‘’HEI Zara,’’ tiba-tiba
Taufik datang menegur Zara ketika Zara sedang makan bersama Amira di kafeteria.
‘’Yo, what’s up?’’
balas Zara endah tak endah. Hairan, tak pernah-pernah Taufik mahu menegurnya
sebelum ini.
‘’Boleh tak aku nak cakap dengan kau kejap? Alone?’’ soal Taufik sambil mengerling
ke arah Amira, tanda tidak mahu Amira berada di situ.
‘’Apa yang kau nak cakap? Cakap ajelah.’’
‘’I said, alone!’’
Taufik merenung tajam ke arah Zara.
‘’Okay, fine!’’
Zara mengangkat kedua-dua belah tangannya dan bangun dari meja.
‘’Lagipun, aku pun sebenarnya ada benda jugak yang nak
tanya kat kau,’’ ujar Zara bila teringatkan perihal lelaki semalam.
‘’Hei, kau orang okey tak ni?’’ soal Amira bimbang. Risau
Zara dan Taufik bertelagah lagi. Zara hanya mengangguk. Kemudian, dia mengikut
Taufik ke luar kafeteria.
‘’Aku….’’ Taufik dan Zara bersuara serentak.
‘’Kaulah yang cakap dulu,’’ Zara memberi laluan pada
Taufik untuk memulakan kata-katanya.
‘’Okey. Aku sebenarnya…’’
‘’Kalau kau risau aku bagitau sesiapa pasal kau kerja kat
Jco tu, tak payahlah risau. Aku tak buka mulut kat sesiapa pun. So no worries,’’ Zara memotong sebelum
sempat Taufik memulakan kata-kata.
‘’Hei, boleh tak kau biar aku habis cakap dulu?’’ marah
Taufik.
‘’Yelah. Muka kau nampak resah semacam aje, aku ingat
pasal tulah. Malas nak dengar kau cakap panjang-panjang,’’ ujar Zara selamba.
‘’Aku tak kisahlah kalau satu universiti tahu pun.
Bukannya aku kacau duit mak bapak dia orang.’’
‘’Habis tu, pasal apa?’’
Taufik diam seketika. Dia nampak serba-salah. Zara
menyilangkan tangan dan mengetuk jari-jemari kanannya di atas tangan kiri.
‘’Cepatlah sikit! Kalau kau tak nak cakap, biar aku yang
cakap!’’ gertak Zara.
‘’Okay, fine!
Aku cuma nak bagitau kat kau, yang aku tak memaksudkan apa yang aku cakap kat
Jco tempoh hari,’’ akhirnya, Taufik berkata-kata jua. Zara menjungkit kening.
‘’Tak memaksudkan?’’ Zara ketawa sinis. ‘’Lepas kau memalukan aku depan orang ramai,
berani kau kata yang kau tak memaksudkan apa yang kau cakapkan? Apology is not accepted, Taufik.’’
‘’Aku tak minta maaf pun dekat kau sebab aku tak rasa
yang aku cakap apa-apa yang salah pun,’’ Taufik cuba mempertahankan diri.
‘’Kalau kau rasa yang kau tak cakap apa-apa yang salah,
kenapa kau beria-ia nak confrontdengan
aku dan explain dekat aku yang kau
konon-kononnya tak memaksudkan benda yang kau cakap tu?’’ Zara memulangkan paku
buah keras.
Taufik
mendengus. ‘’Suka hati kaulah. Yang
penting, aku dah cakap apa yang aku nak cakap. Terserah pada kaulah nak terima
ke tak.’’ Taufik mahu menapak pergi, tetapi Zara pantas menghalang dengan
tangannya.
‘’Kejap,
sekarang giliran aku pula nak tanya pada kau. Dan aku nak kau jawab dengan
jujur,’’ riak wajah Zara bertukar serius. Tidak main-main lagi.
‘’Apa?’’
‘’Ashraf
ada dekat Malaysia ke sekarang ni?”
Riak
wajah Taufik berubah mendengar soalan Zara.
‘’Apasal kau tanya aku soalan tu?’’
‘’You are not
answering my question, Taufik.’’
‘’Manalah aku tahu. Kau tanya aku buat apa. Aku bukannya
mak bapak dia nak tahu semua tu,’’ Taufik cuba berlagak selamba. Tetapi dari
riak wajahnya pun Zara dah tahu yang Taufik sedang menipu sekarang.
‘’You are lying
right now, Taufik. Kau sebenarnya tahu kan Ashraf ada dekat Malaysia
sekarang?’’
Taufik merenung Zara tajam.
‘’Mana kau tahu tentang hal ni?’’
‘’Sebab dia datang jumpa aku personally semalam.’’
Terpamer rasa terkejut pada ekspresi muka Taufik. Secara
drastik, Taufik terus menggenggam bahu Zara erat.
‘’Dia cakap dan buat apa pada kau? Kat mana dia jumpa
kau? Cakap sekarang!’’ nada suara Taufik meninggi. Terkejut Zara dibuatnya
dengan reaksi Taufik. Zara terus menepis tangan Taufik kasar dari terus hingap
di bahunya.
‘’Itu bukan urusan kau, Taufik!’’
‘’Apa-apa yang berkaitan antara kau dengan dia adalah
urusan aku!’’
‘’Urusan kau? Sejak bila kau ambil berat sangat pasal
aku? Kau bukannya dari dulu lagi benci dekat aku ke. Sejak aku mula-mula kawan
dengan Ashraf lagi. Walaupun aku sendiri tak tahu sebab apa kau benci sangat
dekat aku.’’
Taufik terdiam seribu bahasa. Zara berpaling. Makin sakit
hatinya bila berlama-lama di situ.
‘’When is our next
discussion?’’
‘’Tak payahlah kau peduli,’’ balas Zara tanpa menoleh
sedikitpun.
‘’Kalau kau buat perangai macam ni, aku lapor pada Madam
Marissa yang kau tak nak bagi kerjasama dekat aku,’’ ugut Taufik.
Dasar Repeater tak guna, desis hati Zara.
‘’Next Monday, 4
p.m. Library.’’
Ringkas dan padat jawapan yang diberikan Zara. Setelah
Zara masuk ke dalam kafeteria, Taufik menghempas nafas panjang.
‘’Nampaknya kau dah mula tunaikan janji-janji kau,Ashraf,’’
bisik Taufik sendirian. Hatinya dipalit kerisauan yang bukan sedikit.