Home Novel Cinta Dear Love Mr Crescendo
Dear Love Mr Crescendo
Raimah Dain
8/12/2023 22:06:54
5,882
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1


Tujuh tahun kemudian. Seoul, Korea Selatan. 


DI bawah keindahan langit musim bunga yang membiru terlihat seorang gadis yang mengenakan blouse merah jambu sama warna dengan bunga-bunga sakura yang sedang mekar berlari-lari anak menuju ke arah bangunan department of humanity yang terletak beberapa meter dari perhentian bas SNU. 


Sambil berlari dia mengerling jarum pada jam yang terpasang kemas di tangan kirinya. Sepuluh minit lagi nak pukul 9.00 pagi dan dia tak boleh lewat walaupun seminit kerana bimbang markahnya akan dipotong oleh Profesor Song. 


“Habislah aku kalau prof masuk awal. Itulah siapa suruh layan K-Drama sampai ke subuh.” Dia menarik beg sandangnya yang hampir terlepas dari bahu sambil sebelah lagi tangan memegang beberapa buah buku. 


Dia mula tercungap-cungap dan lariannya semakin perlahan apabila terpaksa mendaki jalan yang sedikit berbukit. Beberapa kali bibirnya melepaskan keluhan. Namun dia terus berjalan tanpa berhenti. 


Beginilah kehidupannya di Seoul selama hampir tiga tahun. Dia mula melawan trauma akibat kemalangan tujuh tahun lepas dengan berusaha berdikari menjalani hari-harinya tanpa bantuan Aaron dan Tiara. Walaupun awalnya sukar, lama-kelamaan dia dah mula membiasakan diri dan sekarang dia dah boleh melintas jalan tanpa bantuan dua sahabatnya itu. 


Dia takkan pernah menyesali keputusannya untuk datang ke Negara yang terkenal dengan muzik K-Pop dan Drama ini kerana sedikit demi sedikit dia dapat menjadi dirinya yang dulu dan yang paling penting dia dapat membuktikan kepada keluarganya yang dia mampu bangkit semula selepas kemalangan tragis itu. 


“Sampai bila aku nak jadi mayat hidupkan? Takkan ada apa-apa yang berubah kalau aku terus duduk dalam bilik menangis siang dan malam.” Hati kecilnya berbisik diiringi dengan segaris senyuman pahit terukir di bibir. 


Langkahnya yang tadi perlahan dia lajukan sedikit sambil melihat ke skrin telefon pintar untuk memeriksa kalau-kalau rakan sekelasnya ada menghantar mesej di group chat kelas mereka. 


‘Berdebuk!’ 


Buku yang dipegang terlepas dari pegangan tangannya jatuh terus ke atas jalan. Hayra menyentuh dahinya yang terasa sakit kerana terlanggar belakang badan orang dihadapannya. Namun dia lupakan rasa sakit itu apabila lelaki berkemeja hitam dengan tinggi lebih kurang 178 sentimeter itu memusingkan badan berhadapan dengannya. 


“Joesonghamnida, (Saya minta maaf,)” ucapnya tanpa melihat wakah manusia yang dilanggarnya tadi. 


Lelaki itu tak menjawab, sebaliknya dia membongkok membantu gadis yang masih tunduk itu untuk mengutip buku-buku yang berselerak di atas jalan.  


Melihat tindakan lelaki itu. Hayta segera membongkokkan badan 90 darjah untuk mengutip semdiri buku miliknya. Dia sepatutnya lebih berhati-hati ketika berjalan. Kalaulah orang yang dia langgar tadi ialah seorang yang panas baran pasti dia dah ditengking. Tetapi lelaki di hadapannya sekarang juga agak meneyramkan kerana diam tanpa bicara. 


“Joeseonghamnida jega… (Saya minta maaf, saya…)” Wajah dia angkat melihat lelaki yang berdiri membongkok di hadapannya. Saat mata bertemu mata tubuhnya membatu untuk sejenak. 


“Minhyuk Sunbaenim?” Matanya tak berkelip memandang jejaka yang berdagu runcing, hidungnya pula mancung, matanya sedikit sepet dengan lesung pipit kecil akan terlihat setiap kali senyuman diukir. Visualnya tak ubah seperti seorang penyanyi idol. 


“Gwaenchanhayo? (Awak okey ke?)”  


“Ne. (Saya?)” 


Minhyuk menghela nafas lega bila mendengar Hayra baik-baik saja selepas melanggarnya dari arah belakang tadi. Hayra sekali lagi menundukkan kepala tanda meminta maaf atas kejadian tadi. Dia terlalu mengejar masa sehingga tak meneydari ada orang di hadapannya. 


“Jeongmal joesonghamnida, sunbaenim. (Saya betul-betul minta maaf.)” 


Minhyuk hanya mengangguk sekali tanda dia menerima permintasn maaf Hayra.. 


Selesai masalah itu, dia meminta diri kerana dia perlu berada dalam dewan kuliah sebelum 9.00 pagi. Minhyuk mengerling jam di tangan yang menunjukkan pukul 8.57 pagi. 


Sambil berjalan, sambil dia menepuk lembut kepalanya. Macam manalah dia boleh terlanggar pelajar paling popular di kampus merrka itu? Jantungnya hampir luruh saat bertentang mata dengan jejaka tampan itu. Namun sikap pendiam Minhyuk membuatnya sukar untuk berkominikasi tambahan pula dia pernah memalukan diri di hadapan Minhyuk. 


