Home Novel Cinta LOVE YOU FOREVER!!
LOVE YOU FOREVER!!
Nia Reiya
16/5/2016 22:16:29
58,651
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 33

“Ibu sihat?”

“Hmm”

“Adik-adik mana, bu?” tanya Farah dengan niat untuk bertanya khabar adik-adiknya memandangkan mereka berdua tidak kelihatan sejak dia balik tadi.

“Ada kat padanglah tu.”

“Ibu…”

“Farah, mesti sayang penatkan. Dah pergi berehat dulu. Nanti kita makan malam sama-sama ya,” pintas Syed Khalid tiba-tiba setelah menyedari ada rasa meluat yang terbit pada wajah isterinya.

Farah hanya mengangguk sebelum berlalu.

“Som, Farahkan baru sampai. Kenapa awak nak tunjuk muka bagai?”

“Habis tu abang nak saya bersorak gembira dengan kedatangan dia kat sini. Macam tu?” balas Kalsom geram.

“Boleh tak jangan nak ungkit apa yang dah terjadi dulu? Saya rimaslah dengan kerenah awak yang tak habis-habis ni. Kesian kat dia.” Kalsom mencebik. Kemudian tersenyum sinis.

“Abang nak saya kesian kat perempuan yang tak pandai jaga suami. Datang sini lepas kena halau dan tak diperlukan lagi kat sana,” sindir Kalsom dengan kuat sekali.

Kalsom sengaja buat begitu kerana dia mahu anaknya itu dengar setiap perbualan mereka.

“Som jangan nak uji kesabaran saya. Karang budak tudengarkan susah,” marah Syed Khalid beri amaran.

Kalsom sedikit pun tidak tergugat dengan amaran suaminya yang tak seberapa mana.

“Abang jangan nak masuk campur. Dia anak Som. Tahulah saya macam mana nak jaga dia. Abang uruskan hal Far dan Min.” Selamba Kalsom berkata begitu.

“Awak nikan susah nak dilenturkan lagi. Pandai-pandailah awak nak buat apa. Tapi jangan sesekali sakitkan hati budak tu. Saya tak suka. Saya ayah dia. Tak pernah saya anggap budak tu macam anak tiri tapi seperti anak kandung abang. Kali ini abang tak nak dengar awak cakap yang bukan-bukan kat budak tu. Karang awak yang saya halau nanti. Faham?”

Farah mendengar setiap perbualan ibu dan ayahnya. Kata-kata ibunya sedikit pun tidak menyakitkan hatinya kerana dia sudah biasa dengan cara ibunya begitu tetapi apa yang merunsingkannya sekarang ialah persoalan anak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nia Reiya