Home Novel Cinta Cinta Yang Haram
Cinta Yang Haram
Miss Honey
8/7/2020 16:42:51
1,033
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

"ARGH!"


Fawwaz menutup kedua-dua belah telinganya. Bingit gegendang telinganya setiap kali Haifa menjerit ketakutan.Semakin menjadi-jadi sifat penakut adiknya.


"Argh! Ish! Apa cerita ni main tikam-tikam pula! " marah Haifa bengang.Marah tetap marah, pop corn wajib dimakan. Tangannya menyeluk masuk ke dalam bekas.Teraba-raba dia mencari isi pop corn.


"Abang curi pop corn Haifa eh? " Haifa menuduh tanpa soal selidik.Jari ditunding tepat ke hadapan wajah si abang. 


"Cer Haifa tengok kat atas kepala abang ni apa? Yang berterabur kat lantai tu apa benda?" soal Fawwaz turut bengang.Sebiji pop corn di atas kepalanya dicapai lalu ditunjukkan ke arah Haifa.Kemudian sebiji pop corn tadi dicampak perlahan ke arah Haifa. Matanya kembali menghala fokus ke arah skrin besar di hadapan.


Haifa tergaru-garu kepala macam beruk.Taburan pop corn di lantai dipandang dengan perasaan malu. Dia boleh tidak sedar pula yang dia terpekik terlolong di dalam pawagam sebentar tadi.Macam orang kena histeria pun ada sebenarnya. 


"Aik? Dah habis cerita ni? " tanya Haifa kepada diri sendiri. Dia memandang ke arah Fawwaz untuk tahu pengakhiran filem tadi. 


"Haifa, Haifa... Punyalah kuat Haifa menjerit tadi, tapi last sekali Haifa tak tahu ending?" soal Fawwaz seraya bingkas bangun. Semua mata memandang ke arah mereka. Ini mesti sebab Haifa menjerit macam orang gila tadi. 


Orang ramai telah berasak-asak meninggalkan pawagam,kecuali mereka berdua. 


"Tak." Sepatah perkataan sahaja Haifa menjawab. 


Fawwaz tepuk dahi sendiri.Kepalanya menggeleng sehingga ke luar pawagam. 


Haifa membototi Fawwaz dan masih mengharapkan pengakhiran filem tadi.Langkah Haifa terhenti di hadapan kedai ais krim. Lengan Fawwaz lantas ditarik masuk ke dalam kedai itu.


Satu jari Haifa menunjuk ke arah gambar ais krim mango.Ais krim kesukaannya sejak kecil. Haifa kurang gemar dengan ais krim perisa coklat. Lengan Fawwaz digoyangkan berkali-kali.


Dengan mimik muka kasihan pada wajah Haifa sudah cukup membuatkan hatinya berubah cair.Nampaknya Fawwaz terpaksa membeli ais krim itu. Pipi adik perempuannya dicuit sebelum melangkah ke kaunter. 


"Nah. " Ais krim permintaan Haifa dihulurkan lalu kepala Haifa diusap perlahan. 


"Terima kasih abang... Sayang abang."


Terdengar ucapan sayang terpacul daripada mulut Haifa,lantas bibir Fawwaz menguntumkan senyuman manis bak gula. 


"Abang, apa ending cerita tadi? "


Fawwaz melepaskan keluhan panjang. Haifa masih bertanya soalan yang sama. Sampai sekarang Fawwaz berasa membazir pula bawa Haifa pergi menonton wayang.Lesap duit belanjanya semata-mata membeli 2 keping tiket. Tadi beria-ria menjerit,akhir sekali tidak tahu

penamat cerita seperti apa.


"Akhir sekali, lelaki tu kena tangkap polis.Then kena hukuman gantung sampai mati," jawab Fawwaz malas. 


"Yes! Padan muka lelaki tu. Haifa harap, nanti isteri dia kacau dia tiap-tiap malam. "


Kepala Fawwaz tergeleng-geleng melayan karenah Haifa. Si adik suka berlebih-lebihan setiap kali menonton sesuatu filem. Terlebih menghayati. 


"Jadi sekarang kita nak pergi mana? " tanya Fawwaz.


"Haifa rasa nak pergi kliniklah abang... "


Terbuntang mata Fawwaz.


"Klinik? Kenapa Haifa sakit ke? " soal Fawwaz. Dahi Haifa disentuh lama.


"Panas ni... Jom kita pergi klinik sekarang.Kenapa Haifa tak cakap dengan abang awal-awal yang Haifa tak sihat? " Fawwaz berterusan membebel seraya membawa adiknya keluar dari bangunan Suria KLCC.


Haifa membisu.Dia membiarkan Fawwaz memimpin tangannya sehingga tiba di kereta.Haifa renung wajah Fawwaz, dia hanya berasa selamat di sisi lelaki itu.Perasaan yang dia rasa sekarang,tidak pernah dia rasa ketika bersama Zarul atau pada mana-mana lelaki. 


Bergegas Fawwaz memandu menuju ke klinik berdekatan.Selepas 20 minit mencari klinik berdekatan, akhirnya mereka selamat tiba di hadapan Klinik Idzham. Tangan Haifa dipimpin kembali masuk ke dalam klinik.


"Duduk sini diam-diam.Jangan lari mana-mana pula. "


Pesanan Fawwaz membuatkan Haifa tergelak kecil.Dia fikir Haifa ini masih budak kecil? Tak mungkin dah besar panjang macam ini masih nak main lari-lari. 


Haifa duduk seorang diri sementara menunggu Fawwaz mengisi borang.Telefon pintar dimainkan sebelum namanya dipanggil.Bibirnya diketap perlahan apabila dia menerima mesej daripada Zarul. 


Zarul-Kenapa tak balik lagi? 


"Siapa mesej tu Fa? "


Segera Haifa menyimpan telefon ke dalam beg tangan tatkala suara garau Fawwaz menyapa. Dia menggaru kepala sebelum menjawab soalan Fawwaz.


" Takde apa-apa abang. Papa yang mesej...Dia risau tengok Haifa tak balik lagi..."


Terlakar senyuman sinis pada bibir Fawwaz. Dia yakin, apabila Haifa berbicara dengan gagap pasti ada sesuatu yang disembunyikan.


"Cik Nur Haifa. "


Haifa menoleh mencari arah suara yang memanggil namanya. 


"Sila masuk, " tutur jururawat wanita itu.


Haifa anggukkan kepala. Dia bingkas, berkerut kening Haifa sejurus Fawwaz turut bangun. 


"Abang tak yahlah ikut..."


"Biarlah abang ikut. "


"Tak. Abang tak payah ikut," tegas suara Haifa.


Fawwaz mencebir bibir lalu duduk kembali.Tangannya disilangkan sambil mencemberutkan muka.


Haifa mengayun langkah ke bilik doktor. Fawwaz dibiarkan merajuk seorang diri.Dia memandang sekilas wajah monyok itu. 


"Hodoh," gumam Haifa pada masa yang sama menahan ketawa.Langkah diatur masuk ke dalam bilik doktor. Kehadirannya disambut ramah dengan seorang doktor wanita.


"Hye cik,cik ada masalah apa? " tanya doktor wanita itu setelah Haifa melabuhkan punggung ke atas kerusi di sebelahnya. 


"Saya demam doktor... "


"Oh... Sejak bila tu cik? "


"Dah lama doktor... Dalam seminggu juga... Saya selalu rasa letih, berat badan pula menurun.Semua ni terjadi lepas haid saya berpanjangan lebih dari 14 hari..."


Doktor itu berdiam seketika. 


"Cik dah berkahwin? " Doktor itu menyoal. 


Haifa teragak-agak mahu menggeleng.


"Hmm... Macam ni, cik nak saya tuliskan surat ke untuk berjumpa dengan doktor pakar? Sebab agak bahaya kalau haid cik berpanjangan lebih 14 hari."


Haifa menggeleng sekali lagi. 


Doktor itu sekadar tersenyum. 


Seusai melakukan pemeriksaan, Haifa berlalu keluar dari bilik itu. Bergegas Fawwaz berlari mendapatkan Haifa.


"Haifa okay tak? Doktor cakap apa tadi?" soal Fawwaz kerana sayang. Kalau tak sayang, jangan mimpilah dia nak ambil peduli. 


"Haifa okay abang... Don't worry okay. Insya-Allah lepas makan ubat nanti sembuh. " Bahu Fawwaz diusap perlahan agar abangnya itu terasa tenang sedikit. 


Untuk beberapa minit mereka menunggu giliran untuk mengambil ubat.Selesai mengambil ubat,barulah mereka boleh balik ke rumah.Dato' Sri Adli mesti dah gelisah di rumah gara-gara Fawwaz dan Haifa masih belum pulang.


"Terima kasih abang sebab sudi temankan Haifa dalam satu hari ni... Abang mesti penat kan.Dahlah baru lepas balik dari overseas."


Fawwaz hanya sunggingkan senyuman seraya mengusap kepala Haifa yang dilapik tudung. 


"Kan best kalau abang je yang jadi suami Haifa nanti. "


Fawwaz terkejut. Mujur dia tidak brek mengejut tadi.


"Apa yang Haifa merepek ni? "


Adik perempuannya itu hanya tertawa. Tetapi ketawa itu cukup membuatkan Fawwaz semakin tertanya-tanya. Adakah Haifa turut mencintai dia?Tidak mungkinlah. 


"Dalam dunia ni... Hanya dua orang lelaki yang Haifa percaya, abang dan papa. Haifa takut dengan lelaki-lelaki yang ada kat luar sana," luah Haifa tentang isi hatinya yang telah terbuku lama.Belum pernah dia luahkan kepada siapa-siapa tentang hal ini.Di telinga orang lain pasti ia adalah perkara remeh tapi tidak di telinga Fawwaz. 


"Bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain...Itulah manusia Haifa... Tapi tak semestinya semua lelaki dalam dunia ni jahat... Haifa kena ingat walaupun kita ni adik beradik angkat,kita tetap tak boleh kahwin. Haram hukumnya. "


Haifa terdiam.Memang betul apa yang Fawwaz katakan.Arwah mamanya adalah ibu susuan kepada Fawwaz.Jadi sampai bila-bila hubungan mereka hanya sebagai adik-beradik. Tidak akan lebih dari itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Miss Honey