Pernah juga terlintas difikirannya Minhyuk ialah Izmin saat pertama kali melihat Minhyuk bermain piano di laman kampus dua tahun lepas. Dia masih ingat dengan jelas perbuatanya yang memalukan diri sendiri telah membuatkan Minhyuk mengingatinya sehingga ke saat ini. 


Dua tahun lepas, imbas kembali. 


LAGU Yiruma yang berjudul Remember membantutkan langkah Hayra dan Aaron. Dia menoleh ke kanan, terlihat seorang lelaki menyarungkan sweater biru muda sedang bermain keyboard di bawah Pepohon Sakura yang berbunga merah jambu. 


“Kenapa?” 


Dia tak menghiraukan pertanyaan Aaron sebaliknya mata terus memerhati lelaki itu sambil mendengar lagu yang mengingatkan dia pada seseorang. Entah mengapa wajah lelaki itu juga mengingatkan dia pada Izmin. Tetapi Izmin yang dia kenali seorang yang bertubuh sedikit gempal dan berkaca mata jauh berbeza dengan lelaki di hadapannya yang memiliki visual seperti penyanyi idol Korea. 


“Tak mungkin.” Hayra tersenyum pahit. 


“Apa yang tak mungkin?” soal Aaron hairan. 


“Lelaki tu ingatkan aku pada Min Oppa,” jawabnya tanpa melihat Aaron. 


“Oh, itu senior kita kalau tak salah nama dia Lee Minhyuk. dia student music and quite famous sebab hensem dan berbakat. Takkan kau tak tahu?” Aaron kerut dahi. 


Hayra menoleh memenadang Aaron selepas mendengar nama Lee Minhyuk meniti dibibir sahabatnya itu. “N-nama dia Lee Minhyuk?” soalnya.


Aaron mengganggukkan kepala mengiyakan pertanyaan Hayra. 


Hayra tersenyum manis melarikan semula matanya pada lelaki bernama Minhyuk. Sekarang dia faham mengapa sekilas pandang dia dapat merasakan aura Izmin pada lelaki itu kerana mereka ialah orang yang sama. Nama sebenar Izmin ialah Lee Minhyuk, dia juga bermain piano dan lagu yang dimainkan oleh orang di hadapannya ialah lagu kegemaran Izmin. 


“I found you, Min Oppa.” 


Bulat mata Aaron bila melihat Hayra tanpa teragak-agak melangkah menuju ke arah Minhyuk yang bermain keyboard yang ditonton oleh pelajar-pelajar dari kampus mereka. Dia cuba menahan Hayra namun Hayra terus melangkah dengan penuh yakin bahawa lelaki itu ialah Izmin. 


Setapak demi setapak langkah kaki diatur dengan perasaan teruja bercampur debar. Air liur ditelan bila matanya dan Minhyuk bertemu. Jari yang tadinya ligat menekan setiap nada pada papan keyboard kini berhenti kerana terkejut dengan kedatangan seorang peminat perempuan yang tiba-tiba saja berdiri terpacak di hadapannya. 


Hayra menyapa dengan senyuman manis namun, Minhyuk hanya membalas dengan tatapan yang kosong. Beberapa saat kemudian dia melarikan pandangan pada orang yang sedang menontonnya sebelum kembali memandang Hayra dengan riak keliru. 


“Oppa.” 


Minhyuk mengerutkan dahi saat disapa dengan panggil oppa yang bermaksud abang dalam Bahasa Korea. 


“Jega Yuhayra Aulya geoghajyo? (Saya Yuhayra Aulya awak ingat tak?)” Hayra memperkenalkan dirinya walau tanpa disuruh. 


Dia membayangkan dalam imaginasinya yang Minhyuk akan mengukirkan senyuman sambil menyebut namanya ‘Hayra’ namun, realitinya Minhyuk hanya membatu memandangnya dengan riak yang hairan. 


“Joesonghaeyo geu jjogeun jal moreugesseoyo. (Saya minta maaf, tapi saya tak kenal awak pun.)” 


Muka Hayra bertukar kemerah-merahan apabila Minhyuk mengatakan yang dia tak mengenalinya. Dia cuba tersenyum, tetapi terlihaat sungguh kekok. Air liur yang ditelan juga terasa pahit kerana menanggung perasaan malu atas perbuatanya yang terburu-buru tadi. 


“Joeseonghamnida (Maafkan saya.)” Hayra membongokkan badan serendah 90 darjah lalu cepat-cepat beredar dari situ sambil menyembunyikan wajahnya dengan kedua-dua tangan. 


“Ya Allah, malunya! Mana aku nak letak muka ni.” Bebelnya. Sempat juga melirikan mata pada manusia-manusia yang berada di situ. 


Dia kemudian memandang Aaron yang sedang berdiri berpeluk tubuh sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tiba di hadapan Aaron, tangan Aaron ditarik beredar meninggalkan kawasan itu secepat mungkin. 


“Kenapa? Min Oppa kau cakap apa tadi?” soal Aaron seperti memerli. 


“Aku salah oranglah.” Aaron tersengih mendengar nada kesal Hayra. Itulah siapa suruh buat tindakan melulum sekarang tak fasal-fasal diri sendiri yang malu. 


“Famouslah kau lepas ni.” 


Usikan Aaron dibalas dengan jelingan tajam. Kalaulah dia menggunakan akal waras dan bukannya emosi semata-mata, tak adalah dia akan menanggung malu seperti sekarang.





Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raimah Dain