Home Novel Cinta Dear Love Mr Crescendo
Dear Love Mr Crescendo
Raimah Dain
8/12/2023 22:06:54
1,891
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2


“MANA perginya diari aku ni?” Berselerak atas meja dengan barang-barang Hayra yang dikeluarkan dari dalam beg. Terlihat beberapa buah buku rujukan, buku catatan, purse, lipstick, bedak kompak, powerbank, ear-pod dan beberapa barangan peribadi lain. Tetapi diari kesayangannya tak pula kelihatan berada di situ. 

Aaron dan Tiara yang duduk bertentangan dengannya hanya memerhati gelagat Hayra yang tak ubah seperti kehilangan duit beribu-ribu ringgit padahal cuma sebuah diari lama yang selalu dia bawa ke hulu-ke hilir.

“Beb, tak payahlah kalut sangat. Mungkin tinggal dalam bilik kot,” kata Tiara. 

“Aku ingat pagi tadi aku ada susun sekali diari tu dengan buku-buku ni. tapi… kenapa tak ada?” Dahinya berkerut sambil bibir melepaskan satu keluhan panjang. 

“Kau beli aje lah diari lain. Diari tu pun dah nampak old school sangat, beb. Apa salahnya gantikan dengan yang baru.” 

Aaron yang terkejut dengan kata-kata Tiara segera menyiku Tiara lalu menggeleng. 

“Apa?” Tiara mengerutkan dahi. 

Aaron tak menjawab sebaliknya memberikan isyarat supaya Tiara melihat ekspresi wajah Hayra yang berubah kesal selepas mendengar apa yang Tiara katakan. 

“B-Beb… aku…” 

“It’s okay, apa yang kau cakap tu memang betul. Diari tu memang diari yang dah lama. Tapi ada sesuatu yang buat diari tu penting untuk aku. My childhood memories semua ada tercatat dalam tu dan satu-satunya gambar aku dengan dia ada terselit dalam halaman diari tu.” 

“Im sorry,” ucap Tiara dengan perasaan bersalah. 

“It’s okay, aku tak marah pun. Aku cuma harap sesiapa yang jumpa diari tu akan pulangkan diari tu pada aku. Itu je gambar kami berdua yang aku ada.” 

“Who knows dia yang jumpa gambar tu?” 

Hayra tersenyum nipis mendengar andaian Tiara lagi. “Macamlah dia ada dekat sini. Ya ada pun Lee Minhyuk yang pastinya bukan dia. dahlah korang buatlah assignment tu. aku nak rehat.” 

Hayra menyusun buku-bukunya lalu membaringkan kepala di atasnya sambil mata perlahan-lahan dipejam rapat. Aaron dan Tiara saling berpandangan diikuti dengan satu keluhan panjang. Hayra ialah definisi gadis yang setia menunggu kedatangan cinta pertamanya walaupun dah bertahun-tahun orang itu hilang tanpa khabar. 

“Min Oppa, oppa dekat mana?” bisik hati kecilnya. 

Walaupun Izmin mungkin Izmin dah tak sama seperti yang dia kenali sewaktu kecil dahulu. Tetapi dia tetap berharap dapat berjumpa dengan Izmin kerana dia ingin memastikan sesuatu dari Izmin dan setelah itu barulah dia barulah dia putuskan untuk terus menunggu atau melepaskan.

‘Munja wasseoyo! (Ada mesej masuk!)’

Hayra membuka matanya bila bunyi notifikasi mesej telefon pintarnya menyapa ke telinga. tangan meraba-raba di atas meja lalu mencapai telefon pintarnya. Maata digosok-gosok bila nama ‘Kak Maya’ tertera di skrin telefon. 

“Kak Maya?” 

Aaron dan Tiara melihat kembali ke arahnya yang sedang bergumam sendiri. 

“Kak Maya bukan balik Malaysia ke?” soal Tiara.  

“Ha’ah.” Sepatah Hayra menjawab sambil menekan skrin untuk membaca mesej yang dihantar oleh sepupunya yang dah hampir enam tahun bermastautin di Busan. 

“What?” Bijih matanya bagai nak tercabut keluar membaca sebaris ayat yang ditulis oleh Maya. 

“Aku rasa aku kena gerak dulu.” 

“Kau nak ke mana?” soal Aaron sambil mata tak berkelip melihat Hayra yang sibuk mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg. 

“Kata nak balik sama-sama?” Tiara pula bertanya. 

“Memanglah. Tapi aku nak pergi satu tempat.” Senyuman manis diukir. 

“Mana? Kau boleh ke pergi seorang?” Aaron sebenarnya bimbang nak membiarkan Hayra pergi sendirian sedangkan hari dah beransur senja. 

“Demi jumpa Min Oppa  aku akan beranikan diri pergi seorang.”

“M-Min?” Mata Aaron bulat memandangnya. 

“Hmm. nanti balik aku cerita. Bye, aku pergi dulu. Tolong bawa balik buku-buku aku ni ya. terima kasih sahabat-sahabat dunia akhirat.” Dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan terus beredar keluar meninggalkan perpustakaan kampus mereka dengan perasaan teruja bercampur gementar. 



*****



HAYRA berdiri di di hadapan lift sebuah apartment yang terletak di Hannamdong. Perasaan teruja bercampur-baur dengan perasaan gementar. Macam-macam hal mula bermain dimindanya bila memikirkan sebentar lagi dia mungkin akan bersua dengan orang yang paling dia ingin temui selama ini. 

