6,477
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

MATANYA terasa berat. Sungguh berat. Seluruh badannya terasa sakit.Tiba-tiba terasa belaian bermain pada setiap helaian rambutnya.Segera dia menepis tangan yang bermain rambutnya. 


Haifa masih memejamkan mata. Telinganya dipekakkan daripada mendengari kata-kata si lelaki tak guna itu.Zarul,merupakan sebuah nama yang benci untuk dia dengar.Zahir dan batinnya menjadi lebih sakit apabila melihat wajah itu.


Terdengar bunyi derapan tapak kaki berjalan menuju ke bilik mandi kemudian pintu ditutup. Dengan lemah Haifa membuka kelopak matanya. Tubir matanya mulai bergenangan air mata.Pipinya kembali basah. Dia menyangka air matanya telah kering selepas seharian menangis, ternyata dia silap.


Bunyi jam berdetik pantas memaksa dirinya untuk bangun. Selimut dicampakkan ke tepi. Secara perlahan dia menyusun langkah untuk membersihkan diri.Dia terasa ingin tumbang, segera dia menghenyakkan punggung kembali di atas katil. 


Hampir lima minit dia duduk,setelah itu dia tetap memaksa diri untuk bangun. Tuala yang tergantung di belakang pintu dia capai perlahan. Setapak demi setapak dia melangkah menuju ke bilik mandi. Pintu itu diketuk.Menggeletar kakinya sepanjang menunggu di hadapan pintu bilik mandi. 


Dua minit kemudian,barulah pintu terbuka. Tersembul wajah Zarul di muka pintu. Hanya sehelai tuala melitupi pinggangnya. Langkah Haifa untuk mandi dihalang.Haifa 

cuba melangkah ke kiri pula tapi Zarul masih menghalang. 


Haifa bisukan suara, dia sekadar menundukkan wajah.Renungan mata daripada Zarul tidak dibalas.Dia membiarkan sahaja lelaki tinggi lampai di hadapannya itu memegang dagunya untuk membalas renungan mata. 


"Kenapa kau diam je dari tadi? "


Pertanyaan Zarul tidak dijawab malah Haifa menarik dagunya daripada pegangan itu. 


"Haifa nak mandi.Abang tolong ke tepi," pinta Haifa secara baik.Baru sahaja matanya ingin memandang wajah Zarul,dia kembali memandang jubin lantai.Senyuman Zarul sentiasa menakutkan.


"Abang tolong ke tepi! " teriak Haifa melawan rasa takut, lantas tubuh kurus itu ditarik keluar dari bilik mandi.Haifa menutup kasar pintu bilik mandi lalu dikunci.Sebelum Zarul bertindak lebih gila, lebih baik dia berjaga-jaga. 


Terlakar senyuman senget dibibir Zarul. Semua pakaian miliknya di lantai dikutip satu persatu sebelum dia berlalu keluar dari bilik Haifa.Selamba sahaja dia berjalan menuju ke biliknya hanya di pinggangnya dibaluti sehelai tuala.


Di sebalik pintu bilik mandi,tersembunyi suara tangisan seorang wanita.Tangisan wanita yang sentiasa disakiti. Haifa terduduk di bawah pancuran. Dia hanya mampu menangis setiap hari. 


"Aku dah tak kuat... Aku dah tak kuat!"


Haifa terus meraung sehingga dia berasa puas. Pancuran dimatikan. Dia mendekati cermin kemudian matanya yang bengkak dilihat. Ini adalah kesan apabila menangis tanpa henti.Itu baru kesan,akibatnya belum tahu lagi. Mungkin boleh jadi buta seperti Kasim Selamat. 


Usai itu,dia melangkah keluar dari bilik mandi untuk bersiap ke kolej. Haifa menghela nafas lega kerana tiada lagi kelibat Zarul di bilik ini.Baju kurung sudah siap digosok dicapai sahaja dari almari.Hari ini dia menggayakan baju kurung berwarna hitam dan tudung berwarna merah jambu.


Dalam beberapa minit, dia termenung di hadapan cermin.Wajahnya telah disolek tapi masih kelihatan pucat. Matanya pula bengkak teruk. Apa yang perlu dia jawab apabila kawan-kawannya bertanya? 


Tersedu-sedan Haifa menahan air mata. Dia harus berangkat sekarang, kalau tidak dia akan ketinggalan kuliah. Haifa menuruni anak tangga dengan berwaspada.Pintu rumah agam itu dibuka. Tersedar dengan kehadirannya, sepantas kilat pemandu peribadi bapanya membukakan pintu kereta. 


"Jemput masuk Cik Haifa, " pelawa Pak Man kepada anak majikannya.Sepuntung rokok dicampakkan ke tanah lalu dipijakkan sehingga nyaalan api terpadam. 


Haifa ukirkan senyuman seraya mengucapkan 'terima kasih'.


Pantas Pak Man melangkah masuk ke dalam perut kereta. Dia memulakan pemanduan dengan bacaan basmalah, sejurus itu kereta Vellfire meluncur pergi meninggalkan rumah agam.Mata Pak Man sesekali mencuri pandang ke arah Haifa.


"Cik Haifa sihat? Pak Man tengok muka cik pucat sangat," soal Pak Man sambil fokus memandu. 


Haifa di tempat duduk belakang hanya mengangguk lemah. Dia kembali melontarkan pandangan ke luar jendela kereta. 


"Cik nak pergi klinik? " tanya Pak Man risau. 


Haifa mengalihkan pandangan dari jendela kereta lalu digelengkan kepalanya.


Selepas itu, tiada lagi perbualan antara mereka.Tiga puluh minit kemudian,mereka telah selamat tiba di hadapan kolej Haifa. 


"Terima kasih Pak Man, " tutur Haifa sebelum keluar dari perut kereta. 


Pak Man anggukkan kepala sambil tubir bibir menguntumkan senyuman.Dia tidak akan meneruskan pemanduan selagi anak majikannya belum selamat masuk ke dalam kawasan kolej. Setelah Haifa selamat masuk ke dalam kawasan kolej,barulah dia dapat memandu dengan tenang.Telefonnya tiba-tiba berdering ketika pedal minyak hendak ditekan.


"Assalamualaikum, hello Dato'."


"Wa'alaikumussalam...Man, kamu tak payah ambil saya di pejabat ya. Saya ada mesyuarat penting nanti. Saya tumpang kereta Zarul je nanti," ujar Dato' Sri Adli. 


"Baik,Dato'."


"Macam mana keadaan Haifa? Kamu dah hantar dia pergi kolej? " soal Dato' Sri Adli yang susah hati melihat tahap kesihatan anak perempuannya yang tidak menentu.Haifa selalu tidak sihat sejak kebelakangan ini,bapa mana yang tidak risau.Tidak senang duduk dibuatnya,sudahlah dia tidak dapat pulang ke rumah selama 3 hari atas urusan kerja.Hanya tuhan yang tahu betapa risaunya hatinya selagi Haifa masih belum di hadapan matanya. 


"Sudah Dato'. Tapi macam biasa, bila ditanya dia angguk. Bila saya nak bawa ke klinik dia menggeleng. "


Bertambah khuatir Dato' Sri Adli mendengarkan jawapan daripada Pak Man.


"Baiklah Man, saya ada kerja ni. Habis kerja nanti saya terus balik rumah. Tolong tengokkan keadaan anak saya." Panggilan terus dimatikan. Hanya Pak Man orang yang dia percaya pada waktu sekarang untuk perhatikan keadaan Haifa,sementara menunggu anak lelakinya pulang dari London. 


Tok.Tok.Tok.


Dato Sri Adli menoleh ke belakang. 


Rupanya Zarul yang mengetuk pintu pejabatnya. Dia fikirkan siapa. Dia memberikan isyarat masuk kepada Zarul. 


"Siapa tu Pak Long? Haifa? " tanya Zarul si penyibuk. 


"Bukan, Pak Man. Pak Long suruh dia jangan datang ambil Pak Long. "


Kepala Zarul terangguk-angguk. 


"Jomlah Zarul nanti kita terlewat," suara Dato' Sri Adli apabila melihat anak saudaranya itu masih tercegat di muka pintu.


Dato' Sri Adli menyarungkan jam tangan jenama Polo Club ke pergelangan tangan. Rambutnya yang basah setelah solat sunat Dhuha tadi dikemaskan.Selesai merapikan diri,dia terus melangkah menuju ke lif.Dia sudah terlewat sebenarnya tapi syukur mesyuarat tidak dibatalkan.Dia tiba pada waktu yang tepat. Tidak pernah Dato' Sri Adli menyangka bahawa Zarul boleh memandu dengan sebegitu cekap.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh