Home Novel Cinta CINTA PERTAMA
CINTA PERTAMA
Melissa Lee
11/12/2019 10:03:00
130,062
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Syiling dua puluh sen disumbat Melissa ke lubang telefon awam di tingkat bawah hostel. Dengan membaca Bismillah..Melissa menekan satu persatu nombor sambil sebelah tangan lagi memegang sekeping kertas kecil tertulis nombor telefon Fariz. 

Tiba-tiba perlakuan Melissa terhenti. Dia meletakkan semula gagang. Betul ke tindakanku ini? Tidakkah ini namanya perigi mencari timba? Melissa menggaru kepala yang berbalut tudung berwarna putih.

"Kenapa aku perlu berbuat begini? Bodohnya aku. Terhegeh-hegeh nak kenal dia kenapa?"

 Suara hati Melissa seolah-olah mentertawakan kebodohan sendiri.

"Apa salahnya. Nak berkawan je pun. Bukannya buat benda tak senonoh pun." 

Satu lagi suara pula kedengaran.

"Kau kan memang dari dulu suka kejar orang. Mana kau nak pandang orang yang kejar kau sebab kau nak juga orang yang kau kejar."

Suara itu terus-terusan menghasut Melissa. Akhirnya dengan nekad, Melissa menekan juga nombor-nombor tersebut. Kedengaran suara lunak seorang lelaki memberi salam.

"Assalamualaikum..siapa ni?" 

Gullp!! Dengar suara pun rasa dah nak tercabut jantung..apatah lagi kalau nanti nak mengadap muka dia! Gila dah kot aku ni.

"Waalaikumussalam..hmm..Fariz ya?"

"Ya, saya bercakap. Ni siapa ya?"

"Hmm..saya..saya.. secret admire awak!"

"Hah? Secret admire? Biar benar, orang tak hensom macam saya ni ada secret admire..ni mesti kawan-kawan saya nak kenakan saya ni...Azwa ek? Ke Fairuzah atau..."

"Wah, ramainya awek," usik Melissa.

"Semua yang saya sebut tu adalah kawan saya. Bukan awek pun," balasnya mendatar.

"Awak budak engineering kan..Automotif..betul tak?"

Sengaja Melissa bertanya soalan yang memang dah tahu jawapannya.

"Ha ah..awak? Ni pelajar KUTKM jugak kan. Course apa?"

"Ya..kos..kosmetik..."

"Pandai melawak ya. Saya suka. Anywaythanks sebab call. Tadi saya stress sangat buat assignment. Dapat call dari awak dan berbual-bual dengan awak, rasa lega sikit." 

Pujian itu mengembangkan hidung Melissa.

"Kenapa tak borak dengan kawan-kawan je kalau stress?" 

"Mana best borak dengan jantan. Dengan awek baru best."


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee