”

“Melampaulah tu! Tak adanya patah riuk. Tak payah pergi klinik. Tak ada saman menyaman. Tapi, sebagai denda awak kena temankan saya minum.”

Huh! Dia lagi melampau. Asyik hendak denda orang aje. Lepas itu kena teman minum. Tidak ada benda lainkah? Bosan! Ajaklah pergi melancong ke luar negara atau membeli belah sampai lebam sebagai denda. Kan seronok sikit. Lagipun, bukan salah Qissyara seorang ini semua terjadi. Lelaki itu pun salah juga.

“Dah malam sangat ni,Tengku. Saya kena balik. Nanti keluarga saya risau.”

“Tak kira! Kalau awak tak nak teman, saya buat aduan kat balai polis.”

‘Tak suruh kira pun...’ HatiQissyara menjawab.

“Amboi! Dia yang macam penyangak, kita pulak nak diadukan ke polis.”

“Awak jangan banyak bunyi! Kalau nak kes ni panjang, baliklah sekarang.”

“Tengku ni suka mengugut, kan?”

“Siapa cakap?”

“Sayalah cakap. Tengku ni pekak ke apa? Tangan yang sakit, takkan sampai telinga pun tak boleh ‘guna’ dah.”

Mencerun pandanganTengkuKyle terhadap Qissyara. Mulut perempuan ini, boleh tahan juga lasernya. Ada juga yang kena cium percuma. Terus senyap karang. Hisy!

“Awak jangan macam-macam, eh. Dah awak sakitkan saya, siapa suruh?”

“YangTengku ganggu saya, siapa suruh?”

Qissya, last warning ni. Temankan saya atau kes ni saya panjangkan.”

Qissyara pandang lelaki itu seperti mahu ditelannya. Bukanlah dia takut sangat dengan ugutan lelaki itu. Tapi, bab mahu memanjangkan hal tersebut, memang dia tidak gemar. Buat serabut kepala otak sahaja. Alah, dia tahu... Sebenarnya lelaki ini sengaja mencari alasan untuk minum bersama dia. Bukan dia rasa diri bagus sangat dan ada peminat. Tapi, sejak pertama kali bertemu dengan lelaki ini, ada saja caranya untuk menarik perhatian Qissyara. Susah betul jadi perhatian begini. Hah, kan tidak pasal-pasal dia perasan sendiri.

“Saya boleh temankanTengku, tapi dengan satu syarat.”

“Apa dia? Nak minta kebenaran umi awak? Boleh aje. Tak ada masalah.”

“Itu sudah semestinya. Ada syarat lain.” Qissyara sibuk menaip mesej. Tidak dihiraukan Kyle yang tunak memandangnya.

“Okey, cakaplah... Apa dia?”

“Saya nakTengku beritahu Raqiff yang saya ada denganTengku sekarang ni.”

“Hah? Biar betul you ni. Apa hal pulak I nak kena beritahu dia semua ni? Bukan ada kena mengena dengan dia pun.”

“PadaTengku mungkin tak ada kena mengena. Tapi pada saya, dia kena tahu.”

Why?

“Sebab dia kawan baik saya. Selalunya saya akan berbual dengan dia di telefon saat-saat macam ni. Tentu dia sedang risau kerana saya masih tak balik lagi sekarang ni. Ni time dia akan call saya,” ujar Qissyara lancar sambil menggoyangkan telefon bimbit di depan mata lelaki itu.

Kyle mendengus perlahan.

“Kalau macam tu, you telefon dia sendirilah.”

Qissyara menggeleng beberapa kali sambil tersenyum meleret.

“Kenapa?”

“Bateri telefon saya flat. Saya hanya sempat hantar mesej pada umi saya mengatakan yang saya akan balik agak lewat.So, please... ya, Tengku. Kalau tak, saya balik sekarang. Case close.”

“Okey! Saya call Raqiff sekarang,” kata Kyle dalam nada tidak berpuas hati. Lalu didail nombor telefon Raqiff. Dia menunggu sebentar sebelum panggilannya disambut. “Bro! Aku pinjam girlfriend kau kejap,” ujarnya sambil mata tajam melirik kepada Qissyara. “Girlfriend mana? Berapa ramai girlfriend kau ni? Oh! kalau bukan girlfriend, kawanbaik kau ajelah kot.” Tengku Kyle terdiam sebentar. “Ya, dialah... Siapa lagi? Kau ada kawan perempuan lain yang rapat ke? Alah, gurau pun sentap. Rilekslah, bro! Thanks anyway! Ya, tak lama.” Kyle angguk kepala. Macamlah Raqiff dapat melihat aksinya. “Aku nak pergi minum dengan dia aje. Tak buat benda lain. Don’t worry. Aku jaga baik punya.”

Qissyara sudah tersenyum lagi. Manis sekali.

Done!

Qissyara mengangguk dan tersenyum lagi. Bagus! Dengar kata dia ini.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin