Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
66,847
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 13
BAB XIII

    Ben menggelengkan kepalanya dalam tidurnya. Dia asyik menukar arah mengiringi tubuh itu. Ben mempunyai mimpi lain tentang pelariannya dari penjara. Semua kenangan cemas itu berlalu dalam mimpinya dalam sekelip mata dan malap. Dia teringatkan lagi doktor yang hendak menyuntiknya dan menyebabkan dirinya tidak berdenyut seketika. 

    Dia juga teringat betapa cemasnya dia mencari tempat bersembunyi daripada pengawal penjara ketika dia sudah berada dalam buangan. Dia berjalan di dalam paip yang gelap, busuk dan sejuk. Air yang deras tidak habis padanya. Segala-galanya dengan susah payah sehingga dia membuka penutup jalan yang panjang dan melihat cahaya bulan di langit. Hatinya terasa begitu lega. 

    Jiwanya kembali gundah lagi tatkala terserempak dengan doktor yang hendak menyuntiknya di mall ketika hendak membeli baju bersama Yaya. Ben sedaya upaya cuba mengelakkan diri dari membuatkan doktor itu sedar akan keberadaan dirinya. 

    Ben menggeleng-geleng kepalanya dan asyik mengubah pembaringannya ke kanan dank e kiri. Sungguh penat. Mimpinya terlalu banyak pergerakan sehingga dia berasa sangat penat dan tidak berasa rehat langsung.

    Wajah doktor itu kembali menjengah ingatannya dan kali ini Ben yang bergegas hendak menyembunyikan diri ke dalam bilik persalinan itu dapat melihat jelas wajah doktor itu dari jauh.

    Doktor itu tepat memandang wajahnya dari jauh dan dia hanya tersenyum. 

    Ben terkejut dan langsung terjaga dari tidurnya.

    “Haaa… haaa… haa..”, Ben tercungap-cungap. Ben berkerut dan cuba mengingati kembali mimpinya tetapi semuanya berlalu terlalu sekilas dan tidak jelas jadi ada beberapa yang Ben berasa keliru. Senyuman doktor itu senyuman kecil atau senyuman sinis.

    Ben keliru samada doktor itu sengaja menyuntiknya sehingga pengsan untuk membantu atau ada agenda lain. Dia juga tidak pasti. Buat masa sekarang dia tidak mahu terlalu berharap.

    Ben melihat keluar dan langit masih gelap. Ben tidur di luar rumah di bahagian beranda dengan berbaringkan di atas kerusi panjang yang agak selesa serta berbekalkan selimut tebal dan bantal selesa oleh Yaya.

    Ben melihat jam di dinding, 4.00 pagi. Ben tidak jadi berbaring semula. Dia langsung bangun dan berdiri di tepi beranda melihat keluar. Langit masih gelap tetapi udara pagi-pagi buta itu terasa sungguh segar. 

    Ben turun dan pergi ke arah tanaman-tanaman Yaya yang berada di bawah. Ben menghirup udara pagi itu lagi dan lagi. Ben termenung sambil berjalan perlahan. Dia cuba mengosongkan fikirannya dari masalah-masalah. Dia juga ada membelek lembut tanaman Yaya. Entah kenapa, Yaya sahaja yang dia berasa tenang untuk tinggal bersama sekarang.

    Sementara itu Yaya membuka pintu rumah dan mendapati Ben sudah tiada di hadapan. Yaya cemas dan menggosok-gosok matanya untuk melihat lebih jelas di pagi-pagi buta itu. Maklumlah baru lepas bangun dan penglihatan masih samar-samar. Yaya mengecilkan matanya dan pergi berdiri di tepi beranda untuk mencari-cari sosok Ben dari atas.

    “Aah…”, Yaya langsung turun pergi mendapatkan Ben setelah berjumpa.

    “Buat apa merayau sini pagi-pagi buta?”, Yaya menegur.

    “Saja hirup udara pagi… saya rasa sini lebih nyaman dari di bandar”, kata Ben.

    “Saya setuju... inilah rumah ketenangan saya. Di sini, saya tak perlu nak fikir masalah peribadi, masalah perniagaan atau masalah-masalah komitmen”, kata Yaya sambil suara mengantuknya masih kedengaran.

    Ben hanya diam mendengar kata-kata Yaya. Dia ingin memahami maksud kata-kata Yaya.

    Apabila melihat Ben yang memandangnya dengan bersungguh-sungguh, Yaya menjelaskan semula.

    “Ehh, awak jangan masalah faham… kita semua ada komitmen. Di bandar, saya ada banyak komitmen terhadap masyarakat… which is, ia satu responsibility yang perlulah. Tapi di sini, saya polish diri… tempat saya renung kembali diri saya apa yang saya dah buat kepada people, do I behave? You know… buang segala negativity here and go back to the city with clean mind and soul”.

    “Ohh…”, Ben mengangguk.

    ‘Clean mind and soul’, Ben suka kata-kata itu. Ben menghirup lagi udara segar pagi itu, dia harus melupakan apa yang dimipikannya malam tadi. Bukan terus melupakan, tetapi jiwanya harus kental dan lebih bersedia dalam menghadapi hari-hari akan datang. Mimpinya malam tadi umpama bayang-bayang parasit yang mengejar dan mencambahkan lagi perasaan takutnya. 

    “Ben… lepas ni kita dah kena siap-siap ya. Kita dah kena balik”, beritahu Yaya.

    “Oh, okay”, angguk Ben.

    Yaya beredar dahulu meninggalkan Ben yang masih berdiri di situ.

    ‘Buang segala negativity and go back with clean mind and soul”, bisik Ben pada dirinya lagi. Apabila memandang belakang, Ben melihat Yaya yang sudah jauh naik ke atas rumah. Ben tersedar dari lamunan dan pantas naik ke rumah juga untuk berkemas-kemas untuk mengikut Yaya pulang.

**

    “Bila separa bulan, bergabung dengan separa bulan lagi… jadilah bulan penuh”, senyum ibu Zahira, iaitu Puan Rozilah Hawa kepada anak-anaknya yang masih kecil sambil memegang tangan mereka.

    “Kakak tak faham”, kata Zahira.

    “Kakak tak faham?”, kata seorang dewasa yang berada di samping ibunya.

    “Abang faham! Abang faham maksud ibu!”, kata kanak-kanak yang berada di sebelah Zahirah.

    “Kalau abang faham… abang beritahu pada kakak”, senyum orang dewasa itu lagi.

    “Maksudnya kalau kita tak gaduh dan main baik-baik sama-sama… kita akan jadi macam bulan!”, teruja jawab kanak-kanak itu.

    “Bukanlah sayang, ada sikit je betul”, ketawa Puan Hawa sambil mengusap kepala anaknya lembut.

    “Maksud ibu… korang berdua ni adik-beradik. Kembar pula tu… bila separa bulan…”, kata Puan Hawa sambil memegang tangan kanan Zahira.

    “Dan separa bulan lagi”, kata Puan Hawa lalu mengambil tangan kiri kanak-kanak di sebelah Zahira. Kemudian kedua-dua tangan anak-anak kecil itu disatukan, Puan Hawa menyambung lagi perbicaraannya.

    “Bergabung… jadi bulan penuh. Maksudnya,…”.

**

    “Maksudnya apa ibu?”, Zahira berkerut berbicara sambil tidur.

    “Ibu beritahu kakak…”.

    KRRRIINNGGGG!!!!

    Mata Zahira terbuka dek kerana terdengar bunyi nada penggera telefon pintarnya. Zahira mengambil telefon bimbitnya untuk melihat jam dan menutup bunyi penggera. Sewaktu itu juga, dia terlihat tanda lahir separa bulan di tangannya. Zahira yang masih mamai merenung tanda lahir itu.

    Zahira sudah lupa mimpinya tentang apa, terlalu samar-samar tetapi yang pasti kali ini tentang tanda lahirnya. Zahira tidak pasti selebihnya.

    Tanpa berlengah-lengah, Zahira bangun dan pergi menyiapkan diri untuk ke tempat kerja. Setelah siap dia menaiki skuter elektrik barunya untuk pergi ke stesyen sky train. Dia memakirkan skuter elektriknya dan masuk ke dalam terminal sky train.

    Masuk ke dalam makmal, dia menjadi orang terawal seperti biasanya. Mira selalu masuk lambat sedikit daripadanya. Jadi Zahira agak kebosanan dalam melakukan tugasnya sepanjang Mira belum masuk. Zahira akan bersarapan di makmal dahulu sambil membelek-belek buku nota kerjanya. 

    Kali ini Mira masuk lebih lewat dari biasanya. Mira berbicara.

    “Maaf Zahira… tadi terserempak dengan kawan saya. Dia kerja dekat Hospital Bersalin, ada cerita gempak!”, kata Mira.

    “Cerita gempak apa?”, tanya Zahira.

    Mira berbicara perlahan, “awak jangan beritahu sesiapa ini cerita antara kita saja tau… Kawan saya kata rahsia besar ni”.

    “Rahsia besar? Eh tak apa ke Mira beritahu saya?”, Zahira takut-takut.

    “Tak apa… saya cuma rasa yang, Zahira macam perlu tahu”, kata Mira.

    “Okay… apa tu?”, Zahira mengerutkan keningnya.

    Mira berbisik di telinga Zahira, “pemerintah atasan ada ura-ura nak wajibkan semua rakyat yang dah akhil baligh untuk sertai Program Pembiakan Manusia Pusat”.

    Langsung mendengar kata Mira itu, Zahira spontan berkata, “gila ke?!”.

    Mira juga bereaksi yang sama seperti Zahira, “ itulah… kawan saya yang kerja hospital bersalin tu yang beritahu. Diorang forecast kepupusan manusia dalam masa 5 tahun kan… tapi sebenarnya lagi 3 tahun… sebab tak ada peningkatan maternity rate tu. Mendatar saja… orang ada join program tu tapi banyaklah faktor dalaman yang saya tak tahu. Alih-alih terdesak, diorang macam nak wajibkan… tapi tak tahu lagilah”.

    “Mak aiyh… ini ke yang dikatakan Last Woman on Earth”, kata Mira.

    Zahira juga menggeleng tanda setuju.

    Setelah itu, mereka kembali bersembang topik lain yang berkait pula sambil membuat kerja mereka. Mereka melakukan rutin pekerjaan mereka seperti biasanya. Mereka pergi ke ruangan kafe untuk membeli makanan tengahari bersama. Kemudian kembali ke ruangan kerja untuk makan tengahari sambil bersembang. 

**

Di JABATAN TINGGI TEKNOLOGI KERAJAAN

Nampaknya Puan Liliad dan Puan Julia sedang berbual serius di sebuah pondok persidangan. Mereka kelihatan seperti sedang menunggu seseorang.

Tidak lama kemudian, seseorang mengetuk pintu dan membukanya sambil berkata, "dah sampai, puan".

“Bagi dia masuk...” kata Puan Liliad.

Seorang gadis masuk.

"Jadi bagaimana keadaan Kayra? Siasatan awak?"tanya Puan Julia.

"Selagi saya taktik... Zahira tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia tahu apa yang orang atasannya tahu. Dia hanya menjalani kehidupan biasa dan kehidupan kerja seperti yang lain," kata Kayra.

"Betul ke?... seorang banduan baru keluar dari sangkar bawah tanah tau! Dan sampai sekarang kita tak nampak dia! Dia masih melepak di atas sini sambil bersembunyi!".

"Mungkin tali baru itu di hospital atau di penjara juga?? Siapa tahu puan?... Setahu saya, Zahira kelihatan lemah dan rendah diri. Saya yakin dia tidak mempunyai apa-apa. lakukan dengan kes lari".

"Jangan pandang rendah Zahira. Dia anak kepada bekas ketua tentera. Saya takut awak salah", kata Puan Liliad.

Kayra hanya diam memandang ke bawah dan kemudian berkata, "Baik puan... tapi saya yakin kes lari banduan ini tiada kaitan dengan Zahira. Seperti yang saya katakan tadi, sama ada hospital atau...". Belum sempat Kayra habis bersuara terus dipotong oleh Puan Julia.

"Baiklah, kalau begitu tutup kes Zahira... Sekarang, saya nak awak siasat apa yang berlaku di hospital dulu. Pecat", kata Puan Julia.

"Tunggu, Puan Julia... Kayra," kata Puan Liliad, ingin berkata sesuatu.

Langkah Kayra terhenti dan Puan Julia turut menunggu Puan Liliad bersuara.

"Awak rasa kita patut maklumkan bekas rakan kerja awak? Awak perlukan pembantu ke?", soal Puan Liliad.

"Mira? Saya rasa ia tidak perlu... kerana dia sangat rapat dengan Zahira. Dan saya tidak mahu mereka mempunyai sebarang keraguan tentang kerajaan yang lebih tinggi," balas Kayra.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.