Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
66,827
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 18
WANITA XVIII 


 Mira dan Zahira masuk ke tempat kerja pada waktu tengahari sehinggalah ramai staf-staf yang sudah pulang.

“Tak balik Mira? Zahira pun?”.

“Kitorang masuk lambat tadi. Jadi nak ganti masa”, sengih Mira. Zahira juga senyum mengangguk.

“Ohh okaylah. Bye… jangan kerja kuat sangat. Dont be hard on yourself okay”, kata rakan-rakan mereka.

“Okay…”.

Zahira dan Mira kembali menutup pintu makmal mereka dan kembali ke dalam. Mereka mencari kawasan yang tidak dapat dilihat CCTV.

“Jadi kita nak buat apa dulu? Zahira tak berapa pandai lagilah selok-belok blok kita”, kata Zahira.

“Kaho dan Sya cakap nak kita cari maklumat pasal 20 years ago?”, tanya Mira.

“Ya… dengan matikan sistem password biometrics dekat semua jabatan”.

“Yang itu Mira tahu je… cuma yang nak cari maklumat tu. Mira tak pasti. Itu kita kena pergi makmal dekat data department. Takes time untuk cari data-data ni… Lagi-lagi 20 tahun lalu. Kejap…”, Mira menaip sesuatu di skrin komputer dan mencetak sesuatu.

“Wait… Mira boleh settle yang biometrics password tu? Seriously?”, Zahira teruja.

Mira tersenyum bangga, “Off course… I’m expert in artificial intelligence for defense department. Just realize ah?”.

Zahira ketawa kecil.

“Okay… ini pelan kebakaran untuk jabatan kita. Dan blok bahagian data ada di level 48”, terang Mira kepada Zahira.

“Eh… paling dekat dengan tingkat pegawai atasan kan”, kata Zahira.

“Well… when it comes to data. It's private and confidential, mungkin sebab tulah dia letak dekat-dekat dengan tingkat pegawai atasan… tapi sebenarnya from what I know. Tingkat atas-atas ni tak ramai orang sangat. Pegawai atasan sekarang ramai yang tak pakai bilik atas tu sebab mereka ada bilik lain di tingkat yang bawah-bawah... Mira pun tak pasti masa bila je mereka guna bilik-bilik dekat tingkat atas”, kata Mira.

Saat lorong makmal mereka sudah betul-betul lengang, Zahira dan Mira memulakan misi mereka. Mereka berjalan memasuki lif dan menekan butang 48. Setibanya di tingkat 48 itu, mereka mencari-cari setiap bilik yang ada. Mira meletakkan satu alat pengesan kata kunci seakan akan pen apabila hendak memasuki satu bilik. Alat itu dicucuk di tepi kotak kata kunci dan mengeluarkan nombor pin yang diperlukan. Kemudian, pintu bilik itu automatik terbuka.

“Wauuu! Dasyat ahh alat ni. ”, kagum Zahira.

“Well… what did you expect from me. Alat ni hanya saya saja yang ada, one and only. Please keep it secret okay sebabnya alat ni saya tak declare kat siapa-siapa. Projek gelap. No! Sounds bad… Projek peribadi”, sengih Mira. Zahira turut tersenyum dengan celoteh Mira.

Apabila masuk satu bilik ke satu bilik, mereka menghabiskan masa setengah jam dek kerana tertarik dengan hal yang ada di situ. Senarai kelahiran beberapa tahun lalu, geografi kawasan, tanah kosong, topografi, senarai kenderaan ketenteraan dan sebagainya.

“Tingkat ni macam ala-ala muzium…”, teruja Zahira membelek-belek.

“Tengok ni… senarai bayi-bayi mengikut tahun. Kelahiran populasi yang mendadak teruk berbanding beberapa belas tahun lalu. Ini pula… tengok zaman dulu-dulu punya sistem pertahanan dan keselamatan. Kini kian moden dek kerana ada Mira… huhuhu”, sengih Mira

.“Eleh…”, Zahira ketawa kecil.

“Ehhh dah lama sangatlah rasanya kita dekat atas ni…”, kata Mira.

“Haah! dah lewat sangat. Apa pula orang cakap kita ot melebih-lebih”, kata Zahira.

Mereka bergegas keluar dari bilik. Saat itu Zahira tiba-tiba terdetik untuk memasuki satu bilik lagi, “kejap Mira…”.

“Nak ke mana tu?”, tanya Mira pantas mengekori Zahira.

“Jom Mira… Last satu bilik je lagi”, pujuk Zahira.

“Esok kita sambunglah lagi cari… dah lewat dah ni”, kata Mira.

“Last please. Bilik aaa bilik tu. Jomlah!”.

“Fine…”, Mira mengikut sahaja memandangkan dia juga tidak kisah.

“Bilik ni pakai biometrik la. Mira cuba try”, pinta Zahira.

“Aahlah… pakai mata ke jari siapalah agaknya ni”, seloroh Mira lalu mencucuk pen pengesan katalaluan ke kotak itu. Pen itu mengeluarkan cahaya satu cap jari dan pintu itu terbuka dengan sendirinya.

“Okay biometrik cap jari. Bukan mata…”, terhibur Zahira lalu masuk ke dalam bilik itu bersama Mira.

Mereka membelek apa-apa maklumat yang ada di situ dan rasa ingin tahu muncul semula.

“Banyak cd dan tape lah dekat sini… ini 10 tahu lalu. Ini… 20 tahun lalu. Zahira ni 20 tahun lalu! Cd dan tape ni pasal apa?”, tunjuk Mira.

“Jumpa dah Mira? Okay-okay… tengok ni pun ada! Peralihan sistem… Mahkamah antarabangsa… 1001 sokongan dan pembuktian. Apa benda semua ni?”, Zahira tidak memahami.

“Tengok gambar tu…”, Mira menunjuk-nunjuk ke arah maklumat yang dipegang Zahira. 

Kelihatannya gambar makhluk spesis lelaki yang sedang berbaris dan juga gambar-gambar pemerintah atasan yang terdapat spesis lelaki di dalamnya.

“Saya rasa benda ni lah”, kerut Zahira.

“Okay… kita bawa apa yang ada. Esok kita datang balik”, Mira mula bergegas kerana sudah berasa seram. Saat-saat ini dia sudah berasa takut kalau-kalau mereka lambat keluar, mungkin akan ditangkap. Maklumlah selalu dalam cerita di tv selalunya begitu. Fikir Mira.

“Okay jom…”, Zahira juga bergegas.


KISAH 20 TAHUN LALU

Puan Sri Hanes menaiki tangga megah sambil tersenyum memandang pelayan-pelayan lelaki yang berada di setiap barisan kanan dan kiri tangga seakan menyambut kedatangannya. Saat sudah berada di balkoni atas tangga, Puan Sri Hanes tersenyum memandang pintu utama rumahnya yang terbuka luas menanti tetamu-tetamu istimewa yang bakal hadir.

“Lama dah istana ni tak menerima tetamu-tetamu… Maklumlah kita ada urusan dunia di sini”, senyum Puan Sri Hanes sendiri.

Beberapa kereta lasak menembus masuk kawasan hutan untuk pergi ke Istana Puan Sri Hanes yang terletak di tengah-tengah hutan simpan. Beberapa tetamu sudah masuk ke pintu gerbang istana itu.

“Terima kasih datang… Kejap lagi kita akan mulakan perbincangan di bilik mesyurarat”, kata Puan Sri Hanez yg berada di tingkat atas kepada tetamu-tetamunya yang berada di bawah. 

 Tetamu-tetamu yang hadir itu berjalan-jalan di sekitar ruang tamu dan lobi istana itu dengan penuh rasa kagum. Istana dengan elemen kayu dan elemen inggeris yang digabungkan menampakkan ruang yang estetik dan antik. Setelah beberapa minit melihat-lihat, mereka semua ke bilik mesyuarat yang berada di tingkat atas dengan iringan pelayan-pelayan lelaki yang berada di situ. 

 Para tetamu memenuhkan 20 kerusi di meja mesyuarat yang sangat mewah itu serta Puan Sri Hanes yang sudah bersedia di kerusi utama tengah. Masing-masing menyedari semua yang berada di situ adalah wanita dan mereka dari pelbagai negara. Hanya pelayan sahaja yang lelaki. Bodyguard-bodyguard mereka semua berada di lobi bawah. 

 " Terima kasih kerana datang ke istana hutan saya, jadi macam mana perjalanan semua? Takpe kita chill-chill sembang macam kawan lama", sengih Puan Sri. 

 Suasana santai seketika. 

 "Such adventurous journey… but why this beautiful castle is in the forest?", sengih seorang tetamu. 

 " Inilah orang kata percutian eksotik hahaha", kata lagi seorang tetamu. 

 "Puan Sri tak ada nak buat jalan tar ke kesini? Maaf puan, bukan apa… puan kan berduit?, sengih tetamu itu. 

 Ada tetamu yang bersembang kecil antara mereka. 

 Puan Sri membuka bicara, " Betullah ada yang cakap adventurous, exotic holiday dan sebagainya kan… actually this is my safe zone sebab dekat dengan nature… dan jauh dari kesibukan bandar… Jadi motif saya di sini untuk menjemput 20 wanita berpengaruh di dunia untuk membincangkan satu matlamat penting". 

 "Macam mana nak jadikan dunia ni hanya ada perempuan sahaja?". 

 Tatkala mendengar kata-kata Puan Sri, ada sebilangan kecil yang mengerutkan kening kerana bingung. Ada juga yang berwajah biasa, mungkin sudah tahu akan hal itu. 

 "Saya cadangkan kita kuasai pemerintahan perlahan-lahan…". 

 "Ataupun kita tangkap mereka semua besar-besaran dan letak di bawah tanah". 

 "But we need to control their first…". 

 "Wait… what are all of you talking about? What mission is this? I can't cope with it?", ada tetamu yang turut mempersoalkan. 

 Puan Sri Hanes memandang tetamu itu, " I think you miss our previous meeting… but you did send your replacement right. Does she not tell you anything?". Tetamu itu terdiam. 

 "Puan Sri… I do attend the previous meeting but I thought it's just that. Isn't all of this is ridiculous to achieved?", kata tetamu yang lain pula. 

 "With 20 the most influence woman in the world… there's nothing we cannot do", jawab lagi seorang tetamu bagi pihak Puan Sri. 

 "Tapi still saya tak setuju yang kita perlu buang lelaki seolah-olah mereka tak wujud… macam mana dengan newborn…". 

 "Sebenarnya benda-benda ni kita bincang macam seolah-olah cakap merepek dekat kedai kopi kan… but do you believe that all newborn boy might become asshole when they grow up, so how about the woman's sacrifice for asshole man". 

 "Who are we to decide that Puan Sri". 

 " Well of course, we are nobody but who cares… woman always right", ketawa yang lain. 

 "All of the things that we do are based on data, research…", jawab Puan Sri. 

 "Lelaki dan wanita ada peranan masing-masing, kalau saya nak cakap benda ni… saya dah pernah cakap dah tapi tak apa, saya cakap semula. Lelaki dan wanita ada peranan masing-masing kan… peranan wanita itu lebih kepada pembinaan keluarga, lebih memfokuskan apa keturunan kita akan datang… Jadi kita boleh cakap peranan wanita itu memang besar. Jika kamu ingin lihat ketamadunan sesebuah negara, lihatlah wanitanya bagaimana. Jadi untuk lelaki pula, mereka memang lahiriahnya seorang pelindung kepada wanita. Seorang pemimpin yang lebih skala besar daripada wanita". 

 "Tapi secara basic itu, lelaki itu ketua tertinggi dan dia perlu jaga apa yang ada di bawah dia. Dia perlu provide dan protect. Sekarang saya cakap dalam skala kecil, tolong point kan satu persatu. Okay kisah seorang lelaki dewasa itu dia sepatutnya menjadi seorang yang bekerja supaya dia ada ekonomi yang baik. Bila dia ada ekonomi yang baik dia dapat memberi kepada keluarga dia. Hal ini supaya keluarga dia mampu meneruskan kehidupanlah… benda ini based on kemampuan lelaki dewasa tadi. Keduanya lelaki dewasa ini, perlu menjadi seorang yang berpengetahuan… berpengetahuan ni tujuan dia supaya dapat mendidik isteri dia dan sekaligus dapat mendidik anak-anak dia. Bila berpengetahuan tu juga, dia akan lebih wajar bila membuat sesuatu keputusan. Otak dia akan faham dengan apa yang dia buat, selaras dengan dada dan hati dia". 

 "Ketiganya bila cakap soal hati ni, lelaki dewasa ini perlu ada naluri kemanusiaan seperti macam mana sewaktu dia kanak-kanak dia memerlukan kasih sayang ibu dia, seperti itulah dia perlu memberi kasih sayang kepada keluarga. Maksudnya kasih sayang tu memanglah tak sama macam perempuan tapi setidak-tidaknya dia ada rasa memahami perasaan orang lain. Kiranya dia tidak menjadikan alasan ego secara keseluruhan, dia pandai kawal. Perkara ke empat adalah, hal-hal tadi sangat related dengan spiritual. Jadi dengan menguasai hubungan spiritual dengan pencipta dia, akan menjadikan lelaki itu lebih jelas untuk menjalankan perkara-perkara sebelumnya". 

 "Tapi zaman sekarang, kebanyakan lelaki sudah tiada ke empat-empat elemen ini… pertama, lelaki biawak hidup. Perempuan sudah boleh bekerja sendiri. Bagaimana respect itu akan muncul kepada seorang lelaki kalau dia tak provide? Lebih memalukan kalau lelaki itu tak malu meminta-minta tanpa rasa serba salah sedangkan lelaki itu sihat tubuh badan dia untuk bekerja. Kedua, pengetahuan. Lelaki yang ada pengetahuan atau tiada, tetapi dia tidak mendidik pun bawahan dia. Malah dia mempamerkan perkara-perkara yang tak bersahsiah kepada keluarga dan langsung tak mendidik tanggungannya… boleh menjerumus kepada kehancuran seorang wanita. Dia berkait dengan ketiga, ilmu di dada tapi tiada zahirkan di hati. Bila hati dah tak ada, rasa kemanusiaan itu akan terhakis sikit demi sedikit. Jadi nafsu akan menguasai diri. Bila nafsu menguasai diri, dia akan lupa pada spiritual hubungan dengan pencipta. Jadi tujuan hidup dia sudah sangat tersasar". 

 "Seorang manusia itu terkait dengan yang lainnya. Jika seorang lelaki yang tak bertanggungjawab melayan isterinya dengan jahat, akan mempengaruhi emosi si isteri dalam mendidik anak. Bila hal ini terjadi, anak-anak turut terpengaruh baik anak perempuan atau anak lelaki. Anak perempuan just traumalah kan dan mungkin takut untuk berhubungan ke apa ke. Anak lelaki pula akan menjadi-jadi bila makin besar, kerana apa yang dia saksikan tu kan. Mungkin dia trauma, tak nak jadi macam ayah dia & sebagainya tapi semakin dia meningkat dewasa, kebanyakan lelaki dari keluarga broken, dia ada macam aura penarik. Usually tends to become a womanizer. Perempuan akan ramai yang rosak dari rintihan lelaki yang womanizer ni". 

 "Puan Sri… benda-benda macam ni adalah dari individu tu sendirilah. Kita tak boleh nak highlight kan lelaki saja yang salah. Macam mana dengan lelaki baik yang teraniaya?", kata tetamu yang tidak setuju. 

 Puan Sri ketawa kecil, "lelaki teraniaya? You hidup di zaman mana? Kalau zaman tok kaduk bolehlah cakap teraniaya. Sekarang ni kita hidup di zaman yang lelaki pukul isteri. Lelaki sihat ditanggung isteri. Lelaki rogol anak perempuan. Atuk rogol cucu perempuan. Polis rogol semula remaja yang jadi mangsa rogol. Lelaki rogol kambing. Lelaki rogol ikan pari. Lelaki bakar girlfriend yang mengandung. Perempuan yang sudah berjaga-jaga sekalipun tidak lepas, jadi mangsa rogol juga. Lelaki yang kahwin lebih tapi isteri-isteri dan anak-anak terabai. Lelaki yang dah ada bini tapi homoseksual lepastu balik rumah sebarkan penyakit dekat bini. Lelaki yang chat dengan perempuan sampai tengah malam, lepastu minta gambar bukan-bukan dari perempuan. Yang kaum perempuan kita ni bodoh pergi bagi, pergi relakan semua benda tu. Sebenarnya banyak lagilah tapi malas nak cakap panjang-panjang". 

 Suasana bilik mesyuarat itu diam seketika, dek kerana suara lantang Puan Sri. Ada yang khusyuk mengangguk setuju dengan hal itu. 

 "Kita kena didik anak-anak perempuan kita. Betul? Tapi hatta, pakai spender besi sekalipun. Benda nak jadi, jadi jugak. Saya tak fokus pada skop itu sahaja, sebenarnya luaslah, tadi itu hanya metafora. Jadi, mereka yang ada lebih tenaga dari kita menyalahguna apa yang diberi tuhan. Mereka tak jadi pelindung, kita pula yang kena lindungi diri sendiri dari mereka. Sudah tiada rasa selamat hidup dengan mereka. Ikut data, zaman 10 tahun sebelum sudah sangat-sangat susah untuk mencari lelaki yang baik. Itu 10 tahun lalu, sekarang saya tak tahu. Kes rogol saban hari makin meningkat. Perempuan makin merendahkan diri mereka demi menagih cinta palsu, sedangkan kasih sayang antara ibu dan anak perempuan saja sudah cukup kuat. Jika kita teruskan apa yang ada di zaman ini kedepannya, perempuan akan kembali menjadi hamba seperti ratusan tahun dahulu. Like literally a real slave yang dijual beli tau, saya tak main-main". 

 "Lelaki kena diajar untuk tundukkan pandangan kan… kita kena beritahu dia", kata yang lain pula. 

 "Hahahaha…", ada yang ketawa kecil. 

 Puan Sri juga ketawa, " benda tu dah cakap dari dulu-dulu lagi… tapi apa yang selalu lelaki akan cakap. Ada mata tengoklah, barang baik buat apa tutup mata. Tengok kambing pun cantik juga, tengok ikan pari pun cantik juga. Bila fikiran dan hati itu rasa kemanusiaan dah kurang, cakap pasal tunduk pandangan pun dah tak lot". 

 Suasana kembali hening. Masing-masing terdiam merenung. Puan Sri juga mengeluh lalu bicara, "Tak apalah sekarang kita nak review beberapa cd dan kaset dari pendrive. Dalam ini ada 1001 kisah benar wanita yang dianiaya. Jadi please teknikal, tolong pasang kisah pertama". 

 Mereka yang berada di situ memandang skrin yang sebesar pawagam itu. Masing-masing memberi tumpuan.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.