Pada masa yang sama dia tertanya-tanya dari mana Maya mendapatkan alamat rumah Izmin? Bertahun-tahun kot mereka cuba menjejaki keluarga itu. Namun saat dia sudah tak mengharapkan apa-apa, Maya tiba-tiba menghantar mesej memberikan alamat apartment ini. 

“Harapnya tak salah alamat.” 

‘Ting!’  

Pintu lift terbuka. 

Hayra melangkah dengan kaki kanan namun, belum pun sempat kaki menjejak masuk ke dalam lift seorang lelaki bertshirt biru tua yang entah muncul dari pelusuk mana tiba-tiba melangkah masuk ke dalam lift dan terus menekan butang untuk menutup pintu lift tersebut. 

Tindakan lelaki yang sepertinya tergesa-gesa dengan muka bermandi peluh membuatkan dia hanya berdiri kaku untuk sejenak. “Rushing nak ke toilet kot.” Andaian dibuat agar dia tak menyumpah dalam hati dek sikap biadab lelaki tadi. 

Tak lama menunggu, pintu lift terbuka dan kali ini dia berjaya masuk ke dalam tanpa dihalang oleh sesiapa. Butang yang tertulis angka 7 ditekan diikuti dengan pintu lift tertutup dan terus membawanya naik ke tingkat empat bangunan setinggi 11 tingkat itu. 

Melangkah keluar dari dalam lift, dia meneruskan langkahnya mencari rumah yang bernombor 202. Di setiap tingkat cuma ada empat unit rumah sahaja. Jadi taklah begitu sukar untuk dia mencari alamat rumah yang diberikan oleh Maya tadi. 

“Betul ke apa aku buat ni?” Dia berhenti di hadapan sebuah rumah yang bernombor 202. Jemari teragak-agak nak menekan loceng rumah itu kerana bimbang orang yang keluar tak seperti yang diharapkan. 

“Baik aku call Kak Maya dulu tanya betul ke tak alamat ni.” 

Tangan meraba-raba ke dalam poket seluar sebelum, telefon Iphone 14pro berwarna ungu dikeluarkan. Namun belum sempat dia menekan nombor Maya bunyi pintu dibuka. Cepat-cepat Hayra mengundurkan kaki beberapa tapak ke belakang. 

Beberapa saat kemudian, seorang lelaki yang menyarungkan Cardigan biru tua muncul di balik pintu sambil menjinjing plastik sampah di tangannya membuatkan mata Hayra tercelik bulat. 

“Dia ni bukan mamat tadi tu ke?” soalnya dalam hati. 

“Nugu… seyo? (A… Wak siapa?)” soal lelaki itu hairan. 

“Dia ni Min Oppa?” Mata Hayra tak berkelip memandang lelaki di hadapannya. Dia cuba mencari titik persamaan antara Izmin dan lelaki di hadapannya. Apa yang dia ingat, Izmin bertubuh sedikit chubby dan suaranya serak-serak basah berbeza dengan jejaka di hadapannya sekarang. 

“Excuse me?” Lelaki itu menggoyang-goyangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. 

“Uh?”  

“Nuguseyo? nuga chajeuseyo? (Awak siapa? Awak cari siapa?) ”  soal lelaki itu, serius. 

Hayra tak menjawab pertanyaan itu, sebaliknya, mata terus memandang jejaka tampan dihadapannya. Entah mengapa separuh hatinya mengatakan seperti pernah bertemu dengan lelaki itu, Malangnya dia tak ingat di mana. 

“Peliknya, kenapa aku macam pernah nampak muka dia ni?” Hayra bergumam sendiri. 

“Ne? (Apa?)” Lelaki itu mengerutkan dahinya. 

“Joeseonghaeyo (Saya minta maaf,)” ucapnya lalu menundukkan kepalanya. Rasanya dia dah salah rumah. Tapi, memang ini kot alamat yang diberikan oleh Maya tadi. Entah-entah Maya yang salah tulis alamat sebab kelam-kabut sangat tadi. 

Tak apalah, baik dia pergi sebelum dituduk seorang stalker pula.  Jejaka di hadapannya itu kan kacak. Jadi tak hairanlah kalau punya ramai peminat dalam kalangan gadis. Namun selepas beberapa tapak melangkah, dia berhenti. Rasanya tak salah jika dia bertanya untuk mendapatkan kepastian. Siapa tahu lelaki itu ialah kawan Izmin atau mungkin adik lelakinya Izham.

Hayra menoleh ke belakang, terlihat lelaki tadi sedang memasukan sampah ke dalam tong sampah. Nafas dia tarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan sambil kaki kembali berjalan ke arah lelaki itu. Dia cuma ingin pastikan, itu saja.  

“Excuse me, mister.” Dia menyapa dalam keadaan teragak-agak.  

Terangkat bahu lelaki itu bila suara gadis tadi menyapanya dari belakang. Cepat-cepat lelaki itu memusingkan badannya melihat Hayra yang berpakaian casual berdiri tak jauh di hadapannya.  

“Ne? (Ya saya?)” Ada peluh menitik jatuh dari mukanya bila matanya dan Hayra bertemu sejenak. 

“Je ireumeun Yuhayranminda. (Nama saya Yuhayra.)” Tanpa ditanya dia memperkenalkan drinya. 

“Gabjagi? (Dah kenapa tiba-tiba?)” Lelaki itu semakin berkerut. Mana taknya tiba-tiba saja Hayra memperkenalkan dirinya. 

“Je ireumeun gieog anya? (Awak tak ingat ke nama saya?)” soal Hayra. 

 “Yu… Hayra?” Lelaki itu menyebut namanya dengan seribu tanda tanya difikiran. Namun matanya tak lepas pula memandang tepat ke wajah gadis di hadapannya. 



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raimah Dain