6,486
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 3

MESEJ daripada Fawwaz memenuhi ruang WhatsApp.Tetapi tiada satu mesej pun yang dia balas daripada 150 mesej yang Fawwaz hantar. Adakah Haifa mahu genapkan 200 mesej, baru dia balas? 


Suara Haifa tergelak kecil didengari sampai ke luar bilik. Zarul lantas menguak pintu bilik Haifa tanpa diketuk terlebih dahulu. Masuk sahaja langkahnya,pintu dikunci.Pandangannya ke arah Haifa sungguh mengerikan.


Lantas gelak Haifa mati. Riak wajahnya berubah cuak. Telefon pintar miliknya pantas disembunyikan di bawah bantal. 


Tapi Zarul tidak bodoh, telefon yang baru disorokkan itu diambil kasar.Nombor kata laluan dipicit laju. Hanya dia yang tahu kata laluan telefon Haifa.


“Oh, Fawwaz rupanya...” Zarul senyum sinis.


Haifa menyedari Zarul sedang menaip sesuatu di skrin telefonnya.


“Abang taip apa tu? ”


Telefon Haifa dicampak kasar.


“Kau tengoklah sendiri. ”


Segera Haifa mencapai telefon pintar berjenama iPhone SE kesayangannya.Walaupun kecil, Haifa terlalu sayangkan barang berharga itu kerana ia merupakan pemberian daripada Dato' Sri Adli.


“Haifa benci abang?Jangan call Haifa lagi?” Haifa baca satu persatu mesej yang ditulis Zarul. 


“Kenapa Abang Zarul ni?!Jangan kacau Haifa boleh tak?! ” tengking Haifa kerana tidak suka Zarul mengganggu hal peribadinya.Setiap orang dalam hidup pasti ada privasi. Haifa tidak pernah sekali pun mengganggu privasi Zarul tapi mengapa lelaki itu suka mengganggu privasinya? 


“Sayang, ada kelas tak pagi ni? Nak abang hantar? ” tanya Zarul seraya melabuhkan punggung di atas katil bersaiz queen itu. 


“Sayang? Haifa tak akan sayang abang sampai bila-bila! ” Haifa meluat setiap kali Zarul memanggilnya dengan gelaran 'sayang'. Sayang? Bukankah gelaran itu untuk disayangi?

Bukannya untuk disakiti. 


“Haifa takde kelas harini,” sambung Haifa dengan riak wajah yang ketat. 


“Sayang sakit lagi ke? Demam lagi? Abang boleh bawa pergi klinik, ” tutur Zarul lalu telapak tangannya diletakkan pada dahi licin Haifa. 


“Apa abang ni?! ” Haifa menepis laju tangan lelaki tak berguna itu. 


“Sayang, sayang... Kalau Pak Long takde semalam memang nahas aku kerjakan kau,” ujar Zarul.Dia cuba mengucup bibir Haifa namun dipukul berkali-kali dengan bantal. 


“Takpe... Siaplah kau malam nanti,” ugut Zarul kepada Haifa sebelum dia mengangkat kaki dari bilik itu.


Setelah satu minit Zarul berambus, Haifa mencapai kembali telefonnya lalu nama Fawwaz ditekan.Segera mesej tadi dipadam sebelum Fawwaz baca.


Haifa menghembus nafas lega. 


“Huh, nasib baik aku sempat delete. ”



“ASSALAMUALAIKUM...”


“Assalamualaikum... ” Untuk kali kedua ucapan salam diberi tapi masih tiada suara yang menyahut. 


“Mana semua orang ni? Assalamualaikum! ” Nada ucapan salam kali ini ditinggikan sedikit. 


Terkejut Haifa apabila terdengar suara seorang lelaki yang menjerit tadi. Dadanya diurut perlahan. Sebelah matanya digosok lalu dia menggeliat sebelum turun dari katil.


“Siapalah memekak ni? Aku nak tidur kejap pun tak senang. ”


Haifa turun ke tingkat bawah dalam keadaan kusut masai. Jam telah menunjukkan pukul 11 tengah hari namun Haifa masih lengkap berpakaian baju tidur.Hari ini dia tiada kelas jadi sudah tentu dia akan buat tahi mata sampai petang. 


Sampai di anak tangga terakhir Haifa terkedu sekaligus tergamam.


“Abang!”


“Surprise! Come hug me! ”


Haifa memeluk erat badan abangnya yang tersayang.Terubat rindu di hatinya setelah 3 tahun tidak berjumpa. Haifa tidak merenggangkan dakapannya walau sedikit. 


“Haifa, kalau rindu sangat kat abang...Janganlah peluk abang sampai abang tak boleh bernafas...Kejap, kenapa bau busuk ni? ”


Segera Haifa melepaskan pelukan. Dia tersengih macam kerang busuk.Sengihan itu sama macam bau badannya. 


“Haifa!Tak mandi lagi ke? ” tanya Fawwaz seraya menutup hidungnya.


Haifa mengangguk sambil menggaru kepala. 


“Ish... Tak malu. Muka je comel, tapi malas mandi.” Fawwaz menyindir lalu kedua-dua belah pipi pau Haifa dicubit. 


“Padanlah muka abang.Surprise konon! Menyampah! ” Giliran Haifa pula mencubit pipi Fawwaz. Mereka saling berbalas gurauan. 


“Abang dah makan? ”


“Belum, kenapa? Haifa ada masak ke?” tanya Fawwaz seperti menyindir. Beg-beg pakaian dipegang untuk dibawa naik ke bilik. 


“Amboi abang, perli Haifa ke? ” tanya Haifa kembali lalu berpeluk tubuh. 


“Aik terasa ke? ”


Haifa jengilkan mata.


“Fa, tolong abang jap.”


Permintaan Fawwaz tidak dibalas.


“Alahai, adik abang sorang ni... Janganlah merajuk lama sangat.” Hidung mancung Haifa dicuit. 


Rupa Haifa masih masam seperti asam keping. 


“Jom tengok wayang nak? Abang belanja, ” pujuk Fawwaz. 


Haifa gelengkan kepala. 


“Jomlah... ”


“Tak nak! ” Haifa masih merajukkan diri. 


Terlakar senyuman nakal di bibir Fawwaz. Jari jemarinya secara mengejut menggelitik pinggang ramping Haifa.


“Abang! Gelilah! ” jerit Haifa. Bergema tawa Haifa akibat kegelian. Sudahlah tak bagi signal. 


Fawwaz turut mengekek ketawa. 


“Aduh! Kasarnya Haifa sekarang.” Fawwaz menggosok kepalanya yang ditunjal Haifa berkali-kali.Sejak bila adiknya pandai berkelakuan kasar macam ini? 


“Padan muka,” ejek Haifa kemudian lidah dijelirkan. 


Tergeleng-geleng kepala Fawwaz melayan perangai adiknya yang banyak karenah.Tapi tak mengapa, yang penting bibir Haifa sentiasa menguntumkan senyuman.Kerana kebahagiaan Haifa adalah kebahagiaan untuknya juga. 


“Okaylah kita pergi tengok wayang.” Akhirnya Haifa memberikan jawapan. 


“Yes! Jom kita bersiap, ” ajak Fawwaz.


“But... ” Tiba-tiba Haifa menambah perkataan 'tapi'.


“But? What? ”


“Not romance movie but horror movie!” teriak Haifa sambil bertepuk tangan. 


“Of course! Jom bersiap. Abang dah berlengas ni.”


Mereka berdua berlari naik ke bilik masing-masing. Keakraban mereka masih kuat walaupun sudah tidak berjumpa selama 3 tahun.Sejak Fawwaz belajar di London 5 tahun yang lalu,mereka hanya berhubung melalui media sosial.Kali terakhir mata mereka bertentangan adalah 3 tahun yang lepas. 


Dalam masa 10 minit, Fawwaz keluar dari biliknya. Hidungnya digosok kerana gatal.Biliknya dipenuhi habuk,nampak sangat tiada siapa yang bersihkan biliknya sepanjang dia di London. 


“Haifa. Dah siap ke? ” soal Fawwaz sambil bersandar pada pintu bilik berwarna putih. 


“Wait! Haifa tengah make up ni. ”


Fawwaz mencebik.


“Perempuan dan make up berpisah tiada. ”


“Fa,kita nak pergi jalan-jalan ni naik apa? ” tanya Fawwaz setelah kakinya membuka satu langkah ke hadapan. 


Haifa mengeluh,abangnya ini belajar sahaja di London tapi pemikiran singkat.


“Naik kura-kura! ”


Terkejut Fawwaz sehingga terhinjut bahunya. 


“Amboi! Perli ke tu? ”


“Naik kereta papalah... Papa kan ada lagi satu kereta...Abang pergilah ambil kunci kereta Mini Cooper kat bawah,” ujar Haifa lalu gincu disapu pada bibir mungilnya. 


“Okaylah! Abang tunggu kat bawah tau. Cepat sikit berdandan tu.”


Fawwaz berlalu turun ke bawah. Telefon pintar ditatap sambil menuruni setiap anak tangga.


“Fawwaz? ” 


Fawwaz mengalihkan pandangan dari skrin telefon.


“Zarul... ”


Mereka saling berpelukan sebagai tanda pengubat rindu. Fawwaz memeluk dengan perasaan rindu namun berbeza pula Zarul,bebola matanya berputar laju.Dia rasa menyampah dengan drama Fawwaz.Dia langsung tidak merindui Fawwaz walaupun secebis,malah berasa rimas. 


“Bila kau balik?” tanya Zarul. Jelas dari nadanya bahawa dia tidak suka dengan kepulangan Fawwaz. 


“Baru je tadi, ” jawab Fawwaz setelah pelukan dileraikan. 


Zarul membalas senyuman Fawwaz dengan senyuman acuh tak acuh. 


“Abang!Haifa dah siap,” tutur Haifa sambil berlari turun ke bawah. Langkahnya menjadi perlahan apabila terlihat Zarul di pintu rumah.Baru balik dari pejabat agaknya. 


“Korang nak pergi mana? ” soal Zarul


Haifa menggenggam tangan Fawwaz.


“Kitaorang...Nak pergi...Tengok wayang.” Tergagap-gagap Fawwaz menjawab soalan Zarul. Menggeletar tangannya yang berada di dalam genggaman Haifa. 


Sakit hati Zarul melihat Haifa bersama Fawwaz. Tapi tak mengapa, kali ini dia biarkan. Tapi selepas ini, tiada seorang lelaki pun yang boleh bersama Haifa. Mata Zarul merenung setiap lekak-lekuk tubuh adik saudaranya yang sungguh menggiurkan.Tak usah bersusah-payah menggoda lelaki itu kerana imannya begitu mudah tergugat. 


Selesai memakai kasut tumit tinggi, Haifa terus berjalan menuju ke kereta. Zarul tanpa henti tersenyum dan memandangnya dari atas ke bawah. Dia sudah tidak selamat berada di sisi Zarul.


“Haifa, okay tak ni? ” tanya Fawwaz apabila nafas Haifa tercungap-cungap macam dikejar hantu. 


Adik perempuannya itu mengangguk. 


“Betul ke ni? ”


“Betul abang... Jomlah nanti kita terlewat, ” bohong Haifa. 


Fawwaz memulakan

pemanduan.GPS digunakan sebagai panduan arah menuju ke KLCC.Sudah banyak perubahan jalan di Kuala Lumpur berbanding 5 tahun yang lalu. Banyak juga bangunan-bangunan baru yang telah dibangunkan. 


Fawwaz kerling Haifa yang sedang termenung jauh di sebelahnya. Dari raut wajah yang kelihatan resah itu, dia tahu adik tunggalnya itu sedang ada masalah.Tahulah Fawwaz nanti untuk mencungkil rahsia yang disembunyikan Haifa.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh